PENGEMBALA BIRI-BIRI & SERIGALA

PENGEMBALA BIRI-BIRI & SERIGALA






PENCERITA
Ehem... Pada zaman dahulu, ada seorang gembala biri-biri.
Setiap hari, dia akan menjaga biri-biri di tepi bukit.
ADIB
Saya gembala biri biri
Semua di jaga rapi rapi
Sudah di bawa makan mari
boleh berehat senang hati
BIRI-BIRI HIZAMI, MIRA, AFIFAH
Kami biri biri si Jarjit
Hari hari makan rumput je
Jalan bersama atas bukit
Nikmati indahnya dunia 
HIZAMI
Saya kambing yang paling sihat
AFIFAH
Dia kata saya terlembik
MIRA
Saya kambing yang paling cantik
(saya sukax2)
SEMUA
Mari mari dengar cerita kami
Kisah pengembala dan biri biri
AFIFAH
Penggembala menjaga biri-biri setiap hari.
Lama-kelamaan, dia mula bosan dengan kerjanya.
Tetapi pada satu hari...
ADIB
Saya tahu, saya tahu! Hahaha! Marvelous! Marvelous!
AFIFAH
Dia pun menjerit!
ADIB
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
Tolong! Tolong! selamat biri biri!
HIZAMI
Serigala?      
Mana? Mana? Mari kita tolong!
Mana serigala?
ADIB
Hahaha!
HIZAMI
Kenapa kamu ketawa?
ADIB
Hahaha! Biri-biri ada, serigala tak ada. 
HIZAMI
Hah? Tak ada? Hmph!
(kembali masuk)
ADIB
Janganlah marah, main-main pun tak bolehkah?
AFIFAH
Pengembala itu langsung tidak berasa insaf dengan
perbuatannya.
ADIB
Hoho, seronok juga. Panggil lagi sekali, tak apa kan?
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
HIZAMI
Serigala?
Serigala?
Mana? Mana? Mari kita tolong!
ADIB
Hahaha!
HIZAMI
Oh, kamu tipu lagi! 
ADIB
Hahaha, saya main-main saja!
HIZAMI
Wahai penggembala! Kalau kamu panggil, kami tak percaya
lagi!
Betul, betul, betul! Tipu!
ADIB
Hahaha, sakit perut saya. Baiklah, baiklah! Saya tak buat lagi,
hoho...
AFIFAH
Penduduk pulang dengan perasaan marah. Tiba-tiba!
MIRA
Grr! Awooo! Grr! Akulah serigala yang lapar! Aku mahu biri-
biri! Nyam, nyam, aum! Hahaha!
ADIB
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!
HIZAMI
Serigala?
Serigala?
ADIB
Kami tak percaya lagi, dia selalu mainkan kami, biarkanlah
dia!
Kita sambung kerja kita. Jom!
MIRA
Hahaha! Gemuknya biri-biri ni! Kenyanglah aku!
AFIFAH
Tolong! Mbek! Tolong!
Tolong! Mbek! Saya tak mahu kena makan!
HIZAMI
Kenapa dengan kamu wahai penggembala?
ADIB
Biri-biri saya dah hilang
Habis dimakan serigala
Kamu semua tada datang
Tinggal saya seorang sahaja 
SEMUA
Itulah orang sudah kata, jangan biasa memperdaya.
Nanti orang dah tak percaya, bila terkena padan muka! 
ADIB
Huhuhu... Maafkan saya, saya menyesal!
HIZAMI
Kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu, kalau kita
bercakap benar sekalipun, orang dah tak percaya. 


1 Ulasan

  1. mahu menipu orng kampung untuk tolong dan serigala makan biri biri dia dan menesal kerana menipu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama