Konsep PSV
Pendidikan seni visual menjurus
kepada seni tampak dan tidak terjurus kepada seni lain seperti seni muzik, seni
sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Pendidikan seni visual
merangkumi 4 bidang:
·
Menggambar
·
Membuat corak dan rekaan
·
Membentuk dan membuat binaan
·
Mengenal kraf tradisianal tradisional
· Pengetahuan
· Nilai
· Konsep
· Teknik
•
kemahiran
Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang
dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu.
•
memenuhi keperluan pembentukan
sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan
memanifestasikan buah fikiran.
•
melibatkan pengetahuan dan
kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga
moral.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
1.
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,
kritis, kreatif dan
3.
menyeronokkan,
4.
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
5.
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya,
6.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual.
7.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat
dan selamat,
8.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab,
9.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
10.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan
seni visual, dan
11.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang
12.
berfaedah.
KEPENTINGAN
PSV DALAM KBSR
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN
PSV DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Matlamat
sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan
manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen perubahan
masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena
pembangunan manusiawi.
Kefahaman
yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu
dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak
sebenarnya telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan
yang diberikan oleh ibu bapa iaitu pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa
tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat permainan yang
mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka
menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan ideanya.Bakat’melukis’
ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan menjadikan
kanak-kanak itu seorang pereka seni yang baik.
Kepentingan Mata
Pelajaran PSV kepada Guru
i.Melahirkan guru yang
kreatif,peka,berketrampilan dan profesional
Dalam
sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV dapat ditinjau
daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan
juga kepentingannya kepada pelajar dan negara .Antara kepentingan PSV kepada
seorang pendidik ialah dapat melahirkan guru yang
kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti yang berketrampilan dan professional.
Menurut
Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,ianya
akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif,inovatif,peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan
profesional.Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan
pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui aktiviti
seni visual,muzik dan pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi,ekspresi,inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
ii.Membantu guru memahami
diri dan persekitaran
Selain
itu,PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran
dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran.Aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan
semua benda dalam alam ini.Dengan demikian,seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
iii.Lebih mudah mencapai
objektif
Seterusnya,melalui
PSV juga seseorang guru itu lebih senang mencapai objektif atau
matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan pergerakan dengan pelajaran lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.Quadrant
Concept(1999) oleh Herrmann menunjukkan perkembangan otak kiri dan otak
kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif
seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Justeru,dengan pengetahuan
tentang keistimewaan seni,guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
iv.Mempelbagaikan teknik
dan strategi
Di
samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran
dan pembelajaran melalui PSV.Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ,Howard
Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan tetapi
kebanyakan sekolah memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan
matematik sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong
seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana
manusia memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui
pelbagai teknik pengajaran.
Oleh
itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan
diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.PSV menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu.Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.Cara bekerja
yang teratur,cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.
Kepentingan Mata Pelajaran
PSV kepada Murid
i.Memupuk kreativiti
Kanak-kanak
Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti
kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan
dan sebagainya.Tanpa kita sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku
dengan begitu pesat sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap
perkembangan seni tampak iaitu peringkat manipulatif(2-5
tahun),peringkat melakar simbol-simbol(5-9 tahun) dan peringkat pra-remaja
(10-13 tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan seni ini berlaku pada setiap
kanak-kanak.Perbezaan mungkin timbul berdasarkan faktor persekitaran,bimbingan
berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.Melalui proses
–proses lakaran ini,tahap mental kanak-kanak akan berkembang.Oleh itu,proses
membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik.(Laura
Chapman,1978)
ii.Memupuk dan
mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar
Apabila
seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15 tahun,pengetahuan
tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta
sesuatu bentuk dengan lebih baik. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul
tentang seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut
Lowenfeld dan Lambert(1965) peringkat ini merupakan peringkat yang paling
konflik dan genting..kerana berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan
mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang utama dalam proses
membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi penerangan yang
betul,kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkubur.Berbanding dengan
pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif ,mereka akan menjadi
lebih berdisiplin,cekal dan berminat dengan subjek seni ini.Begitulah
pentingnya mata pelajaran PSV dalam sistem pendidikan di Malaysia.
iii.Pengalaman
optima pembelajaran PSV meningkatkan keyakinan diri
Pengalaman
yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa kepada keyakinan diri
dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,PSV dapat membina
keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari
ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita.Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang
kita pakai.Warna yang lembut,terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.Apabila kita menggunakan
pilihan warna yang lembut,ianya dapat memberi keyakinan dalam diri
kita.Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita
pelajari.
iv.Menggalakkan
pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Mata
pelajaran PSV juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti
semulajadi akan merangsang proses pembelajaran dan pengajaran.Ini menjurus
kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dikaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.Oleh itu,seni mampu mempengaruhi
kita dalam membina sikap,keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut
kesesuaian masyarakat masa kini.Seni dapat memupuk disiplin diri.
mengukuhkan’esteem’kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh
v.Mengaplikasikan informasi
secara berkesan-Belajar Cara Belajar
Penggabungjalinan bidang
seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir,
bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk
membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu
kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi
individu dalam meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara pemikiran
dengan perlakuan kita.
Kepentingan Mata Pelajaran
PSV kepada Negara
i.Melahirkan
tenaga professional dalam pelbagai bidang
Sebagai
sebuah Negara yang sedang membangun,kita amat memerlukan ramai
tenaga profesional.Jurutera,arkitek,doktor,saintis dan peguam merupakan bidang
kerjaya yang amat diperlukan oleh Negara.Akibat kekurangan itu,kita
terpeksa mengimport dari luar Negara.Dalam bidang kerjaya,seni boleh memainkan
peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang
sesuai dengan minat mereka.Selain untuk memenuhi keperluan Negara,pelajar yang
memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu profesion
baru.Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.Walaupun Negara kita masih baru
dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai seniman yang mampu hidup mewah
dengan menjadikan seni sebagai satu profesion.
ii.Memupuk sifat kecintaan
terhadap seni dan estetika.
Negara
perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni dapat
dijadikan teras kepada pembentukana masyarakat.Seni ini boleh
dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada
nilai-nilai keindahan.Pada hari ini,melalui sebuah agensi kerajaan,kita melihat
beberapa agenda penting disambut setiap tahun.Pelbagai aktiviti dan perayaan
dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.Antaranya Program
Tahun Melawat Malaysia anujran Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.
Selain
daripada itu, terdapat pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk
menarik para pelancong.Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan
lagi.Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi
tidak menyeluruh,terutamanya kesan penghayatan terhadap aktiviti yang
dijalankan itu.Keghairahan kerajaan menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan
kesenian diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi
aset penting dalam pembangunan negara.
Gejala
sosial yang berlaku hari ini,sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek
penghayatan estetika.Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada
dari aspek pembangunan insan,pembangunan rohani dan jasmani,perkembangan dan
bimbingan dalam kehidupan seharian.Kefahaman masyarakat terhadap kepentingan
seni ini wajar diperbetulkan.Tanggungjawab mendidik masyarakat ke arah memahami
kepentingan seni ini,bukanlah terletak di bahu guru Pendidikan Seni Visual
semata-mata tetapi kepada semua anggota masyarakat.
iii.Memupuk perasaan sayang
akan seni dan warisan dalam masyarakat
PSV
sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam
masyarakat.Masyarakat kita memang kaya dengan warisan budaya.Sebut sahaja
keperluan harian yang digunakan di rumah kita.Pinggan mangkuk,peralatan
memasak,ukiran kayu,seni batik dan tenunan atau tekstil,hamparan tikar
mengkuang atau pandan,anyaman kelarai,seni rumah binaan kayu atau kampung
,seterusnya seni budaya sopan santun dan adat istiadat.Seni warisan ini
sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan.Tidak ada lagi orang yang
akan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut tetamu atau hamparan tikar
mengkuang di ruang tamu.Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan
semua warisan ini.Justeru,melalui PSV adalah diharapkan agar perasaan sayang
akan seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang
ditelan zaman.
v.Melahirkan masyarakat
yang memiliki jati diri
Akhir
sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi
melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.Budaya menunjukkan bangsa.Kata
bidalan ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan
kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya.Mengekalkan
kebudayaan supaya dikenali Dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah.Kita
boleh mengesan sessuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.Masyarakat
yang mempunyai jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,budaya
dan warisannya.Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan
kepentingan nilai seni dan estetika.Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu
dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan
tempat yang paling wajar.Peranan murid,. guru, atau pensyarah dan pihak
Kementerian Pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara
ini.Semua ahli masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau
individu yang adak kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan
sumbangan ke arah cita-cita yang murni.
Huraikan perbezaan pendapat antara kedua-dua tokoh Sidi ghazalba dan Al Ghazali. Esei:
Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di
dalam Islam
Sering kali timbulnya pertanyaan adakah
kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut
sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya.
Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman
Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya
penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan
penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut
lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang
tersendiri.
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia
Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi
adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk
dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam,
agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan
kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.
Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara
kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah
manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai
ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti
kesenian berpandukan akhlak Islam.
1.
Pandangan tokoh terhadap seni
(Laura Chapman/Ghazalba/Ghazali)
Sidi
Ghazali
-
seni bersandarkan kepada Allah untuk Allah.
-
seni menuju kepada "Al-Falah", bermaksud kerelaan dan
menghindari daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
-
seni merupakan pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni, sifat
tawaduk akan lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah.
Sidi
Ghazalba
-
seni tidak akses (melampaui batas-batas kesusilaan)
-
seni itu bertunjangkan daripada Allah kepada Allah.
-
keindahan seni yang dihasilkan oleh seni seniman bertunjangkan
"mardatilah" ,
-
seni memantapkan keperibadian muslim dan menjadikan lebih beriman.
Laura
Chapman
-
seni itu untuk masyarakat yang berasaskan kehendak dan perubahan dalam
keperluan ahli masyarakat.
-
seni sangat bermakna jika menjadikan unsur kreativiti dititikberatkan
dan menitikberatkan imaginasi yang direalitikan.
REKA BENTUK
• REKA-
membuat sesuatu ciptaan ,baru(ilham, kaji selidik, lama(inovasi)
• BENTUK-menggunakan
sains dan math, kejuruteraan,ekonomi
REKA BENTUK
INDUSTRI
reka bentuk industri merujuk
kepada produk yang direka untuk keperluan tertentu.reka bentuk ini bertujuan
menjadikan kehidupan manusia lebih selesa, mudah dan terancang.
3
bidang utama:
a) reka bentuk produk-merangkumi barangan kelengkapan rumah seperti baranagan elektrik, bekas minuman dan perhiasan rumah
b) reka bentuk kenderaan (pengangkutan)-merangkumi pengangkutan seperti basikal, kereta, bas, kapal terbang
c) reka bentuk perabot- merangkumi reka bentuk kerusi, meja kabinet.
Cara membuat produk :
1- bentuk mengikut fungsi
-penekanan kepada fungsi tanpa melihat dari sudut estetika, ergonomik dan kesesuaian reka bentuk
-fungsi produk akan ditentukan dahulu oleh jurutera dan kerja mereka bentuk ditentukan oleh jurutera industri
2-Fungsi mengikut bentuk
-penekanan lebih kepada bentuk luaran tanpa mengira fungsi yang akan dimasukkan dalam reka bentuk.
-Jurutera akan mereka bentuk luaran terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada jurutera untuk memasukkan fungsi produk tersebut
3-reka bentuk kerjasama
-jurureka dan jurutera akan diletakkan di bawah satu pasukan reka bentuk untuk menghasilkan sesuatu produk
-bentuk luaran dan fungsi dapat dihasilkan melalui perbincangan dan cara ini dapat menjimatkan kos dan masa.
a) reka bentuk produk-merangkumi barangan kelengkapan rumah seperti baranagan elektrik, bekas minuman dan perhiasan rumah
b) reka bentuk kenderaan (pengangkutan)-merangkumi pengangkutan seperti basikal, kereta, bas, kapal terbang
c) reka bentuk perabot- merangkumi reka bentuk kerusi, meja kabinet.
Cara membuat produk :
1- bentuk mengikut fungsi
-penekanan kepada fungsi tanpa melihat dari sudut estetika, ergonomik dan kesesuaian reka bentuk
-fungsi produk akan ditentukan dahulu oleh jurutera dan kerja mereka bentuk ditentukan oleh jurutera industri
2-Fungsi mengikut bentuk
-penekanan lebih kepada bentuk luaran tanpa mengira fungsi yang akan dimasukkan dalam reka bentuk.
-Jurutera akan mereka bentuk luaran terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada jurutera untuk memasukkan fungsi produk tersebut
3-reka bentuk kerjasama
-jurureka dan jurutera akan diletakkan di bawah satu pasukan reka bentuk untuk menghasilkan sesuatu produk
-bentuk luaran dan fungsi dapat dihasilkan melalui perbincangan dan cara ini dapat menjimatkan kos dan masa.
Kraf tradisional (proses membuat Wau/
KRAFTANGAN
Kraftangan ertinya apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai dayatarikan kebudayaan atau tradisional dan
adalah hasil dari sesuatuproses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya
kepadakemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.Kraf adalah
barangan yang dihasil dengan menggunakankemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakanalat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri
atau tidaklangsung oleh pengusaha-pengusaha kraf Maksud tradisional ialah
menurut atau diturunkan darigenerasi kegenerasi
•Kraf adalah barangan yang dihasil dengan
menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat
atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh
pengusaha-pengusaha kraf".
•Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah
hasil dari sesuatu proses
PROSES MEMBUAT BATIK
a. Batik tulis / lukis
Basuh kain putih -> regangkan pada pemidang kain -> buat lorekan corak dengan pensel -> panaskan campuran lilin,damar dan minyak kelapa -> cedok lilin dengan canting -> lukis ikut lakaran pensel -> warnakan -> keringkan -> sapu sodium silikat (untuk mematikan warna) -> biarkan 8 hingga 12 jam -> rebus kain dengan air panas campuran soda ash -> rendam dan basuh dengan air biasa keringkan
b.
Batik terap / blok
Lukis lakaran motif -> buat blok ikut lakaran motif dengan kepingan logam -> basuh kain untuk hilangkan kanji -> bentangkan kain di atas meja pengecap -> panaskan lilin dalam kuali leper -> celup blok ke dalam lilin -> celupkan kain yang siap dicop ke dalam warna Naphtol -> rebus kain dalam campuran soda ash -> basuh dan jemur kain
c. Batik pelangi
Ikat kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup beberapa kali ke dalam pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan dicelup beberapa kali)
Lukis lakaran motif -> buat blok ikut lakaran motif dengan kepingan logam -> basuh kain untuk hilangkan kanji -> bentangkan kain di atas meja pengecap -> panaskan lilin dalam kuali leper -> celup blok ke dalam lilin -> celupkan kain yang siap dicop ke dalam warna Naphtol -> rebus kain dalam campuran soda ash -> basuh dan jemur kain
c. Batik pelangi
Ikat kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup beberapa kali ke dalam pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan dicelup beberapa kali)
PROSES MEMBUAT ANYAMAN
Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 – 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.
Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 – 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.
TEKNIK
DAN PROSES ANYAMAN
i. Lagang – ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
ii. Pepeh / Lepih – anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman
iii. Sisip – untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan
iv. Kerat – pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman
i. Lagang – ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
ii. Pepeh / Lepih – anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman
iii. Sisip – untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan
iv. Kerat – pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman
2.
Kepentingan PSV dalam multimedia
ESEI
· Nama Pelukis : Syed Ahmad Jamal.
· Tajuk Karya : “umpan atau The Bait”.
· Tahun
Dihasilkan : 1959.
· Media : Cat Minyak.
· Teknik : Sapuan berus
tegas,
§ ruang latar tidak
mengandungi cat,
§ Bentuk-bentuk
organik berpusat dan
§ berlingkar
gelisar menimbulkan pergerakan.
· Gaya : Catan
non-figuratif, antiformal, dinamik, bertenaga,
§ dan berteknik bebas.
· Aliran : Abstrak –
watak-watak dan peristiwa-peristiwa
§ digunakan sebagai lambang.
· Tema : Ketegangan
seekor burung pemangsa dan pemusnahnya.
Apresiasi Seni
Karya Syed Ahmad Jamal -“The Bait” (1959)
Apresiasi
pertama yang dapat saya buat terhadap karya Syed Ahmad Jamal iaitu The Bait
(Umpan) dari aspek deskripsi
iaitu pengamatan hasil karya beliau dengan sifat-sifat tampak . Berdasarkan
lukisan “umpan” permainan garisan adalah
penting untuk membentuk objek yang ingin disampaikan. Garisan yang dimainkan
dengan warna mengikut komposisi tertentu dapat menimbulkan objek yang sebenar.
Karya inin banyak menggunakan garisan melengkung.
Selain itu, permainan warna
yang harmoni dan pelbagai juga menjadikan karya ini kelihatan menarik dan mudah
difahami. Syed Ahmad Jamal menggunakan juga warna-warna panas. Warna-warna
panas terdiri daripada merah, ungu, kuning ke hijau yang terdapat dalam karya
tersebut bagi menimbulkan cahaya yang tinggi, suasana lebih bertenaga, garang,
dan dekat. Sekiranya dilihat dari karya tersebut, pengkarya menggunakan warna
gelap di belakang objek dan warna cerah di bahagian hadapan. Situasi ini bagi
menimbulkan pencahayaan.
Karya “umpan” juga memperlihatkan unsur ruang iaitu susunan objek-objek yang
menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan pada suatu gabungan. Perbezaan saiz
objek juga dapat dilihat bagi menimbulkan ruang tinggi dan rendah.
Disamping itu, dari segi bentuk,
karya “umpan” diapresiasikan bentuk seekor burung yang berada dalam ketakutan
melalui penggunaan unsur seperti warna, garisan dan ruang. Walaupun tidak
bebrapa jelas namun, bentuk seekor burung masih dapat ditimbulkan.
Karya “umpan” Syed Ahmad Jamal juga
menimbulkan sifat-sifat tampak dalam prinsip rekaan seperti imbangan. Berdasarkan karya lukisan
diatas unsur imbangan tidak simetri dapat dilihat. Hal ini kerana, objek
sebelah kiri lebih besar dari objek kanan. Kesan visual yang timbul ialah kesan
lebih bebas dan spontan. Keadaan lebih pelbagai untuk menarik dan tidak
membosankan pemerhati.
Selain itu, penghasilan karya
“umpan” mengutamakan prinsip irama dan
pergerakan. Iaitu penyapuan warna secara garisan melengkung dan halus.
Pergerakan dalam penyapuan warna dapat menggambarkan perasaan dan aksi dalam
karya di atas. Apabila kita memerhati irama visual di atas, kita dapat
mengalami pergerakannya dan perasaan yang cuba pengkarya timbulkan.
Tambahan lagi, karya Syed Ahmad
Jamal “umpan” menimbulkan penegasan iaitu
objek kanan kelihatan lebih besar dan tumpuan utama pada objek tersebut. Oleh
itu, tumpuan pemerhati apabila melihat karya ini lebih kepada objek yang besar
kerana wujudnya penegasan pada karya tersebut.
Prinsip kepelbagaian dalam karya tersebut juga dapat dilihat melalui
penggunaan pelbagai jenis warna panas dan sejuk, yang diletakkan mengikut
komposisi yang betul. Berdasarkan karya
diatas warna lebih gelap diletakkan di bahagian belakang dan warna terang di
hadapan. Objek besar banyak menggunakan warna yang gelap dan panas untuk
menunujukkan suasana bertenaga dan garang. Manakala, objek yang kecil
berdasarkan karya tersebut banyak menggunakan warna sejuk, menunjukkan kuasanya
sederhana dan lembut.
Prinsip kesatuan juga dapat dikesan apabila gabungan daripada unsur-unsur
seni dan prinsip rekaan untuk mewujudkan objek yang cuba disampaikan. Walaupun
karya Syed Ahmad Jamal ini aliran abstrak tetapi masih dapat diterjemahkan
kerana permainan warna dan bentuk menimbulkan mesej yang disampaikan.
Apresiasi seni melalui aspek analisis iaitu
penggabungan unsur seni dan prinsip rekaan menjadikan karya “umpan” lebih
sempurna. Melalui pemerhatian karya di atas kita dapat lihat kualiti ekspresif
karya adalah stabil.Hal ini bermaksud pengkarya berada dalam mood yang tenang
dan baik. Kita dapat melihat daripa teknik penyapuan berus yang teratur dan
kemas serta permainan warna yang betul dan jelas menunujukkan pengkarya lebih
teliti dan sentiasa prihatin dalam menggunakan warna. Sekira dilihat suasana
karya kelihatan lebih ganas kerana penggunaan warna panas dan sejuk digabungkan
menunjukkan suasana ketegangan. Karya Syed Ahmad Jamal “umpan” sudah
menunjukkan aliran abstrak kerana objek tidak dapat ditafsir secara cepat
memerlukan pemerhatian yang lama.
Apresiasi
dari aspek interpretasi pula
memberikan gambaran terhadap makna yang tersirat dalam karya ini. Berdasarkan
pemerhatian saya, penggunaan gabungan warna dapat menimbulkan emosi dan tenaga
dua elemen itu untuk dipertahankan serta dapat dirasai secara langsung. Dalam
lukisan seperti The Bait Syed Ahmad Jamal ini lebih mengutamakan lekukan
bentuk. Bentuk-bentuk mula dilekukkannya bagi menggambarkan aksi atau suasana
yang lebih bertenaga. Menurut Syed Ahmad Jamal dalam karya The Bait, lekukan
itu berjaya dilukiskan secara kreatif dan kritis untuk memperlihatkan adegan
ketegangan antara pemangsa dengan pemusnahnya.
Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad Jamal menghasilakan karya ini dengan intensif
sekali sehingga aksi burung hadir secara separuh lut sinar. Hal lni merupakan
perkembangan yang amat menonjol kerana bentuk dan latar telah hilang rupa
realistik seekor burung.
· Nama Pelukis : Syed Ahmad Jamal.
· Tajuk Karya : Gunung Ledang/ Tanjung
Kupang
· Tahun
Dihasilkan : 1978.
· Media : Cat Minyak pada
kanvas.
· Aliran : Abstrak
ekspressionisme
Apresiasi Seni:
Melalui karya Syed
Ahmad Jamal yang bertajuk “Gunung Ledang”
pada tahun 1978 beliau ingin menunjukkan seni rupa itu amat pentingkan
imbangan. Sebagai contoh, rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan
suatu rupa bentuk yang tiada bercorak. Syed Ahmad Jamal seorang pelukis yang
mementingkan kesesuaian dalam pemilihan warna berdasarkan sifat semula jadi
bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya. Dalam seni rupa melayu
yang menyaksikan ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak-corak
tumbuhan dan motif geometri seperti karya “gunung
ledang”. Syed Ahmad Jamal merupakan pelapor aliran ekspressionisme. Beliau
menggemari aliran ini kerana aliran ini memberikan kelangsungan dalam berkarya
dan membenarkan pemikiran diterjemahkan secara langsung menjadi bahan seni.
Dalam karya “gunung ledang” ini,
beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek
warna, ruang, dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal.
Apresiasi seni yang pertama dapat
kita lihat melalui karya Gunung Ledang
ialah dari aspek deskripsi. Karya
ini menggambarkan sifat-sifat tampak produk seni seperti ruang. Unsur Seni
ruang digunakan untuk memperlihatkan objek yang berada pada bahagian belakang
dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan
dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan yang
lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan
warna. Selain itu,grid perspektif turut diaplikasi dalam hasil karya ini bagi
menimbulkan ruang. Berdasarkan karya “Gunung
Ledang” perspektif digunakan pada segi tiga tujuh peringkat iaitu
perspektif satu titik lenyap memberikan kesan ruang yang dalam.
Unsur garisan juga dapat kita lihat.
Namun penggunaan unsur garisan tidak pelbagai. Berdasarkan karya di atas unsur
garisan yang terdapat ialah garisan beralun dan nipis pada gunung, garisan
melintang pula dilihat pada segi tiga yang mempunyai tujuh tahap, garisan lurus
pada kawasan hijau yang melambangkan tumbuhan hijau.. Selain itu,unsur rupa
banyak dijumpai dalam karya ini. Aliran abstrak ekspressionisma merupakan
aliran yang menggunakan rupa dan bentuk geometri. Rupa tidak begitu jelas untuk
memperlihatkan sesuatu objek. Berdasarkan karya ini, rupa geometri seperti segi
tiga, yang disusun secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.
Penghasilan bentuk pula adalah lebih kepada rupa geometri.
Melalui karya ini unsur warna juga
amat penting. Berdasarkan karya Syrd Ahmad Jamal “Gunung ledang” gubahan warna yang digunakan lebih kepada warna
penggenap. Warna biru dan hijau yang segar dan bertenaga itu dapat menimbulkan
kesan pergerakan yang amat sesuai digunakan. Selain itu, kombinasi warna
penggenap dan warna berkontra dapat melembutkan kehebatan sesuatu karya. Jika
dilihat pada karya Syed Ahmad Jamal terdapat warna-warna seperti warna merah,
hijau+biru dan putih menjadikan karya tersebut kelihatan bertenaga. Beliau juga memilih warna sejuk yang terdiri
daripada warna hijau dan biru yang menimbulkan suasana kesegaran, kedamaian,
dan perasaan yang tenang. Perspektif warna juga ditekankan dalam karya ini
iaitu objek yang jauh lebih lembut dan pudar manakala objek dekat kelihatan
lebih jelas dan gelap. Berdasarkan karya di atas warna gelap digunakan pada
segi tiga tujuh peringkat dan warna pudar pula dapat dilihat pada gunung.
Prinsip rekaan yang terdapat pada
karya ini ialah elemen penegasan yang dapat dilihat pada bentuk segi tiga yang
terbesar yang mempunyai tujuh peringkat. Beliau menjadikan segi tiga tujuh
peringkat sebagai penegasan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap objek
tersebut. Disamping itu, unsur imbangan simetri dapat kita lihat pada karya di
atas iaitu imbangan melalui segi tiga tujuh peringkat berada di tengah-tengah
lukisan.
Seterusnya berdasarkan karya Syed
Ahmad Jamal “gunung Ledang” banyak interpretasi yang cuba ditunjukkan oleh
beliau. Interpretasi merupakan carian makna-makna yang dikemukakan oelh pereka
seni seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur
rekaan. Bagi beliau, Gunung Ledang
adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Beliau menggunakan segi
tiga yang terbesar yang mempunyai tujuh peringkat melambangkan kepercayaan yang
mempercayai bahawa Gunung Ledang
terdapat tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga. Warna hijau di
bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna
garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri
Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih
lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau
seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa kemalangan tersebut.
Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi bentuk-bentuk
segi tiga.
Selain itu, bentuk-bentuk yang
terdapat dalam hasil karya tersebut tidak konsisten, di atas gunung itu
terdapat cebisan atau sebuah kapal terbang yang berkecai di Tanjung Kupang
setelah melintasi Gunung Ledang.
Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang
ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang bermula dari bawah ke
atas berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini. Catan ini semakin jelas
apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling
tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di
bahagian tengah adalah serpihan dan darah akibat kemalangan tersebut. Warna
yang menjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai jelas pada tahun-tahun ini.
Warna hijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi
atau realiti manakala biru bererti langit atau fantasi. Penerokaan atau campur
tangan beliau dalam masalah masyarakat menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cuba mengungkapkan
isu sosial dalam catannya.
Karya tersebut merupakan satu
olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan dongengnya dilihat
sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap akan menyahut
panggilan ilahi. Gunung Ledang,
seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi
udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan itu.
Dalam kerjayanya sebagai seorang pelukis, catan Gunung Ledang menandakan kemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini
lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang
didokongnya selama ini. Selain itu, beliau berharap agar karya lukisan ini
menjadi satu bahan perantaraan antara pemerhati dengan pelukis agar pemerhati
dapat bersua dengan perasaan pelukis melalui karya mereka.
Senaraikan tiga kepentingan Pendidikan Seni Visual dari aspek
pertimbangan dan kesedaran murid.
Pertimbangan
dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada
Pengalaman
langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk
seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca,
pandai tukang dan sebagainya
Pengalaman
intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari
pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai
sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang
terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang
sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni
Daripada pengalaman langsung dan
pengalaman intelektual ini pelajar dan pengkarya dapat memperoleh kesedaran
tentang perlunya seni yang dikatakan sebagai `Seni Merentas Kehidupan’
CATAN INDIA
•
Motif utama yang digambarkan ialah mengenai
kehidupan manusia seperti sebuah cerita yang menggambarkan tentang percintaan
dan pemburuan, serta kombinasi antara imej manusia dengan tumbuhan.
•
Terdapat ciri-ciri seni Byzantine dan seni Islam
dalam senu lukis India pada abad ke-16, berikutan kedatangan Islam dan pengaruh
seni Barat.
•
Terdapat persamaan ciri seni lukis India dengan
ciri-ciri seni lukis Persia yang menggabungkan imej manusia dan corak-corak.
CATAN
JEPUN
•
Gaya lukisan Jepun sangat dipengaruhi oleh gaya
lukisan daripada China.
•
Terpengaruh dengan gaya lukisan dari Barat iaitu
menggunakan teknik yang jelas (bold).
•
Lebih mengutamakan ruang.
•
Garisan terkawal tapi bermakna.
•
Memperincikan alam semulajadi seperti
•
haiwan & tumbuh-tumbuhan.
•
Menggunakan teknik kespontanan berus.
CATAN
CINA
•
Motif yang digunakan agak terbatas jika
dibandingkan dengan catan Barat.
•
Kebanyakan catan mengambarkan keindahan panorama
alam semula jadi.
•
Catan yang dihasilkan mempunyai falsafah dan
sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya.
•
Tidak meniru alam secara realistik tetapi
tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan.
•
Seorang artis harus dapat berinteraksi dengan
alam secara harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan.
•
Konsep Yin dan Yang menjadi teras (keseimbangan
kekuatan dan kelemahan).
•
Yin = gunung, kuda hitam, aam jantan.
•
Yang = kabus, air, awan, bunga, lembah
• Huraikan dua aspek nilai dalam landskap catan cina yang mempengaruhi
budaya mereka.
Ciri2 utama dalam karya catan Cina)Menganalisis
dan menghurai kesenian pelbagai budaya dalam aspek-aspek bidang, konsep, nilai
dan karya terkenal.(Islam,Cina,India,Malaysia,Jepun)
5) Menerangkan konsep, bahan dan menganalisis kepentingan reka bentuk dan kraf.:
5) Menerangkan konsep, bahan dan menganalisis kepentingan reka bentuk dan kraf.:
(Islam/oriental/barat/Malaysia)
4. Pengenalan kesenian pelbagai budaya( pelbagai bidang,konsep dan nilai, contoh karya terkenal) dan kepentingan PSV dalam era teknologi.
Esei
1. Pandangan /sumbangan tokoh / pendidik seni seni visual
2. Pengertian kraf
3. Pengenalan kesenian pelbagai budaya ( Islam alam Melayu, barat, oriental)
Contoh soalan
4. Pengenalan kesenian pelbagai budaya( pelbagai bidang,konsep dan nilai, contoh karya terkenal) dan kepentingan PSV dalam era teknologi.
Esei
1. Pandangan /sumbangan tokoh / pendidik seni seni visual
2. Pengertian kraf
3. Pengenalan kesenian pelbagai budaya ( Islam alam Melayu, barat, oriental)
Contoh soalan
-
seni visual
barat mempunyai pelbagai aliran yang bermula dari seni klasik sehinggalah seni
kontemporari telah membawa perubahan dalam seni lukis negara.
Pada pendapat anda, sejauh mana kenyataan di atas benar dalam konteks seni lukis negara bermulab era 1930 sehingga kini.
Pada pendapat anda, sejauh mana kenyataan di atas benar dalam konteks seni lukis negara bermulab era 1930 sehingga kini.
1. Karya Van Gogh “Starry Night”.
(a) Senaraikan tiga teknik yang digunakan dalam karya tersebut.
(b) Berdasarkan karya di atas, huraikan dari segi hal benda, tema dan mesej,
dan penilaian.
2. [GAMBAR]
1. [GAMBAR DZULKIFLI BUYONG:
“Membakar Semut”]
(a) Jelaskan karya, style dan mesej yang ingin disampaikan dalam karya
tersebut.
[GAMBAR IBRAHIM HUSSEIN:
“Ayahku dan Angkasawan”]
(b) Nyatakan empat unsur seni yang dinyatakan di atas.
(c) Nyatakan hal benda dan aliran yang dinyatakan.
1.
2. Kraf tradisional (ukiran/batik/anyaman) bagaimana
fungsi kraf tersebut mempengaruhi kraf di Malaysia.
3. Kepentingan PSV dalam KBSR