STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

TAJUK 2
STRATEGI  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL  KBSR



2.1       Mengenal Konsep:

2.1.1  Kajian Masa Depan

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.  Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)
i           Membina generasi masa depan yakin dan optimis
ii          Menghasilkan tenaga manusia yang mampu berfikir kehadapan
iii          Menjangka masalah dan membuat keputusan yang baik
iv         Membawa anjakan paradigma
v          Meramalkan keadaan pada masa hadapan. 


2.1.2  Teori  Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

       kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
       kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
       kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu.
 











Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i   VERBAL-LINGUISTIK
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi   
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).

ii  LOGIK-MATEMATIK
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi  memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.

iii VISUAL-RUANG
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.

iv KINESTETIK
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’ (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).

v  MUZIK
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.

vi INTERPERSONAL
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.

vii INTRAPERSONAL
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi 
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).

viii NATURALIS
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan 
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja  lapangan.
Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

SISIPAN                       Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.
JARINGAN                   Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.
JALINAN                      Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN            Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
pelajaran.
KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi
mata pelajaran yang berlainan.

2.1.3  Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah EMK dan dilihat sebagai alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.  Penggunaan TMK juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan seni Visual.

Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

-       Pendidikan Seni Visual seiring perkembangan TMK masa kini dan akan datang.
-       Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital.
-       Sebagai salah satu tarikan
-       Salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dengan pendekatan pengajaran mudah, pantas dan berkesan.

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i   Pembelajaran tutorial (pembelajaran kendiri)
ii  Pembelajaran eksploratasi (akses maklumat)
iii Alat aplikasi (penghasilan)
iv  Alat pemudah komunikasi (perhubungan dan perkongsian)

2.1.4  Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menghubungkait isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya masyarakat, pekerjaan, persekitaran (alam semulajadi/geografi)  fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

2.1.5  Pendekatan Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.  Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
·         Galakan Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi
·         Rangsang pelajar dengan soalan yang menguji pengetahuan sedia ada.
·         Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
·         Menyokong pembelajaran secara koperatif
·         Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
·         Menggalakkan proses inkuiri penemuan
·         Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme

i    Berfikir
ii   Faham
iii  Ingat
iv  Yakin
v   Kemahiran Sosial
vi   Seronok


2.1.6 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.  Ia dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generative (baru



Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:

a)  Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b)  Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c)  sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.


2.1.7  Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid. Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a)  Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit 
     pembelajaran.
b)  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
     mengembirakan.
c)  Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d)  Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e)  semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
     pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f)   Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g)  Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.








Terbaru Lebih lama