RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran          : Dunia Seni Visual
Kelas                          : 3 Bestari
Tarikh                         : 19 September 2014
Masa                           : 60 minit
Bidang                        : Mengenal Kraf Tradisional
Tema                          : Warisan kita
Tajuk                          : Kuda Kepang
Media                          : Alat     : Gunting
                                      Bahan: lukisan kuda kepang, pensel warna, krayon
BBM/ ABM                 : Contoh Kuda Kepang
EMK                             : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi.

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, bentuk, jalinan, warna serta kontra, kepelbagaian yang terdapat pada objek buatan manusia dalam penghasilan kuda kepang.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghias kuda kepang.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan kuda kepang.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.













STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik: Murid dapat menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan kuda kepang.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - konkrit.
1.1.1.2 Warna – hiasan kuda kepang.
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.2 Kepelbagaian – jalinan ton warna

1.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni, media serta proses dan teknik dalam penghasilan kuda kepang.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis- jenis media.
1.1.2.1 Alat – gunting
1.1.2.2 Bahan – lukisan, pensel warna dan krayon
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya

1.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni dalam penghasilan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan kuda karya.
1.3.3 Menggunakan bahasa seni: jalinan, kontra dan kepelbagaian dalam penghasilan karya.

1.4 Apresiasi Seni:
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.      Menyatakan maksud kuda kepang serta jenis-jenis kuda kepang dengan betul.
2.      Mengaplikasi kemahiran mewarna dalam karya kuda kepang secara kreatif.
3.      Menghasilkan karya kuda kepang mengikut prosedur mengikut bimbingan guru.
4.      Membuat apresiasi terhadap karya kuda kepang menggunakan laras bahasa seni yang sesuai.
LANGKAH / MASA
STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI / ILUSTRASI
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
1.    Guru menunjukkan paparan slaid video tentang “alat permainan tradisional”
2.    Guru bersoal jawab dengan murid
3.    Guru menjelaskan mengenai pelajaran hari ini.
4.    Soalan: siapa pernah main permainan ini?
=saya. Dekat kampung

1.   Murid melihat tayangan slaid “video permainan tradisional”.
BBM: slaid video “alat permainan tradisional”
KBT: Menghubungkait
Nilai: Kerjasama
Langkah 1 (10 minit)
Persepsi Estetik
1.    Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2.    Guru memberikan teka-teki kepada setiap kumpulan.
3.    Soalan: Kuda apakah yang mempunyai dua kaki?
 = Jawapan: Kuda kepang.

4.    Guru menunjukkan beberapa contoh gambar kuda kepang.

1.  

Murid melihat dan memegang contoh kuda kepang yang ditunjukkan oleh guru.
2.   Murid membuat perbezaan tentang jenis-jenis kuda kepang.
3.   Murid mendengar dengan teliti tentang penerangan daripada guru.
4.   Murid-murid menjawab soalan guru mengenai ciri-ciri ASR yang terdapat pada kuda kepang.
5.   Murid menyenaraikan jenis-jenis kuda kepang dalam peta pemikiran.
BBM: Gambar kuda kepang


KBT: Kemahiran Berfikir- Menjana Idea
Teknik: Soal Jawab
Startegi- Visual Ruang
Nilai : kerjasama
Langkah 2
(10 minit)
Aplikasi Seni
1.   Guru menyatakan media dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan kuda kepang
2.   Guru memberitahu bahawa kuda kepang akan menjadi lebih menarik jika dihasilkan dengan pelbagai warna menarik.
3.   Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan topeng arnab.
1.   Murid diberi peluang untuk menyatakan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan kuda kepang.
2.   Murid melihat demonstrasi menghasilkan kuda kepang.
BBM : kuda kepang
KB : Menaakul, Berfikir Secara Kritis
Strategi :  Berpusatkan Guru, Demonstrasi

ABM/BBM :Manila kad, warna pensel, krayon, gunting.
Nilai : keyakinan, ketelitian, kepatuhan

Langkah 3 (20 minit)
Ekspresi Kreatif
1.    Guru mengedarkan alat dan bahan yang diperlukan kepada murid.
2.    Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi penekanan kepada kekemasan hasil kerja.
Langkah-langkah

1.   Murid mengeluarkan alatan dan bahan yang hendak digunakan
2.  

Murid diedarkan kertas yang telah dilukis kuda kepang.
3.   Murid mengunting garisan luar yang telah disediakan oleh guru menggunakan gunting dengan selamat dan diawasi
DSC_0112.JPG

oleh guru.
4.  
DSC_0114.JPG

Murid mewarnai kuda kepang mengikut kreativiti masing-masing.
5.  
DSC_0115.JPG

Murid membuat hiasan kuda kepang

6.   Akhir, murid membuat kemasan


ABM/ BBM: kuda kepang
KBT :  Kecerdasan Pelbagai Visual Ruang: Kreativiti
Nilai : Kerjasama, Intrapersonal, Interpersonal
Strategi: Konstruktif

Langkah 4
(10 minit)
Apresiasi Seni
1.   Guru memilih beberapa orang murid dengan hasil kuda kepang yang paling kreatif dan meminta mereka ke hadapan kelas.
2.   Guru meminta murid yang terpilih tadi untuk mempamerkan dan memberikan penerangan tentang hasil kuda kepang tersebut.
3.   Guru memberikan peneguhan dan pujian terhadap karya yang dihasilkan.
1.   Murid yang terpilih berdiri da bergerak ke hadapan sambil membawa kuda kepang masing-masing
2.   Murid mempamerkan kuda kepang yang dihasilkan di hadapan kelas dan cuba memberi penerangan lisan secara ringkas mengenai karya yang telah mereka hasilkan.


BBM : Hasil Karya
KB : Merumus
KBT : Intrapersonal, Verbal Linguistik
Nilai : keyakinan diri

Penutup
(5 minit)
1.   Guru merumus pelajaran hari ini iaitu berkaitan dengan ‘kuda kepang”
2.   Guru mengaitkan bahawa karya yang dihasilkan mempunyai nilai komersial dan boleh dijual.
3.   Guru memainkan lagu saya seekor arnab.
1.   Murid mendengar rumusan guru.
2.   Rakan yang lain memberikan tepukan sebagai penghargaan kepada rakan.

EMK : Keusahawanan, TMK
KBT :  Kinestetik
Nilai : Menghargai, Keyakinan Diri, Menilai








Terbaru Lebih lama