Kaligrafi
Berbanding dengan bentuk kesenian
yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha
menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti
seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam
sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang
terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi
dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di
pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di
rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan
hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang
dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan
antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan
dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit
air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat
daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas
yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.
Kaligrafi Cina telah menghasilkan
banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan
yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya
digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa
kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus
dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang
dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk
segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit
daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari
iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau
bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang
bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah
mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang
nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall
yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh
pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang
sesuai untuk kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina
amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk
menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik
berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan
dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada
masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara
stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai
hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina
sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting
pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang
halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada
garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan
struktur tidak dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina terutama pakar
caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik
bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh
disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan
penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang
penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang.
Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan
tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.
18.4.3 Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai
hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan
sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi
antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi
yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya
mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah
lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni
ukir cap (seal engraving).
Berdasarkan cara penyampaian, lukisan
Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi
(bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus
dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan
pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan
mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi
Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang,
serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya
menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek mi mengikut pengalaman
dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis
tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk
gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea
mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu
membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa
peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama
digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan
lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.
Seseorang pelukis perlu memastikan
terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku
kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil
lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik
lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang
panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol
panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza
panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas
dan lembaran album.
Kriteria menilai lukisan berdasarkan
kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu lukisan yang
bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality)
dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara
keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan,
biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.
Lukisan Cina di peringkat awal
dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui namanya untuk kegunaan
istana dan keluarga feudal.
Bagaimanapun, selepas dinasti Han
(206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai wujud sebagai hasil kegemaran
waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan satu
tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan tukang
lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual lukisan mereka untuk
tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih
cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian
ketepatan dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud
sebenar disampaikan secara tersembunyi kerana bukan semua maksud hams
dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi.
Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan
menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada
konsep seni.
Berbanding tema dalam lukisan Barat,
tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap menyeluruh. Subjek seperti
peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar, sudut gelap dalam kehidupan
dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan
bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan objek
yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti
bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam
semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat kerana
orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak
memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.
Lukisan landskap merupakan jenis
lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang juga
digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam konteks ini,
perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi satu tema
biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi
bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan
pertemuan semula para pegawal kerajaan.
Boleh dikatakan kebanyakan lukisan
Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan semangat seorang sarjana yang mungkin
dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatah; burung
jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan
menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol paling popular yang diambil dan
dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan
budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca saiji
melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan tunduk dilihat
dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat
bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang
tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu
perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa
seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada
menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan
objek sebenar atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek
bertiga dimensi.
Masyarakat Cina yang bersifat
pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam semula jadi dan hidup
bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan
landskap, penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam
semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti
buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya. Kita dapat menyimpulkan
aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan Cina
berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga
mempunyai fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan
peranan sosial seseorang. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan
peristiwa-peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini
merupakan aspek Konfusian lukisan Cma.
Mengenai pengaruh dari tamadun lain,
seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam telah bersatu dengan seni
kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina beragama Islam. Seni
lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han. Latar
belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warm diambil daripada centa dan ajaran
agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang tinggalan
dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia
Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai
tulisan klasik mereka. Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada
zaman dinasti Tang. Sehingga masa kini, pakar-pakar kaligrafi masih dihormati
oleh masyarakat Korea dan Jepun serta karya kaligrafi dianggap sebagai bahan
seni yang amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni
lukis dinasti Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu lukisan landskap sekolah
Lingnan dari dinasti Song banyak terdapat dalam lukisan landskap Jepun.
18.4.4 Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan
binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat
berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu
kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama
binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah
kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal
lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus
menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus
berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan
dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan
dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon
fengshui. Lokasi dan susunan yang
mempunyai fengshui yang buruk, iaitu
yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah
keluarga.
Dalam seni bina Cina, tembok
merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu
tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung
dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut
dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian
kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki
atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang
biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan
meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu
tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat
menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh
pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara
China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China (The Great Wall of China).
Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk
memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang
diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang
berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang
tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong
bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan
biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol,
bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya.
Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung
atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat
misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk
tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah
pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan
agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah
untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina
untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu
muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup
bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan
ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait
rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau
persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah
diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan.
Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan
kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang
bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina
bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan
bandar yang paling mengagumkan.
18.4.5 Seni Cina yang Lain
Hasil area di negara China biasanya
tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat,
agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan patung dewa-dewi
agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.
Seni hias yang paling penting
termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer, perabot dan
tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin
diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah.
Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.
Secara umumnya, dapat disimpulkan
mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan,
dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama, pencapaian kesusasteraan dan kesenian
Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina telah
menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan.
Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi
tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Ketiga,
kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera.
Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus
mempunyai tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan segi
moral dan etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan
ciri zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan
semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga
menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius
tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni
Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur
budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang
seni.