| AIMI | Bismillahirahmanirahim……. Yang Berusaha .............. Tuan Guru Besar SK Tanjung Sepat Puan Hajah Norlita binti Ramli Yang Berbahagia Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru  Encik Faizul bin Mohd Jais Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan Guru
  Penolong Kanan Pentadbiran Puan
  Zummazuwen binti Kader Guru
  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru
  Penolong Kanan Kokurikulum Puan
  Azmah binti Jaafar Sekolah .................... Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang
  mulia. | 
|  | Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya
  Peringkat Sekolah SK Tanjung Sepat 2022 | 
| SYAFIAH |           Bersyukur
  kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat
  bersama-sama kita berkumpul di Dewan Sri Tanjung , SK Tanjung Sepat pada hari
  yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dengan tema : Guru
  Tunjang Sekolah SEJAHTERA dan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SK
  Tanjung Sepat bagi tahun 2022 Awal
  Bismillah pembuka bicara  Kata
  disusun untuk keberkatan, Semoga
  kebaikan datang jua,   Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang
  akan dilafazkan oleh Ustaz Abdul Rafar bin Talib Dijemput dengan hormatnya                                        (bacaan
  doa) | 
| AIMI | Amin Ya Rabbal Alamin.  Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian
  tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selngor dan Lagu Sekolah. Sidang
  hadirin dipersilakan berdiri. (rakaman nyanyian) | 
| SYAFIAH | Majlis merakamkan jutaan terima kasih.   
 Seterusnya Bacaan Perutusan... Dipersilakan GPK Kokurikulum, Puan Azmah binti Jaafar untuk membacakan
  Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...                                       (ucapan
  perutusan) | 
| AIMI | Majlis merakamkan ucapan terima kasih. .Seterusnya dipersilakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan
  Zummazuwen binti Kader untuk membacakan Perutusan Menteri Kanan Pendidikan.
  Dipersilakan.                                       (ucapan
  perutusan) | 
| SYAFIAH | Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid, untuk itu
  dipersilakan NUR QAISARA BINTI AZWADI .selaku
  Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan... (ucapan) | 
| AIMI | Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin sekalian, Seterusnya  majlis mempersilakan Encik Faizul bin Mohd Jais
  Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat untuk menyampaikan
  ucapan beliau. Dipersilakan... (ucapan) Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi. | 
| SYAFIAH | Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar,
  Puan Hajah Norlita binti Ramli untuk menyampaikan ucapan
  beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. (ucapan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan.itu tadi. | 
| AIMI | Sidang dataran yang dimuliakan,                           Paluan
  gendang pembuka majlis,                                Moden
  tradisional bersatu senada;                           Seterusnya,
  bacaan ikrar jadi perintis,                                Barisan
  guru tersenyum bangga.           Untuk itu,
  dijemput semua guru SK Tanjung Sepat untuk tampil ke atas pentas bagi acara
  melafazkan ikrar diketuai oleh Encik MOHD SHUHAIL BIN ABD RAHIM serta
  menyaksikan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru : Guru
  Tunjang Sekolah Sejahtera. oleh barisan pentadbir dan guru-guru.
  Dipersilakan....  Dipersilakan.... (ikrar) Lagu Kami Guru Malaysia : Kami Guru
  Malaysia   Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan
  itu tadi | 
| SYAFIAH |           Untuk
  maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk
  menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia
  ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada
  Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis
  merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin  yang dimuliakan, Andai berkayuh dah sampai ke seberang Andai memanjat dah sampai ke pucuk Andai mendaki dah sampai ke puncak Setiap yang bermula pasti akan berakhir Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini | 
| AIMI | Segala yang baik, yang indah dan yang
  sempurna  itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah
  kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis
  ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang
  kami pinta. Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah
  hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU” Selepas rehat sambutan hari program hari raya akan dilaksanakan sebagai penutup bicara, Sisir pelepah meraut lidi, Menganyam daun atap jerami, Yang
  indah, yang berseri bawalah pergi Yang
  cacat yang keji tinggalkan buat kami. Dagang
  singgah membeli kajang, Tambat
  perahu di muara Deli. Kalau ada
  umur yang panjang, InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi. |