RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL


Mata Pelajaran
Pendidikan Moral
Tarikh
11 Mac 2016
Kelas
2 Ibnu Sina
Jumlah Pelajar
2 orang murid (2 orang perempuan)
Masa
10.50 pagi – 11.50 pagi
Tema
Saya dan keluarga
Tajuk
Adab Sopan dalam Keluarga
Nilai
Hormat
Standard Kandungan
6.1 Menghormati ahli keluarga
Standard pembelajaran
6.1.1 Menceritakan cara menghormati ahli keluarga
6.1.2 Menyenaraikan kepentingan saling menghormati sesama ahli keluarga
Objektif pembelajaran
Kognitif:
1.    Menceritakan dua cara menghormati ahli keluarga.
2.    Menyenaraikan dua kepentingan saling menghormati sesama ahli keluarga.
Afektif:
1.    Menyedari kepentingan menghormati mulia sesama ahli keluarga.
Perlakuan:
1.    Mengamalkan sikap saling hormat sesama ahli keluarga.
Pengisian Kurikulum
 1) Nilai: Hormat
 3) EMK: Kreatif dan Inovatif
Teknik
sumbangsaran,  perbincangan & menyoal
Bahan Bantu Belajar
Kad huruf, peta bulatan & lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah menunjukkan sikap hormat sesama ahli keluarga.





PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN (PI)
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI
( 5 MINIT)
Permainan Harta Karun
H
O
R
M
A
T

1.    Apakah yang perkataan yang kamu susun?
-Hormat.
1.   Guru menyembunyikan kad huruf.
2.   Murid dikehendaki untuk mencari kad-kad tersebut.
3.   Murid diminta untuk menyusun kad huruf bersama pada papan putih untuk membentuk satu perkataan yang lengkap di hadapan.
4.   Guru menyatakan tajuk pengajaran hari ini berkait dengan nilai menghormati dalam keluarga.
BBM : Kad Huruf

TEKNIK : bermain

PENDEKATAN : Berpusatkan murid

STRATEGI : Pembelajaran Aktif

EMK : Nilai murni (bekerjasama)









LANGKAH 1
( 15 MINIT)
Maksud Hormat
mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim

Kamus Dewan Edisi Keempat


1.    Kemudian guru bertanya kepada murid apa yang dimaksudkan dengan hormat
2.    Guru berbincang dengan murid tentang maksud hemah tinggi.

Aktiviti meluahkan idea
3.    Guru mengedarkan satu kertas.
4.    Secara kumpulan murid diminta untuk membuat peta bulatan.
5.    Guru meminta murid untuk menyatakan maksud hormat ke dalam peta tersebut dengan mengaitkan apa yang dilakukan bersama keluarga di rumah.
6.    Murid diminta untuk menceritakan situasi yang dilakukan.
7.    Guru mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan nilai hormat.
8.    Guru membimbing murid memahami nilai hormat melalui aktiviti yang dijalankan.
BBM : Peta bulatan

TEKNIK :
sumbangsaran

PENDEKATAN : Berpusatkan murid dan bahan

KAEDAH : perbincangan

STRATEGI : Pembelajaran Aktif

EMK : Nilai murni

KBAT : Menilai, memahami

TMK : -






LANGKAH 2
(20 MINIT)
Kad kreatif
Menceritakan cara menghormati keluarga



1.    Guru mengedarkan kertas warna kepada setiap murid.
2.    Guru meminta murid untuk menghasilkan satu kad khas untuk ditujukan kepada keluarga mereka.
3.    Murid diminta untuk menggunting, menyusun dan menghias mengikut kreativiti masing-masing
4.    Guru memantau murid menghasilkan kad tersebut.
5.    Guru meminta murid menceritakan apa yang mereka hasilkan.
6.    Guru meminta murid menyerahkan kad kreatif kepada keluarga masing-masing.
BBM : Kertas warna dan bahan hiasan

PENDEKATAN : Berpusatkan bahan, pendekatan individu & berpusatkan pelajar

STRATEGI : Pembelajaran Aktif & Pembelajaran Kontekstualisme

Nilai : Menghargai
EMK : Kreatif & Inovatif
KBAT : Aras Pengetahuan







LANGKAH 3
(15 MINIT)
Lembaran Kerja
·         Silakan masuk, nenek
·         Saya akan serahkan surat ini kepada abang.
·         Selamat pagi.
·         Maaf ayah. Saya tidak patut membaca diari kakak.
Menyatakan Perasaan
·         Cara Dev menghormati keluarganya?
·         Bagaimanakah kamu menghormati ahli keluarga kamu?



1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid secara individu.
2.    Murid dikehendaki memadankan jawapan pada gambar.
3.    Murid diberikan masa beberapa minit untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut.
4.    Guru bersoal jawab dengan murid
5.    Guru membincangkan jawapan tersebut.
BBM :
Lembaran kerja

TEKNIK : bercerita, sumbangsaran.

PENDEKATAN : Berpusatkan guru dan murid.

KAEDAH : Penyelesaian Masalah

STRATEGI : Pembelajaran Aktif & Pembelajaran Koperatif

KBAT : Aras Pemahaman, Aras Menganalisis








PENUTUP
(5 MINIT)
Membuat kesimpulan

http://content.mycutegraphics.com/graphics/school/students-at-school.png
·         Merumuskan tajuk pelajaran
1.    Guru mengulangi tajuk pengajaran dengan penerapan nilai “hormat” dan perlunya sikap tersebut sesama ahli keluarga.
2.    Guru memberi peluang kepada murid untuk membuat rumusan apa yang dipelajari pada hari ini.
3.    Guru  memberikan pengukuhan dengan mengedarkan lembaran kerja.
PENDEKATAN : pendekatan individu & berpusatkan pelajar

STRATEGI : Pembelajaran Kontekstualisme

KBAT : Aras Pemahaman

Ulasan Guru / Pensyarah Pembimbing
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Terbaru Lebih lama