REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya telah menjalani praktikum fasa
tiga selama tiga bulan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur pada awal tahun
2016 yang bertarikh 26 Januari 2016 sehingga 29 April 2016. Saya telah diberi
peluang oleh pihak sekolah untuk mengajar subjek major iaitu Pendidikan Seni
Visual untuk Tahun 3 dan Tahun 5 dengan berpandukan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah[1] serta panduan guru.
Terdapat empat bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah iaitu,
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta
Mengenal Kraf Tradisional. Walaupun pelbagai cabang dan kemahiran dalam
Pendidikan Seni Visual, kemahiran melukis merupakan kemahiran yang paling utama
serta asas yang perlu dikuasai oleh murid sekolah.
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran
DSV dalam praktikum fasa tiga selama tiga bulan di SKTM 2 saya telah mengenal
pasti beberapa masalah yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
iaitu masalah murid yang lemah dalam kemahiran melukis, murid kurang berminat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tidak
menyiapkan dan tidak menghantar karya
mereka kepada guru. Isu utama yang telah timbul iaitu murid tidak menguasai kaedah
melukis dengan baik. Hal ini telah t
Melalui
pemerhatian saya, didapati bahawa ramai murid tidak dapat melukis objek dengan
kemas. Tetapi saya telah dapat mengesan masalah lain yang lebih serius, di mana
masalah tersebut ialah murid-murid tidak dapat melukis lukisan yang mempunyai
skala yang betul berdasarkan proses P&P[2] yang telah dijalankan
adalah murid bermasalah untuk menggunakan motor halus dengan sempurna dalam
melukis. Murid ini amat lemah dalam pengamatan meniru lukisan kerana murid
lebih suka melukis tanpa menitik beratkan komposisi dan skala yang betul. Hasil
kerja mereka mengambil masa yang lama dan tidak dapat disiapkan dalam waktu
yang diberikan. Terdapat beberapa orang murid juga dilihat kurang berminat dan
kurang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran yang dijalankan.
Hal ini kerana mereka kurang berminat terhadap lukisan kerana menganggapnya
sesuatu yang sukar.
Manakala,
melalui perbincangan saya dan guru-guru yang mengajar subjek DSV[3] tahun tiga, saya mendapati
bahawa punca masalah ialah kurangnya pendedahan mengenai kaedah melukis yang
sesuai kerana kebanyakan guru yang mengajar subjek ini bukanlah datang dari
opsyen seni. Justeru itu, kaedah-kaedah melukis seperti tenang, grid, tetingkap
tidak diberikan pendedahan kepada murid-murid. Hal ini tidak dititikberatkan
oleh guru kerana mereka sendiri tiada pendedahan dalam lukisan. Saya merasakan
masalah ini perlu diatasi dengan segera. Oleh yang demikian penggunaan dam
berwarna mampu meningkatkan kemahiran melukis murid dengan lebih baik. Hal ini
kerana hasil kajian mampu memberikan impak yang positif terhadap perubahan
murid-murid. Ini akan meningkatkan kemahiran melukis murid di mana pengamatan
murid terhadap objek yang ditiru berulang kali mampu menajamkan daya pengamatan
mereka melalui kaedah grid ini.