Soalan latihan

1)    Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Bagaimana guru menggunakan strategi di atas dalam aktiviti membuat poster.

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.  Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.  Penggunaan TMK juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan seni Visual. Pendekatan TMK yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial- Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran.  Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi- Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.  Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK.  Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.
Integrasi TMK sebagai alat aplikasi- TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi- TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain.  Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh.  Menerusi pembelajaran seperti, murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.



2)    Guru menggunakan kaedah pengajaran secara kelas semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada murid-murid.
a)    Bincangkan tiga panduan yang boleh digunakan oleh guru agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta kesannya kepada kumpulan murid pelbagai kebolehan.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan.

komunikasi juga sangat penting dalam pengajaran. Dimana ianya merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kesimpulannya,  dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut budi bicara dan kebijaksanaan guru agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pendekatan pengajaran sangat penting kerana dari situ akan timbulnya minat, motivasi dan semangat pelajar untuk belajar. Jika pendekatan yang digunakan tidak menarik dan membosankan, ianya akan dapat mempengaruhi minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya memilih kaedah atau pendekatan yang mengikut peredaran zaman. Pada zaman serba canggih ini penggunaan information and communication technology( ICT) sangat digalakkan oleh kerajaan dalam meningkatkan pencapaian dan kualiti pelajar. Guru memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu kepda pelajar. Oleh sebab itu, setiap pengajaran perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian agar dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan di mana tujuan dan objektif pengajaran tercapai seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

3)    KBSR mengandungi empat bidang yang terdapat dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Nayatakan keempat-empat bidang tersebut

Keempat-empat bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Bagi bidang yang pertama iaitu menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:


1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster


Manakala bidang kedua pula ialah membuat Corak dan Rekaan. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:


2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan


2.2 Corak terancang secara:


2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi



Seterusnya ialah bidang ketiga iaitu membentuk dan Membuat Binaan.  Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:


3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami


Bidang yang terakhir ialah Mengenal Kraf Tradisional. Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.


4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar





a)    RPH KBSR 5p
Tahun:  6 Bestari
Masa: 1 Jam

Bidang:  Membuat Corak dan Rekaan
 Tajuk:  Corakku Rekaanku
 Aktiviti: Hiasan Permukaan 2D dan 3D

Pengetahuan sedia ada:
1. Murid-murid pernah mempelajari corak dan rekaan bermotifkan alam dan buatan manusia.
2. Murid-murid telah mempelajari benda 2D dan 3D.

Hasil Pembelajaran: 
  1. Pada akhir pelajaran murid dapat:
  2. Aras 1 - Menggunakan bahan: teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2 D dan 3 D.
  3. Aras 2 - Mengolahkan motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi  menghasilkan rekaan corak dan rekaan.
  4. Aras 3 - Menguasai beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan.

Objektif : 
  1. Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
      i.        Menggunakan bahan serta teknik menghasilkan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan 3D. 
     ii.        Mengaplikasikan corak bermotifkan alam dan objek buatan manusia dalam rekaan yang dihasilkan. 
    iii.        Menguasai kawalan tatacara dan disiplin seperti kekemasan, ruang dan warna dalam menghasilkan corak dan rekaan.

ABM: 
Objek 2D dan 3D yang telah dihias permukaannya, objek 2D dan 3D yang belum dihias.

Alat dan Bahan: 
Persediaan guru: Gambar hiasan permukaan 2D dan 3D, kotak, kad berbentuk motif, hisilan guru, carta langkah, pelbagai jenis warna.            
Persediaan murid: Objek 2D atau 3D, kertas lukisan, pensil, pensil warna, warna air, gunting,
Pembaris dan gam.

Nilai: 
Kebersihan, berdisiplin, dan kerjasama

KBKK: 
Murid dapat menjana idea secara kreatif dan dapat menghargai benda-benda sekeliling. 









Langkah Masa
Isi Pelajaran/Fokus Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi P&P Nilai / catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Kotak Misteri
Teka bentuk Objek motif alam dan buatan manusia.
Guru menyediakan sebuah kotak dinamakan kotak misteri yang mengandungi kad bentuk yang bermotifkan alam dan buatan manusia.

Murid akan mengambil kad bentuk tanpa melihat ke dalam kotak dan menerangkan bentuk yang terkandung pada kad tersebut.
Nilai:
Bekerjasama
Berusaha

Kemahiran generic
Verbal Linguistik
Langkah 1
(10 minit)
·      Definisi dan contoh motif alam dan buatan manusia.
Guru menjelaskan secara ringkas definisi dan contoh-contoh motif alam dan buatan manusia.
Nilai:
Tekun, Kerajinan, Hormat

Kemahiran Generik
Visual, ruang, bentuk dan warna.
Langkah 2
(10 minit)
·      Hasilan guru:
Hiasan permukaan 2D dan 3D
Pengenalan alat dan bahan
Guru menunjukkan beberapa contoh hiasan permukaan 2D dan 3D yang menggunakan bentuk motif alam dan buatan manusia.
Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.

Guru menerangkan kegunaan setiap alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini
Hasilan guru
Carta langkah
Objek 2D dan 3D
Nilai:
Kebersihan
Berdisiplin
Kemahiran generik

Kinestetik
Visual ruang
Langkah 3
(30 minit)
·      Demonstrasi guru dan aktiviti
Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.

Guru menunjukkan demonstrasi cara menghasilkan corak dan rekaan hiasan permukaan 2D dan 3D sambil diperhatikan oleh murid.

Aktiviti menghasilkan hiasan permukaan 2D dan 3D oleh murid-murid mengikut bentuk motif yang dipilih iaitu motif alam dan buatan.

Guru memerhatikan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Nilai :
Bekerjasama
Kebersihan
Tolong menolong
Berdisiplin

Kemahiran Generik
Verbal linguistic
Visual-ruang, warna, bentuk
Penutup
(5 minit)
·      Sesi apresiasi dan refleksi kerja murid
Guru mempamerkan dan seterusnya menceritakan tentang hasil kerja mereka.

Murid membuat pameran hasil kerja mereka.

Menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan yang dijalankan.

Guru menilai hasil kerja murid-murid dan membimbing murid untuk melakukan penilaian terhadap kerja mereka.
Nilai:
Keberanian
Hormat-menghormati
Bekerjasama

Kemahiran generic
Verbal linguis


Terbaru Lebih lama