PERBANDINGAN
|
PENTAKSIRAN
|
PENGUJIAN
|
PENILAIAN
|
DEFINISI
|
Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi
seseorang individu atau murid
|
Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur
perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.
|
Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan nilai.
|
TUJUAN
|
Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran
|
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu
pembelajaran
|
Memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.
|
BENTUK
|
1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred
|
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
|
1. Jadual
2. Gred berdasarkan teknik
perangkaan
|
PROSES
PERLAKSANAAN
|
Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan
kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred
|
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin
dijalankan.
Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan
seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah
dijalankan.
|
Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan
melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.
Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor
dapatan kajian dan tindakan.
|
MASA
|
Selepas sesi pembelajaran
|
Selepas sesi pembelajaran
|
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi
pembelajaran
|
LIPUTAN
|
Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran
|
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran
yang telah disampaikan
|
Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga
kepada keseluruhan sesebuah kurikulum
|
KEPUTUSAN
|
Menunjukkan pencapaian secara relatif
|
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan
pembelajaran yang spesifik
|
Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu
namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.
|
konsep
|
Pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat
tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
|
|
·
Penilaian merupakan satu proses
memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai.
·
Proses menilai dapat memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
keberkesanan kurikulum.
·
Dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik
atau keseluruhan kurikulum
|
1)
Tujuan pentaksiran
a)
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
b)
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
c)
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran
d)
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
2)
Pentaksiran autentik
a) Pentaksiran authentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan
atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan
nyata sedekat mungkin.
b) pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
3)
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.
b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
d) Subjek membina maksud yang tersirat.
e) Berpusatkan kanak-kanak.
4)
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
a) Persembahan tarian
b) Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan
sebaya
c) Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti
Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
d) Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk
pengumpulan portfolio.
5)
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini
kepada pelajar ;
a) Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman
akademik mereka.
b) Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka
sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
c) Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi
mereka.
d) Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
6)
Bentuk pentaksiran
a)
Formatif
i) sepanjang masa selepas P&P di jalankan
ii) bercorak ujian diagnostik
iii) digunakan serta merta dalam memperrbaiki P&P
iv) Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan
ujian di bilik darjah yang tidak ditentu-kan gred
b)
Sumatif
i) dibuat pada akhir P&P, penggal, tahun
ii) menilai tahap penguasaan pelajar
iii) menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara
keseluruhan
iv) Contoh: UPSR, PMR atau SPM
c)
Pemerhatian
i) rekod anekdot
ii) temubual
iii) senarai semak
iv) borang kemajuan diri
v) soal selidik
vi) rekod profil murid
d)
Portfolio
i) penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pem-belajaran pelajar
ii) dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang
e)
Hasil Kerja
i)
pencapaian kebolehan
dan kemahiran murid
7)
Bincangkan lima kriteria yang perlu diberi
perhatian oleh penilai portfolio. Beri
justifikasi bagi kriteria-kriteria tersebut.
Sertakan contoh yang berkaitan berdasarkan bidang Mengenal Kraf Tradisional.
a) nota-nota yang disediakan oleh guru
b) senarai semak yang disediakan oleh guru
c) refleksi kendiri pelajar
d) buku log
e) catatan jurnal
f) gambar dan foto
8)
Jelaskan empat langkah utama bagi proses
penghasilan produk dalam pentaksiran animasi 3D.
a) Penghasilan papan cerita
b) Permodelan
c) Pencahayaan
d) Pemetaan
e) Rendering
9)
Tujuan Pengujian Pengajaran dan
Pembelajaran
a)
Diagnosis
i)
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii)
Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauh mana pengajaran
guru berkesan.
iii)
Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan
kaedah pengajarannya.
iv)
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan
yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai,
diperbaiki dan dipertingkatkan.
b)
Pengredan
i)
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh
mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,
‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’.
ii)
Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak
berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan
prestasi pelajar lain.
iii)
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan
membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.
iv)
Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan
kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya
ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c)
Pemilihan dan Penempatan
i)
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan pelajar.
ii)
Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains
mungkin dipilih untuk mewakili sekolah.
iii)
Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk
mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
d)
Kaunseling dan Bimbingan
i)
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju.
ii)
Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu
pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan
tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar.
iii)
Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi
khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang
diminati.
10)
Tujuan Penilaian
a)
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak
diajar.
b)
Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
c)
Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau
dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
d)
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
e)
Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka.
f)
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
11)
Jenis-jenis penilaian
a)
Penilaian Formatif
i)
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
ii)
Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai
setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru
seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis.
iii)
Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.
iv)
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
v)
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
vi)
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit
pelajaran.
vii)
Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
b)
Penilaian Sumatif
i)
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus.
ii)
Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh
penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
iii)
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar.
iv)
Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan
penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.
c)
Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
i) Ujian Pencapaian
(1)
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar.
(2)
Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar?
Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku
pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
ii) Ujian Kecerdasan
(1)
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara
luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap
intelektual am seseorang individu.
iii) Ujian Prestasi
(1)
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti
seharian.
(2)
Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan
(3)
mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada
kurikulum yang diajar.
(4)
Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki
pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan
kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka.
(5)
Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja
pelajar.
(6)
Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang
dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
d)
Penilaian Alternatif
i)
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi
satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
ii)
Penilaian pengajaran di sekolah
sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan
oleh pelajar.
iii)
Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi,
projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
12)
Definisi Pentaksiran
a)
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
13)
Cadangkan empat aktiviti bagi kesedaran
tentang kepercayaan dan nilai diri dalam pentaksiran Pendidikan Seni Visual.
a) Kognitif- melibatkan perkembangan pemikiran pelajar
i) kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman
pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
ii) Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati
kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada
menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan
kreatif.
iii) membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta,
perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
iv) Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakan
perkembangan pengujian masa kini.
b) Psikomotor-melibatkan perkembangan kemahiran fizikal
pelajar.
c) Afektif- melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
i) Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan
sikap.
ii) Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
iii) Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan
adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
d) Sosial- melibatkan komunikasi/ interaksi murid dalam
pembelajaran
i) penglibatan yang aktif di kalangan pelajar
14)
PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah)-
konsep penilaian sekolah rendah
a)
Konsep
i) Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah
ini dikenali sebagai PKS.
ii) Melalui aktiviti
penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
iii) Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah
memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi
kesemua aspek tersebut.
iv) PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan
setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat.
v) Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan
murid dari semasa ke semasa.
vi) Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan
kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut
tidak terhimpun.
vii) mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi
kekuatan serta potensi murid.
viii) PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.
ix) Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari
semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.
x) PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek
termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
b)
Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat
i) PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang
kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran guru. Melalui
PKS, guru dapat :
ii) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
iii) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;
iv) mengetahui keberkesanan pengajarannya;
v) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
vi) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan
serta-merta.
c)
Ciri-Ciri PKS
i) PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
ii) kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan
diperkaya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran
iii) memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di
peringkat pusat.
15)
Nyatakan empat aspek yang perlu diutamakan
bagi penilaian hasil kerja murid bagi bidang Membuat Corak dan Rekaan.
a) Sumber idea - alam
semulajadi, bahan buatan manusia, geometri, abjad, rupa barangan kraf.
b) Susunan grid – struktur susunan ulangan secara tertentu.
c) Motif karya – stailisasi corak berdasarkan sumber idea.
d) Pemilihan karya – karya yang sesuai dan bermutu dengan
tema atau tajuk.
e) Proses kemasan dan membingkai – kemasan akhir hasil kerja
untuk penampilan yang lebih menarik.
f) Susun atur karya – cara susun atur atau reka letak untuk
pameran persembahan.
16)
Penilaian hasil kerja
a) Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek lain - ukuran
kemajuan dan pencapaian pelajar.
b) Kreativiti - luahan kreativiti juga sama penting untuk
dinilai di dalam pendidikan seni visual.
c) Pengujian bersesuaian dengan tahap kreativiti
pelajar-pelajar di dalam kelas
d) pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi
kemampuan pelajar di dalam mencampurkan warna, - diuji dan cara mengaplikasikan
kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni.
17)
Beri tiga kesimpulan bagaimana kemahiran
kritikan dan analitikal dapat mempengaruhi pentaksiran Pendidikan Seni Visual.
a) Melihat kritikan murid tentang bagaimana artis
menggunakan media.
b) Melihat bagaimana murid mengaplikasi konsep seni visual
di dalam deskripsi dan analisa hasil karya.
c) Menggunakan berbagai pendekatan kritikan dan
analitikal. Contoh, fasa deskripsi,
analisa, interpretasi dan kecenderungan.
18)
Penilaian formatif dan sumatif
ASPEK
|
PENILAIAN FORMATIF
|
PENILAIAN SUMATIF
|
KONSEP
|
Mengesan penguasaan pelajar pada suatu
hasil pembelajaran melalui pengujian yang dapat dibina dan ditadbir secara
formal ataupun tidak formal.
|
Mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh
tertentu persekolahan melalui pengujian yang dijalankan secara formal.
|
WAKTU PENILAIAN
|
Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
|
Pada pertengahan ataupun akhir penggal /
semester persekolahan.
|
KAEDAH
|
Formal: pensel, kertas.
Tidak formal: Pemerhatian, soal jawab,
latihan.
Dibuat secara individu ataupun berkumpulan.
|
Dibuat secara formal: Ujian pensel dan kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan.
|
SELEPAS PENILAIAN DIJALANKAN
|
Menjalankan tindakan susulan ke atas
pelajar:
Aktiviti bimbingan bagi kemahiran yang
belum dikuasai.
Aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang sudah mula dikuasai.
Aktiviti penggayaan bagi memperkembangkan
penguasaan kemahiran.
Mengubahsuai proses pengajaran dan
pembelajaran.
|
memperbaiki kurikulum sedia ada.
Mengumpulkan pelajar mengikut tahap
penguasaan.
|
19)
Jelaskan bersama contoh, dua penilaian
pemerhatian yang mengukur kemajuan murid dalam
bilik darjah dari masa ke semasa.
a) sesi soal jawab
b) kuiz
c) lembaran kerja seni
d) rekod anekdot
e) portfolio
20)
Bincangkan items dan pecahan markah yang sesuai dimasukkan
dalam Peraturan Memberi Markah (PMM) bidang Menggambar- teknik lukisan.
KRITERIA PENTAKSIRAN
TAHAP PENCAPAIAN
|
Pemilihan & penyediaan bahan (20%)
|
Pengwujudan Idea (25%)
|
Proses dan Teknik (25%)
|
Gubahan
(20%)
|
Kemasan
(10%)
|
CEMERLANG
(LULUS
80% - 100%)
|
|
|
|
|
|
BAIK
(LULUS
65% - 79%)
|
|
|
|
|
|
MEMUASKAN
(LULUS
40% - 64%)
|
|
|
|
|
|
gKURANG MEMUASKAN
(GAGAL
35% - 39%)
|
|
|
|
|
|
LEMAH
(GAGAL
< 35%)
|
|
|
|
|
|
1)
BORANG PENILAIAN, PENGGREDAN DAN RUBRIK
a) Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu
disediakan sebelum sesuatu pengujian dijalankan.
b) Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di
malaysia, tetapi daripada aspek kandungan
c) rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh
digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah
mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit.
Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik analitik dan rubrik
holistik.
2)
RUBRIK ANALITIKAL
a) Panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk
pengujian formatif.
b) Menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan
pelajar. Setiap kriteria yang ingin
diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu.
c) Mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses
pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek
dalam pengujian yang perlu dilihat.
d) Markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji
sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.
3)
RUBRIK HOLISTIK
a) Digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada
pencapaian pelajar secara menyeluruh.
b) Diadakan pada hujung tahun pembelajaran
c) Guru tidak perlu lagi maklumat diagnosik daripada
keputusan ujian pelajar untuk membuat
modifikasi dalam pengajaran
d) memberi maklumat menyeluruh tentang pencapaian
pelajar.
e) Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai
diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan
21)
Bincangkan lima kriteria yang perlu diberi
perhatian oleh penilai portfolio. Beri
justifikasi bagi kriteria-kriteria tersebut.
Sertakan contoh yang berkaitan berdasarkan bidang Mengenal Kraf Tradisional.
a)
nota-nota yang
disediakan oleh guru
b)
senarai semak yang
disediakan oleh guru
c)
refleksi kendiri
pelajar
d)
buku log
e)
catatan jurnal
f)
gambar dan foto
22)
Kepentingan folio dalam penilaian visual
a)
Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan,
portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah.
b)
Ia bukan sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman
pembelajaran murid,
c)
dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa oleh pihak lain
yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid.
23)
portfolio yang dicadangkan mengandungi 4
aspek
a) Kajian
i)
Pemerhatian dan pengamatan
ii)
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan
kegiatan
iii)
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
b) Lakaran
i)
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang
konstruktif ‘Pewujudan Idea’
ii)
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
c) Rangka Sebenar
i)
Merangka reka cadang atau model
ii)
Menentukan alatan dan bahan
iii)
Prototaip (jika berkaitan)
d) Persembahan Portfolio
i)
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
ii)
Mengikut urutan
iii)
Bersih, kemas dan mudah.
24)
Buat banding beza antara Penilaian Hasil
Kerja dan Penilaian Portfolio.
PORTFOLIO
|
HASIL KERJA
|
|
Penilaian
pencapaian kebolehan dan kemahiran murid diperlihatkan pada hasil kerja
|
PORTFOLIO YANG LENGKAP
·
Nota guru
·
Senarai semak guru
·
Refleksi murid
·
Buku log
·
Buku jurnal
·
Gambar / foto
|
KRITERIA RELEVAN
·
Gubahan
·
Interpretasi
·
Kemahiran
·
Fungsi
·
Keaslian
·
Kreativiti
·
Kemasan
|
·
JENIS PENTAKSIRAN
·
Bekerja
·
Dokumentari
·
Produk akhir
·
Individu
·
kumpulan
|
AKTIVITI
LISAN
·
Soal jawab
·
Peta minda
·
Kuiz
·
Temubual
·
Teka teki
·
Forum
·
Seminar
·
Lakonan
·
Sumbangsaran
|
·
|
NILAI
YANG DIPERHATIKAN
·
Kebersihan
·
Keteraturan
·
Keselamatan
·
Ketekunan
·
Kerjasama
·
Ketilitian
·
kesempurnaan
|
25)
Jenis pentaksiran
a)
Pentaksiran autentik
b)
Pentaksiran “ performance based”
c)
Pentaksiran dan hasil pembelajaran
d)
Pentaksiran dan hasil tindakan
e)
Pentaksiran dan motivasi
f)
Pentaksiran aspek nilai dan sahsiah
g)
Pentaksiran pembentukan watak
h)
Pentaksiran berbantukan komputer
i)
Pentaksiran kendiri
26)
Tujuan pentaksiran
a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
c) Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap
d) Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
27)
Konsep pentaksiran
a)
Proses
i) Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang dikehendaki
b)
Maklumat
i) Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang
ditaksir
c)
Penghakiman
i) Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar
d)
Produk.
i) Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi
setelah melalui proses pendidikan
Rubrik Holistik Dalam Pengujian Kerja
Berkumpulan
CEMERLANG
21 – 30 markah
|
|
BAIK
11 – 20 markah
|
|
LEMAH
0 – 10 markah
|
|
Contoh Rubrik Analitikal Dalam Pengujian Kerja
Berkumpulan
SUMBANGAN IDEA
|
5
|
Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam
kumpulan dan semasa berbincang.
Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan.
|
3
|
Kadangkala memberikan idea yang bernas di
dalam kumpulan dan semasa berbincang.
Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan.
|
|
1
|
Jarang menyumbangkan idea yang bernas dan
lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan.
|
|
KUALITI KERJA
|
5
|
Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan
tahap pemikiran kritikal yang tinggi.
|
3
|
Kualiti kerja perlu diperbaiki dan
mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal.
|
|
1
|
Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada
aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.
|
|
KERJASAMA BERKUMPULAN
|
5
|
Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan
dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberikan maklum balas dan
berkongsi maklumat.
|
3
|
Ahli yang agak pasif dan lebih banyak
mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat.
|
|
1
|
Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan
ahli kumpulan yang lain.
|
ii)
28)
Guru A telah membuat pemerhatian di dalam
bilik darjah. Jelaskan kaedah pemerhatian yang sesuai dijalankan oleh guru A.
a) Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis
penilaian authentik. Ragbir Kaur
Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk
penilaian autentik yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk
mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu.
b) Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh
dijalani secara global atau analitik berd
c) asarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh
seorang guru. Jenis penilaian ini mudah
dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat sukar untuk
menentukan kesahan dapatannya.
d) Ini kerana kaedah
pemerhatian di pengaruhi oleh persepsi (tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar
guru-guru.
e) Guru-guru boleh membuat persepsi atau tanggapan terhadap
murid-murid.
f) Mereka juga boleh membuat pemerhatian jangka panjang atau
jangka pendek.
g) Dalam penilaian ini, guru-guru akan melaporkan apa jua
aksi yang mereka saksikan.
h) Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah
dengan menggunakan senarai semak dan rubrik.
i) Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod
anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik
dan persekitaran.
j) Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian
murid-murid selepas satu jangkamasa tertentu.
k) Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada
murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang
ditetapkan. Ia juga digunakan untuk
penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk
digunakan.
Kriteria
|
Petunjuk
|
Kandungan
Adakah
murid memilih tajuk yang sesuai bagi menggambarkan kandungan portfolionya?
Adakah
murid memberi tumpuan kepada aspek penting dalam tajuk?
|
Tajuk
tepat
Tajuk
memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan portfolio.
Maklumat,
idea dan contoh yang menarik dan relevan dimasukkan dalam portfolio.
|
Kriteria
Adakah
murid mempersembahkan idea secara kreatif?
|
Idea
murid adalah pelbagai, asli dan terdapat persepsi dan interpretasi baru.
|
Kemajuan
Adakah
murid menunjukkan bukti kemajuan dalam pembelajaran
|
Menunjukkan
kemajuan dari segi perbezaan antara hasil kerja pertama dengan yang terkini.
Kemajuan
dalam turutan hasil kerja yang dipilih.
|
29)
Definisi pentaksiran kendiri:
a) Proses seseorang individu mentadbir alat pengukuran
tertentu, menyemak jawapannya dan
menilai ukuran yang diperoleh secara sendiri.
30)
Contoh instrumen pentaksiran kendiri
Instrumen pentaksiran sendiri
a) Soalan latihan
b) Jurnal
c) Jurnal refleksi
d) Kertas ujian/ peperiksaan
e) Selidik Inventori
f) Soal selidik
31)
Aspek yang perlu diberi penekanan ketika
melakukan pemerhatian:
a) Sikap / Afektif
b) Tingkah laku / Psikomotor
c) Kemahiran manipulatif
d) Kemahiran belajar
e) Kemahiran bersosial
f) Kemahiran kinestatik
g) Kemahiran mengajar
h) Kemahiran literasi komputer
32)
Persembahan hasil karya dalam seni visual
mengandungi tiga aspek iaitu
a) pernyataan karya,
b) kekemasan
c) nilai.
33)
Definisi pernyataan karya, kekemasan dan
nilai
a) Pernyataan karya merupakan pengucapan atau ekspresi diri
pengkarya terhadap ciptaannya
b) Kekemasan merujuk kepada kemahiran mengaplikasi alat,
bahan dan teknik menghasilkan karya
c) Nilai merujuk sejauh mana karya mencapai matlamat ciptaan
atau sejauh mana karya itu dihargai dinilai
34)
Jenis-jenis
Instrumen pentaksiran pemerhatian:
a) Skala kadar
b) Senarai semak
c) Rakaman video
d) Rekod amali
e) Rekod anekdot
f) Pembentangan hasil kerja
g) Rekod inventori
35)
Mengapa kebolehtadbiran ujian amat penting
dalam pelaksanaan peperiksaan akhir tahun.
a) Ujian dapat ditadbir dan dilaksanakan oleh staf yang
mahir dalam bidang pengukuran.
b) Alat penilaian yang dibina telah mengambil kira masa,
tempat dan kos ujian.
c) Alat penilaian telah ditentukan piawai / standard.
d) Membantu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
e) Meningkatkan kualiti proses pemarkahan dan penilaian.
f) Mengurangkan kesilapan dalam peperiksaan.
g) Mudah untuk mentafsir dapatan.
36)
Perincikan cara proses pentaksiran tersebut
dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual.
Proses pentaksiran hasil
kerja Seni Visual dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSV untuk mengukur tahap perkembangan murid
dengan cara:
a) guru mengenal pasti tahap perkembangan murid.
b) menentukan hasil pembelajaran / standard yang hendak
dicapai.
c) merancang pelaksanaan ujian.
d) mengenal pasti jenis pentaksiran misalnya pemerhatian,
kuiz, ujian amali, hasil kerja
dan dokumentasi.
e) mengenal pasti alat / instrumen yang akan digunakan
contoh senarai semak, soalan
amali, soalan hasil kerja, soal selidik, item ujian dan profil pelajar.
f) melaksanakan analisis data.
g) mentafsir hasil analisis.
h) mengambil tindakan penambahbaikan.
37)
Ciri-ciri kajian yang cemerlang dalam
portfolio.
a) Dapat mengumpul maklumat/ kajian melalui pelbagai cara
seperti pemerhatian, penulisan, lukisan dan pengamatan terhadap koleksi bahan.
b) Maklumat yang dikumpulkan sangat sesuai dengan tema dan
tajuk.
c) Maklumat merupakan sumber idea utama kepada pengkarya;
contoh; dari alam semula jadi atau alam
benda.
d) Segala maklumat dicatat, dilakar semula atau ditampal
sebagai bukti hasil pemerhatian dan
penemuan/ bukti.
e) Kajian /maklumat dari pelbagai sumber seperti sesi
temubual, lawatan, eksplorasi bahan bacaan, membeli koleksi bahan, majalah,
buku, akhbar dan kajian.