Falsafah
Pendidikan Negara
“Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara”
Tugas Guru
o
Pengajaran dan pembelajaran
o
Aktiviti kokurikulum
o
Pentadbiran
Sebagai guru pembimbing
yang baik, guru memikul tanggungjawab sebagai contoh dan teladan, gen pengesan,
agen perubahan dan perkongsian maklumat
o
Merapati pelajar dan mengenal pasti mereka yang bermasalah
dan merujuk mereka kepada kaunselor
Ini dapat dilihat
apabila beliau menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan pelajar dan
memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis. Ini dapat dilihat apabila terdapat
seorang murid yang bermasalah dalam kelas beliau yang sering tidak hadir ke
sekolah dengan berjumpa secara individu dengan memberi kata-kata semangat
bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dalam kehidupan. Hal ini juga
dapat dilihat beliau membantu kaunselor dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling
memandangkan terdapat ramai murid yang bermasalah di sekolah ini.
Beliau juga sering
menjadi penggalak kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti sekolah. Antaranya
persembahan ataupun pertandingan di luar sekolah. Beliau sangat aktif dalam Persatuan
Pandu Puteri.
o
Membuka ruangan kepada pelajar untuk berlatih kemahiran
yang dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan
lain-lain
o
Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah,
arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Merujuk, jika
perlu, kepada kaunselor dengan persetujuan mereka.
o
Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik
o
Membantu
o
Mengetahui prestasi, latar belakang, penglibatan, bakat,
minat dan kecenderungan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar serta pelbagai
kecerdasan pelajar.
o
Mengelakkan membuat penghakiman terlalu awal tentang
kebolehan pelajar kerana pelajar berkembang pada peringkat berbeza.
o
Memberi keyakinan dan rangsangan tentang kepentingan mata
pelajaran dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan.
o
Memberi penjelasan tentang kandungan kurikulum mata
pelajaran supaya pelajar dapat gambaran tentang apa, mengapa, dan bagaimana
pelajar harus belajar. Guru perlu memberi pendedahan ini kepada pelajar dalam
tempoh masa yang cukup sebelum pelajar membuat pilihan.
o
Bersikap terbuka tentang penukaran mata pelajaran.
o
Membantu pihak sekolah memberi penerangan mata pelajaran
kepada ibu bapa/penjaga.
o
Memastikan diri sentiasa meningkatkan tahap
profesionalisme terutamannya dalam bidang mata pelajaran sendiri dan berusaha
mengadakan kemudahan dan kelengkapan secukupnya.
o
Menyemak prospektus institusi pendidikan dan latihan yang
terkini
o
sentiasa memonitor pelajarnya setiap masa dan ketika
o
berusaha memahamkan pelajarnya tentang sesuatu konsep dan
pengajaran dengan cara yang paling mudah, sisteimatik, seronok dan bermakna.
Guru itu sebagai agen mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.
o
Membimbing pelajar bersikap rasional, realistik dan
tenang menghadapi sebarang kemungkinan di dalam hidupnya
o
Bertindak sebagai pemudah cara dan membantu pelajar
melicinkan perjalanan harian mereka baik di dalam kelas mahupun di luar kelas
tanpa memilih kasih.
o
Berperanan memperkenalkan inovasi kepada ramai iaitu sesuatu yang baru sama ada kaedah,
idea, teknik dan sebagainya
o
Mampu mengurus semua keadaan dengan cekap dan sempurna
maka secara langsung dapat memupuk disiplin kendiri pelajar
o
bertindak cemerlang dalam hubungan manusia dengan manusia
dan manusia dengan penciptanya