Anyaman merupakan satu proses menjalin atau menyilangkan helaian
Bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan serta mempunyai ragam hias dan Motif tertentu.
Nyatakan lima motif yang boleh dijadikan ragam hias dalam anyaman.
(i) Motif Flora – bunga,daun,pucuk, ranting dan sebagainya
(ii) Motif Fauna – rama-rama,kumbang,ikan,burung dan sebagainya
(iii) Motif Geometri – buntut siput,parang rosak,jalur,kisi-kisi,swastika dan sebagainya
(iv) Motif benda buatan manusia – abor,jaring ikan,wau,wayang kulit dan
(v) Sebagainya
(vi) Motif isen – atap,cecek-cecek,mata dara,poleng, penutup dan sebagainya
Proses bagi melaksanakan bidang Dimensi Baru melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut
Murid diminta menggambarkan bentuk-bentuk wau yang terdapat dinegeri Kelantan.
Guru membimbing murid dengan contoh-contoh gambar wau.
(i) Murid mula mengambil bahan (kertas warna, warna, gam, dawai,buluh/ lidi, pisau, gunting, tali tangsi dan bahan yang relevan) untuk membuat rangka dan motif kerawang.
(ii) Rekaan mestilah mengambilkira faktor bentuk, keseimbangan, ragamhias, ruang, aplikasi warna dan prinsip rekaan yang relevan.
(iii) Menghasilkan aplikasi terhadap penemuan bahan baru seperti media campuran seperti buluh digantikan dengan straw board, tali tangsi diganti dengan bahan benangdan penggunaan bahan yang sesuai dan mencabar.
(iv) Saiz wau tidak lagi terikat dengan saiz sebenar wau tradisional, manakala kombinasi corak kontemporari seperti corak geometri mengikut idea moden berbanding corak bermotif flora yang digunakan pada wau tradisional.