Latihan PSV 3083


Struktur

1.             Berikan lima teknik penghasilan arca asemblaj
Berdasarkan maklumat menerusi Gambar 9 menunjukkan salah satu aktiviti seorang guru yang sedang menunjukkan model robot mainan.

a          Berdasarkan penelitian Gambar 9 diatas, senaraikan dua kemahiran yang akan dikuasai oleh murid bagi menjalankan aktiviti seperti berikut.

            Tahun               : Tiga
            Bidang             : Membentuk dan Membuat Binaan
            Topik/ tajuk      : Robot
            Aktiviti             : Mencantum bentuk-bentuk asas

b          Senaraikan tiga proses bagi menjalankan aktiviti tersebut

2.             Kain Pua Kumbu mencerminkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat Iban.
Berikan fungsi terhadap aspek-aspek berikut;
·         Motif
·         Bahan
·         Alatan
·         Kegunaan
3.             Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, bagaimanakah proses untuk melaksanakan bidang dimensi baru dalam mengayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Tahun             :  6
Bidang            : Mengenal Kraf Tradisional
Topik/tajuk      : Wau Dimensi Baru
Aktiviti             : Menghasilkan sebuah model Wau
 
 





1.             Asemblaj merupakan karya tiga dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai.
a          Senaraikan enam alatan yang seringkali digunakan oleh pengarca.
b          Nyatakan empat proses penyediaan lakaran idea untuk sebuah asemblaj yang berkualiti.
2.             a          Silat adalah gaya ukiran yang berfungsi untuk menampakkan kehalusan motif yang diukir.
Namakan lima jenis silat dalam ukiran kayu tradisional.
b          Nyatakan lima jenis bunga yang biasa digunakan sebagai motif dalam ukiran.
3         a            Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan diselit dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaskan secara ringkas lima langkah secara tertib menghasilkan seni tekatan.
b          Senaraikan lima motif yang biasa digunakan dalam corak seni tekat    
4          a          Senaraikan lima hasil karya kraf tradisional
b          Jelaskan dengan ringkas lima fungsi apresiasi dan kritikan seni


3.             Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Jelaskan alat dan bahan yang sesuai bagi setiap jenis hasil produk kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan di bawah.
·         Asemblaj
·         Mobail
·         Model
·         Diorama
·         Boneka

1.     Perancangan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah dengan mengaplikasikan konsep Pendidikan Seni Visual, konsep KBSR dan teori pembelajaran. Huraikan proses penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan.

2.     Kaedah eksperimen merupakan  satu kaedah yang baik dijalankan dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea yang tertentu. Apakah langkah-langkah bagi kaedah eksperimen dalam proses penghasilan arca.
3.     Terangkan lima aspek pemerhatian yang perlu diambil kira oleh guru semasa mengajar aktiviti membuat wau.
4.     Bincangkan lima fungsi menjalankan aktiviti apresiasi dalam menghasilkan karya kraf tradisional.



Esei
1.             Anda dikehendaki menghasilkan satu perancangan aktiviti penghasilan produk batik lukis dengan menyesuaikan kepada bahan dan peralatan yang sedia ada.
2.             Anda dikehendaki menghuraikan penghasilan produk seperti Gambar 4dengan mengaplikasi tertib kerja dan tata-cara bekerja dalam proses penghasilan.
3.             Hasil kerja membentuk dan membuat binaan dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan.
Berikan justifikasi anda tentang spesifikasi tersebut berdasarkan aktiviti apresiasi arca berdasarkan Gambar 5 di atas.

1.             Aktiviti seni yang bersesuaian mampu membantu pelajar mempunyai sifat yang peka terhadap aspek luaran dan dalaman serta memberi peluang kepada mereka menghayati dan menilai keindahan alam maya ciptaan Tuhan.
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, anda akan membawa murid-murid melawat ke Pusat Kraf dan Pameran.
Huraikan beserta contoh lima perancangan aktiviti yang sesuai untuk menjayakan program tersebut.
2.             Topeng ialah alat yang menutup muka.  Topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan istiadat pemujaan.
Terangkan sepuluh langkah mengikut urutan bagaimana menghasilkan topeng menggunakan papier mache.
3.             Penghasilan portfolio dan penghasilan karya secara umumnya perlu mematuhi disiplin-disiplin yang telah ditetapkan.
Lakaran adalah sebahagian daripada komponen portfolio yang perlu diambil kira semasa proses penilaian.  Beri justifikasi anda terhadap lakaran yang baik dan bermutu.

4.             Anda dikehendaki menghasilkan satu rancangan pengajaran harian bidang kraf tradisional seni anyaman Tahap 2.
Pilih satu jenis corak tepi tikar yang sesuai bagi melengkapkan proses menggunakan motif anyaman yang anda ketahui seperti disenaraikan di bawah
·         Gigi Yu
·         Belut
·         Lipan
·         Tulang Belut

Rancangan pengajaran dan pembelajaran anda hendaklah menekankan aspek pemilihan motif dan pemilihan corak pada bahagian tepi tikar dengan gambar rajah langkah-langkah proses penghasilannya.
5.             Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik.
Bincangkan faedah pembelajaran Kajian Masa Depan bagi merealisasikan pakaian seragam yang bersifat sebagai pelindung dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

6.             Berdasarkan Gambar 10, penghasilan produk kraf tradisional tempatan mampu muncul sebagai produk yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.Huraikan bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap individu bagi memajukan produk buatan tempatan agar dapat menaikkan taraf ekonomi global     di negara ini.


Terbaru Lebih lama