Huraikan proses membuat topeng menggunakan papier mache
Bincangkan kelebihan penggunaan papier mache dalam aktiviti tersebut
Proses membuat topeng menggunakan papier mache.
(i) Langkah 1
-Koyakkan himpunan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan disediakan.
(ii) Langkah 2
Rendah kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembt agar mudah untuk dikisar
(iii) Langkah 3
Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan Kertas itu lumat agar mudah dibentuk dan kukuh
(iv) Langkah 4
Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasing kandungan airnya.
(v) Langkah 5
Kertas yang telah diperah, gaulkan dengan gam cair sehingga sekata agar mudah Dibentuk
(vi) Langkah 6
Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki, dan ikat agar dalam keadaan bulat. --- Tampalkan kertas. Simpan beberapa hari sebelum di tanggalkan
(vii) Langkah 7
Jemur pada cahaya matahari agar kering
(viii) Langkah 8
Warnakan mengikut watak-watak yang dikehendaki.
Kelebihan penggunaan papier mache dalam aktiviti membuat topeng.
(i) Mudah diperolehi
(ii) Senang didapati/dibuat/dibentuk
(iii) Murah dan boleh didapati secara percuma
(iv) Ringan dan mudah dibawa
(v) Mesra dengan bahan cecair,bahan pelekat dan mudah dimanipulasi
(vi) Boleh dikeraskan, dicat,diadun dengan bahan lain seperti tepung,kanji atau pasir.
(vii) Mudah lentur/fleksibel
(viii) Lasak,tahan lama dan tidak membazir
(ix) Lain-lain yang relevan