RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH















Kurikulum standard persekolahan sekolah rendah
Rancangan pengajaran tahunan
Pendidikan moral tahun 1
MINGGU
TOPIK/BIDANG PEMBELAJARAN
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI

4
20 Jan – 26 Jan

5
27 Jan – 2 Feb

6
3-9 Feb



DUNIA SAYA YANG INDAH

1.Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.1        Mengetahui  keunikan alam


Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.1.1       Menyatakan keadaan alam di  
Kawasan tempat tinggal.

1.1.2     Menceritakan kepelbagaian ciptaan
             Tuhan

1.1.3     Menghargai alam ciptaan Tuhan

1.1.4     Melibatkan diri dalam menjaga
              keindahan alam

1.1.5     Mengamalkan sikap menghargai      
             alam ciptaan Tuhan



B1D11E1
Boleh menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal.

B2D11E1
Boleh menceritakan kepelbagaian ciptaan tuhan.

B3D11E1
Boleh menghargai alam ciptaan tuhan.

B4D11E1
Boleh melibatkan diri dalam menjaga  keindahan alam.

B5D11E1
Boleh mengamalkan sikap menghargai alam ciptaan tuhan.

B6D11E1
Sentiasa menghargai alam ciptaan Tuhan.



7
10 - 16 Feb



8
17  –
23 Feb

9
24 - 2 Mac



SAYA BAIK HATI

2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1        Membantu keluarga


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

2.1.1     Menceritakan sifat baik hati yang
             ada pada diri


2.1.2  Menyenaraikan cara membantu  
             keluarga

2.1.3  Menyedari perasaan ahli keluarga
          yang memerlukan bantuan

2.1.4  Menghulurkan bantuan kepada ahli
          keluarga

2.1.5 Menunjukkan cara membantu keluarga





B1D7E1
Boleh menceritakan sifat baik hati yang ada pada diri.

B2D7E1
Boleh menyenaraikan cara membantu keluarga.

B3D7E1
Boleh mengambil kira perasaan ahli keluarga yang memerlukan bantuan.

B4D7E1
Boleh menunjukkan sikap prihatin terhadap keluarga yang memerlukan bantuan.

B5D7E1
Boleh menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga.

B6D7E1
Sentiasa menghulurkan bantuan dalam perlakuan seharian.




10
3 - 9 Mac

11
10 - 16 Mac



SAYA BERTANGGUNGJAWAB

3. Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna



3.1        Melaksanakan tanggungjawab
             diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

3.1.1     Menyenaraikan tanggungjawab diri

3.1.2     Menyatakan kepentingan  
             melaksanakan tanggungjawab diri

3.1.3     Melaksanakan tanggungjawab diri






B1D13E1
Boleh menyenaraikan tanggungjawab diri.

B2D13E1
Boleh menerangkan kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri.


B3D13E1
Boleh melaksanakan tanggungjawab diri.

B4D13E1
Boleh melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

B5D13E1
Boleh melaksanakan tanggungjawab dalam kelas.

B6D13E1
Sentiasa melaksanakan tanggungjawab.




12
17 – 23 Mac

13
24 – 30 Mac

14
31 Mac – 6 April



SAYA BERTERIMA KASIH

4. Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

4.1        Mengamalkan sikap berterima
             kasih


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

4.1.1     Mengucapkan terima kasih dalam
             pelbagai  bahasa

4.1.2     Mengenali pelbagai cara memberi
             Penghargaan

4.1.3     Menyatakan perasaan penghargaan  
             atas pemberian yang diterima

4.1.4     Memberi penghargaan melalui
             pelbagai cara

4.1.5      Menunjukkan cara memberi
              penghargaan





B1D8E1
Boleh mengucapkan terima kasih dalam pelbagai bahasa.

B2D8E1
Boleh mengenali pelbagai cara memberi penghargaan.

B3D8E1
Boleh menyatakan perasaan penghargaan atas pemberian yang diterima

B4D8E1
Boleh memberi penghargaan melalui pelbagai cara.

B5D8E1
Boleh mengamalkan cara  memberi penghargaan.

B6D8E1
Sentiasa memberi penghargaan kepada orang lain.




15
7 - 13 April


16
14 – 20 April

17
21 – 27 April



SAYA SENTIASA BERSOPAN

5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

5.1  Menunjukkan adab dalam tutur  kata
       dan tingkah laku



Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

5.1.1     Mengenal pasti tutur kata dan
              tingkah laku  yang bersopan

5.1.2     Menyedari kesan tutur kata dan
              tingkah laku yang bersopan

5.1.3      Mengamalkan tutur kata dan
              tingkahlaku yang bersopan

5.1.4     Menunjukkan cara berkomunikasi
              dengan beradab sopan dalam tutur
              kata dan tingkah laku


B1D9E1
Boleh mengenalpasti tutur kata yang bersopan.

B1D9E2
Boleh mengenalpasti tingkah laku yang bersopan.

B2D9E1
Boleh menyedari kesan tutur kata yang bersopan.
                            
B2D9E2
Boleh menyedari kesan tingkah laku yang bersopan.

B3D9E1
Boleh mengamalkan tutur kata yang bersopan.

B4D9E1
Boleh mengamalkan tingkah laku yang bersopan.

B5D9E1
Boleh mengamalkan tutur kata dan tingkah laku yang bersopan.

B6D9E1
Sentiasa berkomunikasi dengan beradab sopan.


18
28 April -4 Mei

19
5 - 11 Mei

20
12 -18  Mei



HORMAT DIRI KITA

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

6.1        Menghormati diri

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
6.1.1     Menyatakan cara menjaga
             kehormatan diri

6.1.2     Menghormati diri sendiri

6.1.3      Menghormati setiap individu seperti
              menghormati diri sendiri.
6.1.4      Menghormati peraturan dalam
              aktiviti seharian

B1D12E1
Boleh menyatakan cara menjaga kehormatan diri.

B2D12E1
Boleh menerangkan kepentingan menghormati diri sendiri.

B3D12E1
Boleh menghormati diri sendiri.

B4D12E1
Boleh menghormati individu lain seperti menghormati diri sendiri.

B5D12E1
Boleh menghormati dengan mematuhi peraturan dalam keluarga.


B6D12E1
Sentiasa menghormati dengan mematuhi peraturan.










21
19 -25 Mei

22
26 – 1 Jun

23
2 – 8 Jun



SAYA SAYANG DIRI SAYA

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

7.1        Menyayangi diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
7.1.1     Menyatakan cara menjaga
             kebersihan diri

7.1.2     Menyatakan cara menjaga
             keselamatan diri

7.1.3     Menghargai diri dengan menjaga
             kebersihan diri

7.1.4     Menghargai diri dengan menjaga
             keselamatan diri

7.1.5     Menjaga kebersihan diri

7.1.6     Menjaga keselamatan diri

B1D1E1
Boleh menyatakan cara menjaga kebersihan diri

B1D1E2
Boleh menyatakan cara menjaga keselamatan diri

B2D1E1
Boleh menerangkan cara menjaga kebersihan diri

B2D1E2
Boleh menerangkan cara menjaga keselamatan diri

B3D1E1
Boleh menghargai diri dengan menjaga kebersihan diri.

B3D1E2
Boleh menghargai diri dengan menjaga keselamatan diri.

B4D1E1
Boleh menghargai diri dengan menjaga kebersihan diri mengikut cara yang betul.

B4D1E2
Boleh menghargai diri dengan menjaga keselamatan diri dengan betul.

B5D1E1
Boleh mengutamakan penampilan diri yang bersih.

B5D1E2
Boleh mengutamakan keselamatan diri.

B6D1E1
Sentiasa mengutamakan penampilan diri yang bersih dan kemas.

B6D1E2
Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dengan cara yang betul.



24
9 - 15 Jun


25
16- 22 Jun

26
23- 29 Jun


SAYA BERSIKAP ADIL

8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

8.1        Mengamalkan sikap adil dalam
             perlakuan seharian



Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
8.1.1       Menyatakan contoh keadilan dalam
               perlakuan seharian

8.1.2     Menceritakan sebab perlu adil  
             dalam perlakuan seharian

8.1.3     Menyedari kesan ketidakadilan
             dalam perlakuan seharian


8.1.4     Bertindak adil dalam perlakuan
             seharian


B1D2E1
Boleh menyatakan contoh keadilan dalam perlakuan seharian.


B2D2E1
Boleh menceritakan sebab perlu adil dalam perlakuan seharian.

B3D2E1
Boleh bertindak adil dalam perlakuan seharian di dalam keluarga



B4D2E1
Boleh bertindak adil dalam perlakuan seharian di kelas

B5D2E1
Boleh bertindak adil dalam perlakuan seharian di sekolah.

B6D2E1
Sentiasa bertindak adil dalam perlakuan seharian.




27
30 Jun - 6 Julai


28
7 -13 Jun


SAYA SEORANG YANG BERANI

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

9.1        Mengamalkan sikap berani
             mempertahankan maruah diri

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
9.1.1     Menceritakan perlakuan berani
             mempertahankan maruah diri

9.1.2     Menyatakan kepentingan berani
             mempertahankan maruah diri

9.1.3     Mengamalkan sikap berani dalam
             aktiviti seharian



B1D6E1
Boleh menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri.

B2D6E1
Boleh menerangkan kepentingan berani mempertahankan maruah diri.

B3D6E1
Boleh mengamalkan sikap berani dengan keluarga.

B4D6E1
Boleh mengamalkan sikap berani dengan rakan sekelas.


B5D6E1
Boleh mengamalkan sikap berani dengan warga sekolah.

B6D6E1
Sentiasa mengamalkan sikap berani dalam perlakuan seharian.




29
14 – 20 Jun

30
21 – 27 Jun

SAYA YANG JUJUR

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

10.1      Mengamalkan sikap jujur
             dalam diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

10.1.1   Menceritakan perlakuan jujur

10.1.2   Menyatakan sebab perlunya
             bercakap benar

10.1.3   Menyedari kelebihan bercakap benar
             kepada diri dan orang lain

10.1.4   Mengamalkan sikap bercakap benar
             dalam perlakuan harian


B1D3E1
Boleh menceritakan perlakuan jujur.

B2D3E1
Boleh menerangkan sebab perlunya bercakap benar.

B3D3E1
Boleh bercakap benar terhadap diri sendiri.

B4D3E1
Boleh bercakap benar  terhadap orang lain

B5D3E1
Boleh bersikap jujur terhadap orang lain.


B6D3E1
Sentiasa mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan seharian.



31
28 Jun – 3 Ogos

32
4 - 10 Ogos

RAJIN MEMBAWA JAYA

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

11.1      Mengamalkan sikap rajin dalam
             perlakuan harian

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

11.1.1   Menyatakan ciri-ciri kerajinan dalam
              diri

11.1.2   Menyedari kebaikan mengamalkan
              kerajinan

11.1.3   Mengamalkan sikap rajin dalam
             aktiviti seharian

B1D10E1
Boleh menyatakan ciri-ciri kerajinan dalam diri

B2D10E1
Boleh menyedari kebaikan mengamalkan kerajinan.

B3D10E1
Boleh mengamalkan sikap rajin dalam keluarga

B4D10E1
Boleh mengamalkan sikap rajin di dalam kelas.

B5D10E1
Boleh mengamalkan sikap kerajinan di sekolah.


B6D10E1
Sentiasa mengamalkan sikap kerajinan.


33
11 – 17 Ogos

34
18 – 24 Ogos

35
25 -31 Ogos


AYUH BEKERJASAMA

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1      Bersedia memberi kerjasama
             kepada individu yang
             memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

12.1.1   Menyatakan kebaikan bekerjasama

12.1.2   Menyenaraikan aktiviti yang boleh
             dilakukan bersama-sama

12.1.3   Menceritakan perasaan setelah
             melaksanakan aktiviti bersama-  
             sama.

12.1.4   Menjalankan aktiviti bersama-sama

B1D14E1
Boleh menyenaraikan aktiviti yang boleh dilakukan bersama

B2D14E1
Boleh menerangkan kebaikan bekerjasama.

B3D14E1
Boleh menjalankan aktiviti bersama keluarga.

B4D14E1
Boleh menjalankan aktiviti bersama rakan sekelas.

B5D14E1
Boleh menjalankan aktiviti bersama warga sekolah.

B6D14E1
Sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.





36
1 – 7 September

37
8 – 14 September

SAYA BERSIKAP SEDERHANA

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

13.1      Mengamalkan sikap sederhana
             dalam diri



Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
13.1.1   Menyatakan perlakuan sederhana
             dalam diri

13.1.2   Menceritakan kepentingan bersikap
             sederhana

13.1.3   Mengamalkan perlakuan sederhana
             dalam   aktiviti seharian



B1D5E1
Boleh menyatakan perlakuan sederhana dalam diri.

B2D5E1
Boleh menceritakan kepentingan bersikap sederhana.

B3D5E1
Boleh mengamalkan perlakuan sederhana semasa berinteraksi dengan keluarga.

B4D5E1
Boleh mengamalkan perlakuan sederhana semasa berinteraksi dengan rakan sekelas


B5D5E1
Boleh mengamalkan perlakuan sederhana semasa berinteraksi di sekolah.


B6D5E1
Sentiasa mengamalkan perlakuan sederhana dalam pergaulan seharian.




38
15 – 21 September

39
22 – 28 September

SAYA BERTOLAK-ANSUR

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

14.1      Bersedia memberi kerjasama
             kepada individu yang
             memerlukan



Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

14.1.1   Menyatakan cara bertolak ansur

14.1.2   Menyedari kebaikan bersikap
             toleransi

14.1.3   Mengamalkan sikap toleransi  dalam
             aktiviti seharian


B1D4E1
Boleh menyatakan cara bertoleransi.

B2D4E1
Boleh menyedari kebaikan bersikap toleransi.

B3D4E1
Boleh mengamalkan sikap tolenrasi dalam keluarga.

B4D4E1
Boleh mengamalkan sikap toleransi dalam keluarga. 

B5D4E1
Boleh mengamalkan sikap toleransi di kelas.

B6D4E1
Sentiasa mengamalkan sikap toleransi dalam perlakuan seharian


Terbaru Lebih lama