Refleksi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
            Bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek EDU3053 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran ini, kami telah membina sebuah persembahan multimedia yang berasaskan model ASSURE. Tujuan kami menggunakan model ASSURE sebagai asas adalah untuk digunakan sebagai media pengajaran di dalam kelas. Kami telah memilih sasaran bagi murid tahun 1 dan subjek yang kami pilih adalah subjek Bahasa Melayu.
            Selaras dengan pandangan Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat-peringkat. Model ASSURE juga merupakan satu model yang dibina secara berperingkat sejajar dengan ciri-ciri dan keupayaan pelajar. Menurut model ini, terdapat 6 langkah untuk menjamin kejayaan iaitu Analyse learner, State objectives, Select methods, Utilize media, Require learner, dan Evealuate
            Bagi menjadikan model ini sebagai model pengajaran, kami telah memulakan langkah pertama iaitu menganalisis. Peringkat pertama ini berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat itu dapat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.  Kita juga perlu tahu adakah murid pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV. Media yang digunakan juga perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Kami telah mencapai langkah yang pertama kerana kami telah memilih murid tahun 1 dan kami telah menggunakan dokumen standard sebagai rujukan bagi pengajaran.
            Langkah yang kedua pula memerlukan kami untuk menyatakan objektif. Langkah ini perlu dicapai dan kami perlu memastikan bahawa ianya sesuai dengan tahap dan pengetahuan murid. Objektif yang kami rancang juga bersesuaian dengan murid tahun 1 kerana kami telah memilih untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Bahan multimedia yang kami guna juga bersesuaian dengan objektif iaitu murid dapat mengecam bunyi yang ada di persekitaran mereka. Kami telah membina persembahan multimedia yang menggunakan haiwan sebagai bahan untuk murid mengecam bunyi.
            Langkah yang seterusnya pula adalah dari segi pemilihan kaedah, media , dan bahan pengajaran berdasarkan kebolehan murid dan objektif pelajaran yang ingin dicapai. Kami telah menggunakan video dan gambar sebagai bahan pengajaran kami supaya murid dapat melihat dengan jelas dan dapat mengecam bunyi haiwan berdasarkan video dan gambar yang telah kami tunjukkan. Hal ini kerana, murid tahun 1 memerlukan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka. Dengan menggunakan video sebagai bahan, kami telah menepati langkah ketiga dalam model ASSURE.
Langkah keempat pula adalah menggunakan media dan bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk pelajaran yang ingin disampaikan. Antara peranan guru dalam menggunakan bahan media dengan berkesan ialah penyediaan bahan yang berkesan. Kami telah memudahkan murid kerana persembahan multimedia kami bersifat interaktif dan mudah digunakan. Bagi menguji penggunaannya, kami telah mengujinya banyak kali dan dilihat tiada sebarang kekurangan dan masalah yang berlaku. Namun, sebagai seorang guru, kami perlu ingat bahawa penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan suis dan susunan kedudukan murid perlu diambil kira ketika di dalam kelas.
Langkah yang kelima dan keenam adalah penglibatan murid dan semak semula. Bahan persembahan multimedia kami sememangnya senang digunakan dan murid perlu menggunakannya. Terdapat kuiz yang disediakan da murid boleh membuat latihan disitu bagi menguji kefahaman mereka. Kami juga telah menggunakan model ini untuk menguji murid dan untuk melihat bahawa objektif telah dapat dicapai ataupun tidak.
Kesimpulannya, berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk proses pengajaran dan pembelajaran.  Model ini bukan sekadar memberi memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan.
Sekiranya model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran, saya yakin bahawa murid akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut.  Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Terbaru Lebih lama