ELEMEN
MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur
nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan
bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan
Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang
baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
pelaksanaan KSSR.
KEPENTINGAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan dintegerasikan supaya
murid dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Bahkan, guru dan murid
menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Selain itu, murid juga
belajar melalui TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan
media TMK seperti internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu
pengetahuan dalam urusan kehidupan (Malaysia, 2012) . Teknologi maklumat
dan komunikasi adalah teknologi yang digunakan
khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi
untuk memperoleh, ,memproses, menyimpan , menghantar, mendapatkan semula,
menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
Matlamat
TMK merentas kurikulum adalah untuk memastikan murid dapat mengaplikasikan dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari , menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta
menjana pemikiran kreatif dan kritis dan berinovatif serta meningkatkan kualiti
pembelajaran.
Berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat saya menganalisis bahawa elemen TMK ini merupakan cabang Epistemologi di bawah usaha yang
berterusan. Sesebuah ilmu tiada pengakhirannya dan tiada ilmu yang mutlak.
Bahkan ilmu sentiasa berubah-ubah mengikut zaman peredarannya, begitu juga
dengan perkembangan TMK. Oleh yang demikian, kita hendaklah menyesuaikan diri
dengan situasi ini. Perubahan seperti inii akan lebih menggalakan persaingan
secara sihat antara masyarakat untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran diri serta berkongsi dengan umum. Oleh itu, pembelajaran ini tiada
hadnya, marilah kita meraihnya kerana ilmu merupakan pembelajaran sepanjang
hayat.
Terdapat pelbagai kepentingan TMK, antaranya
ialah dalam bidang pendidikan terutamanya dalam Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran. Fungsi utama komputer ialah boleh
direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara
berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar
akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini
adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada
sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada
mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat
memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar “lemah” untuk membaiki
kelemahan mereka. Oleh yang demikian, hal ini dapat membantu murid-murid di
sekolah untuk membuat latihan dan mendapatkan nota melalui kaedah ini apabila
mereka tidak dapat hadir. Justeru, ini akan mengurangkan beban mereka daripada
keciciran di dalam pembelajaran di dalam kelas.
Dalam
arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam
pembelajaran dia, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat
memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan
tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan
ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.
Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri
daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan
memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain
itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara
jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan
sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar
membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi
maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan
cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer
dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru
itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal
persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan
itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan
teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.
Reformasi
Sistem Persekolahan
Cara
pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati
tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk
dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan. Ini merupakan
senario yang kerap di dalam USM sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda.
Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar
namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang.
Namun
dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan pelajar memberi pandangan
dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan
mempunyai kadar yang lebih tinggi. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan
pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian
maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang
aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang
disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut.
Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial
yang dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian
tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan dapat disampaikan mahupun
diterima.
Manakala
dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih
dinamik dan bermutu penting
di mana guru-guru dan pelajar-pelajar tidak
terikat dengan kaedah pengajaran konvensional. Pendekatan pembelajaran
berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks
yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik
dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari teks seperti
audio, video, animasi dan grafik
Rakyat
Malaysia yang berakhalak mulia yang mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha
memupuk budaya ilmu dan budaya membaca walaupun di mana-mana dengan kemudahan
jaringan internet dapat mengakses rangkaian tanpa sempadan. Oleh itu, apabila
masyarakat sesebuah negara sentiasa mengamalkan budaya pembacaan dan penerokaan
baru ini akan melahirkan masayarakat yang mempunyai fikiran yang luas serta
terbuka.
Pendidikan
satu usaha berterusan dimana masyarakat perlu peka terhadap perkembangan arus
teknologi yang kian berkembang pesat. Hari demi hari pelbagai ciptaan dan
inovasi baru yang dihasilkan oleh pemikir-pemikir yang sering berusaha tanpa
mengenal erti putus asa. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa pendidikan
terutamanya TMK ini adalah penting dalam proses pemerolehan dan pemindahan
nilai-nilai murni.
Sebagai
rumusan, jelas kelihatan bahawa
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
sangat penting dalam perkembangan individu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk mencapai matlamat dasar pendidikan negara.Sejajar dengan
perkembangan teknologi maklumat, bidang-bidang “teknologi maklumat” dan “multimedia”
di sekolah nampaknya lebih kepada kaedah teknikal. Kita masih agak kabur
tentang konsep “maklumat”. Kekurangan asas teoritikal yang kukuh akan
menyukarkan lagi penjelasan fenomena berhubung dengan teknologi maklumat.
Kesimpulan
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu
tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak
bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran
ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.
Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh
digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini
adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik
dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama
ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong
perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS
Mata
pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Amanah
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Berkelah di Pantai
FOKUS UTAMA
|
Standard
kandungan
|
3.3
|
Membina dan menulis
perkataan, frasa dan ayat dengan betul
|
Standard
pembelajaran
|
3.3.4
|
Membina dan menulis
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul
|
|
FOKUS SAMPINGAN
|
Standard
kandungan
|
1.4
|
Bertutur, berbual dan
menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam
situasi formal secara bertatusila
|
Standard
pembelajaran
|
1.41
|
Berbual tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang betul dalam situasi tidak
formal secara bertatasusila
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pelajaran
murid dapat::
i.
Membina beberapa ayat majmuk
dengan betul dengan merujuk bahan bacaan yang dibaca.
ii. Berbual
tentang sesuatu perkara dengan drasa yang betul dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i.
Ilmu : Kajian Tempatan
ii.
Nilai : kerjasama,
Berdikari, bersyukur, menjaga kebersihan
iii.
EMK/ KBT : ICT dan belajar
cara belajar
|
SISTEM BAHASA
|
tatabahasa ; kata hubung, ayat majmuk
|
BAHAN BANTU MENGAJAR
|
Power point,
gambar-gambar pantai, lembaran aktiviti
|
Kemahiran
Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT):
i.
Kemahiran Berfikir :
Membuat perbezaan, membuat
inferens dan kemahiran mengkategori.
ii.
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses
dan melaporkan.
iii.
Kecerdasan Pelbagai :
Kinestatik, interpersonal,
intrapersonal, naturalis dan emosi.
iv.
Pembelajaran Kontekstual :
Murid dapat menceritakan
pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk
berkhelah yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat
dengan menggunakan ayat mudah.
v.
Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi :
Murid dapat menggunakan
teknologi semasa P&P.
Konsep
5P : i. Penggabungjalinan
ii.
Pengayaan
iii.
Pemulihan
iv.
Penilaian
v.
Penyerapan
STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Masa/
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pelajaran
|
Catatan
|
Set
induksi
(5
minit)
|
1. Murid
ditayangkan power point berkaitan dengan gambar-gambar tempat yang boleh
dijadikan tempat perkelahan yang terdapat di Malaysia.
2. Meminta
murid untuk meneliti
3. Murid
dan guru menceritakan tempat dalam paparan gambar itu
|
1. Murid
diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.
2. Murid
diminta untuk membezakan tempat perkelahan dan menceritakan pengalaman
mereka.
3. Guru
menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari
ini.
|
5P :
Penggabungjalinan
dan penyerapan.
KBT:
Kemahiran
berfikir:
Membuat
perbezaan
Pembelajaran
Kontekstual:
Kaitan
tajuk dengan pengalaman murid.
BBM:
Power
point slaid tempat-tempat perkelahan
EMK
: ICT
Ilmu
: Kajian Tempatan
Nilai
: Perihatin
|
Langkah
1
(10
minit)
|
Guru
memberi teks cerita bertajuk “tempat perkelahan” melalui power Point.
|
1. Pilih
beberapa orang murid ; dikehendaki untuk memilih salah satu tempat tersebut
dengan pautan yang disediakan dalam komputer.
2. Murid
diminta membaca petikan dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang
betul.
3. Murid
lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan
tersebut.
4. Guru
berbincang dengan murid pentingnya tempat-tempat perkelahan yang menarik
dengan ekonomi penduduk setempat
|
KBT:
Kemahiran
Teknologi Maklumat:
Murid
mendapat peluang menggunakan komputer untuk klik pautan.
BBM:
Teks
Petikan dan power point.
Kemahiran
Bahasa:
Kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.
KBT
: mengkategori
Nilai
: kerjasama
|
Langkah
2
(10
minit)
|
|
1. Murid
diminta membaca dan memahami teks yang dipaparkan pada skrin dengan betull.
2. Guru
dan murid bersoal jawab tentang isi teks secara bergilir-gilir dengan menaip
lima ayat mengenai isi teks tersebut dengan menggunakan ayat sendiri
|
Nilai
: bersyukur
EMK
: ICT
Lampiran
1
|
Langkah
2
(10
minit)
|
1.
|
1. Murid
dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Murid
diberi lembaran kerja dan diminta melengkapkan ayat-ayat berpandukan isi teks
yang telah dibaca
3. Kumpulan
yang berjaya menyiapkan tugasan akan membentangkan hasil perbincangan mereka
dan diberikan ganjaran.
4. Secara
kumpulan, murid dibimbing untuk berbincang mengenai beberapa kata hubung yang dipetik daripada teks
|
KBT:
Menghubungkait,
pembelajaran kontekstual dan menjana idea.
Nilai:
Hormat-menghormati,
bersyukur dan kerjasama
BBM:
Power
point, lembaran kerja (lampiran 2)
KBT
: KB-menjana idea
|
Langkah
3
(10
minit)
|
Pentaksiran
|
1. Murid
diminta menulis ayat majmuk yang sesuai berdasarkan frasa yang diberi
|
Nilai
: berdikari, kebersihan
KBT
: menulis ayat (BCB)
Lampiran
3
Pentaksiran
|
Langkah
4 (10minit)
|
Pemulihan
|
1. Murid
diminta melengkapkan ayat dengan kata hubung yang betul berdasarkan gambar
yang diberi
|
Nilai
: berdikari
KBT
: menjana idea
5P:
Penggabungjalinan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian.
KBT:
Kemahiran
berfikir: membuat inferens
Kemahiran
Bahasa:
Kemahiran
menulis.
Nilai:
Menghargai,
kerjasama dan tekun
BBM:
Lembaran
kerja/ kertas latihan. (Lampiran 4
&5)
|
Pengayaan
|
1. Murid
diminta menulis lima ayat majmuk yang sesuai tentang aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam gambar tunggal yang diberi
|
||
Penutup
(5minit)
|
Guru
membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan
kepada murid akan apa yang mereka pelajari.
|
1. Murid
juga menyatakan tempat yang sesuai untuk berkelah :
- Taman
- Sungai
- Pantai
- dusun
|
|