Kreativiti dan Kanak-Kanak

1.0       Kreativiti dan Kanak-Kanak
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan, manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

1.1       Skema Pengutaraan Tampak
Pandangan Tokoh Teori Seni Visual Victor Lowenfeld.
Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli) dan kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod).
1.1.1   Teori Perkembangan Artistik Kanak-Kanak oleh Lowenfeld dan Britain.
i.          Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
                                    ii.         Peringkat Preschematic (4-7 tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
                                    iii.        Peringkat Schematic (7-9 tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
iv.        Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age(9-12 tahun)
Kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej dilukis secara realistic dan teliti. Imej lukisan mula mengecil daripada segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistic serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
v.         Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
vi.        Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.













1.2       Ciri-ciri skema pengutaraan tampak yang dipilih
Saya telah memilih skema pengutaraan tampak peringkat Pra-Sematik (4-7 tahun) dan Peringkat Awal Realism (9-12 tahun).
1.2.1   Peringkat Pra-Sematik
Peringkat pra-sematik adalah peringkat bermulanya bentuk konkrit. Kanak-kanak selalunya melukis bentuk-bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya kerana berlaku peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan melalui reprensentasi tampak. Sebagai contohnya, kanak-kanak melukis wajah seseorang manusia, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak begitu penting kepada mereka. Selalunya, imej manusia digambarkan dengan rupa asas seperti bentuk bulat bagi muka dan garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan.
Seterusnya, kanak-kanak akan melukis objek dimana-mana sahaja pada ruang kertas lukisan. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.
Akhir sekali, kanak-kanak juga suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa. Daya imaginasi mereka melampaui pemikiran manusia dewasa tetapi hasil karya kanak-kanak adalah kreatif, mahal nilai kualiti karyanya, unik dan luar biasa. Hal ini kerana, kanak-kanak telus dan jujur dalam penghasilan karya mereka. Ini bermaksud, apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan hidup mereka dilukis tanpa sebarang ‘pembohongan kehidupan’.
1.2.2   Peringkat Awal Realism
Manakala, pada peringkat awal Realism mereka mula menyedari tentang penyataan diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Selalunya kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Hasil lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.
Seterusnya, mereka tidak lagi menggunakan cara berlebih-lebihan dalam penghasilan karya. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan dan kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. Kaedah ini dapat memaparkan visual jarak antara objek dengan objek dalam karya.
Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). Keadaan ini menghasilkan lukisan objek yang logik dan tidak terapung-apung.
Selain itu, kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. Walaupun masih tidak begitu tepat kadar bandingnya tetapi ada peningkatan berbanding pada peringkat skematik.
Akhirnya, kanak-kanak sudah boleh menggunakan warna yang tepat bagi menggambarkan sesuatu objek. Sebagai contohnya, mereka menggunakan warna hijau untuk pokok,biru untuk langit, dan kuning untuk tanah. Sekiranya dilatih dengan lebih baik, mereka juga boleh membuat tona warna yang menarik pada hasil karya mereka.




1.3       Huraian keselarian hasil lukisan kanak-kanak dengan teori pengutaraan tampak Victor Lowenfeld
Hasil daripada perbincangan bersama Encik Othaya Kumaran A/L Kandasamy PJK di dalam bilik kuliah, saya telah bersumbangsaran dan memperoleh beberapa maklumat. Terdapat beberapa perkara-perkara hasil karya lukisan kanak-kanak yang dapat dikaitkan dengan teori pengutaraan tampak Victor Lowenfeld.
Tahap 1 :
Penghasilan karya murid sangat terkesan dan mempunyai perkaitan yang rapat dengan minat, latar belakang serta tahap murid. Sebagai contoh semasa aktiviti melibatkan murid tahun satu, tidak banyak perkembangan dan olahan yang mampu mereka hasilkan berbanding murid Tahun 4. Ini kerana, tahap pemikiran dan perkembangan minda mereka berbeza mengikut faktor umur. Soalnya, apakah perkaitan keselarian hasil lukisan kanak-kanak tahap 1 dengan teori pengutaraan tampak victor Lowenfeld?
Pertama, karya lukisan mereka mengandungi imej persekitaran kawasan rumah, kereta, ahli keluarga, pokok-pokok bunga dan awan-awan. Ini bertepatan dengan teori Victor Lowenfled yang mengatakan pada peringkat ini adalah permulaan bentuk konkrit dimana kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka dan setiap objek yang dilukis telah mula dikenali imejnya.
Kedua, berdasarkan salah satu karya yang telah saya pilih, terdapat objek keluarga yang telah dilukis oleh pelukis. Perbezaannya, objek keluarga yang dilukis bukan secara realistik tetapi digambarkan dengan rupa asas sahaja. Ini bertepatan dengan teori Victor Lowenfeld yang mengatakan imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Sebagai contohnya, mereka melukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut tetapi kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka.

Maka dalam situasi inilah terhasil satu skema baru seperti mana yang dinyatakan oleh Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitifnya iaitu proses keseimbangan. Apabila kanak-kanak berdepan dengan sesuatu pengalaman baru, pembelajaran dan pengalaman itu akan disusun membentuk satu skema. Kemudian, dengan bimbingan guru maka  kognitif kanak-kanak akan berkembang ke peringkat yang seterusnya.
Lee Vygotsky telah memperluaskan skop kajian Piaget bilamana beliau telah mengkategorikan kebolehan kanak-kanak dalam mencapai kemahiran secara sendiri dengan menamakannya sebagai Had Bawah.
Kanak-kanak pada peringkat ini juga  melukis dengan  kedudukan atau kadar banding yang salah. Ini kerana, kognitif mereka pada umur 4 sehingga tujuh tahun masih terhad dan masih dalam proses perkembangan. Oleh itu, mereka tidak merasakan aspek kedudukan dan kadar  banding adalah penting.
Ketiga, karya lukisan mereka juga dilukis secara berterabur dan terapung-apung. Victor Lowenfeld ada mengutarakan pada peringkat pra-sematik ini kanak-kanak melukis objek dimana-mana sahaja pada ruang kertas lukisan Selain itu, unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Sebagai contohnya, objek sebatang pokok diletakkan disebelah objek rumah bagi menggambarkan bahawa ada ruang di situ. Victor Lowenfeld menamakan ruang ini sebagai ruang badan.
Akhir sekali, pada salah satu lukisan yang saya pilih, terdapat objek yang dilukis berbeza pada pandangan kanak-kanak. Di dalam karya salah seorang daripada mereka berdua iaitu adik Haziq kelas 1 Pintar telah melukis objek awan berbentuk bulatan-bulatan yang rapat. Hal ini berbeza dengan lukisan objek awan kanak-kanak lain yang beralun-alun.
Herbert Read mengatakan, di peringkat ini contengan kanak-kanak telah beransur-ansur mempunyai makna atau tujuan dan pengertian untuk dirinya sendiri. Ia seolah-olah satu simbolik yang menggambarkan fikiran dan kefahaman serta pengalaman secara abstrak. Ini bermaksud hanya Haziq sahaja yang memahami mengapa lukisan awan yang dilukisnya berbentuk bulat-bulat dan rapat.
Tambahan pula, disebalik kawasan persekitaran rumah yang dilukis Haziq, tiba-tiba terdapat satu objek ikan yang terapung di dada langit. Keadaan lukisan ini tidak dapat dibaca oleh orang lain kecuali hanya difahami oleh pelukisnya sendiri. Jelas Vector Lowenfeld kanak-kanak suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.
Simbol dan pemilihan bentuk yang ringkas menyukarkan kita untuk memahami lukisan kanak-kanak namun, pada mereka perkara ini adalah satu penceritaan.
Tahap 2 :
Pertama,  saya menyedari  mereka kerap membuat banding beza lukisan sendiri dengan  lukisan rakan-rakan, malah kebanyakkannya mengunakan konsep imitasi sesama mereka. Keadaan ini bertepatan dengan teori Victor Lowenfeld bahawa pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sesama jantina.
Kedua, karya mereka juga telah membezakan jantina bagi objek manusia. Teori Victor Lowenfeld menekankan hal ini dengan mengatakan bahawa, “ Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.”
Ketiga, hasil karya mereka juga lebih teratur, tidak terlalu banyak objek yang dilukis dalam satu-satu karya dan karya mereka lebih mengikut satu idea atau tema. Ini diakui oleh teori Victor bahawa cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan kerana objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan.
Keempat, konsep ruang juga mula difahami oleh kanak-kanak pada peringkat  ini, dimana ruang mula digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. Malah, objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).
Seterusnya, mereka juga melukis objek manusia pada kadar banding yang dilakukan secara naturalistik. Akhir sekali, penggunaan warna pensil kanak-kanak pada peringkat ini lebih normal dan warna yang digunakan hampir tepat bagi menggambarkan sesuatu objek. Sebagai contohnya, warna hijau digunakan pada pohon pokok, warna biru untuk langit, dan kuning untuk tanah.
Secara tuntasnya, guru perlu cakna dan berfikiran jauh dalam memainkan peranan untuk meningkatkan daya imaginatif serta kreativiti muridnya. Perkara yang perlu diberi penekanan ialah alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar, pemilihan aktiviti selaras dengan sukatan mata pelajaran, ransangan dalam pembelajaran, dan hasil karya murid.













1.4       Apresiasi dan Kritikan
            Tahap 1 ( Pra-sematik)
LUKISAN 1 :
1.4.1   Bentuk dan makna karya
Karya yang dilukis jelas menunjukkan rumah pelukis dan persekitaran rumah yang berumput dan ada tumbuhan berbunga. Daya kreatif dan imaginasi murid ini juga menunjukkan sebuah kereta berwarna biru dilukis pada permukaan kertas lukisan walaupun kelihatan terapung-apung. Kereta biru yang dilukis terdapat pemandu di dalamnya, berkemungkinan menggambarkan salah seorang ahli keluarga pelukis yang memandu kereta tersebut. Keseluruhannya, pelukis menggambarkan situasi sebenar kehidupan pelukis di rumahnya sendiri.
Unsur seni pertama yang dapat dilihat dalam karya ini ialah penggunaan garisan. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu..Pada keseluruhannya, garisan yang digunakan dalam karya ini adalah tebal, rigid dan mengikut skema seperti garisan bersudut-sudut pada objek rumah dan kereta, garisan berpancar pada matahari, garisan beralun pada awan dan garisan berduri pada rumput. Hal ini bermaksud, garisan dibuat jelas mengelilingi permukaan luaran objek sehingga menghasilkan rupa.
Seterusnya, rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri  dapat dilihat pada objek rumah yang dilukis mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus seperti lukisan objek bunga, rumput, ikan dan rama-rama.
Ketiga, unsur seni yang terpapar dalam karya ini ialah unsur warna. Warna yang diguna pakai seperti warna asas dan sekunder memonopoli keseluruhan karya. Warna panas jelas digunakan pada objek rumah dan matahari manakala warna sejuk digunakan oleh pelukis pada objek kereta, rumput, bunga dan ikan.
Keseluruhannya, sifat pro dan kontra penggunaan warna yang tersusun telah menghasilkan karya lukisan yang harmoni. Istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna, dan tidak akan wujud jika ada unsur unsur bercanggah.
            1.4.2   Penggunaan alat dan bahan
Hasil karya lukisan yang telah siap ini dihasilkan melalui penggunaan alat dan bahan seperti kertas lukisan bersaiz A4 dan media kering seperti pensil dan pensil warna. Media kering merupakan bahan atau media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.


1.4.3   Kaedah dan teknik
Penghasilan karya bermula terus kepada teknik melukis figura, objek atau imej tanpa membuat sebarang lakaran. Kemudian, murid terus kepada pemilihan warna mengikut kehendak dan kemahuannya untuk diaplikasikan ke atas lukisan. Ini bermaksud hanya dua teknik yang digunakan bagi aktiviti menggambar ini iaitu melukis dan mewarnakan karya.

LUKISAN 2 :







1.4.1   Bentuk dan makna
Karya ini dilukis bagi menggambarkan rumah pelukis yang besar dan jumlah keluarga pelukis yang ramai. Bagi pandangan saya, pelukis mengaitkan tema keluarga dengan rumah kediaman pelukis. Ini boleh dibuktikan melalui lukisan ini dimana pelukis hanya mengfokuskan lukisan keluarga, rumah, sebatang pokok, awan dan matahari. Sebaliknya, bahagian latar dikosongkan tanpa sebarang lukisan yang lain. Selain itu, imej keluarga yang dilukis juga terapung tangannya, seolah-olah pelukis mempunyai keluarga yang bahagia.
Unsur seni pertama yang dapat dilihat dalam karya ini ialah penggunaan garisan. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu..Pada keseluruhannya, garisan yang digunakan dalam karya ini adalah nipis, rigid dan mengikut skema seperti garisan bersudut-sudut pada objek rumah , garisan berpancar pada matahari dan garisan beralun pada awan. Hal ini bermaksud, garisan dibuat jelas mengelilingi permukaan luaran objek sehingga menghasilkan rupa.
Seterusnya, rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri  dapat dilihat pada objek rumah yang dilukis mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus seperti lukisan objek pokok, manusia, awan dan burung..
Ketiga, unsur seni yang terpapar dalam karya ini ialah unsur warna. Warna yang diguna pakai seperti warna asas dan sekunder memonopoli keseluruhan karya. Warna panas jelas digunakan pada objek rumah dan matahari manakala warna sejuk digunakan oleh pelukis pada objek pokok, awan dan manusia.
Selain itu, konsep imbangan juga terpapar pada karya ini. Imbangan membawa maksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Selain itu, imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan yang dilihat dalam karya ini ialah imbangan tidak simetri dimana unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Sebagai contohnya, objek rumah berat di sebelah kanan tetapi diseimbangkan bersama objek manusia pada sebelah kiri lukisan.
Keseluruhannya, karya lukisan yang yang dihasilkan bersifat harmoni. Istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna, dan tidak akan wujud jika ada unsur unsur bercanggah.

1.4.2   Penggunaan alat dan bahan
Hasil karya lukisan yang telah siap ini dihasilkan melalui penggunaan alat dan bahan seperti kertas lukisan bersaiz A4 dan media kering seperti pensil dan pensil warna. Media kering merupakan bahan atau media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.

1.4.3   Kaedah dan teknik
Penghasilan karya bermula terus kepada melukis figura, objek atau imej tanpa membuat sebarang lakaran. Kemudian, murid terus kepada pemilihan warna mengikut kehendak dan kemahuannya untuk diaplikasikan ke atas lukisan.






Tahap 2 ( Peringkat Awal Realism)
Lukisan 1 :
1.4.1   Bentuk dan makna
Lukisan ini menggambarkan pemandangan di persisiran pantai. Lukisan in juga menggambarkan sama ada pelukis pernah bercuti di pantai atau pelukis sendiri menggemari suasana dan pemandangan di pantai.
Unsur seni pertama yang dapat dilihat dalam karya ini ialah penggunaan garisan. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Pada keseluruhannya, garisan yang digunakan dalam karya ini adalah nipis, tidak rigid dan bebas seperti garisan bergerigi pada daun pokok kelapa, garisan berpancar pada matahari dan garisan beralun-alun pada awan. Hal ini bermaksud, garisan dibuat jelas mengelilingi permukaan luaran objek sehingga menghasilkan rupa.
Seterusnya, rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri  dapat dilihat pada objek matahari manakala rupa organik pula mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus seperti lukisan objek pokok, pulau, awan dan burung.
Ketiga, unsur ruang turut hadir dalam karya lukisan ini. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek. Ruang yang dimaksudkan dalam karya ini ialah ruang fizikal/terbuka yang bermaksud ruang bagi kawasan lapang seperti di pantai. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bukti ini dapat dilihat apabila pelukis juga telah membahagikan ruang rata permukaan darat/tanah dan langit.
Keempat, unsur seni yang terpapar dalam karya ini ialah unsur warna. Warna yang diguna pakai seperti warna asas (biru) dan sekunder memonopoli keseluruhan karya. Warna panas jelas digunakan pada objek matahari sahaja manakala warna sejuk digunakan oleh pelukis pada objek pokok, pantai dan dada langit.
Selain itu, konsep imbangan juga terpapar pada karya ini. Imbangan membawa maksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Selain itu, imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan yang dilihat dalam karya ini ialah imbangan tidak simetri dimana unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Sebagai contohnya, objek pokok kelapa dan pantai berat di sebelah kanan tetapi diseimbangkan bersama objek pulau pada sebelah kiri lukisan.
Karya lukisan ini turut memaparkan prinsip rekaan kesatuan yang  bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa. Kesatuan dalam karya ini dilihat apabila idea laut, pulau dan pantai diletakkan bersama.
Keseluruhannya, karya lukisan yang yang dihasilkan bersifat harmoni. Istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna, dan tidak akan wujud jika ada unsur unsur bercanggah. Kesemua unsur seni dan prinsip rekaan yang ada telah menetapkan unsur keharmonian dalam karya ini.
1.4.2   Penggunaan alat dan bahan
Hasil karya lukisan yang telah siap ini dihasilkan melalui penggunaan alat dan bahan seperti kertas lukisan bersaiz A4 dan media kering seperti pensil dan pensil warna. Media kering merupakan bahan atau media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.
1.4.3   Kaedah dan teknik
Penghasilan karya bermula terus kepada melukis figura, objek atau imej tanpa membuat sebarang lakaran. Kemudian, murid terus kepada pemilihan warna mengikut kehendak dan kemahuannya untuk diaplikasikan ke atas lukisan. Tetapi, pada karya ini berlaku proses imitasi daripada sumber-sumber yang ada seperti buku. Proses imitasi ini juga ada disebut oleh Plato, ahli falsafah dan pemikir barat berbangsa Athens sebagai proses peniruan yang baik.



Lukisan 2 :
1.4.1   Bentuk dan makna
Karya ini menggunakan tema keluarga yang sedang bercuti di kawasan air terjun. Unsur seni pertama yang dapat dilihat dalam karya ini ialah penggunaan garisan. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Pada keseluruhannya, garisan yang digunakan dalam karya ini adalah tebal seperti garisan bergerigi pada rambut manusia lelaki, garisan berlingkar pada batang pokok dan garisan beralun pada air terjun. Hal ini bermaksud, garisan dibuat jelas mengelilingi permukaan luaran objek sehingga menghasilkan rupa.
Seterusnya, rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri  dapat dilihat pada objek bekas makanan manakala rupa organik pula mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus seperti lukisan objek pokok dan manusia.
Ketiga, unsur ruang turut hadir dalam karya lukisan ini. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek. Walaupun pada hakikatnya, kawasan air terjun ialah ruang terbuka tetapi penghasilan dalam karya ini ialah ruang cetek yang bermaksud ruang bagi kawasan yang terbatas.
Keempat, unsur seni yang terpapar dalam karya ini ialah unsur warna. Warna yang digunakan adalah bersifat terang seperti warna panas pada objek pakaian manusia dan bakul manakala warna sejuk digunakan oleh pelukis pada objek pokok, pantai dan batu.
Penggunaan warna panas pada objek pakaian manusia menghasilkan prinsip penegasan iaitu apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.
Selain itu, konsep imbangan juga terpapar pada karya ini. Imbangan membawa maksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Selain itu, imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan yang dilihat dalam karya ini ialah imbangan tidak simetri dimana unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Sebagai contohnya, objek pokok berat pada sebelah kanan lukisan tetapi diseimbangkan bersama objek perkakasan berkelah pada sebelah kiri lukisan.
1.4.2   Penggunaan alat dan bahan
Hasil karya lukisan yang telah siap ini dihasilkan melalui penggunaan alat dan bahan seperti kertas lukisan bersaiz A4 dan media kering seperti pensil dan pensil warna. Media kering merupakan bahan atau media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.

1.4.3   Kaedah dan teknik
Penghasilan karya bermula terus kepada melukis figura, objek atau imej tanpa membuat sebarang lakaran. Kemudian, murid terus kepada pemilihan warna mengikut kehendak dan kemahuannya untuk diaplikasikan ke atas lukisan.
Berdasarkan lukisan-lukisan ini juga, tidak banyak kaedah dan teknik yang digunakan. Apatah lagi kanak-kanak pada peringkat ini masih dalam proses perkembangan dan menimba pengalaman. Justeru itu, teknik yang dihasilkan adalah seragam.




Terbaru Lebih lama