Rancangan Pengajaran Harian
(RPH)
Mata
Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 4 Ibnu Khaldun
Tarikh /Hari : 4 September 2015
Bil
Murid : /32 orang
Masa : 10.30 pagi sehingga
11.30 pagi
Tema : Bumi Indah
Rakyat Bertuah
Tajuk : Alam Sekitar
Tanggungjawab Kita
STANDARD
KANDUNGAN
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera
yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
|
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera
yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.
|
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i.
Menyatakan
maklumat dengan tepat daripada pelbagai bahan yang dibaca.
ii.
Menulis
maklumat dengan berfikir secara kreatif melengkapkan peta buih.
Sistem Bahasa
·
Sintaksis
- Jenis Ayat
·
Kosa
kata – teknologi hijau
BBB :
Lagu Hijau- Zainal Abidin, buku teks, teks kepentingan memelihara alam sekitar,
lembaran peta buih.
BCB :Kemahiran
membaca, Memproses maklumat, Mendengar arahan, dan Mengaplikasi
KB :Menghubung
kait, Menjana idea, Merumus
KP :Intrapersonal,
Verbal-linguistik
Nilai Murni :Kerjasama
Pendekatan :
Penggabungjalinan mata pelajaran muzik
Teknik :
Soal Jawab dan didik hibur
Bahan Bantu Belajar (BBB)
BIL
|
JENIS
|
BILANGAN
|
1
|
Teks
kepentingan memelihara alam sekitar
|
32
|
2
|
Teks
Sajak ( buku teks)
|
32
|
3
|
Pembesar
Suara
|
1
|
4
|
Lembaran
kerja (peta buih)
|
32
|
Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Malaysia Tahun 4 Ibnu
Khaldun
LANGKAH / MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Lagu
Lagu
“Hijau- Zainal Abidin”
Lirik
Contoh soalan
i.
Lagu ini berkaitan dengan apa?
ii.
Nyatakan tujuan lagu ini
dihasilkan?
iii.
Hijau berkaitan dengan apa
(sains)?
Ciri
Fizikal :
pergerakan semasa menyanyi
Deria : dapat
diperdengarkan lagu
Jangkaan jawapan
i.
Alam Persekitaran
ii.
Berterima kasih, hidup
mempunyai wawasan
iii.
Persekitaran (flora &
fauna)
Isi pelajaran
-Kaitan lagu
dengan tajuk dan isi pelajaran.
|
1.
Guru
memperdengarkan lagu Hijau.
2.
Murid
dan guru bersoal jawab tentang lagu.
3.
Murid
dan guru menghubungkaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
|
BBB
·
Lagu
“Hijau- Zainal Abidin”, Pembesar
suara
KB
·
Menghubung
kait
BCB
·
Memproses
maklumat.
Pendekatan
:
·
Penggabungjalinan
mata pelajaran muzik
Teknik
:
·
Soal
Jawab dan didik hibur
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Membaca Teks Sajak
Alam sekitar tanggungjawab kita, keindahan perlu dijaga,
Tempat kehidupan,
Manusia, flora, fauna
Indahnya suasana.
Alam sekitar tanggungjawab kita, asap, toksik dan sisa,
Hindarinya di mana sahaja,
Ceria alam kita,
Bersih dan selesa.
Alam sekitar tanggungjawab kita, amalkan kitar semula,
Teknologi hijau usah dilupa,
Alam sekitar terpelihara,
Hidup kita sejahtera.
|
1.
Semua
murid diminta untuk membaca teks secara mentalis.
2.
Murid
melihat demonstrasi guru mendeklamasikan sajak.
3.
Beberapa
orang murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak dengan
bersungguh-sungguh
4.
Murid
dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.
Murid
akan bersajak dengan penuh penghayatan dengan iringan muzik.
6.
Murid
lain menilai tentang sajak yang dideklamasikan.
|
BBB
·
Teks
sajak m/s 161
BCB
·
Kemahiran
membaca
BCB
·
Mendengar
arahan
BCB
·
Mengaplikasi
Kosa
Kata
·
Teknologi
hijau
|
Langkah 2
( 15 minit)
|
Teks Kepentingan menjaga alam sekitar
KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,
tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan
jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat
tinggal. Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting
dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan kan gas oksigen. Gas
oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan
tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi
habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah. Aktiviti
pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan
alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu
dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang
terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita
perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.
Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.
Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam
sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.
|
1.
Murid
diedarkan teks kepentingan memelihara alam sekitar.
2.
Beberapa
orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan setiap perenggan.
3.
Murid
lain diminta untuk menggariskan isi-isi penting yang terdapat pada setiap
perenggan.
4.
Guru
membimbing murid melaksanakan aktiviti.
5.
Guru
membincangkan mengenai isi-isi penting tadi.
|
BBB
·
Teks
kepentingan menjaga alam sekitar
KP
·
Intrapersonal
·
Verbal-linguistik
KB
·
Menjana
idea
Nilai
Murni
·
Kerjasama
|
Langkah
3
(
25 minit)
|
Menulis
isi penting
|
1.
Guru
memperkenalkan peta buih.
2.
Murid
dibimbing guru untuk menggunakan peta buih untuk mencatat isi penting.
Penilaian
1.
Murid
dikehendaki mencatat isi penting dan memasukkan ke dalam peta buih yang
mereka pilih mengikut kreativiti masing-masing.
Pengayaan
1.
Murid
mengeluarkan isi penting secara lisan.
Pemulihan
Membaca dan mengeja kv+kv
1.
Murid
menggariskan isi penting.
|
KP
·
Intrapersonal
·
Verbal-linguistik
BBB
·
Lembaran
Peta buih
KB
·
Menjana
idea (Pengayaan)
|
Penutup
(5 minit)
|
Kognitif:
Rumusan isi pelajaran
1-
Menggunakan
ayat untuk menceritakan semula.
2-
Menyatakan
usaha dan nilai murni yang dipelajari.
-
Menjaga flora dan fauna dengan
baik.
-
Sentiasa menjaga kebersihan
alam sekitar.
-
Membuang sampah di tempat yang
sepatutnya.
Sosial :
Penerapan nilai
murni
|
1.
Guru
dan murid merumuskan isi pelajaran dan membuat kesimpulan.
2.
Guru
memberikan pujian atas sikap murid yang melibatkan diri.
|
KB
·
Merumus
KP
·
Intrapersonal
|
Ulasan Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________