PENGENALAN
Program
Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan
ini menekankan unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Model konseptual Pendidikan Guru yang
mengandungi elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan
dalam program ini.
Satu
sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan di Institut
Pendidikan Guru (KDPM/KPLI/KPLI-SR/KPLSPM) telah disediakan untuk program ini.
Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka ditauliahkan
dengan Diploma perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga menu
utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan guru
serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru.
Tujuan
utama Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciri
–ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan
semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan
bertanggungjawab kepada pasukan. Di samping itu dapat meningkatkan ketahanan
fizikal dan mental. Para guru pelatih juga dapat meningkatkan dan menguasai
kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat dan
meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
Akhirnya, dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian.
REFLEKSI
Bina
Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap
penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut
pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati
diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi,
dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang
situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya
kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.
Bersyukur
kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu
komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani
program Bina Insan Guru (BIG) pada 27– 29 Oktober 2014, guru pelatih PISMP
Ambilan Januari 2013 telah menjalankan program khidmat masyarakat di Felda
Soeharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saya berasa sangat seronok kerana dapat
menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan
bersemangat.
Rajah
1
Memaparkan wajah-wajah guru pelatih G4.7 seramai 29 orang
Dalam
membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu,
setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan
tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan menjadikan
seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan
terhadap teknologi terkini perlu diperkemas kan lagi. Dengan kata lain, seorang
guru perlulah sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalkan adab-adab yang
terpelihara.
Rajah
2
menunjukkan gambar murid-murid tadika serta guru bersama-sama dengan guru
pelatih setelah menyelesaikan tugasan.
Melalui
aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan telah menyedarkan saya sebagai
seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru
kelas, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja
tetapi meliputi segala aspek sama ada luar atau dalam kelas termasuk aspek
kebersihan.
|
|
Rajah
3
proses mengecat dinding pagar kawasan sekolah tadika KEMAS
Kami
telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti yang sudah
dirancang. Kumpulan saya iaitu rakan sekelas yang terdiri daripada 29 orang
telah menjalankan aktiviti sukaneka dan gotong royong mengecat pagar di tadika
KEMAS Felda Soeharto. Saya dan beberapa rakan yang lain telah diberi tugas
untuk sama-sama bergotong-royong untuk mengecat roda pasu bunga. Dalam aktiviti
ini saya sendiri berasa bersemangat untuk menjalankan kerja amal ini
beramai-ramai kerana saya yakin bahawa setiap perkara yang dilakukan
beramai-ramai akan memberi banyak faedah kepada semua orang. Ketika menjalankan
aktiviti ini, saya dapat merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting
dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di kawasan yang
agak luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi akan
memakan masa yang agak lama.
|
|
Rajah
4
murid-murid tadika semasa menjalankan aktiviti sukaneka di gelanggang futsal
Sesungguhnya
program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya.
Sebabnya ialah saya berpeluang menjalankan tugasan dalam suasana yang
menyeronokkan bersama-sama rakan. Selain itu, saya juga dapat merasai kepuasan
dari segi hasil usaha gotong-royong yang mendatangkan faedah kepada semua
pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Saya bangga kerana disebabkan usaha kami, kawasan
tadika tersebut, yang kumpulan kami usahakan dapat diceriakan dalam masa
tersebut. Saya percaya semua warga kampus juga pastinya berasa gembira kerana
usaha kami untuk membersihkan kawasan-kawasan yang kami bersihkan dan ceriakan.
Selain
daripada itu saya juga turut berpeluang untuk mendekati murid yang menghadapi
masalah autisme. Walaupun murid ini kelihatan normal tetapi dia agak berbeza
dengan murid-murid lain. Setelah berborak dengan guru-gurunya saya mendapati
bahawa kanak-kanak ini tidak bergaul dan tidak bercakap malahan tidak fokus
apabila di dalam kelas. Mungkin agak kekok bagi saya mendekati murid ini pada kali
pertamanya, kerana dia menolak dan menjauhkan diri. Namun lama kelamaan dia
boleh menerima kehadiran saya dan turut melibatkan aktiviti sukaneka.
Maka
kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotong-royong amat penting dalam
kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu kita
sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah menyertai sebarang
kegiatan gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal untuk
memantapkan lagi hubungan sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali
orang ramai yang sama-sama menyertai program yang dijalankan.