PRAKATA
Seni itu adalah sesuatu yang indah.
Ianya berkait rapat dengan naluri keinginan manusia yang mahukan sesuatu
yang indah di pandangan mata. Daripada
sekecil-kecil anak sehingga ke datuk nenek.
Semuanya mahukan yang cantik belaka.
Memandang cermin mengatakan diri cantik dan lawa usah dikata. Untuk
kelihatan cantik sanggup berhabis modal ke salon kecantikan mendandan diri.
Segala yang dimiliki pastinya mahukan yang indah belaka. Pakaian mahu cantik dan kemas. Busana sana, busana sini. Kereta mahu yang hebat. Kenderaan antik digayakan sana sini. Rumah bagaikan mehligai. Luar dengan landskapnya, yang dalam dengan
interiornya. Yang tidak memiliki hanya mampu berangan, kalau aku ada duti
banyak akan ku bina mahligai yang lebih indah daripaa itu. Bahkan segalanya dalam kehidupan ini mahukan
yang indah belaka. Untuk memenuhi
keinginan inilah, manusia sanggup berkorbann wang ringgit, tenaga, masa dan
segalanya. Untuk memenuhi segala
keinginan ini juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada
sesiapa yang memiliki kemahiran melaksanakan keinginan di bidang
masing-masing. Begitulah seni,
kepentingannya dalam kehidupan tidak
dapat disangkal lagi. Seni merentas
kehidupan.
Di sekolah, Seni merentas kurikulum.
Ini kerana Setiap mata pelajaran memerlukan seni. Sebagai satu contoh, guru meminta pelajarnya
melukis peta, mengindah dan mencantikkan kelas dengan carta-carta
bergambar. Guru membuat alat bantu mengajar,
dan sebagainya. Ini semua memerlukan
kemahiran seni. Tetapi ada juga di
kalangan manusia yang tidak sedar akan hakikat ini. Di sekolah, mata pelajaran pendidikan seni
visual dianggap sesuatu yang remeh.
Pendidikan seni visual bagaikan mata pelajaran tempelan, kerana apa???
Kerana di peringkat awal tidak dimasukkan di dalam peperiksaan awam. Mungkin juga sijil peperiksaan awam yang
menunjukkan calon yang mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
masih kurang hebat berbanding calon yang
mendapat A dalam bidang sains dan matematik.
Kalaulah semua orang tahu bahawa Leonardo Da Vinci, pelukis potret
Monalisa yang hebat juga adalah seorang yang hebat dalam bidang ciptaan sains
dan rekacipta. Bukankah ini menunjukkan
bahawa seorang artis dengan pemahaman dan penghayatan seninya mampu menjadi
seorang saintis dan pereka cipta.
Namun, kini manusia sudah ada yang berfikiran terbuka. Mereka sudah nampak bahawa bidang seni visual
ini boleh mendatangkan dan menjana pendapatan yang lumayan. Kini, anak-anak sudah dihantar tusyen seni
visual. Susah ada university khas intuk
bidang seni visual yang tentunya pengambilannya memerlukan pelajar yang sudah
ada kemahiran asas seni. Graduan-graduan
seni visual sudah benyak yang diperlukan seperti dalam bidang pengiklanan,
penerbitan, akhbar dan majalah, seni hiasan dalaman dan landskap dan
sebagainya. Ibu bapa sudah membuka mata
kepada bidang yang dulunya dianggap terpinggir ini. Diharap, pada masa akan datang, bidang seni
visual ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat.
Wassalam…
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala. Satu lagi pentaksiran membawa tentang seni yang membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan
bagi sesuatu yang indah. Indah pada
pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization
(1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah
melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada
beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi
visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.
SENI SECARA UMUMNYA
Seni secara umumnya agak luas seperti seni
tari, seni muzik, seni lakonan, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraft,
seni penulisan dan sebagainya. Kesenian
ini sebenarnya ada kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang
meliputi seni lakonan, seni suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen , puisi
skrip drama dan sebagainya. Manakala seni
visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan
sebagainya.
Visual
atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Untuk itu, yang tergolong
dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan,
arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya.
Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami maknanya atau
setidak-tidaknyateknik membuatnya, siapa yang membuatnya, mengapa ia dibuat,
apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula
di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun
bertulis.
Proses
apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti
unsure-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri daripada harmoni,
kepelbagaian, kontra, imbangan, penegasan, pergerakan /irama dan kesatuan . Juga termasuk bahan dan alat, teknik dan
gayaan, termologi tau symbol. Komunikasi
ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh
individu atau meayarakat.
KONSEP
SENI VISUAL
Konsep seni visual boleh difahami
berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan
sensasi visual sentuh, 2-D dan 3-D,
komunikasi visual, bahasa
seni visual, isi dan mesej, imej, firm, content, benda-subjek, objek, berfungsi/kegunaan, nilai estetika,
cirri-ciri kreatif, pelukis/pandai
tukang dan karya seni, asas seni reka dan pelbagai aspek lain.
PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni
visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan
perekaan.
I) Pengkaryaan
I) Pengkaryaan
Ialah
penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang
terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas
dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca.
II) Perekaan
Ialah
penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru
berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi
visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam
halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman
& seni lanskap
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan berkait
rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan seni bermaksud seni tampak yang
bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif,
berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka
terhadap ciri estetik.
Kurikulum
Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui
penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa
kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar
yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap
sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam
mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti
berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,
penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol
nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan
satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan
fleksibel.
Pendidikan
Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan
sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan
Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan
dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara
mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang
sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.
Pendidikan
Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout
life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad
ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan
kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang
kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live
together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja.
Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk
pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk dalam Pendidikan
Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti
Pengenalpastian masalah
Menentukan keperluan,
lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi
serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan Aspek
persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos
dan pembuatan serta pelbagai sumber. Idea dan cara penyelesaian dilakukan
secara lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya.
Perkembangan
– memperincikan idea
bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti
bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti
atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual
yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi
lebih jelas.
Proses
membuat. Proses dan
teknik. Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai
fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan. Mencuba.
Membuat rumusan.
Apabila
melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pendidikan Seni
mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses tersebut juga,
inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut
ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap
masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang
unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri.
Melalui
informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat dilahirkan
dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan
mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang
mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam
minda, yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual, pelajar
tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya
hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya.
Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi
memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar yang
berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara
bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan, analisis
logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya.
Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta
mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang
kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah
yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah
laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning
is fun
Konsep
pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan
Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat
secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang
dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan,
penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan
budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek
Pendidikan Seni.
SENI
SEBAGAI SATU ALAT KOMUNIKASI (Komunikasi visual)
Seni
sebagai satu alat komunikasi merujuk kepada komunikasi visual. Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran
yang membolehkan pelajar berkomunikasi
secara visual melalui hasil kerja seni.
Komunikasi visual menjurus kepada perhubungan kepada masyarakat melalui
karya seni visual itu sendiri.
Komunikasi visual itu terdiri daripada dua tumpuan utama, iaitu rekabentuk grafik dan multimedia.
Reka
bentuk grafik merupaka proses seni
yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah,
buliten, poster, papan tanda dan lain-lain komunikasi visual. Reka bentuk grafik merupakan saluran
komunikasi yang berkesan. Istilah grafik
merujuk kepada perkataan Greek iaitu Graphikos
yang membawa maksud `lukisan atau catan’. Grafik boleh didefinasikan sebagai
gambaran bukan fotografi dua dimensi (2-D) yang direka khas untuk menyampaikan
mesej atau idea kepada masyarakat.
Grafik merujuk kepada gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam
putih atau warna warni iaitu bahan yang meringkaskan meklumat, memaklumkan
fakta atau idea dengan jelas, berkesan melalui kombinasi lukisan, perkataan,
simbol dan gambar. Kesimpulannya, grafik
kepelbagaian visual bukan unjuran (non projected visual), bahan bukan
fotografi, bahan dua dimensi (2-D) yang direka bentuk khusus melalui kombinasi
lukisan , perkataan, symbol dan gambar untuk menyampaikan mesej, idea, fakta
dan maklumat. Reka bentuk grafik ini
juga merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk
visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah
grafik komputer. Penggunaannya
diperjelas dalam pengiklanan, percetakan, penerbitan dan industri
perkomputeran. Reka bentuk grafik
terdiri daripada: poster, simbol, logo
dan mascot, kalligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi
dan komputer grafik.
Manakala
multimedia
ialah penggunaan komputer untuk sesuatau
persembahan. Multimedia juga
menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari,
berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.
Ini merujuk kepada penggunaan
internet. Multimedia juga terdiri
daripada beberapa elemen iaitu: teks,
grafik, animasi, audio dan video.
SENI
VISUAL SEBAGAI EKSPRESI (Luahan Perasaan)
Peranan yang dimainkan oleh seni visual
boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi
I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan
diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti,
dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti
pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari
segi sosial serta estetik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya
dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)
Emosi ialah
keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri.
. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan
perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang
semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
kreativiti, boleh
dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya
mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang
lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang
kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya
yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan
kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini
juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan
kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan
apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan
individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
II) Peranan sosiologi
Peranan seni visual dalam membentuk dan mengembang budaya
setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan seni visual
Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian
dalam seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat
mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang
memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis
karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk
lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit-
Kuala Lipis
Propaganda- Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar
idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada
Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990)
Ritual
/ upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat
resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Spiritual – Seni visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil
karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri
pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng
Kah Onn.
Pengeluaran- Hasil seni seni visual berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket
Pemujukan- Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan.
Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
KEMAHIRAN
Setiap hasil
seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya. Agen itu dikenali sebagai pengkarya, pelukis
atau pandai tukang. Tanpa agen ini tiada
produk seni. Setiap pengkarya memerlukan
kemahiran dan kepandaian. Berasaskan
kepada pengetahuan dan pengalaman, pengkarya dapat menghasilkan hasil karya
yang dapat memenuhi nilai estetika dan
seterusnya dapat disampaikan kepada masyarakat.
Kemahiran ini dapat dipupuk melalui pembelajaran, pengamatan,
latihan dan seterusnya dapat
menghasilkan pengalaman. Berdasarkan kepada pembelajaran, kemahiran
dapat dibentuk dengan latihan dan penerokaan yang menjurus kepada kepelbagaian
penghasilan hasil seni yang dapat membawa kepada penghasilan karya yang dapat
memenuhi selera dan kehendak masyarakat.
ESTETIKA
Seni visual juga difahami sebagai
sesuatau yang mempunyai nilai estetika .
Menurut Herbert Reed, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima
mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika
berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekan aspek
kesenian atau keindahan, bukan menekan
aspek kegunaan.
KREATIVITI
Latihan dan projek yang bersifat
terbuka dapat membantu pelajar untuk mengembangkan aspek kreativiti
mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir. Diperingkat awal, proses ini amat penting
untuk membentuk kemahiran pelajar. Segala proses hendaklah diperhalusi agar
dapat membentuk pengkarya yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Pelajar dibimbing agar dapat membentuk kreativiti sendiri dengan diberi
kebebasan dalam memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan
minat, tahap serta gaya masing-masing dengan bimbingan tenaga pengajar agar
segala ilmu dapat diperolehi bagi menyabung kesinambungan seni vsual itu
sendiri disamping dapat mengasimilasikan dengan kaedah baru.
PERTIMBANGAN DAN KESEDARAN
Pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada
Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni.
Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai
tukang dan sebagainya
Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen
dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk
seni. Melalui penguasaan maklumat
daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai.
Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan
individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang
berkaitan dengan seni
Daripada
pengalaman langsung dan pengalaman intelektual ini pelajar dan pengkarya dapat
memperoleh kesedaran tentang perlunya seni yang dikatakan sebagai `Seni
Merentas Kehidupan’
PEMBANGUNAN MANUSIA
MATLAMAT
Matlamat pembangunan seni visual adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah murid boleh:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. Melibatkan diri dalam
kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan,
3. Menajamkan daya
persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. Mengenali asas seni
reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. Mengembangkan
kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri
membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. Memupuk nilai-nilai
kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. Mengenal dan
menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. Menggunakan kemudahan
teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang
berfaedah.
ORGANISASI
KURIKULUM
Sukatan
pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan
empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan
kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembanganperingkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa
pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah
pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang
kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan
seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,
mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a.
pemerhatian secara aktif
b.
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c.
apresiasi seni visual secara mudah
d.
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a.
Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian
secara aktif yang
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini
membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual
juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih
membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah
untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik
mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi
dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
Apresiasi
seni visual secara mudah Apresiasi
seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan
dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja
pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.
Menghargai
nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara
mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan.
KESIMPULAN
Seni visual adalah satu bidang yang
sangat penting yang dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang
tempelan dalam pembentukan diri manusia.
Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya
mementingkan pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di
dalam peperiksaan awam sahaja.
Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni
terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar aspek kehidupan terbabit
dalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-kanak, pra-tulisan,
pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua mata pelajaran
sehingga membawa keseluruh kehidupan,
manusia memerlukan kemahiran yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk
memartabatkan seni lebih jauh lagi di mata masyarakat.
REFLEKSI
Seni adalah satu bidang
yang sangat penting dalam kehidupan.
Banyak perkara yang kita lakukan sehari-hari yang membabitkan bidang
seni. Tentang pakaian kita, tempat
tinggal kita, kenderaan dan sebagainya.
Dalam pendidikan, seni memainkan peranan yang sangat besar. Dalam pada pelajar menimba ilmu, dalam pada guru memberi ilmu, banyak bidang
yang berkaitan dengan seni. Sebagai
contoh, guru yang mahu mengajar pelajar sesuatu tajuk dalam salah satu mata pelajaran yang memerlukan beliau
melakar, melukiskan di papan tulis untuk memberi gambaran kepada pelajar, atau
murid yang diberi latihan melukis peta untuk mata pelajaran kajian tempatan dan
sebagainya, sangat memerlukan kemahiran seni untuk menyiapkan tugas. Bukan sahaja sebahagian manusia, sedar
ataupun tidak bahkan setiap manusia memerlukan malah menggunakan elemen seni
dalam kehidupan.
Bertitik tolak daripada kefahaman
yang mana setiap manusia memerlukan dan menggunakan seni dalam kehidupan, maka
setiap manusia harus mempunyai ilmu tentang seni. Bermula dari zaman persekolahan lagi pelajar
didedahkan dengan ilmu seni untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran lain.
Pada mula saya mendapat tajuk untuk
tugasan ini, saya berasa agak tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya
dikehendaki oleh soalan untuk saya siapkan tugasan saya ini. Kami tidak diberikan garis panduan atau
modul, begitu juga dengan pensyarah kami iaitu En. Ramlan b. Abd. Manaf. Namun berdasarkan pengalaman beliau sebagai
pensyarah, maka dapatlah kami gambaran tentang kehendak soalan. En. Ramlan banyak membantu dalam saya memahamkan
kehendak tugasan. Penerangan beserta
contoh yang beliau berikan beserta
contoh serta gambaran kehendak tugasan dapat membuka minda saya untuk
menyelesaikan tugasan ini. Bebanan yang
begitu berat sebelum ini terasa telah dapat diringankan oleh beliau.
Saya memulakan tugas pencarian
bahan dengan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini di
perpustakaan daerah Teluk Intan.
Keahlian perpustakaan saya yang telah lama mati saya hidupkan
kembali. Beberapa buah buku saya pinjam
untuk saya gunakan sebagai rujukan saya.
Selain itu, saya juga mengakses internet. Banyak juga bahan yang boleh saya dapati
daripada internet untuk saya muatkan dalam tugasan saya ini. Namun, apa yang saya dapati dalam saya
menyiapkan tugasan ini selain untuk mendapatkan bahan untuk tugasan, saya
semakin mahir dalam melayari internet.
Selain itu, bantuan daripada
rakan-rakan seangkatan juga banyak membantu saya dalam saya menyiapkan tugasan
ini. Terutamanya En. Saiful Nizam b.
Sayuti yang menjadi tempat saya bertanyakan tentang laman web yang boleh saya
akses dalam pencarian saya. Isteri saya
juga banyak membantu saya mendapatkan bahan dengan membantu saya meminjam
buku-buku daripada rakan sejawatnya di sekolah.
Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
1. Mazlan
Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali.
2004. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
2. Mohamed
Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah
Seni Dunia. BIROTEKS (Biro
Penyediaan Teks). Institut Teknologi
MARA. Shah Alam.
3. Mulyadi
Mahamood. 1995. Seni
Lukis Dalam Peristiwa. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
4. Mulyadi
Mahamood. 2000. Sejarah
Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke 20.
Univision Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
5. Muliyadi
Mahamood. 2001. Seni Lukis Moden
Malaysia. Utusan Publication And
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
6. Rahmat
Salihon. 2008. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.
7. Zailani
Yaacob, azimah A. Samah. 2006. Teks
Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.
8. Zakaria
Ali. 1989. Seni Dan
Seniman. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
LAMAN WEB
1. http://nota senivisual.blogspot.com/
2.
http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep
seni-visual-html
3. http://esenivisual.blogspot.com/2008_08_01_archive.html