RPH BAHASA MELAYU TAHUN 4

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Mata Pelajaran                 : Bahasa Malaysia
Tahun                               : 4 Ibnu Khaldun
Tarikh /Hari                      : 4 September 2015
Bil Murid                           :     /32 orang
Masa                                : 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi           
Tema                                : Bumi Indah Rakyat Bertuah
Tajuk                                : Alam Sekitar Tanggungjawab Kita

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.

                                        
Objektif: Pada akhir  pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
            i.        Menyatakan maklumat dengan tepat daripada pelbagai bahan yang dibaca.
           ii.        Menulis maklumat dengan berfikir secara kreatif melengkapkan peta buih.

Sistem Bahasa  
·      Sintaksis -  Jenis Ayat
·      Kosa kata – teknologi hijau
BBB                : Lagu Hijau- Zainal Abidin, buku teks, teks kepentingan memelihara alam sekitar, lembaran peta buih.
BCB                :Kemahiran membaca, Memproses maklumat, Mendengar arahan, dan Mengaplikasi
KB                  :Menghubung kait, Menjana idea, Merumus
KP                   :Intrapersonal, Verbal-linguistik
Nilai Murni     :Kerjasama
Pendekatan   : Penggabungjalinan mata pelajaran muzik
Teknik            : Soal Jawab dan didik hibur

Bahan Bantu Belajar (BBB)

BIL
JENIS
BILANGAN
1
Teks kepentingan memelihara alam sekitar
32
2
Teks Sajak ( buku teks)
32
3
Pembesar Suara
1
4
Lembaran kerja (peta buih)
32
Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Malaysia Tahun 4 Ibnu Khaldun
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)

Lagu
Lagu “Hijau- Zainal Abidin”

Lirik

Contoh soalan
  i.       Lagu ini berkaitan dengan apa?
 ii.       Nyatakan tujuan lagu ini dihasilkan?
iii.       Hijau berkaitan dengan apa (sains)?

Ciri
Fizikal : pergerakan semasa menyanyi
Deria : dapat diperdengarkan lagu

Jangkaan jawapan
  i.       Alam Persekitaran
 ii.       Berterima kasih, hidup mempunyai wawasan
iii.       Persekitaran (flora & fauna)

Isi pelajaran
-Kaitan lagu dengan tajuk dan isi pelajaran.

1.   Guru memperdengarkan lagu Hijau.
2.   Murid dan guru bersoal jawab tentang lagu.
3.   Murid dan guru menghubungkaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
BBB
·   Lagu “Hijau- Zainal Abidin”, Pembesar suara

KB
·   Menghubung kait

BCB
·   Memproses maklumat.

Pendekatan :
·   Penggabungjalinan mata pelajaran muzik

Teknik :
·   Soal Jawab dan didik hibur
Langkah 1
(10 minit)

Membaca Teks Sajak
Alam sekitar tanggungjawab kita, keindahan perlu dijaga,
Tempat kehidupan,
Manusia, flora, fauna
Indahnya suasana.

Alam sekitar tanggungjawab kita, asap, toksik dan sisa,
Hindarinya di mana sahaja,
Ceria alam kita,
Bersih dan selesa.

Alam sekitar tanggungjawab kita, amalkan kitar semula,
Teknologi hijau usah dilupa,
Alam sekitar terpelihara,
Hidup kita sejahtera.
1.    Semua murid diminta untuk membaca teks secara mentalis.
2.    Murid melihat demonstrasi guru mendeklamasikan sajak.
3.    Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak dengan bersungguh-sungguh
4.    Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.    Murid akan bersajak dengan penuh penghayatan dengan iringan muzik.
6.    Murid lain menilai tentang sajak yang dideklamasikan.
BBB
·   Teks sajak m/s 161

BCB
·   Kemahiran membaca

BCB
·   Mendengar arahan

BCB
·   Mengaplikasi

Kosa Kata
·   Teknologi hijau
Langkah 2
( 15 minit)

Teks Kepentingan menjaga alam sekitar
KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu,alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan kan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.
1.    Murid diedarkan teks kepentingan memelihara alam sekitar.
2.    Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan setiap perenggan.
3.    Murid lain diminta untuk menggariskan isi-isi penting yang terdapat pada setiap perenggan.
4.    Guru membimbing murid melaksanakan aktiviti.
5.    Guru membincangkan mengenai isi-isi penting tadi.

BBB
·   Teks kepentingan menjaga alam sekitar

KP
·   Intrapersonal
·   Verbal-linguistik

KB
·   Menjana idea

Nilai Murni
·   Kerjasama
Langkah 3
( 25 minit)

Menulis isi penting


1.    Guru memperkenalkan peta buih.
2.    Murid dibimbing guru untuk menggunakan peta buih untuk mencatat isi penting.

Penilaian
1.    Murid dikehendaki mencatat isi penting dan memasukkan ke dalam peta buih yang mereka pilih mengikut kreativiti masing-masing.

Pengayaan
1.    Murid mengeluarkan isi penting secara lisan.

Pemulihan
Membaca dan mengeja kv+kv
1.    Murid menggariskan isi penting.
KP
·   Intrapersonal
·   Verbal-linguistik

BBB
·   Lembaran Peta buih
KB
·   Menjana idea (Pengayaan)


Penutup
(5 minit)

Kognitif:

Rumusan isi pelajaran
1-    Menggunakan ayat untuk menceritakan semula.
2-    Menyatakan usaha dan nilai murni yang dipelajari.
-       Menjaga flora dan fauna dengan baik.
-       Sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar.
-       Membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Sosial :
Penerapan nilai murni
1.   Guru dan murid merumuskan isi pelajaran dan membuat kesimpulan.
2.   Guru memberikan pujian atas sikap murid yang melibatkan diri.
KB
·   Merumus

KP
·   Intrapersonal
Ulasan Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Terbaru Lebih lama