Pengertian Kraf dalam Pendidikan Seni Visual
·
Konsep Kraf
·
Kraf tradisional
·
Kraf Dimensi Baru
Seni itu Indah, Tanpa Seni Tiadalah
Budaya dan Tanpa Budaya Hilanglah Warisan~ Kasbie Bin Yahya
4 BIDANG
DALAM PSV KSSR
Kandugan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu:
1.
Menggambar
2.
Membuat
Corak dan Rekaan
3.
Membentuk
dan Membuat Binaan
4.
Mengenal
Kraf Tradisional
Setiap
bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interkasi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual
serta menghargai nilai baik.
1. Menggambar
1. Menggambar
Bidang
kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid
terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik
yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan
bidang ini:
- Lukisan
- Catan
- Kolaj
- Montaj
- Cetakan
Bidang
ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian
alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannay. Inin akan membolehkan murid menyelaras
apa yang dilihat dan dialami denagn apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boelh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.
2. Membuat
Corak dan Rekaan
Bidang
kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannay menjadi satu rekaan lain. corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak
terhasil tearipada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan
seperti:
Corak
tidak Terancang
- Pualaman
- Tiupan
- Titisan
- Ikatan dan Celupan
- Renjisan dan Percikan
Corak
Terancang
- Lukisan
- Catan
- Cetakan
- Capan
- Lipatan dan guntingan
- Resis
- Kolaj
- Kaligrafi
Bidang
ini membolehkan mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian.Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga
corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
untuk bahan bacaan tambahan bidang membuat corak dan rekaan sila tekan scribd.com:Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-Pendidikan-Seni
3. Membentuk dan membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid ddapat memahami dengan lebih jelas bial mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan , alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
untuk bahan bacaan tambahan bidang membuat corak dan rekaan sila tekan scribd.com:Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-Pendidikan-Seni
3. Membentuk dan membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid ddapat memahami dengan lebih jelas bial mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan , alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
- Arca Timbul
- Asemblaj
- Mobail
- Stabail
- Model
- Diorama
- Boneka
- Topeng
- Origami
Kegiatan
membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilkaukan dalm pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4. Mengenal
Kraf Tradisional
Kraf
tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah
rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
- Alat domestik
- Alat permainan
- Perhiasan (ornamen)
- Batik
- tekat
- Ukiran
- Tenunan
- Anyaman
- Tembikar
Bidang
ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis tradisional dalam budaya
tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.
PENEKANAN
DALAM PENDIDIKAN SENI
Guru-
guru Pendidikan Seni perlu:
- Peka dan bertanggungjawab terhadap
perkembangan pendidikan negara melalui Pendidikan Seni
- Menghayati kesedaran fitrah
kanak-kanak dan remaja dalam mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
- Meningkatkan keyakinan diri dalam
pengajaran dan pembelajarn secara kreatif dan sistemetik.
- Menyedari adanya pelbagai
pendekatan pengajaran Pendidikan Seni
- Berketrampilan terhadap pendekatan
dan kaedah pengajaran.
- Menanam sifat adil dan bertanggungjawab
dalam mengendalikan pentaksiran.
- Menyedari kepelbagaian
kaedah dan melihat seni sebagai rangsangan untuk membuat apresiasi,
refleksi, dan metakognif.
- Memperkayakan semangat patriotisme
melalui proses penghayatan warisan budaya bangsa.
- mengawal kemahiran proses berfikir
dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan insan murni.
- Meningkatkan keupayaan melihat
kemungkinan-kemungkinan dalam membuat jangkaan.
- Meningkatkan keyakinan diri dalam
berkarya untuk mewujudkan suasana kerja yang berdisiplin, terancang dan
tersusun.
- Menyuburkan sifat sabar dan
dedikasi untuk membantu dalam menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan
bermakna.
- Membina dan memperkayakan sifat
kreatif dan inovatif untuk menolong meralisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK 1: Menghuraikan konsep kraf dengan
pelbagai contoh yang spesifik.
K1- ALAT DOMESTIK DAN TEMBIKAR-VIDEO
K2- ALAT PERMAINANDAN SENJATA -
GASING,WAU,CONGKAK,KERIS,TOMBAK,LEMBING,KUDA KEPANG,WAYANG KULIT,BATU SEREMBAN
K3- PERHIASAN(ORNAMEN) DAN TEKAT
K4- BATIK – BATIK
TULIS/CANTING/LUKIS, BATIK COP/BLOK, BATIK SKRIN,BATIK PELANGI
BATIK DIMENSI BARU-CONTOH
TAJUK 2 :Menganalisis kepentingan
kraf dalam konteks kehidupan harian.
K5- UKIRAN
K6- TENUNAN
K7- ANYAMAN
- Alat domestik
- Alat permainan
- Perhiasan (ornamen)
- Batik
- tekat
- Ukiran
- Tenunan
- Anyaman
- Tembikar
KONSEP KRAF
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam
penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah
sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan
kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara
persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha
kraf.
KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional pula merupakan hasil
kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh
masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun membuat tembikar, batik ,
ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya. Kraf
merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu
ketika dahulu hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang
digunakan tidak terhad.
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam. Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan
kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui
den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini
sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di
dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang
berfungsi dan memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilannya.Ini
jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga
mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang
menunjukkan ciri-ciri Islam.
Ketiadaan figura manusia dan binatang
dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan
seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni
Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes,
motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak
diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan
sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.
Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan
menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat
semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan
keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta
ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’
yang
tidak ternilai.
Jenis- Jenis Kraf Tradisional
Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh
generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional
seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai
nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli
telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni
tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah
sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar
bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di
dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu
tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air,
balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun
menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar
yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air
minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk
seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa
bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah
masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias
merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan
terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan
organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan
bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit
pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis
yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli,
titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa
dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga
cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga
tanjung dan sebagainya.
2.2 Anyaman
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan
boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang
dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.
Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan
kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar
untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini
berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan
tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya
dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini
jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang
di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam.
Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi
buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang
bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan
tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.
2.3 Batik
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik
merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan
Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni
tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa
maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni
batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun
dan China dalam abad ke 7. Negeri Kelantan
dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan
perusahaan batik tanah air. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh
alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat
tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam
sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti
bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk
digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif
yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk
rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi
campuran gaya organik dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang,
burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan
dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan
garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan
sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat
permintaan di kalangan peminat batik.
2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan
masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat
Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.
Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran
yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000
spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai
untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan
satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai
kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan
pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada
rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana
raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat
permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil,
kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti
perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
.
Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara
hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi
dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif
ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga
dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci
Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan
Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal
dengan kraf ukiran.
Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri
Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu
luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang
ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai
tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa
dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada
kekuasaan mukjizat tuhan.
ANALISIS
KRAF TRADISIONAL
Analisis Kraf
Tradisional
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman
berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti
dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan
kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat
seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat
terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan
Islam. Dari pemerhatian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak
menggunakan konsep keislaman.Tiga
buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari,
Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.
Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat
pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua
ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang
terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan
Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini.
Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan
khat.
Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan
itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut
masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur
kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan
sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni
ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian,
motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak
bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus
memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni
seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.
Oleh itu reka corak ukiran tradisi
pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas,
sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu
masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada
pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora
adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di
samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat
halus dan sangat menarik.
Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur
kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan.
Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman
dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya
pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat
dilihat pada tingkap dan pintu Masjid
seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitkan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan
pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis
ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w
menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah
kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali
pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan
dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini
melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Motif arabes adalah motif yang
seringkali dikaitkan dengan seni Islam
dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias
yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola
geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara
berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak
terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang
tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada
hari Jumaat. Motif flora telah
digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan
sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi
berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.
Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas
mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari. Manakala
ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup
subur.Ini melambangkan kekuasaan dan
kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara
tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu,
ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan
sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir
tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan
pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.
Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora
sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian
yang halus. Halim Nasir
(1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang
berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak.
Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis
ukiran pada gambar tersebut.
Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai
salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan
ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada
penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan
dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed
(1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam
adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat
ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna
dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah
tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan
adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.
Kesimpulan
Kraf tangan
melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan
alam Melayu. Sumber proses pembuatan juga mudah didapati di persekitarannya. Namun
keunikan yang terserlah ialah pemikiran
kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang
memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu
mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf tradisional adalah merupakan
warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil
ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur
keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan
warnanya
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah
diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan
dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa
jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di
Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan
memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan
70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu
Islam.
Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian
nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa
menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor
tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian,
penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun
begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan
kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk
dirungkaikan.
Justeru itulah
sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf
Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau,
gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di
sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara
Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di
kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
KRAF
DIMENSI BARU
·
Batik- cadar katil
·
Anyaman bakul, tudung
saji
·
Anyaman bekas tisu