KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR


TAJUK 3


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR


           
3.1        Mengenal Konsep Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.1.1       Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Contoh, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti  berikut:-

1.            Prosedur Pertama         :           Mengenal pasti masalah
2.            Prosedur Kedua           :           Merancang penyelesaian
3.            Prosedur Ketiga           :           Mengumpul maklumat
4.            Prosedur Keempat        :           Membuat tafsiran
5.            Prosedur Kelima           :           Membuat kesimpulan

3.1.2 Teknik
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan.

Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran
Teknik Mengajar
Pengetahuan
Latih Tubi
Kefahaman
Syarahan
Aplikasi
Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis
Penyoalan
Sintesis
Perbincangan
Penilaian
Sumbangsaran
        

KAEDAH

3.2  Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV
Kaedah Individu
       Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
       Setiap individu berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.
       Murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
       Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.
       Sesuai untuk pengajaran pemulihan

       Sesuai untuk pengajran pengayaan
       Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
       Hubungan guru dan murid paling minima.
       Pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan murid
       media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain digalakan sebagai bantuan rangsangan.

Kaedah Kumpulan
       Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan,  “beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukartukar pendapat serta fikiran dan bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.”  
       L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama dan saling bergantung di antara mereka.
       Berasaskan pusatkan guru kepada berpusatkan pelajar.
       Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
       mengikut kadar pembelajaran  yang sepadan dengan kebolehan mereka .


3.3  Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Simulasi
       Murid membuat simulasi berdasarkan pengalaman atau secara spontan.
       Murid mengambarkan sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.
       Disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau main watak.
       Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.
       Merangsang komunikasi social murid.
       Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.
       Guru boleh memberi peranan-peranan dan murid melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
       Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.
       Simulasi juga boleh dirancang oleh guru dengan teliti.

Sumbangsaran
  Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
  Menekankan pengeluaran idea berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid.
  Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
  Garis panduan topic perbincangan  haruslah ringkas dan jelas.
  Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum sama ada sesuai atau tidak.
  Setiap kumpulan mestilah memilih ketua.
  Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
  Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
  Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
  Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
  Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? +  How? )
  Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
  Digalakan setiap kumpulan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Projek
·         Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.
·         Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah  dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
·         Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
·         Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam  menghasilkan sesuatu projek.
·         a juga dapat memperkembangkan potensi pembelajaran murid
·         Projek hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
·         Bahan-bahan projek hendaklah mudah diperolehi.
·         Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
·         Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek.
·          Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

Akses Kendiri (belajar sendiri)
  Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat
    yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
  Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap
     unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil  dan setiap unit disimpan di dalam
     folder  yang berasingan.
    Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
    Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual
    Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
    Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses 
     kendiri,  pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
     komen.
    Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri,  mesra pengguna,
     Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa  pengawasan.

Kembara Visual
       Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan belajar dalam situasi sebenar.
       Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan
       Belajar sesuatu yang tidak ada dalam bilik darjah.
       Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep,budaya dan ciri-ciri
       Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria
       Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
       Galakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan  di sekolah.
       Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dalam proses mengumpul maklumat.
       Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara  yang diajar.
       Garis panduan teknik  membuat lawatan:

Sebelum
Persediaan - tentukan tempat,  objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.
Semasa
Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman
Selepas
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan kesesuatu tempat itu.  Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.


TEKNIK

3.4  Teknik soal jawab  dan teknik memberi arahan.

Teknik soal jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
     Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
     Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas/maklumbalas yang sewajarnya.
     Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
     Untuk mengukur pengetahuan asas seni murid.
     Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
     Untuk mendorong pelajar menghuraikan bahan yang telah ditunjuk ajar.
     Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
  berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut
       Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik.
-Contohnya, “bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah campuran warna primer akan menghasilkan warna sekunder.”
       Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
     Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan “topeng muka kartun 
     kegemaranku”  terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
     yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat
     membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.
       Teknik soal jawab ini dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.







Teknik memberi arahan
       Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.
       Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose yang dicadangkan oleh Gallahue (1995)
       Tujuan teknik ini;
- Mengawal penuh pengajaran
- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
- Menilai keputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
       Guru memberi penerangan dan membuat aktiviti
       Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
       Guru mengarahkan, meminta, menunjuk dan memberikan bimbingan

3.5  Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.

Teknik tunjuk cara
       Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
       Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
        Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.
       Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
       Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
       Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.
       Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
       Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
       Kelebihan adalah cara pembelajaran penglihatan dan pendengaran.
        Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
       Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: 
Sebelum demonstrasi
       Guru hendaklah memahami topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
       Alatan dan bahan disediakan.
       Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.
Semasa demonstrasi 
       Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.
       Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.
Selepas demonstrasi
       Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.

3.6  Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.

       Menurut  Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
       Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)
       Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
       Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.
       Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.
       Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
       Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.
       Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain.
       Teknik ini adalah cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
       Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.
       Galakan guna pelbagai media bantuan rangsangan
       Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.


Terbaru Lebih lama