Anda dikehendaki menghasilkan satu rancangan pengajaran harian Kraf Tradisional Seni Anyaman
Kelas   : Tahun 6
Tarikh  : 22 Ogos 2014
Masa    : 08.15 – 09.15 pagi
Tajuk   : Mengenal Kraf Tradisional – Seni Anyaman
Objektif: Di akhir pelajaran pelajar dapat :-
(i)     Mengenalpasti dan memilih jenis kelarai anyaman
(ii)    Memilih dan mengaplikasi bahan yang sesuai untuk menghasilkan anyaman
(iii)   Menguasai kemahiran menganyam menerusi teknik dan motif pada bahagian tepi tikar.
(iv)   Membanding beza hasil karya berdasarkan bahan yang digunakan
(v)    Menilai hasil kerja anyaman dengan tepat mengikut jenisnya
Pengetahuan sedia ada murid :       
Pelajar pernah melihat tikar serta produk anyaman yang dihasilkan
   Daripada pelbagai bahan seperti straw, riben, kertas gulungan dan sebagainya
KBKK : Membandingbeza dan mengklasiikasikan
BBM     : Contoh gambar-gambar jenis kelarai serta teknik anyaman, tayangan, CD, gunting, pisau, kertas dan sebagainya.
Nilai     : Bekerjasama menjaga keselamatan dan kebersihan
| 
Perkara | 
Aktiviti P & P | 
Catatan | 
| 
Set Induksi | 
Menari mengikut alunan muzik tarian ’Chicken Dance’ | 
Aktiviti meransang melalui pergerakan | 
| 
Perkembangan | 
I. Pengenalan tajuk 
Ii. Tayangan CD tentang anyaman 
Iii. Tunjukcara menganyam dengan 
     Bahan yang dipilih samada kertas 
     Warna atau riben 
Iv. Alat dan bahan diedar kepada  pelajar 
V. Pelajar menganyam menghasilkan satu       jenis kelarai yang dipilih 
Vi. Pelajar memilih teknik sisipan bagi membuat corak tepi tikar menerusi proses mengepai. (Rujuk gambarajah diberi pada soalan) 
Vii. Guru membimbing dan membantu pelajar 
Viii. Membuat kemasan | 
Carta Aliran Proses | 
| 
Kemuncak | 
Mempamer hasil kerja murid di hadapan kelas. 
Guru membincang dan memberi komen 
Proses aprtesiasi dan kritikan terhadap hasil kerja | 
Bekerjasama | 
| 
Penutup | 
Mengulangkaji tajuk 
Penerangan mengenai kegunaan hasil kerja kraf anyaman 
-  Sebagai hiasan 
-  Kegunaan harian 
-  Cenderamata / hadiah 
-  Sumber pendapatan | 
Refleksi :
             Komen penyelia / Pembimbing
CATATAN : Pemarkahan Ringkasan Mengajar mengikut format yang bersesuaian     dan perkembangan langkah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menarik.