Tiada tajuk

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
Ke-1
Pertama
27 Julai 2015 - 31 Julai 2015
Minggu Pertama Di SK Taman Midah 2

ISNIN 27 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 2.30 petang
Pejabat, Dewan dan Bilik Mesyuarat

Pada hari pertama  tepat 7.05 pagi, saya bersama kumpulan praktikum seramai sembilan yang terdiri daripada opsyen Muzik, TESL dan Pendidikan Seni Visual orang melapor diri kepada Encik Azrul Hisham bin Abdul Rani, guru besar SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur setibanya kami di sekolah. Kami diminta untuk menandatangani buku kehadiran guru praktikum setiap hari mulai hari ini di pejabat sekolah sejurus sampai dan sebelum pulang. Setelah selesai, guru besar meminta kami untuk ke tapak perhimpunan. Beberapa orang guru telah berucap dan menyentuh tentang kehadiran murid yang lambat ke sekolah. Sekolah ini menggalakkan murid-murid terutamanya pengawas untuk mengendalikan perhimpunan seperti menjadi pengerusi majlis sendiri, menyusun kerusi untuk guru. Sekolah ini juga amat mementingkan kekemasan diri pelajar. Dapat dilihat apabila guru membuat pemeriksaan rambut murid lelaki yang panjang.

Setelah selesainya perhimpunan, guru besar membuat mesyuarat kecil bersama guru-guru Sekolah Taman Midah 2 untuk memberikan beberapa nasihat serta info yang terkini. Malahan, kami turut diperkenalkan dengan guru pembimbing masing-masing. Cikgu Efa Liyana binti Nordin merupakan guru pembimbing kami sepanjang tempoh dua bulan di sekolah ini. Seterusnya, kami masuk ke bilik mesyuarat untuk memperkenalkan diri dan bersoal jawab dengan guru besar mengenai sekolah ini. Guru besar memberi taklimat kepada kami tentang aktiviti di sekolah ini. Setelah selesai, kami masuk ke bilik guru dan bersuai kenal dengan guru-guru sekolah ini. Layanan guru amat baik sekali. Kami telah diberikan sebuah meja setiap seorang supaya kami dapat menyesuaikan diri dan memudahkan kami membuat urusan di sekolah. Selain itu, kami telah melawat bilik seni yang telah lama tidak digunakan kerana saya difahamkan bilik ini bocor dan baru boleh digunakan selepas Ramadhan.

Sebelum pulang kami berjumpa dengan cikgu Borhan untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan memandangkan beliau merupakan guru penyeliaan praktikum kami. Kami bersoal jawab tentang perkara-perkara yang berkaitan.


SELASA 28 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 2.00 petang
Pejabat dan bilik guru

Seperti biasa saya datang ke sekolah dan terus pergi ke pejabat untuk menandatangani buku kehadiran. Seperti kebiasaan saya terus ke bilik guru menyiapkan kerja dan kemudiannya, pensyarah pembimbing saya Puan Faridah datang  ke sekolah lawatan sosial jumpa dengan guru besar, Encik Azrul dan guru praktikum kami, Encik Borhan.

Sejurus selesai kami ke kantin sekolah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan praktikum. Kemudian saya masuk ke kelas untuk menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana menguruskan urusan luar.

 



SELASA 28 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 2.00 petang
Pejabat dan bilik guru



 

RABU 29 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 4.30 petang
Pejabat, bilik seni dan bilik guru

Pada hari ketiga saya dan rakan praktikum telah berbincang dengan ketua panitia seni iaitu Puan Efa untuk membersihkan dan menyusun semula alat dan bahan yang terdapat dalam bilik ini. Tujuan kami ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai pengalaman untuk belajar di dalam bilik seni ini. Bahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Sebelum memulakan tugasan untuk membersihkan bilik seni ini, saya telah menggantikan guru yang tiada di sekolah.


Memandangkan keadaan bilik seni ini masih belum dikemaskan sepenuhnya, kami terpaksa melupakan rancangan kami untuk menggunakan bilik ini kerana kipas tidak boleh digunakan dan akan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ketiadaan aliran udara yang bersih.

            Aktiviti kokurikulum dijalankan pada sebelah petang bagi kumpulan A. Aktiviti yang dijalankan ialah sambutan hari raya serta nyanyian karaoke. Semua murid menikmati juadah kuih muih yang dibawa dari rumah.

KHAMIS 30 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 2.00 petang
Bilik guru, Kelas
        
            Pada hari keempat, saya menyerahkan Rancangan Semester dunia seni visual kepada guru pembimbing untuk disemak. Saya diminta oleh guru pembimbing saya untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian untuk subjek Bahasa Malaysia untuk diberi kepadanya untuk ditampal di dalam buku rekod beliau.

JUMAAT 31 JULAI 2015

7.05 pagi sehingga 12.30 petang
Bilik guru, Kelas



              Jamuan raya yang diadakan setiap kelas. Setiap kelas menyajikan pelbagai makanan yang sangat sedap. Sambutan sangat meriah dijalankan. Ketika ini kami sempat untuk berbual-bual dengan guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini. Sesungguhnya pengalaman mereka banyak membantu saya dalam menjalankan perkhidmatan saya sebagai guru kelak. 
Terbaru Lebih lama