Nama
Pelukis : Syed Ahmad
Jamal.
Tajuk
Karya : “umpan atau
The Bait”.
Tahun
Dihasilkan : 1959.
Media : Cat Minyak.
Teknik : Sapuan berus
tegas,
ruang
latar tidak mengandungi cat,
Bentuk-bentuk organik berpusat dan
berlingkar gelisar menimbulkan
pergerakan.
Gaya : Catan
non-figuratif, antiformal, dinamik, bertenaga,
dan
berteknik bebas.
Aliran : Abstrak –
watak-watak dan peristiwa-peristiwa
digunakan sebagai lambang.
Tema : Ketegangan
seekor burung pemangsa dan pemusnahnya.
Apresiasi Seni
Karya Syed Ahmad Jamal -“The Bait” (1959)
Apresiasi pertama yang dapat
saya buat terhadap karya Syed Ahmad Jamal iaitu The Bait (Umpan) dari aspek deskripsi iaitu pengamatan
hasil karya beliau dengan sifat-sifat tampak . Berdasarkan lukisan “umpan”
permainan garisan adalah penting
untuk membentuk objek yang ingin disampaikan. Garisan yang dimainkan dengan
warna mengikut komposisi tertentu dapat menimbulkan objek yang sebenar. Karya
inin banyak menggunakan garisan melengkung.
Selain itu, permainan warna yang harmoni dan pelbagai juga
menjadikan karya ini kelihatan menarik dan mudah difahami. Syed Ahmad Jamal
menggunakan juga warna-warna panas. Warna-warna panas terdiri daripada merah,
ungu, kuning ke hijau yang terdapat dalam karya tersebut bagi menimbulkan
cahaya yang tinggi, suasana lebih bertenaga, garang, dan dekat. Sekiranya
dilihat dari karya tersebut, pengkarya menggunakan warna gelap di belakang
objek dan warna cerah di bahagian hadapan. Situasi ini bagi menimbulkan
pencahayaan.
Karya “umpan” juga memperlihatkan
unsur ruang iaitu susunan
objek-objek yang menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan pada suatu gabungan.
Perbezaan saiz objek juga dapat dilihat bagi menimbulkan ruang tinggi dan
rendah.
Disamping itu, dari segi bentuk, karya “umpan” diapresiasikan
bentuk seekor burung yang berada dalam ketakutan melalui penggunaan unsur
seperti warna, garisan dan ruang. Walaupun tidak bebrapa jelas namun, bentuk
seekor burung masih dapat ditimbulkan.
Karya “umpan” Syed Ahmad Jamal juga menimbulkan sifat-sifat tampak dalam
prinsip rekaan seperti imbangan.
Berdasarkan karya lukisan diatas unsur imbangan tidak simetri dapat dilihat.
Hal ini kerana, objek sebelah kiri lebih besar dari objek kanan. Kesan visual
yang timbul ialah kesan lebih bebas dan spontan. Keadaan lebih pelbagai untuk
menarik dan tidak membosankan pemerhati.
Selain itu, penghasilan karya “umpan” mengutamakan prinsip irama dan pergerakan. Iaitu penyapuan
warna secara garisan melengkung dan halus. Pergerakan dalam penyapuan warna
dapat menggambarkan perasaan dan aksi dalam karya di atas. Apabila kita
memerhati irama visual di atas, kita dapat mengalami pergerakannya dan perasaan
yang cuba pengkarya timbulkan.
Tambahan lagi, karya Syed Ahmad Jamal “umpan” menimbulkan penegasan iaitu objek kanan kelihatan
lebih besar dan tumpuan utama pada objek tersebut. Oleh itu, tumpuan pemerhati
apabila melihat karya ini lebih kepada objek yang besar kerana wujudnya
penegasan pada karya tersebut.
Prinsip kepelbagaian dalam
karya tersebut juga dapat dilihat melalui penggunaan pelbagai jenis warna panas
dan sejuk, yang diletakkan mengikut komposisi yang betul. Berdasarkan karya diatas warna lebih gelap
diletakkan di bahagian belakang dan warna terang di hadapan. Objek besar banyak
menggunakan warna yang gelap dan panas untuk menunujukkan suasana bertenaga dan
garang. Manakala, objek yang kecil berdasarkan karya tersebut banyak
menggunakan warna sejuk, menunjukkan kuasanya sederhana dan lembut.
Prinsip kesatuan juga dapat
dikesan apabila gabungan daripada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan untuk
mewujudkan objek yang cuba disampaikan. Walaupun karya Syed Ahmad Jamal ini
aliran abstrak tetapi masih dapat diterjemahkan kerana permainan warna dan
bentuk menimbulkan mesej yang disampaikan.
Apresiasi seni melalui aspek
analisis iaitu penggabungan unsur seni dan prinsip rekaan menjadikan
karya “umpan” lebih sempurna. Melalui pemerhatian karya di atas kita dapat
lihat kualiti ekspresif karya adalah stabil.Hal ini bermaksud pengkarya berada
dalam mood yang tenang dan baik. Kita dapat melihat daripa teknik penyapuan
berus yang teratur dan kemas serta permainan warna yang betul dan jelas menunujukkan
pengkarya lebih teliti dan sentiasa prihatin dalam menggunakan warna. Sekira
dilihat suasana karya kelihatan lebih ganas kerana penggunaan warna panas dan
sejuk digabungkan menunjukkan suasana ketegangan. Karya Syed Ahmad Jamal
“umpan” sudah menunjukkan aliran abstrak kerana objek tidak dapat ditafsir
secara cepat memerlukan pemerhatian yang lama.
Apresiasi dari aspek interpretasi pula memberikan gambaran terhadap makna
yang tersirat dalam karya ini. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan
gabungan warna dapat menimbulkan emosi dan tenaga dua elemen itu untuk dipertahankan
serta dapat dirasai secara langsung. Dalam lukisan seperti The Bait Syed Ahmad
Jamal ini lebih mengutamakan lekukan bentuk. Bentuk-bentuk mula dilekukkannya
bagi menggambarkan aksi atau suasana yang lebih bertenaga. Menurut Syed Ahmad
Jamal dalam karya The Bait, lekukan itu berjaya dilukiskan secara kreatif dan
kritis untuk memperlihatkan adegan ketegangan antara pemangsa dengan
pemusnahnya.
Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad Jamal
menghasilakan karya ini dengan intensif sekali sehingga aksi burung hadir secara separuh lut
sinar. Hal lni merupakan perkembangan yang amat menonjol kerana bentuk dan latar
telah hilang rupa realistik seekor burung.
Nama
Pelukis : Syed Ahmad
Jamal.
Tajuk
Karya : Gunung Ledang/
Tanjung Kupang
Tahun
Dihasilkan : 1978.
Media : Cat Minyak pada
kanvas.
Aliran : Abstrak
ekspressionisme
Apresiasi Seni:
Melalui
karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “Gunung
Ledang” pada tahun 1978 beliau ingin menunjukkan seni rupa itu amat
pentingkan imbangan. Sebagai contoh, rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi
dengan suatu rupa bentuk yang tiada bercorak. Syed Ahmad Jamal seorang pelukis
yang mementingkan kesesuaian dalam pemilihan warna berdasarkan sifat semula
jadi bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya. Dalam seni rupa
melayu yang menyaksikan ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh
corak-corak tumbuhan dan motif geometri seperti karya “gunung ledang”. Syed Ahmad Jamal merupakan pelapor aliran
ekspressionisme. Beliau menggemari aliran ini kerana aliran ini memberikan
kelangsungan dalam berkarya dan membenarkan pemikiran diterjemahkan secara
langsung menjadi bahan seni. Dalam karya “gunung
ledang” ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini
bersatu dari aspek warna, ruang, dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad
Jamal.
Apresiasi
seni yang pertama dapat kita lihat melalui karya Gunung Ledang ialah dari aspek
deskripsi. Karya ini menggambarkan sifat-sifat tampak produk seni seperti
ruang. Unsur Seni ruang digunakan untuk memperlihatkan objek yang berada pada
bahagian belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada
belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang
hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang
dari segi penggunaan warna. Selain itu,grid perspektif turut diaplikasi dalam
hasil karya ini bagi menimbulkan ruang. Berdasarkan karya “Gunung Ledang” perspektif digunakan pada segi tiga tujuh peringkat
iaitu perspektif satu titik lenyap memberikan kesan ruang yang dalam.
Unsur
garisan juga dapat kita lihat. Namun penggunaan unsur garisan tidak pelbagai.
Berdasarkan karya di atas unsur garisan yang terdapat ialah garisan beralun dan
nipis pada gunung, garisan melintang pula dilihat pada segi tiga yang mempunyai
tujuh tahap, garisan lurus pada kawasan hijau yang melambangkan tumbuhan
hijau.. Selain itu,unsur rupa banyak dijumpai dalam karya ini. Aliran abstrak
ekspressionisma merupakan aliran yang menggunakan rupa dan bentuk geometri.
Rupa tidak begitu jelas untuk memperlihatkan sesuatu objek. Berdasarkan karya
ini, rupa geometri seperti segi tiga, yang disusun secara tidak terancang dan
juga secara berperingkat. Penghasilan bentuk pula adalah lebih kepada rupa geometri.
Melalui
karya ini unsur warna juga amat penting. Berdasarkan karya Syrd Ahmad Jamal “Gunung ledang” gubahan warna yang
digunakan lebih kepada warna penggenap. Warna biru dan hijau yang segar dan
bertenaga itu dapat menimbulkan kesan pergerakan yang amat sesuai digunakan.
Selain itu, kombinasi warna penggenap dan warna berkontra dapat melembutkan
kehebatan sesuatu karya. Jika dilihat pada karya Syed Ahmad Jamal terdapat
warna-warna seperti warna merah, hijau+biru dan putih menjadikan karya tersebut
kelihatan bertenaga. Beliau juga memilih
warna sejuk yang terdiri daripada warna hijau dan biru yang menimbulkan suasana
kesegaran, kedamaian, dan perasaan yang tenang. Perspektif warna juga
ditekankan dalam karya ini iaitu objek yang jauh lebih lembut dan pudar
manakala objek dekat kelihatan lebih jelas dan gelap. Berdasarkan karya di atas
warna gelap digunakan pada segi tiga tujuh peringkat dan warna pudar pula dapat
dilihat pada gunung.
Prinsip
rekaan yang terdapat pada karya ini ialah elemen penegasan yang dapat dilihat
pada bentuk segi tiga yang terbesar yang mempunyai tujuh peringkat. Beliau
menjadikan segi tiga tujuh peringkat sebagai penegasan untuk menimbulkan fokus
atau tumpuan terhadap objek tersebut. Disamping itu, unsur imbangan simetri
dapat kita lihat pada karya di atas iaitu imbangan melalui segi tiga tujuh
peringkat berada di tengah-tengah lukisan.
Seterusnya
berdasarkan karya Syed Ahmad Jamal “gunung
Ledang” banyak interpretasi yang
cuba ditunjukkan oleh beliau. Interpretasi merupakan carian makna-makna yang
dikemukakan oelh pereka seni seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip
rekaan dan struktur rekaan. Bagi beliau, Gunung
Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Beliau
menggunakan segi tiga yang terbesar yang mempunyai tujuh peringkat melambangkan
kepercayaan yang mempercayai bahawa Gunung
Ledang terdapat tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.
Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah
langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang
diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran.
Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana
dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa
kemalangan tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar
menjadi bentuk-bentuk segi tiga.
Selain itu, bentuk-bentuk yang terdapat dalam hasil karya tersebut tidak
konsisten, di atas gunung itu terdapat cebisan atau sebuah kapal terbang yang
berkecai di Tanjung Kupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut
yang bermula dari bawah ke atas berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini.
Catan ini semakin jelas apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu
pilihan warna yang paling tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga.
Warna putih dan merah di bahagian tengah adalah serpihan dan darah akibat
kemalangan tersebut. Warna yang menjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai
jelas pada tahun-tahun ini. Warna hijau dan biru amat disukainya kerana sifat
hijau yang melambangkan bumi atau realiti manakala biru bererti langit atau
fantasi. Penerokaan atau campur tangan beliau dalam masalah masyarakat
menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cuba mengungkapkan isu sosial dalam catannya.
Karya
tersebut merupakan satu olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut dengan
tragedi udara itu. Gunung Ledang dan
dongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia
tetap akan menyahut panggilan ilahi. Gunung
Ledang, seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan dongeng gunung dengan
tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan
itu. Dalam kerjayanya sebagai seorang pelukis, catan Gunung Ledang menandakan kemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini
lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang
didokongnya selama ini. Selain itu, beliau berharap agar karya lukisan ini
menjadi satu bahan perantaraan antara pemerhati dengan pelukis agar pemerhati dapat
bersua dengan perasaan pelukis melalui karya mereka.