Nota Penulisan Kajian Tindakan

TAJUK

•        Tajuk antara 15-20 patah perkataan
•        Terdiri daripada pencapaian tindakan yang berbunyi positif, fokus (kandungan mata pelajaran/ kemahiran dan peserta kajian) dan tindakan: 
•         Penggunaan Tikar Ajaib Untuk Membantu Kemahiran Menambah Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Pemulihan Tahun Tiga 
•         Tikar Ajaib: Meningkatkan Kemahiran Menambah Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Pemulihan Tahun Tiga 

PENDAHULUAN

Pengenalan  

•        memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian
•        Konteks huraian tentang pengkaji mata pelajaran yang diajar
•        huraian am murid dan sekolah  

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

•        Menghuraikan pengalaman P&P yang berkaitan  Menilai dan membincangkan kembali amalan  P&P Refleksi kendiri merangkumi:
•          Isi kandungan mata pelajaran
•           Isi kandungan pedagogi
•          Pengalaman sebenar diri sendiri
•           Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan berasaskan pengalaman diri sendiri dan ulasan literatur 
•          Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipercayai yang dipegang dengan amalan yang dilaksanakan
•          Menyatakan justifikasi/andaian/harapan terhadap kajian yang dicadangkan

Pengumpulan Data Awal

•        Data awal seperti ujian diagnostik, temu bual, buku latihan, rekod pencapaian dan seumpamanya yang berkaitan dengan isu yang dikaji Menunjukkan keprihatinan untuk menyelesaikan isu tersebut

Ulasan literatur berkaitan isu kajian

•        Menghubungkaitkan artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti.
•        Penggunaan sedutan kata (quotation).
•        Penulisan rujukan menggunakan sistem APA terkini
•        Sekurang-kurangnya 15 sumber pembacaan yang rapi dan berkaitan yang merangkumi bahan-bahan daripada sumber buku, jurnal, artikel ilmiah dari laman web yang sah, tesis atau kajian terdahulu daripada universiti atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 

•        Refleksi pengajaran dan pembelajaran dilakukan berdasarkan.......

FOKUS KAJIAN

Huraian Fokus Kajian 

•        Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid 
•        Menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
•        Kebolehtadbiran (Berkeupayaan menyelesaikan masalah?/ Persiapan yang perlu dilakukan?/ Kekangan yang dihadapi?),
•        Kepentingan (Perkongsian ilmu pengetahuan dan menilai tambah pedagogi), o Kebolehgunaan (boleh diaplikasikan ke dalam bidang tugas),
•        Kawalan (Bidang kajian berada di dalam ruang lingkup kuasa guru untuk bertindak termasuklah murid, alatan P&P, dan soal selidik),
•        Kolaborasi (Bantuan rakan guru/ Memudahkan perbincangan dan rujukan kepakaran/ Sokongan pihak pentadbir sekolah), 
•        Kerelevanan kepada sekolah (Jangka masa mencukupi?/ Keperluan menyelesaikan masalah).
•        Kebolehgunaan(aplikasi & re-aplikasi) – boleh digunakan semula
•        Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas.
•        Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/ isu secara amat terperinci.
•        Menyatakan dokumen yang berkaitan dengan jelas-data untuk membuat refleksi amalan P & P.
•        Menyatakan perkaitan dan kerelevanan dengan isu/masalah 

Tindakan

•        Menghuraikan model pengkajian tindakan seperti dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)
•        Memperincikan bahan atau sistem yang digunakan sebagai tindakan, sekiranya ada  (iaitu sama ada permainan, board game seperti sahibba monopoli, main peranan dan seumpamanya)
•        Menghuraikan proses menggunakan bahan (inovasi) yang dihasilkan bagi membaiki amalan murid dan guru.
•        Memerihalkan teori atau prinsip yang menjadi asas kepada tindakan secara jelas Membuat perkaitan dengan ulasan literatur yang relevan dengan tindakan yang dilaksanakan secara jelas

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

•        Perlu menulis secara spesifik pernyataan objektif yang berkaitan pengkaji dan peserta kajian
•        Kata kerja yang digunakan dalam objektif dan soalan kajian boleh diukur.
•        Objektif dapat menjawab isu kajian
•        Objektif yang ditulis dapat diukur pada akhir kajian
•        Objektif dapat dilaksanakan melalui tindakan atau kaedah yang dicadangkan.
•        Pernyataan objektif yang melibatkan peserta kajian perlu mengandungi tiga perkara berikut:
•        Pencapaian tindakan (misalnya “menguasai kemahiran penambahan mengumpul semula …”)
•        Fokus (misalnya, “konsep asas penambahan mengumpul semula murid pemulihan Tahun Tiga”)
•        Tindakan (misalnya, “Tikar Ajaib”)
•        Objektif untuk pengamal selaku pengkaji digambarkan melalui pemilihan perkataan tingkah laku yang boleh diukur atau eksplisit (contoh “Memperihalkan”, “Menghuraikan’) 
•        Contoh pernyataan objektif: 
•        Menghuraikan sejauh mana Tikar Ajaib dapat membantu murid menguasai kemahiran penambahan mengumpul semula.
•        Memperihalkan sejauh mana Tikar Ajaib dapat menambah baik amalan pedagogi guru dalam topik penambahan dengan mengumpul semula (kepada pengamal) 
•        Soalan kajian mestilah relevan dengan objektif kajian.

Objektif: 

Objektif umum

•        Pandangan menyeluruh tentang tujuan kajian yang akan dilaksanakan

Objektif khusus

•        Objektif spesifik yang ingin dicapai

Soalan Kajian:

Apakah?

Bagaimanakah?

Mengapakah?

PESERTA KAJIAN

•        Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci merangkumi perkara berikut:
•        Bilangan
•        jantina
•        lokasi
•        nama sekolah dan kelas (elakkan dari menggunakan nama sebenar
•         prestasi akademik
•        ciri-ciri khusus kelas dan individu yang dikaji.

PELAKSANAAN KAJIAN 

Langkah-langkah Tindakan 

•        Memperincikan langkah-langkah atau aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas (rujuk pada rubrik pemarkahan),
•        Menyatakan senarai tindakan mengikut urutan (RPH juga boleh dimasukkan jika perlu).  Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan 

Kaedah Mengumpul Data 

•        Dalam penyelidikan tindakan, pengkaji adalah instrumen utama Terdapat tiga kaedah mengumpul data:
•        Contoh instrumen:

Ujian bertulis

•        Ujian yang dibina oleh guru sendiri
•        Soalan berbentuk objektif atau subjektif sesuai digunakan
•        Mengukur pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan soalan kajian

Temu bual

•        Berstruktur -  mempunyai jadual khusus, soalan disediakan  dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran
•        Separa-berstruktur -  soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan  dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan
•        Tidak berstruktur – pengkaji boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); pengkaji perlu mahir - Contoh: 
•        Apakah perasaan anda yang ingin di kongsikan dengan kami semasa mengikuti aktiviti sebentar tadi? Mengapa?
•        Apakah pandangan anda? Mengapa?

Penilaian

Tinjauan

Instrumen kajian

Pemerhatian

•        Terdapat dua jenis pemerhatian: pemerhatian ikut serta (participant observation) dan pemerhatian tanpa ikut serta (non-participant observation)
•        Contoh: jurnal, buku log, diari, catatan anekdot, senarai semak dan nota lapangan, rakaman audio-visual yang dilakukan sendiri atau orang lain
•        Instrumen pemerhatian yang dibina mestilah relevan dengan soalan kajian

Analisis  dokumen

•        Analisis dokumen merujuk kepada data yang memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. 
•        Jenis dokumen:

Sumber primer disediakan oleh peserta kajian

•        Contoh:  autobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja  murid, buku skrap 

Sumber sekunder diperolehi dari sumber lain  

•        Contoh: minit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi murid, Surat panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release,kod etika, pernyataan falsafah, surat khabar, buletin, surat kepada editor, risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa
•        pengkaji menggunakan bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh subjek (subject produced data). 
•        Tugas utama pengkaji adalah mencari dan mendapatkan akses ke atas bahan itu. 
•        Dokumen analisis memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.
•         Ia juga berfungsi sebagai data sokongan kepada data yang dikumpulkan dengan cara lain.
•        Kualiti bahan yang dihasilkan mungkin berbeza.
•        Jenis dokumen yang menjadi sumber primer (disediakan oleh responden) atau sekunder (diperolehi dari sumber lain selepas diperoleh daripada responden).

Cara Menganalisis Data

•        Cara analisis mesti sesuai dengan jenis data yang di kumpul.
•        Cara analisis data dijelaskan (Perhatian: Jadual matriks analisis data kualitatif dikemukakan untuk menggambarkan proses analisis yang terlibat (Lihat lampiran...)
•        Contoh: analisis secara deskriptif menggunakan kekerapan (bilangan dan/atau peratusan) atau analisis bertema (thematic analysis) dalam memberi makna kepada data.
•        Dapatan kajian - dinyatakan perancangan persembahan data:
•        Kuantitatif: Data dipersembahkan sama ada dalam jadual, carta, histogram atau graf. 
•        Kualitatif: Data dipersembahkan mengikut tema-tema yang disokong sama ada dengan teks perbualan, naratif, rajah lakaran atau gambar. 

Cara Menyemak Data 

•        Cara menyemak data mesti sesuai dengan jenis data yang di kumpul
•        Contoh : triangulasi kaedah atau data, triangulasi teori, triangulasi pengkaji, triangulasi sumber,  triangulasi masa atau penyemakan analisis oleh peserta kajian (untuk data temu bual)

Triangulasi

Data

•        Kumpul pelbagai jenis data untuk selidik fenomena yang sama

Penyelidikan

•        Pemerhatian yang terlibat untuk menyelidik fenomena yang sama

Teori

•        Guna lebih daripada satu teori untuk selidik fenomena yang sama
•        Jadual Pelaksanaan Kajian 
•        Menyediakan jadual pelaksanaan dalam bentuk Carta Gantt 
•        Dapat menunjukkan keselarian antara perancangan dengan tindakan
•        Anggaran Perbelanjaan
•        Menyediakan anggaran kos kajian
•        Menyenaraikan peralatan yang sesuai untuk tujuan penyelidikan
•        Menyenaraikan anggaran perbelanjaan yang relevan dan bersesuaian dengan kajian

DAPATAN KAJIAN  

•        Membincangkan dapatan kajian yang bersesuaian dengan  soalan kajian
•        Menyertakan bukti dari pelbagai sumber data yang amat relevan untuk menyokong dapatan kajian 
•        Dapatan kajian
•        Kuantitatif: Data dipersembahkan sama ada dalam jadual, carta, histogram atau graf. 
•        Kualitatif: Data dipersembahkan mengikut tema-tema yang disokong sama ada dengan teks perbualan, naratif, rajah lakaran atau gambar. 

REFLEKSI

•        Membincangkan unsur refleksi dapatan kajian
•        Membuat hubung kait dapatan kajian dengan ulasan literatur 
•        Membuat justifikasi antara andaian, nilai atau kepercayaan diri dengan amalan pedagogi terdahulu
•        Melakukan refleksi kendiri yang merangkumi perkara berikut:
•        memahami masalah yang dihadapi dalam amalan pedagogi terdahulu
•        membuat perkaitan antara dapatan kajian dengan masalah dalam amalan pedagogi terdahulu 
•        mengkategorikan perkaitan dan menghubungkannya dengan tinjauan literatur
•        memanipulasikan perkaitan dengan cara baharu
•        mengaplikasikan dapatan kajian dalam amalan pedagogi, dan seterusnya membuat justifikasi terhadap andaian, nilai atau kepercayaan diri 

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

•        Dapat menilai tindakan yang diambil secara kritis.
•        Cadangan untuk tindakan susulan dan kajian lanjutan dibincangkan dengan jelas.

RUJUKAN

•        Menyenaraikan lebih daripada 15 rujukan yang berkaitan
•        Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological
•        Association (APA) terkini
•        Semua rujukan yang digunakan  amat relevan dan berkredibiliti

REFLEKSI 

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN RUJUKAN



Terbaru Lebih lama