DEFINASI MAKRO
Makro
bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses
pengajaran, sekurang-kurangnya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu
pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat permulaan pengajaran, perkembangan
dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu
kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik
tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro
yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama
dipelajari.
Perkataan
Mikro diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran
mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai
simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan
masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum
melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap
akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.
PENGENALAN
Pada
22 hingga 26 yang lalu saya telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di
Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut
Pahang. Walaupun saya telah mendapat
cuti sakit selama seminggu namun demi menyiapkan tugasan ini saya gigih kan
diri untuk masuk ke dalam kelas untuk merakam video pengajaran dan
pembelajaran.
Alhamdulillah
dapat saya laksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat dalam masa lebih daripada 60 minit yang
mana saya telah memilih kelas Tahun 3 Transformasi sebagai kelas pengajaran dan
pembelajaran saya dan mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Dunia Seni
Visual Tahun 3 . Kelas ini mempunyai 27 orang murid dan merupakan sebuah kelas
yang diklasifikasikan sebagai kelas hujung.
Pada awal
pengajaran dan pengajaran iaitu langkah menjana atau mencungkil idea atau pun
dikenali sebagai set induksi, saya cuba memancing minat dan perhatian murid
dengan bercerita dan bersoal jawab dengan murid tentang binatang dengan
mengaitkan pembelajaran kontekstual dengan menghubungkaitkan dengan pengalaman
dalam kehidupan. Di samping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka
berjaya menjawab soalan yang dikemukan.
Pada langkah
pertama pengajaran yang dikenali sebagai persepsi estetik, saya menunjukkan
bahan bantu mengajar iaitu contoh hasil kerja kolaj yang telah saya sediakan.
Bahkan saya juga menerangkan kepada murid tentang unsur-unsur seni dengan
menggunakan kemahiran papan putih. Di sini dapat dilihat kemahiran berfikir
iaitu membanding dan membezakan antara rupa dan bentuk. Bahkan kemahiran
bernilai tambah juga turut diselitkan dengan menggunakan kemahiran kecerdasan
pelbagai iaitu visual ruang.
Pada
langkah yang kedua iaitu aplikasi seni, saya menunjukkan hasil yang telah
disiapkan kemudian meminta murid untuk menyatakan bahan yang diperlukan untuk
membuat kolaj. Kemahiran berfikir iaitu menaakul, berfikir secara kritis alat
dan bahan yang boleh menggantikan bahan membuat kolaj selain kertas warna. Saya
juga menunjukkan demonstrasi membuat kolaj di hadapan murid-murid.
Manakala
pada langkah ketiga ekspresi kreatif saya meminta murid untuk membuat aktiviti
kolaj dengan pemantauan. Di sini dapat dilihat nilai kerjasama antara
murid-murid apabila membuat aktiviti berkumpulan. Nilai interpersonal dan
intrapersonal juga diselitkan semasa melaksanakan aktiviti ini. Sewaktu
menjalankan aktiviti kolaboratif dan konstruktif berlaku apabila berlaku
interaksi antara murid dan murid serta guru dan murid.
Langkah
keempat, apresiasi seni saya memilih beberapa orang murid secara rawak dan
memilih beberapa orang murid untuk membuat apresiasi seni terhadap karya yang
telah disiapkan. Murid menggunakan kemahiran merumus terhadap karya yang telah
disediakan. Di sini dapat saya konklusikan murid menghargai karya mereka dan
meningkatkan keyakinan diri dan menilai karya sendiri dan murid-murid lain.
Di akhir pengajaran, saya meminta murid-murid untuk
membuat refleksi dengan menggunakan laras bahasa seni visual serta merumuskan
pelajaran pada hari ini iaitu membuat aktiviti kolaj dengan mengaitkan unsur
keusahawanan.
Saya telah menetapkan 3 objektif di dalam rancangan
pelajaran harian saya iaitu: Di akhir pengajaran ini murid-murid
akan dapat:
1.
Menyatakan
maksud atau definisi kolaj dan jenis-jenis kolaj
2.
Menggunakan
kemahiran menggunting dan menampal dalam karya kolaj secara kreatif dan
selamat.
3.
Dapat
menghasilkan karya kolaj mengikut prosedur dan bimbingan guru
Bermula
dengan set induksi sehinggalah ke kemahiran penutup saya dapat mengikuti
langkah demi langkah namun terpaksa mengubah perancangan yang telah
disediakan. Sebelum memulakan pengajaran saya telah membuat persediaan
terlebih dahulu. Di samping itu saya cuba mengingati setiap langkah yang
telah dirancang agar penyampaian saya tidak menjadi kucar kacir.
Semasa kemahiran penutup, saya telah merumus kembali apa yang telah di ajar dan
menyoal murid-murid beberapa soalan untuk menguji kefahaman mereka. Secara
keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu berjalan lancar
walaupun ada sedikit kelemahan namun dapat diatasi.
Bahan – bahan pelajaran yang saya gunakan dalam pengajaran
ini ialah kertas warna, gam, dan gunting. .Oleh kerana, tajuk ini berkait
dengan kehidupan seharian murid-murid bersemangat dan aktif mengambil bahagian
terutamanya murid-murid yang pandai dan minat akan seni.
Pengajaran saya, pada hari ini dapat
dijalankan seperti mana yang telah dirancang namun begitu, terdapat juga
beberapa kelemahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya
seharusnya merancang set induksi lebih menarik di mana merakam video dan menayangkan melalui
komputer dengan menggunakan kemudahan LCD.Ini akan menarik minat para murid dan
pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih seronok. Selain itu, guru juga
boleh menggunakan kaedah bercerita dengan menggunakan bahan bantu seperti
patung boneka, alat permainan dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru
perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan
kepada murid-murid menjadi lebih menarik.
KESIMPULAN
Refleksi
makro pengajaran yang di buat ini membolehkan saya menilai semula pengajaran
yang dilakukan selama 60 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah ke
bahagian penutup, saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya
pada hari itu tercapai objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan
pengajaran harian. Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan
aktiviti pengajaran yang lebih menarik. Di samping itu, saya dapat menilai di
manakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat.
Maka dengan ini, dapatlah saya melambaikan apa kekurangan atau kelemahan dalam
pengajaran saya.
KEKUATAN
Saya
menggunakan teknik penyoalan iaitu mengukur tahap kefahaman mereka dan
pengalaman mereka apabila mempelajari Dunia Seni Visual dalam bidang menggambar
iaitu kolaj. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang
akan dipelajari iaitu membuat kolaj. Nampaknya murid-murid begitu berminat
sekali meneka dan mempelajari apa yang dipelajari sebelum ini iaitu semasa di
prasekolah.
Pemilihan
kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid
berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Saya juga menggunakan kemahiran papan putih agar murid
dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran
dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara
guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman
murid terhadap apa yang ingin disampai oleh guru.
Murid
akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan
pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan
salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana
kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar
agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.
Selain itu, pertuturan yang baik
dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa
yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan
lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan
yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman
murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
KELEMAHAN –KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN MAKRO
Setiap kekuatan pasti ada
kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran makro ini mempunyai
kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran saya dapat mengenal
pasti beberapa kelemahan murid. Kelemahan ini memberi sedikit cacat celanya
kepada kekuatan pengajaran makro ini. Antara kelemahan yang
dikenal pasti semasa menjalankan makro ini ialah tidak mengaitkan peristiwa
semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada
murid.
Saya
dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain
itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang
ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ketepatan masa adalah penting
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar.
Hasil pemerhatian saya ke atas rakaman
pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa
yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal
ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan
hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu
langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran
yang dirancang akan turut tergendala. Sewaktu sesi membuat ayat secara lisan, kebanyakan
murid boleh membuat ayat dengan baik tetapi jika di nilai pada tahap penguasaan
murid-murid tahun 3, ayat tersebut masih tergolong dalam kategori ayat terlalu
mudah atau perlu diperkembangkan lagi kerana mereka jarang menggunakan laras
bahasa seni visual.
Jadi,
pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan di dalam kelas juga
agak lemah. Guru Hanya berada dihadapkan kelas dan tidak memantau aktiviti
murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti
yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung
guru akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui
pemantauan juga guru dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan
lebih dekat.
CABARAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setiap
kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan
adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan
datang. Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan
diubahsuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat
adalah:
Antaranya adalah ketepatan masa dalam
menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan
ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan
yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan
guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga
akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri di hadapan kelas semasa
menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau
setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung.
Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru
mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau
membantu ke tidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada
pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya
dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih
menguja kan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan,
memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan
masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid.
Pada akhir langkah pengajaran atau semasa
membuat rumusan, saya rasa pertandingan kuiz mengenai apa yang diajar adalah
sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah
dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak. Jika mereka
masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif
pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.