Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke-2
Kedua
4 Februari 2016
Masalah Pengurusan Masa
|
1. Masalah /
Peristiwa
Hari ini (4
Februari 2016) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat bagi kelas 3 Ibnu Sina sebagaimana
yang telah dirancangkan. Terdapat
aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana
tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai
objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara
kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa
yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk
menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan,
terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di
samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama
sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a) Saya patut membaca buku-buku yang
berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.
b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan
B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar dengan masa yang telah
dirancangkan .
c) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan
sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan
membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya
akan memilih beberapa hasil perbincangan
yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
guru pelatih.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba
mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah
perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke- 3
Keempat
16 Februari 2016
Masalah Tingkah Laku
|
1. Masalah /
Peristiwa
Setelah
beberapa minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, saya masih terdapat segelintir murid
kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam
kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan
arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal
sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri
dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan
guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal.
2. Analisis
Proses pengajaran dan pembelajaran dan
komunikasi yang berkesan sering kali terganggu akibat daripada
gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan
murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya
minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau
bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran
yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca
berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang
kurang berminat untuk belajar. Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik
darjah banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang
mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut
arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau
memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan
dan bersifat pasif.
3. Cadangan Tindakan
Susulan
a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.
b. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut
ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:
c. guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
d. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai
aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
guru pelatih.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba
mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah
perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke - 5
Keempat
22 Februari 2016
Tidak mengikut arahan dan membuat masalah tingkah laku
|
1. Masalah /
Peristiwa
Saya
mengajar di kelas 3 Ibnu Battuta untuk subjek Dunia Seni Visual . Sepanjang
seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid
yang agak nakal. Mereka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang
diberikan oleh saya. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-rakan
lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah
menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.
2. Analisis
Proses pengajaran dan pembelajaran dan
komunikasi yang berkesan sering kali terganggu akibat daripada
gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan
murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya
minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau
bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran. Antara
faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap
murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering membuat masalah tingkah laku
mempengaruhi rakan yang lain.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a. Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering
berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b. Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur
murid bila mana bertemu dengan mereka.
c. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini
dia rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya, mereka akan
merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut
bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.
d. Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan
berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan
masalah tersebut/
e. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada
murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut
batas-batas yang tertentu.
f. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu
perkembangan kanak-kanak
g. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin
dapat dikenal pasti punca mereka berkelakuan tertentu.
h. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid
tersebut tidak terus berkelakuan negatif.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh
seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke- 6
Kelima
1 Mac 2016
Masalah Kebersihan
|
1. Masalah /
Peristiwa
Saya
berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid. Murid-murid
tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Saya dapati,
murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan
kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya Nampak
lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah
sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu
pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula
berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.
2. Analisis
Kebersihan diri merupakan salah satu
unsur yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan
seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan
menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata
masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil
lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga
kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di
sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu
pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan
proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian
murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
- Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan
beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat
dikurangkan atau diatasi.
- Guru hendaklah menunjukkan penampilan diri yang kemas.
- Sentiasa menegur kesalahan dan memperbetulkan.
- Menjadikan murid yang kemas sebagai contoh kepada rakan lain.
- Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan
rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba
mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah
perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke- 7
keenam
7 Mac 2016
Tidak mengangkat tangan semasa menjawab
|
1. Masalah /
Peristiwa
Saya
menjalani praktikum fasa 2 di SK Taman Midah 2. Untuk praktikum fasa ini saya
akan mengajar subjek major iaitu Dunia Seni Visual dan Bahasa Melayu. Saya
mendapati murid-murid dalam kelas 3 Ibnu Battuta sering menjawab soalan yang
diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang
itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab
terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Analisis
Kelas ini mengandungi murid-murid yang
mempunyai pencapaian yang kurang cemerlang pencapaian akademik. Murid-murid
dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan
yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas
menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara
tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab
tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana
guru yang mengajar tidak garang atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan
murid tidak merasa takut kepada guru. Selain itu, mungkin guru tidak
memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat tangan dahulu sebelum
menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa
mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan. Selain itu,
murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan
menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
- Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan
beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat
dikurangkan atau diatasi.
- Saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan
murid-murid iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat
tangan dahulu.
- Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya
murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan
dendaan.
- Memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki
guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu
akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.
- Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan
rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba
mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah
perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke-8
Ketujuh
21 Mac 2016
Masalah Murid Pasif
|
1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (21 Mac 2016), saya
menghadapi masalah murid pasif bagi kelas 3 Ibnu Battuta. Kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya
di dalam aktiviti Dunia Seni Visual. Masalah yang sangat ketara kerana hanya
terdapat pada seorang murid perempuan yang akan cuba mengelakkan diri daripada
membuat aktiviti.
2.
Analisis masalah
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang
lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk
tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan rasa
rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan
aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan
mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
3. Cadangan Tindakan Susulan
- Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan
dan motivasikan murid agar dapat menanam keyakinan dalam diri mereka dan
berani untuk melakukan aktiviti Dunia Seni Visual
- Saya juga harus memberikan hadiah kepada murid yang
berjaya sebagai peneguhan. Ini akan memberi semangat kepada murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
“Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini
diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas
pelajar melakukan sesuatu.
- Saya akan merancang suatu aktiviti yang boleh
menarik perhatian murid untuk melibatkan diri semasa proses P&P
berlangsung.
- Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat
daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping
berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh penyelesaian/ Tindakan susulan
Saya
akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Ketika
berlakunya pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan
kelakuan murid-murid, agar murid-murid yang lemah tidak terus ketinggalan dan
tidak merasai keseronokan untuk belajar.
Bilangan Jurnal : Ke-10
Minggu Praktikum : Kesembilan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 5 April 2016
Tajuk Jurnal
: Murid tidak
berminat dengan set induksi guru
1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan
kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan
sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan
apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan
dengan baik.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan
bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka
hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul
dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan
kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan
mereka.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang
seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang
lemah.
b) Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu
murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.
c) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri
murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
d)
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh
seminggu agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa
mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses
pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.
Bilangan
Jurnal : Ke-11
Minggu
Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa /
Kejadian : 11 April 2016
Tajuk Jurnal : Masalah murid bersikap
malas
1. Masalah / Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid menunjukkan sikap
malas dan ini adalah berkaitrapat dengan hal disiplin. Apabila guru meminta
murid untuk menyiapkan kerja sekolah dan meminta mereka untuk terus menghantar
sebelum tamat waktu pdp mereka tidak menyiapkan tugasan mereka dan memberikan
alasan yang pelbagai agar dapat mengelak daripada penghantaran kerja sekolah
yang guru beri.
2. Analisis
Masalah
timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat kolaj di
dalam kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan oleh guru
bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan bahawa murid
bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk meneroka teknik, kurang
yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing.
Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah
ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati
arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah
menarik. Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk
memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik.
b) Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut
dalam tegas. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya
yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding
belakang kelas.
c) Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk
mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya
akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih
terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek
disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti
yang telah diperuntukkan.
Bilangan
Jurnal : Ke – 12
Minggu
Praktikum : Kesebelas
Tarikh Peristiwa /
Kejadian : 20 April 2016
Tajuk Jurnal : Kekurangan
Pengalaman / Pengetahuan sedia ada
1. Masalah / Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah saya kekurangan pengalaman
dan juga pengetahuan sedia ada dari segi teknikal.
2. Analisis
Masalah
timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik yang
ada dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar
mengenali dan menerokai teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan
teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya didapati murid
agak sukar (lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu
langkah dengan terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid
dilakukan. Hasilnya juga kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian
dengan tahap pembelajaran murid.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing.
Bertanyakan tips cara-cara untuk memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap
pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada murid.
b) Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang
pelbagai dalam penghasilan karya. Pada P&P saya nanti, saya akan
menerangkan langkah-langkah penghasilan karya bagi satu per satu teknik dengan
terang, jelas dan dapat difahami oleh murid. Semasa proses penghasilan karya,
saya akan turut memantau bagi membantu murid menghasilkan teknik dengan betul.
c) Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk
menjadikan P&P saya lebih menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti
(teknik) dari rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana
kekurangan ini akan menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap
pembelajaran murid menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya
adalah yang lebih baik.
Hebat...Saya dah baca Jurnal anda...Terima kasih atas perkongsian...Semoga Allah jua membalas dgn kebaikan...Pohon share ye...
BalasPadamTerbaik, semoga anda menjadi seorang pendidik yang berjaya di masa kelak
BalasPadamTq atas perkongsian cikgu. Semoga dimurahkan rezeki dan menjadi cikgu yang berjaya
BalasPadamterima kasih cikgu....perkongsian hebat
BalasPadam