Refleksi Khidmat Masyarakat

REFLEKSI

Khidmat masyarakat yang telah saya laksanakan ialah bertempat di bilik tembikar di Jabatan Pendidikan Seni Visual yang telah dilaksanakan pada 12 September 2014. saya memilih untuk melaksanakan tugasan ini kerana kami diberi peluang untuk memilih program khidmat masyarakat yang ingin dilaksanakan.  Sesungguhnya program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Kekuatan program ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat melaksanakan program ini mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat daripada program khidmat masyarakat ini ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan. Selain itu, saya dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan saya. Malahan saya juga turut dideahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

Seperti yang kita tahu tidak semua yang dirancang mengikut kehendak, begitu juga yang dialami oleh saya.  Kami telah merancang untuk mengecat bilik itu dengan warna lain. Namun, barang yang diminta tidak sampai mengikut senarai dan terpaksa menggunakan warna yang ada sahaja. Malahan kebanyakan daripada kami ialah perempuan, justeru kami tidak cukup orang untuk mengemas  bilik ini kerana kebanyakan alatan dan bahan yang terdapat dalam bilik ini amat berat sekali.

Manakala, dari segi kelemahan pula ialah masa yang diperuntukan amat singkat. Seharusnya program seperti khidmat masyarakat ini seharusnya dilaksanakan melibatkan oleh semua ahli Bulan Sabit Merah. Bahkan program seperti ini perlu dirancang lebih awal supaya tidak bertindih dengan aktiviti Institut Pendidikan Guru seperti bertindih dengan minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Penambahbaikan yang boleh saya laksanakan ialah saya seharusnya bijak menguruskan masa dalam melaksanakan program seperti ini. Selain itu, saya dan ahli kumpulan hendaklah bijak untuk mengatasi permasalah yang timbul seperti ketiadaan cat yang disenaraikan. Selain itu program ini hendaklah melibatkan semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPG Kampus Ilmu Khas.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas serta pensyarah pembimbing Encik Mutalib dan Encik Chia kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan laporan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini.  Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.

Sekian, Terima kasih.


Terbaru Lebih lama