Pengaplikasian teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran merangkumi beberapa perisian seperti pemprosesan
perkataan dan hamparan elektronik telah membolehkan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan. Bandingkan lima perbezaan perisian pemprosesan
perkataan dengan hamparan elektronik dari aspek penggunaannya.
Perisian pemprosesan perkataan
1.
Perisian yang boleh melakukan tugas seperti
sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota
kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport
dokumen.
2.
Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti
menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat
menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip.
3.
Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat,
jurnal, log wayang gambar dll.
4.
Kelebihan perisian:
·
mencipta dokumen dan menyunting semula
·
mencetak teks bersama grafik seperti surat,
notis, kertas kerja dll.
·
menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke
dalam cakera
·
mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak
semula dll dengannya.
- Contoh:
Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan
TexMaker
Hamparan elektronik
1.
Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan
dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara
automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar.
2.
Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh
melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta
berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data.
3.
Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data
belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat
menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan.
4.
Kelebihan perisian:
·
mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod
·
menyusun dan menyisih rekod
·
membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan
dan kejuruteraan berdasarkan formula.
·
memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan
carta
- Contoh:
Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro
(b) Berdasarkan satu topik bagi mata
pelajaran opsyen anda, bincangkan langkah-langkah untuk membina satu
persembahan multimedia interaktif untuk pengajaran anda.
- Multimedia berasal dari kata “multi” dan “media”. Multi
bererti banyak sehingga multimedia dapat diertikan sebagai gabungan dari
berbagai media yang terintegrasi.
- Kombinasi berbagai media dimanfaatkan secara harmonis
dan terintegrasi sehingga menghasilkan satu program pembelajaran yang
sesuaiunti mencapai tujuan pembelajaran tertentu.
Huraikan lima prinsip yang perlu diambil
kira dalam menghasilkan suatu grafik yang berkualiti dan menarik.
- C - Contrast ( Perbezaan yang ketara)
- A - Alignment (susunan)
- S - Simplicity ( Mudah)
- P - Proximity ( Berhampiran)
- E - Emphasis ( Penekanan)
- R - Repetition ( Pengulangan)
5.(b)Sebagai juru audio, anda telah
dibekalkan dengan skrip untuk rakaman audio. Terangkan langkah-langkah yang
anda akan ambil untuk tugas tersebut
i.
Langkah 1 : Tetapkan matlamat.
ii. Langkah
2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
iii. Langkah
3 : Pemilihan bahan.
iv. Langkah
4 : Menulis skrip.
v. Langkah
5 : Menyediakan peralatan.
vi. Langkah
6 : Membuat rakaman.
vii. Langkah
7 : Previu.
viii.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
ix. Langkah
9 : Penilaian dan penambahbaikan.
Beberapa langkah pencegahan dan pengawalan
mungkin dapat mengawal perkembangan virus daripada merebak. Nyatakan 4 (empat) langkah untuk mengawal
daripada virus merebak.
•
Sentiasa gunakan "scan" untuk mengesan
kehadiran virus.
•
Sentiasa "boot system" dari cakera
padat.
•
Asingkan fail program dari fail data dalam
disket berlainan.
•
Pengasingan penggunaan komputer.
•
"Write protect" pada disket yang
digunakan supaya penyalinan tidak dapat digunakan.
•
Jangan menyalin sebarang perisian.
Apakah yang dimaksudkan virus?
•
Virus adalah subersif program komputer yang
boleh mengakibatkan fail komputer mengalami kerosakan atau terhapus dan mungkin
menukar tingkah laku operasi komputer.
a) Anda dikehendaki menerangkan langkah
yang perlu dilakukan dalam prinsip reka bentuk pengajaran ASSURE dan berikan
contoh situasi mengikut urutan.
Model ASSURE
diperkenalkan Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah
- A-Analyse Learners (Menganalisis Pengguna)- huraikan dan
contoh.
- S - State Objectives (Menyatakan objektif) - huraikan dan
contoh.
- S - Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah,
media dan bahan) - huraikan dan contoh.
- U - Utilize Media and Materials (Mengguna media dan
bahan) - huraikan dan contoh.
- R - Require Learner Participation (Memerlukan penglibatan
pelajar) - huraikan dan contoh.
- E - Evaluate and Revise (Melakukan penilaian dan pengubahsuaian)
- huraikan dan contoh.
(b) Anda dikehendaki membina Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dalam mata pelajaron major (RPH ditulis dalam Bahasa
Malaysia) mengikut prinsip reka bentuk pengajaran ASSURE.
Kriteria yang perlu ada dalam RPH
- Objektif yang betul- 2 markah
- Konsep pengajaran yang bersesuaian dengan isi kandungan.-
2 markah
- Langkah-langkah yang dinyatakan - 2 markah
- Strategi yang nyata.- 2 markah
- Kreativiti - 1 markah
- Susunan yang betul 1 markah
Pada peringkat analisis pelajar, terlebih dahulu
guru telah mengetahui dan mengenal pasti semua murid yang hendak diajar sama
ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, rajin atau malas, pandai atau
tidak telah merasai sendiri situasi pengembaraan dan pendakian semasa aktiviti
perkhemahan unit beruniform sekolah dijalankan. Oleh itu, adalah mudah bagi
guru merancang kesesuaian objektif, media dan bahan yang hendak atau boleh
digunakan, cara penggunaan bahan (TV/video/komputer) oleh murid. Keberangkalian
penglibatan aktif murid dan nilai yang akan diperolehi sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung adalah sangat memuaskan. Berdasarkan rancangan pengajaran di atas,
langkah-langkah pelaksanaan model ASSURE sepenuhnya berfungsi pada semua
peringkat seperti;
Dalam set induksi (pemilihan bahan, pengetahuan
sedia ada murid)Media yang digunakan ialah gambar yang telah disediakan pada
muka surat buku berkenaan. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan
tayangan video berkaitan dengan mendaki gunung ataupun pengembaran atau mungkin
melalui tayangan discovery chanel.
Langkah 1 (objektif, pemilihan bahan, dan penglibatan murid )
Dalam langkah 1, selaian mentafsir gambar,
murid-murid juga boleh menyenaraikan diksi (berdasarkan objektif P&P)
melalui tayangan yang ditonton tadi. Dalam langkah ini juga, murid tidak akan
teragak-agak mengemukakan pendapat kerana pengalaman mereka dan tayangan yang
ditonton saling berkaitan. Oleh itu, penglibatan aktif murid dapat dilihat dan
dinilai pada peringkat ini.
Langkah 2 (objektif, penglibatan murid, penilaian)
Berdasarkan hasil dapatan kumpulan, guru dapat melihat dan menilai
sejauh mana keberkesanan media dan bahan yang digunakan. Sekiranya murid
menguasai sepenuhnya objektif yang hendak dicapai, maka penambahan baikan
mungkin tidak diperlukan diperingkat ini (bergantung kepada tahap
sosio-pembelajaran murid yang berikutnya) atau sebelumnya. Jika sebaliknya,
maka tindakan susulan perlu diambil sebagai langkah kepada keberkesanan sesi
pengajaran pada hari berikutnya.
Langkah 3 (objektif, pemilihan bahan, penglibatan
murid, penggunaan bahan)
Pada peringkat ini, murid digalakkan bercerita dengan menggunakan ayat
sendiri berdasarkan diksi yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Ahli
kumpulan juga digalakan menghidupkan sendiri media yang digunakan dengan mod
mute dan menceritakan tayangan yang sedang ditonton dengan menggunakan diksi
yang sesuai dan bahasa sendiri. Objektif yang hendak dicapai dalam langkah ini
ialah boleh mengungkapkan isi bahan dengan menggunakan bahasa sendiri dan
pemilihan diksi yang sesuai.
Langkah 4 atau penutup (objektif, penglibatan
murid, keberkesanan pemilihan bahan penggunaan media atau bahan dan nilai) Bagi
mengetahui objektif pembelajaran tercapai dan penggunaan bahan berkesan,murid
akan diberikan tugasan peneguhan seperti, mengarang cerita pendek berkaitan
aktiviti mendaki, atau aktiviti pengembaraan, atau membina ayat berkaitan
aktiviti yang ditayangkan atau dibincangkan dengan menggunakan diksi yang
sesuai. Selain itu, aktiviti menjawap soalan juga boleh dilakukan oleh murid
melalui word yang telah sedia diset oleh guru jika sekolah yang berkenaan
menyokong media dan bahan yang diperlukan serta murid-murid sudah mempunyai
kemahiran menggunakan computer.
a) Kepelbagaian aras pengetahuan, murid
merupakan lumrah di dalam sesebuah kelas. Bagi memastikan hasil pembelajaran
tercapai, guru seharusnya bijak menangani situasi ini. Merujuk kepada reka bentuk pengajaran, jelaskan apakah
langkah-langkah yang akan anda lakukan
jika anda berhadapan dengan situasi tersebut.
(10 markah)
b) Merujuk kepada reka bentuk pengajaran.
Model ADDIE dikatakan berbeza dengan mdel ASSURE. Nyatakan aspek-aspek perbezaan
keduanya.
(10 markah)
Model
ASSURE mengandungi 6
Model
ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif,
pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan
semak semula media dan bahan.
1.
Analisis ciri pelajar.
a)
Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya
pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,
b)
Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry
characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk
dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap
pelajar.
2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.
a)
Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum
atau buku teks.
b) Penentuan objektif adalah berdasarkan
kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan
kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
c) Pilih media dan bahan.
Bahan
media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau
objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
4.
Gunakan alat/bahan pengajaran.
a)
Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran
yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
b)
Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta
kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
c)
Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan
lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.
d)
Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata¬kan tujuan
dan objektif pembelajaran.
e)
Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media?
Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus
pembelajaran?
5.
Libatkan pelajar.
Untuk mempastikan bahawa proses
pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran seperti mem¬buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek
dan sebagai¬nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti
pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).
6.
Nilai dan semak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran, penilaian
tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus
dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:
a. Adakah objektif-objektif pembelajaran
tercapai?
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan
membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan
alat/bahan media dengan cara yang betul?
c. Adakah suasana pembelajaran selesa?
d. Adakah peluang-peluang pemerhatian
individu diberi?
|
Model
ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu:
A –
Analyse (Analisis)
• Mengenalpasti pelajar dan ciri-cirinya.
• Mengenalpasti hasilan pembelajaran
• Kekangan yang wujud dalam proses
pembelajaran
• Pelbagai pilihan strategi
pengajaran
D –
Design (Reka bentuk)
• Medokumentasikan aspek teknikal
dalam penggunaan media
• Menaplikasikan strategi pengajaran
mengikut domain yang tertentu
(cognitive, affective, and psychomotor).
D –
Develop (Bina)
Pada
fasa ini pereka bentuk pengajaran dan pembina (developer) akan mengumpul isi
pengajaran. Papan cerita akan ditulis dan aspek grafik akan dilakar. Aspek
teknikal akan diujilari dan pengubahsuaian akan dibuat.
I –
Implement (Laksana)
Dalam
melaksanakannya latihan akan dijalankan untuk mempastikan hasilan kerja dalam
dilaksanakan dengan baik.
E –
Evaluate (Nilai)
Penilian
dilaksanakan secafa formatif dan sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan
pada setiap peringkat dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif dilaksanakan
mengikut kriteria tertentu juga melalui maklum balas daripada pelajar untuk
diubahsuai
|
1.(b)
Nyatakan 4 (empat) teknik penghasilan transparensi.
Soalan 2
Kepentingan
pengajaran
- Membantu guru menyampaikan pengajaran dengan cepat.
- Merangsang minat pelajar.
- Memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran.
- Menjimatkan masa pengajaran.
Kepentingan
pembelajaran
- Pelajar dapat membuat hubungkait antara benda konkrit
dengan fakta abstrak.
- Pelajar dapat mengukuhkan ingatan bentuk konkrit tahan
lama dari bahan abstrak.
- Menambah aktiviti pengayaan dan pemulihan pelajar.
- Membantu pelajar menyelesaikan masalah.
Setiap kamera DSLR mempunyai lensa yang
berbeza. Beri 2 (dua) fungsi lensa atau kanta pada sesebuah kamera ketika penggambaran.
- Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari
permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas
permukaan filem (datar fokus).
- Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus
kanta dari kiri atau ke kanan sambil juru gambar melihat subjek melalui
pemidang tilik.
Dengan pengambaran video kamera kita sering
melakukan beberapa pergerakan untukmendapatkan sudut yang menarik.Jelaskan 5
(lima) pergerakan kamera video ketika pengambaran.
a.
Pan- mengambar dengan pergerakan kamera ke kiri
atau ke kanan tanpa mengalih kedudukan.
b.
Tilt -Kamera menggambar objek yang lebih tinggi
atau lebih rendah dengan keadaan mendongak atau menjunam.
c.
Dolly - Kamera bergerak ke hadapan atau ke
belakang menjauhi objek.
d.
Truck - Kamera bergerak selari dengan subjek
yang bergerak ke kiri atau ke kanan.
e.
Arching - Gabungan antara trucking, tilting dan
panning dalam satu masa.
f.
Zoom - Shot jenis ini mendekatkan kita dengan
subjek secara medium shot atau close-up.
g.
Reverse Zoom- Pergerakan kamera yang semakin
menjauhi subjek kepada medium shot atau wide shot.
h.
Cranning- Menggunakan crane untuk menggambar
terutamanya dari sudut tinggi.
Cara bagaimana seorang guru dapat
menggunakan persembahan elektronik sebagai alat bantuan mengajar.
•
Perisian membuat persembahan dengan
menggabungkan unsur-unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan
menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
•
Menurut Shaifol (2004) penggunaan media unsur
animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan menjadikan
persembahan:
o
menarik minat pengguna;
o
memberi motivasi kepada pengguna; dan
o
mudah
difahami oleh pengguna.
Kelebihan menggunakan rangkaian komputer
dalam persekitaran pembelajaran seperti di sekolah.
Rangkaian
komputer adalah koleksi sejumlah komputer yang boleh berkomunikasi antara satu
sama lain melalui media yang dikongsi.
Kelebihan
Penggunaan Rangkaian Komputer Untuk berkongsi sumber atau perkakasan Dengan
rangkaian komputer pengguna dapat berkongsi sumber dan perkakasan contohnya
file, printer, modem, mesin fax.
•
Untuk berkongsi Perisian
•
Pengguna tak perlu mempunyai satu sistem yang
boleh memuatkan kesemua program atau perisian dalam komputer mereka. Apa yang
diperlukan hanyalah perisian asas untuk membolehkan komputer beroperasi. Selain
itu, pengguna dapat berkongsi dengan pengguna yang lain ataupun boleh
mendapatkannya terus daripada pelayan ataupun server.
•
Untuk meningkatkan produktiviti
o
Dengan menggunakan rangkaian komputer ianya
lebih menyenangkan untuk berkongsi data dan maklumat di kalangan pengguna.
•
Kos efektif
o
Oleh kerana pengguna dapat berkongsi sumber,
perkakasan dan juga perisian maka penggunaan rangkaian komputer menjadi murah
dan pelaburannya juga adalah kos efektif.
Perkara yang mungkin berlaku jika guru
tidak pandai menilai dan memilih perisian yang sesuai digunakan oleh para
pelajar di sekolah
•
Tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
•
Tidak mengikut kurikulum pengajaran dan
pembelajaran.
•
Tidak
sensitif terhadap budaya dan agama pelajar.
•
Tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.