IBNU RUSHD (520-595 HIJRAH)
·
Nama sebenar
Ibnu Rusyd adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn Rusyd(1126-1198).
·
Beliau dilahirkan di sebuah keluarga ahli hukum di
Cordoba,Sepanyol dan meninggal di Maghribi.
·
Pengaruhnya begitu meluas bukan sahaja dalam
ketamadunan Islam, malah tersebar hingga ke dunia Barat,yang mana ketika itu
mengalami zaman gelap.
·
Beliau juga telah di angkat para orientalis Barat
sebagai ‘Bapa kepada fahaman Sekularisme’ dan lebih dikenali masyarakat Barat
sebagai Averroes.
·
Pemikiran Ibn Rusyd jauh lebih berpengaruh jika
dibandingkan dengan ahli falsafah seangkatannya mahupun selepas kematiannya.
SEJARAH HIDUP
·
ahli falsafah,mantikperubatan,matematik,teologi,ahli fekah
mazhab Maliki dan sains,serta turut dianggap sebagai ahli falsafah yang paling
agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.
·
Beliau mendapat pendidikan mempelajari hukum hakam
melalui bapa dan datuknya yang merupakan pegawai Kadi(hakim).
·
meninggalkan pekerjaan rasminya sebagai hakim,lalu
menekuni dunia kedoktoran dan berguru kepada Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi
sahabat karib.Ibnu Zuhr dikenali dalam dunia kedoktoran dengan nama Avenzoar
·
Hubungan persahabatan mereka akhirnya melahirka nsikap
saling menghargai antara satu sama lain.
·
Sebagai contoh,Ibnu Rusyd menganggap Ibn Zuhr sebagai
seorang doktor terbaik selepas era pasca Galen dan dianggap sebagai seorang
ahli falsafah yang terbesar pada zamannya.
SUMBANGAN.FALSAFAH DAN ILMU LOGIKA
·
Ibnu Rusyd merupakan orang yang bertanggungjawab dalam
menterjemahkan hasil karya tulisan Aristotle yang dilupai Barat.
Melaluinya,pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di
barat dan dikesan pada awal abad ke-12.Ibnu Rusyd menganggap Aristotles sebagai
ahli falsafah terbesar dengan mengeluarkan kenyataan bahawa alam melahirkan dia
sebagai sebuah model yang sempurna.Beberapa kajiannya telah diterjemahkan dalam
Bahasa Latin dan Hebrew(Yahudi) dan menjadikajian penting dalam kajian
abadpertengahan dan kajian Aritotelian Latin di Barat.Dalam tempoh tiga
abad,para intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui komentar Ibnu
Rusyd.
·
Ibnu Rusyd menulis pemikirannya dengan menyifatkan
bahawa mereka tidak mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya
falsafah,kerana mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta
demokratik,dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi kelainan
lain yang mencirikan sifat khalayak ini.Pemikiran beliau tersebut telah
dirakamkan ke dalam bentuk buku yang diberijudul,Fasl al-Maqal.
·
Ibnu Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan
yang nampak antara esensi dan eksistensi.Beliau bersependapat dengan pandangan
Ibnu Sina yang membezakan antara akal mungkin dan akal aktif,kerana yang ada
hanyalah perbandingan logika untuk tujuan analisis.
·
Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat
kebendaan,sehingga tidak mengalami kematian.Oleh yang demikian,beliau
mengkhususkan status khas manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu
pengetahuan dengan ketinggian akalnya.Ibnu Rusyd menekankan bahawaNamun
begitu,pandangan beliau tentang akal manusia telah menimbulkan kesan.Saya
mengambil contoh,golongan Kristian menolak ideanya disebabkan pentafsiran
beliau mengisyaratkan bahawa akal aktif dan akal pasif adalah berbeza.Sudah
tentu konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd menimbulkan masalah bagi golongan
Kristian,kerana pendapatnya yang mengatakan bahawa tidak ada satu akal individu
pun yang luput daripada kematian.
·
Antara karya:
o Kulliyah fit-Thibb- mengandungi 16
jilid mengenai perubatan secara umum
o Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu
Falsafah)
o Tafsir Urjuza – mengenai perubatan
dan tauhid, Taslul
o Kasyful Adillah – mengenai ilmu
kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama
o Tahafatul Tahafut – mengulas buku
Imam Al- Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah
o Muwafaqatil Hikmah Wal Syari’a –
membicarakan persamaan antara falsafah dan agama
KESIMPULAN.
·
Ibnu Rusyd merupakan tokoh falsafah yang seba boleh
dan mahsyur namanya hingga merentasi dunia Barat,dan lebih dikenali sebagai
Averroes dalam ketamadunan Eropah.
·
Beliau juga merupakan antara salah seorang tokoh
falsafah teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam dan naskah-naskah
karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari ini,sebagai rujukan ilmiah.
·
Buktinya,hasil karya beliau telah diterjemahkan ke
dalam beberapa bahasa untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.
RUJUKAN
Confucius adalah tokoh falsafah yang amat terkenal di
seluruh dunia yang berasal dari Cina. Beliau dilahirkan pada tahun 551 SM, iaitu pada hari ke-27 bulan lunar ke-8. Confucius dilahirkan
diwilayah Chang Ping. Beliau juga terkenal dengan gelaran Khung Chiu atau Zhong
Ni pada ketika dahulu oleh masyarakat Cina. Di Asia Timur dan di Taiwan tarikh
kelahiran Confucius iaitu pada 28 September, diperingati sebagai hari guru dan
disambut oleh penganut yang berpegang kepada ajaran serta fahaman beliau.
Semasa beliau berusia 3 tahun, ayah
beliau telah meninggal dunia dan pada saat beliau berumur 17 tahun, beliau
terpaksa menerima takdir kematian ibunya pula. Setelah pemergian ayahnya,
Confucius dibesarkan oleh ibunya dan kehidupan mereka sangat daif dan serba
kekurangan. Setelah 2 tahun kematian ibunya, beliau telah mengahwini seorang
gadis dari wilayah Song yang bernama Yuan Guan pada usianya 19 tahun.
Pada usia 67 tahun beliau kembali ke
tempat kelahirannya untuk mengabadikan karya-karya klasik dengan cara menggubah
bentuk karya tersebut. Dalam usianya yang ke 73 tahun Confucius meninggal
dunia, pada tahun 472 SM, bulan ke-4 tahun ke-16 dalam masa pemerintahan
bangsawan Ai.
Manakala sejarah pendidikan beliau
pula ialah bermula pada usianya 15 tahun ,Confucius telah mempelajari banyak
buku yang dikarang oleh falsafah Cina terdahulu. Confucius juga merupakan
seorang yang bijaksana, berakhlak mulia serta disanjung oleh masyarakat dengan
perwatakannya dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh beliau. Beliau mempunyai
sifat tekun dan bekerja keras dalam menuntut ilmu. Confucius juga pernah
bekerja di sawah padi, pengembala serta ketua kepada buruk pembinaan.
Confucius dikenal sebagai orang yang bijaksana
dan berilmu tinggi dalam bidang pendidikan. Seluruh hidupnya didedikasikan
untuk meningkatkan ketamadunan masyarakat Cina yang mundur pada ketika itu.
Selain pernah menjadi panasihat negara, Confucius juga merupakan guru yang
tekun mengajar tentang kesempurnaan dalam kehidupan individu dan masyarakat, iaitu
dengan menekankan konsep berdasarkan pada keteguhan, kejujuran, dan sikap bertanggungjawab.
Minat yang mendalam dalam menuntut
ilmu dibuktikan dengan pengembaraannya ke daerah Lu untuk menimba ilmu. Beliau
juga pernah belajar di Ibu Kota Negara, Zhou, dimana beliau bertemu dan berguru
dengan Lau Zi. Confucius menguasai enam seni, yaitu tata-krama, musik, memanah,
menunggang kuda, menulis huruf indah (kaligrafi) dan matematik. Confucius juga
banyak meluangkan diri untuk mengajar tiap murinya tanpa memandang kaya atau
miskin.
Sumbangan beliau amatlah besar kerana
telah mengasaskan ajaran Confucius yang ramai dianuti oleh masyarakat Cina dan
Asia Tenggara. Dalam falsafah pendidikan Timur, aspek emosi , intelek dan
jasmani diberikan keutamaan. Kesemua aspek tersebut dimiliki oleh sejarawan
Cina ini. Beliau memiliki ilmu dalam pelbagai bidang. Falsafah pendidikan
Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status
sosioemosi atau kedudukan sosial. Jelaslah pandangan beliau itu benar kenana
Malaysia juga turut memberikan pendidikan kepada semua pelajar tidak kira
latarbelakang mereka tidak kira berkemampuan ataupun sebaliknya. Confucius juga
telah memberi sumbangan besar kerana membuka mata kepada semua pihak bahawa
pendidikan bukannya sahaja kepada individu yang berkemampuan dan bertaraf
tinggi semata-mata, namun pendidikan adalah kepada semua pihak tidak kira muda
atau tua, kaya atau miskin, bedarjat atau tidak dan sebaginya.
Falsafah Pendidikan Malaysia juga
turut memggunakan fahaman beliau, dimana melaksanakan pembelajaran sepanjang
hayat serta pendidikan untuk semua. Confucius merupakan pencetus kepada idea
ini. Maka jelaslah bahawa sumbangan dan fahaman beliau sedikit
sebanyak mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Rujukan