LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BILIK TEMBIKAR JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL IPG KAMPUS ILMU KHAS


LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
BILIK TEMBIKAR JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS ILMU KHAS


Pengenalan
Pada 12 September 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, kumpulan saya seramai empat orang yang terdiri daripada empat orang iaitu Najwa, Firdaus dan Erma telah melaksanakan pembersihan bilik tembikar. Program tersebut telah dilaksanakan dalam IPG Kampus Ilmu Khas sendiri iaitu di Blok Jabatan Pendidikan Seni Visual bermula dari pukul 2 petang dan berakhir keesokan malamnya. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih supaya menghargai dan menjaga kebersihan tidak kira di mana kita berada. Apa yang diharapkan program ini dapat memberikan satu pengalaman secara langsung dan memberi ilmu pengetahuan yang berguna untuk digunakan kelak pada masa akan datang.

1.0 Matlamat

Program khidmat masyarakat ini memfokuskan kepada guru pelatih tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Di samping itu guru pelatih dapat didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

2.0 Objektif
Melalui program khidmat masyarakat yang dilaksanakan, diharap semua guru pelatih dapat :
2.1. Pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan
2.2. Berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan.
2.3. Membina hubungan baik di antara guru pelatih.
2.4. Didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

3.0 Rasional Program
Program ini merupakan satu usaha yang diharapkan dapat memberi pendedahan dan membuka minda para guru pelatih mengenai pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi apabila membuat kerja beramai-ramai. Bahkan, tugasan ini dapat meningkatkan pengetahuan serta pengalaman kepada guru pelatih apabila berada di sekolah kelak.

1.0 Butiran Program
Aktiviti                               : Gotong Royong Bilik Tembikar Jabatan PSV
Tempat                             : Blok Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu
                                           Khas, Kuala Lumpur
Tarikh                               : 12 September 2014 – 13 September 2014 (Jumaat & Sabtu)
Kumpulan                         : G 2.7
Pelajar yang terlibat         : Najwa Zulkifli
                                                Erma Jail
                                                Firdaus Ishak                
                                                Noor Afifah Azizan
20130827_113343
Rajah 1 Kawasan Bilik Tembikar
   
20130827_113510
20130827_113418
20130827_113341
20130827_113329
Rajah 2 Keadaan bilik tembikar yang tidak terurus

Pada peringkat permulaan, kami telah melakukan pemerhatian setiap sudut bilik tembikar ini. Pelbagai barangan lama dan agak besar serta berat berada di dalam bilik ini. Barang-barang untuk pemprosesan tembikar juga terdapat. Namun ia dibiarkan begitu sahaja kerana ruang yang tidak mencukupi. Malahan bilik ini menjadi agak sesak dengan barang pameran seperti papan kenyataan dan ensil.  Di tambah lagi hasil kerja pelajar dan pensyarah yang dibiarkan sahaja di atas meja.

Seterusnya, sebelum melaksanakan pembersihan bilik tembikar saya dan ahli kumpulan telah merangka pelan supaya kami bekerja mengikut langkah demi langkah. Oleh yang demikian kami bersama telah membuat perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya, kami telah menghasilkan pelan lantai untuk menyusun kedudukan alatan dan bahan yang terdapat di dalam bilik ini supaya menjadi kemas dan mudah untuk dilalui oleh semua orang. Kami telah membuat pelan lantai setiap orang dan memilih yang terbaik untuk dijadikan rujukan akhir. Kami cuba mengurangkan barang di dalam bilik ini supaya mudah untuk melakukan proses penghasilan kerja pembuatan tembikar dan proses seni yang lain.


Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3
Rajah 3 Antara Kajian susunan yang telah dibuat. Kami telah memilih pilihan yang ketiga.
             
            Pemilihan warna amat penting untuk menarik perhatian orang lain. Penggunaan warna yang cerah dapat menimbulkan ketenangan dan memberikan pencahayaan yang baik semasa proses penghasilan. Walaupun pemilihan warna kami nampak mudah namun kami sebaik mungkin memilih untuk kepentingan jangka masa panjang supaya bilik ini dapat di gunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin pada pandangan orang lain warna putih ini hanya kebiasaan, namun bagi kami pemilihan warna putih ini menjadikan ruang bilik ini kelihatan lebih besar daripada biasa serta kemas.         
2013-09-18 16.47.17
2013-09-18 16.46.36
Rajah 4 Proses Pembersihan Bilik Tembikar
            Alat dan bahan disusun dengan rapi dan ruang yang ada digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyusun atur barangan ini. Barang yang sedia ada digunakan untuk menghias. Ini dapat dilihat apabila kami mengambil hasil-hasil karya pelajar iaitu tembikar yang di tinggal lama untuk dicuci supaya kelihatan lebih bersih. Sesungguhnya, karya-karya ini amat menarik jika kita pandai menjaganya.

            Selain itu, keadaan lantai juga mempengaruhi kekemasan sesebuah bilik. Mungkin jubin yang jarang dibersihkan selepas membuat kerja menjadi punca sukarnya untuk membersihkan. Kami ahli kumpulan telah membersihkan lantai berulang kali, namun hasil usaha itu hanya sia-sia. Sekurang-kurangnya apa yang kami lakukan itu berbaloi kerana terdapat juga perbezaan sebelum ini. Bilik tembikar ini seharusnya dijaga dengan baik sejak awal.
20130918_211418
Rajah 5 Susunan Kerusi yang kemas
           
            Konklusinya, kebersihan merupakan aspek penting dalam ialah nilai menjaga kebersihan di dalam diri  serta persekitaran. Oleh itu tanggungjawab daripada semua pihak dituntut dalam hal ini. Marilah kita bersama-sama menjada kebersihan bilik ini. kebersihan amat dituntut dalam setiap agama. Bilik darjah yang bersih dan ceria memudahkan kita untuk memahami dan membuat kerja dengan mudah, malahan ilmu yang disampaikan lebih mudah untuk diingati. Sebagai guru kita hendaklah berdisiplin dalam setiap kerja yang dilakukan kerana ia akan membawa imej kita apabila di sekolah kelak. Sekiranya kira ditugaskan untuk memegang bilik seni mahupun bilik-bilik lain tidak mungkin kita akan membiarkan bilik tersebut bergelimpangan dengan sampah-sampah dan susun atur bilik darjah yang tidak kondusif. Justeru, kita perlu menanam sikap menjaga kebersihan daripada awal lagi dengan memesan kepada diri kita dahulu dan melaksanakannya.

Saya mengitar semula kanvas di atas ini dan kemudian membuat catan abstrak menggunakan warna pelakar untuk mengelakkan kanvas ini dibuang begitu sahaja. Malahan tujuan catan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan suasana harmoni bilik tembikar ini.



20130918_211427Di akhir tugasan program ini, saya dan ahli kumpulan sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami laksanakan. Semoga tugasan ini dapat membantu kami untuk lebih bersedia apabila berada di sekolah apabila diberi tugasan yang banyak. Walaupun kami balik lewat malam semata-mata menyiapkan bilik ini, kami pulang dengan perasaan gembira dengan ilmu baru serta pengalaman baru yang tidak ternilai.

Penutup
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga bersyukur kerana semua orang berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan tugasan ini. Sesungguhnya program seperti ini sangat baik dan boleh dilaksanakan lagi.

Disediakan oleh :



……………………..
(Noor Afifah Azizan)
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
IPG Kampus Ilmu Khas.

REFLEKSI

Khidmat masyarakat yang telah saya laksanakan ialah bertempat di bilik tembikar di Jabatan Pendidikan Seni Visual yang telah dilaksanakan pada 12 September 2014. saya memilih untuk melaksanakan tugasan ini kerana kami diberi peluang untuk memilih program khidmat masyarakat yang ingin dilaksanakan.  Sesungguhnya program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Kekuatan program ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat melaksanakan program ini mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat daripada program khidmat masyarakat ini ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan. Selain itu, saya dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan saya. Malahan saya juga turut dideahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

Seperti yang kita tahu tidak semua yang dirancang mengikut kehendak, begitu juga yang dialami oleh saya.  Kami telah merancang untuk mengecat bilik itu dengan warna lain. Namun, barang yang diminta tidak sampai mengikut senarai dan terpaksa menggunakan warna yang ada sahaja. Malahan kebanyakan daripada kami ialah perempuan, justeru kami tidak cukup orang untuk mengemas  bilik ini kerana kebanyakan alatan dan bahan yang terdapat dalam bilik ini amat berat sekali.

Manakala, dari segi kelemahan pula ialah masa yang diperuntukan amat singkat. Seharusnya program seperti khidmat masyarakat ini seharusnya dilaksanakan melibatkan oleh semua ahli Bulan Sabit Merah. Bahkan program seperti ini perlu dirancang lebih awal supaya tidak bertindih dengan aktiviti Institut Pendidikan Guru seperti bertindih dengan minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Penambahbaikan yang boleh saya laksanakan ialah saya seharusnya bijak menguruskan masa dalam melaksanakan program seperti ini. Selain itu, saya dan ahli kumpulan hendaklah bijak untuk mengatasi permasalah yang timbul seperti ketiadaan cat yang disenaraikan. Selain itu program ini hendaklah melibatkan semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPG Kampus Ilmu Khas.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas serta pensyarah pembimbing Encik Mutalib dan Encik Chia kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan laporan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini.  Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.

Sekian, Terima kasih.


Terbaru Lebih lama