TAJUK 1
|
PENGENALAN TEORI DAN
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
|
Tajuk ini
merangkumi teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan kurikulum PSV
KBSR.
1.1 Teori Pengajaran dan
Pembelajaran
1.1.1 Teori
Behaviourisme
Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov
dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Pembelajaran adalah berkaitan
dengan perubahan tingkah laku. Perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’
yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Setiap tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
1.1.2 Teori
Kognitif
Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget. Pembelajaran
ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Kognitif dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran
adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia
memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan
menyusun segala maklumat didalam ingatan.
1.1.3 Teori
Humanis
Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan
disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga
menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan
supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
1.1.4 Teori
Psiko-Analitik
Teori
Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund
Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan
kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang
tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Terapi
psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat
manusia(nature) dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor
di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa
interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh
mewujudkan perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu penggunaan seni
visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak.
Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi. Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting
dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang
terlibat dalam penghasilan seni visual
1.1.5 Teori
Konstruktivisme
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak
boleh dipindahkan daripada guru kepada murid
dalam bentuk yang sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu
mengikut pengalaman masing-masing. Ilmu pengetahuan yang ada pada murid adalah pengetahuan
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai pengalaman dalam bentuk
struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri. Guru sebagai pendorong
untuk membentuk pengalaman. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan
baru, guru harus mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
Apabila maklumat baru disesuaikan dan diserapkan, barulah sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada murid.
1.2 Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran
1.2.1 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)
i.
Produk
Seni
Murid
mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara
tersendiri.
ii.
Sejarah
Seni
Murid mempelajari kejayaan
penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri,
contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan
kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.
iii.
Kritikan
Seni
Murid akan menyata,
menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya.
Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.
iv.
Estetika
Murid akan menimbangkan
keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula
yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni
itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.
1.2.2 Pendekatan Chapman
Pemerhatian
yang aktif
Aspek
ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian
perlu diberi kepada perkara berikut:
• pengetahuan
sedia ada murid
• minat,
kecenderongan dan latar belakang murid
• benda
yang konkrit
•
bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
•
mencetus idea dan imaginasi (rangsangan)
Penerokaan
•
aktiviti kecil mudah ringkas
• cuba
mencuba, suaikenal dengan bahan
•
penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
•
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
Penghasilan
•
tatacara, langkah dan proses membuat
•
amalan tertib kerja
•
keselamatan semasa bekerja
•
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
•
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
•
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
•
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Apresiasi
• aspek bahasa yang berkaitan dengan
istilah seni seperti Asas seni reka dan Prinsip rekaan
• aspek
bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
• aspek
bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
• penghargaan hasil kerja dan menghormati
pembuat karya
• perasaan, penghargaan dan refleksi diri
• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai
yang berkaitan dengan kandungan.
1.2.3 Pendekatan PSV KBSR
Pemerhatian secara aktif:
§ Merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
§ Memperkembangkan
pemahaman terhadap asas seni visual
§ Murid dilatih membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia
§ Membantu murid terus
menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi
dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan:
§ Menggalakkan murid
membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan
§ Proses ini membantu
perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.
Apresiasi seni visual secara mudah:
§ Memberi pengalaman
kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam
pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi
§ Murid diperkenalkan
tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:
§ Murid dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka
§ Ini termasuk memelihara
dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
PROSES
APRESIASI SENI
Feldman (1967) dan Smith (1967)
mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni.
DESKRIPSI (menggambar)
• Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan
dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur
ANALISIS
• Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan
struktur.
• Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
• Menghuraikan stail sesuatu karya.
INTERPRETASI (tafsiran)
• Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat
tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
• Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan
analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Kaitkan persamaan
teori, cerita atau pengalaman.
PENILAIAN (evaluation)
• Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria
yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
• Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.