Teori yang telah kumpulan kami pilih dan laksanakan ialah teori pembelajaran sosial oleh Albert
Bandura. Teori ini melibatkan interaksi antara individu, tingkah lakudan
persekitaran murid. Dalam teori ini
terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan dan jelas sekali
yang digunakan oleh murid-murid kami adalah peniruan secara langsung. Di mana
murid-murid meniru cara-cara penghasilan gasing yang ditunjukkan oleh guru di
hadapan satu persatu dan dapat mencapai objektif membuat gasing buatan. Malah
teori ini juga sesuai dengan kaedah yang kami gunakan iaitu demonstrasi kepada
murid-murid dan murid berjaya mengikutinya. Pembelajaran melalui teori sosial
ini juga berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh itu, kami menunjukkan
tingkah laku dan cara yang dapat diteladani murid-murid. Kami juga menggunakan
teori ini bertujuan untuk melatih murid-murid belajar memerhati, mengingat dan
mengaplikasikannya seperti yang telah diperkenalkan oleh Albert Bandura
mengenai langkah-langkah pembelajaran peniruan. Langkah-langkah peniruan ini
melibatkan tumpuan perhatian, penyimpanan dalam ingatan, pengeluaran dan
motivasi dan peneguhan.
Seterusnya, model yang kami
gunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini ialah model behavioral.
Model ini dihasilkan berasaskan kepada eksperimen pelaziman klasik Pavlov,
pembelajaran berasaskan Thorndike dan kajian Watson. Terdapat dua strategi yang
terlibat dalam model Behavioral ini antaranya termasuklah pengajaran secara
langsung dan pembelajaran masteri. Kumpulan kami memilih strategi pembelajaran
masteri iaitu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran
yang akan dipelajari. Melalui pembelajaran masteri ini, objektif pengajaran dan
pembelajaran jelas kepada murid-murid untuk memahaminya. Kami memilih model ini
kerana kami berasa yakin dengan tahap murid-murid ini untuk menguasai
pembelajaran yang kami akan ajarkan. Pembelajaran masteri ini juga melibatkan
hubungan dua hala antara murid dan guru dan jika pencapaian ini berlaku, maka
berjayalah proses P&P pada hari itu.
Kaedah yang kami gunakan ialah kaedah demonstrasi. Demonstrasi merupakan
penghubung antara ‘ketahui tentang’ dan’ berupaya’ untuk melakukan. Demonstrasi
merujuk kepada aktiviti yang menunjukkan murid-murid kita ‘bagaimana’ Apabila
murid-murid diberi peluang untuk melihat, memahami apa yang sedang berlaku dan
mendengar keterangan guru mengenai apa yang hendak dilakukan , proses
pengajaran dan menjadi lebih berkesan. Dalam hal ini kami menggunkan
demonstrasi kerana sesuai dengan pengajaran yang ingin kami sampaikan iaitu
mengenai kraf tradisional iaitu gasing.
Melalui pendekatan demonstrasi
gasing, salah seorang dari kami telah menunjukkan demostrasi cara membuat
gasing dari langkah pertama iaitu memotong sehingga langkah terakhir mencucuk
lidi pada kertas gasing yang telah siap. Ternyata ianya memberi daya tarikan
pelajar untuk melihat bagaimana gasing dihasilkan dan ianya berjaya dilakukan
oleh para pelajar kerana telah dapat dilihat dari awal sehingga akhir
demonstrasi. Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar mencari penyelesaian
dengan baik. Selain itu demonstrasi yang dilakukan juga adalah bersifat terbuka
iaitu seseorang guru haruslah berada di kawasan yang murid-murid mudah lihat
contohnya berada di tengah-tengah dengan meletakkan meja berhampiran dengan
kanak-kanak, tambahan lagi boleh memanggil kanak-kanak untuk tampil kehadapan
sekiranya tidak Nampak dengan apa yang ditunjukkan. Demonstrasi juga membantu
melatih murid-murid yang lemah, hal ini kerana pelajar mungkin pada awalnya
tidak tahu bagaimana caranya membuat gasing setelah diberitahu oleh guru, namun
setelah melakukan demonstrasi ianya sedikit sebanyak membantu murid cara
membuat gasing. Demonstrasi membolehkan
komunikasi lisan berlaku antara guru dan murid,, ianya juga membantu
membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana
mereka berfungsi.
Seterusnya kaedah demonstrasi
melibatkan anggota badan adalah lebih
menyeronokkan , pelbagai bahan yang menarik minat pelajar dan penghasilan
gasing yang mampu berputar pada akhirnya membuatkan para pelajar tidak sabar
untuk membuat gasing. Disamping itu, pendekatan intergratif pula ialah
bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan
murid-murid kita menggunakan kemahiran asas. Pendekatan ini memerlukan mereka
berfikir , mensintesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar. Dalam
hal ini , kami berperanan sebagai fasilitator iaitu guru berperanan membentuk
aktiviti-aktiviti kepada murid, iaitu pembuatan gasing, kami memberikan arahan
kepada pelajar untuk melaksanakan apa yang baru diajar dan membimbing pelajar
yang lemah supaya mampu menghasilkan gasing yang baik. Melalui kaedah ini juga
murid berpeluang untuk membuat kerja berpasukan kerana kami membahagikan kepada
7 kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing. Kemahiran
asas juga tidak dilupakan, kami menggunakan kaedah ini bagi membolehkan
murid-murid merangsang minda merekan dengan melukis corak pada gasing, mewarna
dan menghias corak dengan cantik.
Dari segi teknik, kami telah menggunakan teknik kami telah menggunakan teknik scaffolding iaitu proses membantu dan membimbing
pembelajaran. Ini dapat dilihat apabila kami menyangkan video pendek pengenalan
gasing. Kami telah membuat pertanyaan kepada murid-murid. Jawapan yang betul
diberikan hadiah (peneguhan) untuk meningkatkan daya tumpuan dan minat
murid-murid. Malahan, murid diberi galakan untuk bertanya dan memberi jawapan yang munasabah bagi
soalan yang diberikan. Manakala teknik pemerhatian juga berlaku, strategi
pengajaran dan pembelajaran ialah pengajaran melalui pemerhatian. Pembelajaran berlaku apabila murid memerhati
guru melakukan tingkah laku di hadapan kelas. Bahkan, mereka diberi peluang
untuk memerhati dan memodelkan tingkah
laku tersebut membawa kepada peneguhan positif (Mohd Fuad
Sam, 2013) .
Seterusnya ialah, soal jawab. Hal
ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid agar lebih memahami apa
yang cuba disampaikan melalui prosedur langkah demi langkah. Secara langsung,
murid akan meniru langkah yang ditunjukkan oleh guru semasa P&P. Mereka
juga turut memberi peluang kepada murid untuk bersoal jawab apabila mereka
bertanya fungsi tentang kepanjangan lidi dari kertas supaya mendapatkan pusat
graviti yang rendah dan memudahkan gasing berputar dengan baik.
Strategi pengajaran dan
pembelajaran boleh didefinasikan sebagai kebijaksanaan memilih, menyusun dan
mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum.
Kami telah menggunakan strategi permusatan
bahan pelajaran iaitu guru memainkan peranan penting dalam p&p di dalam
kelas. Fokus kami ialah mendedahkan
murid untuk mengenal kraf tradisional dengan menggunakan bahan yang terdapat
disekeliling dan dijadikan sebagai replika gasing yang boleh berpusing sewaktu
diputarkan dan mempunyai ciri-ciri gasing asli.
Sesungguhnya aktivti yang dijalankan ini menyediakan peluang kepad murid
untuk berinteraksi antara guru dan rakan di samping bertukar idea sewaktu
membuat corak rekaan pada permukaan gasing msaing-masing. Kami cuba mengaitkan
permainan tradisional melayu yang kian dilupakan kepada murid-murid agar
sejarah melayu kekal terpelihara. Matlamat yang kami bertujuan untuk melihat
daya kreativti murid-murid apabila mereka membuat corak pada gasing mereka
serta berjaya menghasilkan gasing yang boleh berputar dengan baik. Semasa
mereka membuat aktivti, kami memantau mereka sewaktu proses penggungtingan,
melukis corak, menggam dan memutarkan gasing supaya dapat memantau kemajuan
mereka dan dapat memberikan bantuan apabila diperlukan.Ini dapat dilihat bahawa
bahan pelajaran memainkan peranan penting. Murid amat bergantung kepada
bahan-bahan ini untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi dan interaksi
berlaku apabila guru memainkan peranan penting dengan melakukan demonstrasi
menggunakan alat bantu mengajar seperti model gasing, lidi, kertas, kad board
gunting dan gam. Terdapat banyak peluang untuk berinteraksi antara murid
melalui projek penghasilan gasing di dalam kelas. Ini dapat dilihat apabila
semua murid terlibat dalam aktiviti yang memberikan peluang kepada murid untuk
meningkat kemahiran menggunting, melukis menggam serta memutarkan gasing
tersebut. Pada akhir pengajaran, beberapa murid dipilih untuk membuat refleksi
mengenai aktiviti yang dilakukan.