Peta Minda Pendekatan Dalam Pendidikan Moral


Peta Minda Pendekatan Dalam Pendidikan Moral
Pendahuluan
Terdapat beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabungkan beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara efektif.
Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran. Pendekatan Pendidikan Moral perlu mempunyai crri-ciri seperti berikut:-
Ø  Memberikan ilmu – kognitif
Ø  Membina kemahiran dan amalan – psikomotor
Ø  Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
Ø  Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
Ø  Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar
Ø  Menyatupadukan faktor dan nilai
Ø  Merentasi kurikulum
Ø  Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Ø Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

Pendekatan dalam Pendidikan Moral ini memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral. Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral ialah seperti berikut:

1. Perkembangan Moral kognitif
Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina. Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk menentukan apakah yang baik atau jahat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist).
Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan.     
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).
Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab social seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi.         
Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).
Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang dipersetujui masyarakat.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia sebagai individu. Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18 tahun.

2 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar. Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.
2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.
3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.
4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:
a.         meningkatkan tingkah laku yang bermoral
b.        mengajar tingkah laku moral yang baru
c.          mengukuhkan tingkah laku yang bermoral
d.        mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral
5. Melaksanakan pengajaran – pembelajaran dalam kelas
6. Menilai pengajaran – pembelajaran
Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang ditetapkan oleh masyarakat.

3 Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai. Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai
yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup.
Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:
1 Memilih
a. secara bebas
b. daripada beberapa alternatif
c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif
2. Menghargai
a. berasa gembira dengan pilihan
b. secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu
kepada orang lain
3. Mengambil tindakan
a. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih
b. berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

4 Analisis Nilai
Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan pendekatan analisis nilai. Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”. Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan
2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta
3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu
4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak
5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan
6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat

Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung keputusan yang dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti dengan rapi, perbezaan dalam keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan. Untuk mengurangkan perbezaan ini, pelopor pendekatan analisis nilai memperkenalkan pula “tugas resolusi konflik”. Asasnya, konflik hendaklah diselesaikan dengan mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan teknik analisis nilai.

5 Bertimbang rasa
Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda berkata demikian? “Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan ini ialah “berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi. Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang yang bertindak sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti berikut :
SITUASI MORAL
- perhubungan peribadi
- kepentingan kumpulan
- autoriti
- sedunia
MEMBERIKAN
PERTIMBANGAN KEPADA
ORANG LAIN


HASIL
 



MENTAFSIRKAN KESAN- KESAN
KE ATAS
- diri
- orang lain
MENGGUNAKAN
PENGETAHUAN DAN
PENAAKULAN
                                                                                                                                                        
                       
 





6.Pendekatan Rasional
Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai, pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Menurut James Shaver dan William Strong, “nilai” berbeza daripada “sikap”. Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral, yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat. Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh digunakan:
1.      Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain
2.      Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat
3.      Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik
4.      Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai
5.      Memupuk penglibatan diri secara emosi

7.Tindakan Sosial
Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.
1.      menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti
2.      memahami isu
3.      memutuskan tindakan yang akan diambil
4.      merancang dan menggubal matlamat dan strategi
5.      melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan
6.       merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan selanjutnya.

Kesimpulan
Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.
TEKNIK YANG SESUAI UNTUK PENDEKATAN PENDIDIKAN MORAL
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3

Mata Pelajaran

Pendidikan Moral

Tarikh
12/03/2010

Kelas :

 3 Biru

Masa :

2 waktu (60 minit)- 8.00-9.00 pagi

Jumlah Pelajar

 15 orang

Topik 

Terima Kasih Cikgu

Bidang

1.Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Sub Nilai :

1.10 Berterima Kasih

Sub Topik
Menghargai Jasa Guru

Nilai sampingan
Hemah Tinggi, Kejujuran, Baik Hati, Kasih sayang,  Kerajnan, kesederhanaan

Hasil pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Kognitif
i.                    Menyenaraikan 5 cara menghargai jasa guru
ii.                  menjawab 3 soalan berdasarkan temuramah

Afektif
i.                    Menghargai dan jasa dan pengorbanan guru
ii.                  Menghormati guru dan menyayangi guru

Perlakuan
i.                    menghargai guru dengan membuat kad ucapan
ii.                   menjaga nama baik  guru
iii.                Mengucapkan terima kasih dengan kepada guru
Bahan/Sumber P& P

 Buku Teks (mukasurat 38-40)
Sajak untuk Guru
Kad Ucapan Hari Guru

Pengetahuan sedia ada

Murid-murid mengetahui kepentingan ucapan terima kasih jika menerima sesuatu dari orang lain

Unsur Kemahiran Berfikir
Memberikan sebab

Teknik

Soal jawab, Sumbang saran, temu ramah, mereka cipta/projek

Pendekatan

Pendekatan Bertimbang Rasa



Langkah/ Masa
Isi
Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)

Guru Bersoal jawab dengan murid


Guru Mengaitkan aktiviti soal jawab dengan pelajaran hari ini.
i.Guru bertanya kepada murid?

·         Bilakah Sambutan guru diadakan?
·         Apakah tujuan  sambutan hari guru?


KB
Memberikan sebab
Perkembangan
Langkah 1
(15 minit)
Murid-murid membuat simulasi lakonan temu ramah diantara pemberita dan Guari dan Belinda mengenai cara menghargai jasa guru
1.      Murid melakonkan  temuramah berdasarkan watak dalam dialog
2.      Murid diminta menjawab soalan mengenai temu ramah tersebut
·       Murid diminta menyatakan tujuan Hari Guru Diadakan?
·       Menyatakan cara –cara Belinda dan Gauri menghargai pengorbanan guru
·       Bagaimana cara murid untuk berterima kasih kepada Guru.
BBM

Buku Teks
m/s 39
Perkembangan
Langkah 2
(35 minit)
Murid diminta membuat kad ucapan untuk guru untuk menghargai jasa guru sempena sambutan Hari Guru.
1.      Guru menunjukkan langkah-langkah merekacipta sekeping kad ucapan kepada guru.
2.      Murid bebas memilih reka bentuk sendiri.
3.      Guru membimbing muri menulis kata-kata ucapan yang sesuai pada kad ucapan
4.      Murid menghias kad ucapan dengan lukisan dan perhiasan.

BBM

Kertas A4
berbagai
warna
Pen marker
Pelekat
Pensel warna






Penutup
(5 minit)
Rumusan Pelajaran:
Guru dan murid merumuskan apa yang dipelajari hari ini
1.      Murid mempamerkan kad yang di buat
2.      Meyatakan kembali cara-car menghargai jasa guru.






Ulasan Pemilihan Pendekatan Pendidikan Moral
Pendekatan Pendidikan Moral yang saya  pilih dalam pelaksanaan Rancangan pengajaran Harian tahun 3 ini adalah Pendekatan Pemupukan Nilai. Saya merasa pendekatan ini amat sesuai untuk murid sekolah rendah yang baru mengenal dan mendalami nilai-nilai moral bagi menjalin kesinambungan budaya sesuatu masyarakat. Pendekatan ini bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikehendaki.Pendekatan ini juga membolehkan nilai murni dipupuk secara langsung dengan member penjelasan mengapa nilai itu patut diamalkan. Termasuklah bagi nilai moral berterima kasih . Murid dapat mengamalkan peraturan tingkahlaku moral yang di dianggap mulia seperti  nilai berterima kasih kepada guru yang dianggap sebagai;
1.       Seorang contoh teladan yang membawa banyak kebaikan
2.      Memberi pengukuhan pada tingkah laku yang positif  melalui  pengajaran dan dendaan. Oleh itu setiap kesalahan harus di beri dendaan supaya murid tidak melakukan nilai yang tidak baik dan setiap nilai baik yang ditunjukkan haruslah diberi pengukuhan yang positif supaya nilai it uterus diamalkan oleh murid tersebut. Contoh peneguhan positif ialah pujian,ganjaran atau hadiah.




















Rujukan

Rahmad Sukor Bin Abd Ab Samad (2009) (OUM) HBME1103Pengenalan Pendidikan Moral, Universiti Terbuka Malaysia
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan
moral. Serdang: University Putra Malaysia.
Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di
kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan
kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge
University Press.
Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of
caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.
Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral
thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.


Terbaru Lebih lama