RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tahun                                            :
Tahun 4 Seroja
Tarikh                                            : 29
Ogos 2013 (Selasa)
Masa                                              :
10.30 am – 11.30 am
Bilangan Pelajar                          : 29 orang pelajar
Bidang                                           : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti                                            : Membuat
replika gasing
Tema                                              : Objek
buatan manusia
Tajuk                                              : Gasing
mudah
Masa                                              : 60
minit
Media                                             :
Alat      : Gunting
              Bahan    : Gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board,
gam, lidi 
                                                          Sate, krayon dan pensil warna
Bahan bantu mengajar              : video pengenalan gasing,
EMK                                               : Elemen
Kreativiti dan Inovatif
Objektif  Pembelajaran:
Akhir
pembelajaran,murid dapat :
1.   
Menghasilkan corak untuk pada kad gasing yang
dihasilkan
2.   
Dapat menghasilkan gasing yang boleh berputar
dengan baik
Kemahiran
bernilai tambah
1.    Kemahiran berfikir – menjana idea , aplikasi kreativiti
Kaedah Pengajaran
Demonstrasi 
Alat Bantu Mengajar
1.    Contoh gasing buatan (bahan maujud)
2.    Kad board ( hasil yang telah siap)
Pengetahuan sedia ada
1.    Murid telah menguasai kemahiran pemilihan corak tradisional pada gasing
2.    Murid telah mampu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang boleh digunakan
untuk gasing mudah
Standard Pembelajaran
1.1  Persepsi
Estetik
Murid dapat menyatakan dan membuat
pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan gasing.
1.1.1     
Unsur seni
1.1.1.1        
       Bentuk – konkrit 
1.1.1.2        
       Warna – hiasan gasing
1.1.2     
Prinsip rekaan
1.1.2.1        
       Imbangan – simetri 
1.2  Aplikasi
Seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing.
1.2.1       
Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1        
        Alat – gunting 
1.2.1.2        
        Bahan – gambar salinan fotostat rupa
bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, krayon dan 
                                        pensil
warna
1.2.2       
Mengetahui penggunaan media serta proses dan
teknik dalam penghasilan.
1.2.2.1       
Teknik (corak terancang)
1.3  Ekspresi
Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman,
dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1       
Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
1.3.2       
Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya
1.4  Apresiasi
Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1       
Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2       
Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3       
Menghargai karya sendiri dan rakan
| 
Komponen | 
Isi Pelajaran | 
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | 
Catatan / Justifikasi | 
| 
Set Induksi 
Masa : 5 minit | 
Pengenalan
  topik : “Gasing Buatan” | 
1.    Guru memulakan
  kelas dengan menayangkan video mengenai gasing  
2.    Guru
  meminta murid memberi perhatian. 
3.    Guru
  bertanyakan soalan kepada murid berdasarkan 
  video tersebut; 
Nyatakan
  negeri yang popular dengan permainan gasing? =Terangganu/ Kelantan (Pantai
  Timur) | 
Strategi Penerangan 
BBM  
Video pengenalan gasing 
Unsur KBKK 
Menghubungkait  
Tahap kognitif 
Pengetahuan, kefahaman 
Nilai 
Patuh kepada arahan | 
| 
Langkah 1 
Masa : 15
  minit | 
Pengetahuan
  tentang kraf tradisional | 
1.   
  Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni
  dan prinsip rekaan  yang terdapat dalam
  sesebuah gasing “seperti, bentuk dan
  imbangan” 
2.   
  Guru bertanya tentang bentuk dan fungsi sesebuah
  gasing 
3.   
  Guru menerangkan cara membuat  
sesebuah gasing tradisional | 
Strategi 
Interaksi, pendekatan, penerangan 
BBM  
Gambar gasing, cara membuat gasing secara tradisional 
Unsur KBKK 
Pengetahuan, kefahaman 
Tahap kognitif 
kefahaman 
Nilai 
Patuh kepada arahan, berani untuk menyatakan pendapat | 
| 
Langkah 
  2 
(15
  minit) | 
 Menunjukkan demonstrasi | 
1.   
  Guru menunjukkan demonstrasi bagaimana hendak
  memulakan proses membuat gasing mudah. 
2.   
  Menyatakan bahan yang digunakan 
3.   
  Guru menyediakan sekeping kad board. 
4.   
  Menyediakan lidi sate dan pensil warna. 
5.   
  Guru menggunting kad board menjadi bulatan gasing dan
  melukis corak. 
6.   
  Lidi sate dicucuk pada titik tengah bulatan kad
  board dan menguji imbangannya. 
7.   
  Murid memberi perhatian terhadap demonstrasi yang
  dilakukan oleh guru | 
Strategi 
Demonstrasi  
BBM  
Kad board,
  lidi sate dan pensil warna 
Unsur KBKK 
Membanding beza, meneliti 
Tahap kognitif 
Kefahaman, penumpuan 
Nilai 
Patuh kepada arahan | 
| 
Langkah 
  3 
20
  minit | 
Pengukuhan 
Menjalankan
  aktiviti secara berkumpulan | 
1.  Guru
  membahagikan murid kepada tujuh  kumpulan. 
2.  Setiap
  kumpulan mempunyai bahan membuat gasing mudah dengan lengkap. 
3.  Murid
  menghasilkan corak menggunakan teknik mudah dengan bimbingan guru berdasarkan
  langkah-langkah berikut : 
Langkah 1 
·  Melakar corak
  pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakannya. 
·  Menampal
  hiasan corak pada box board. 
·  Menggunting
  bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing. 
Langkah 2 
·   Mencucuk dan melekatkan lidi sate pada
  bahagian tengah badan gasing menggunakan gam UHU. 
Langkah 3 
·  Uji
  keseimbangan gasing mudah. | 
Strategi 
Kaedah berkumpulan 
BBM  
Kertas lukisan, berus, palet warna, warna pelakar 
Unsur KBKK 
Membuat kesimpulan 
Tahap kognitif 
Pengetahuan, kefahaman 
Nilai 
Menghargai masa, bekerjasama dalam kumpulan | 
| 
Penutup 
5 minit | 
Membuat
  Rumusan | 
1.   
  Guru merumuskan tentang topik yang diajar pada hari
  ini. 
2.   
  Guru memilih beberapa orang murid untuk kehadapan. 
3.   
  Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja
  sendiri dan rakan-rakan. 
4.   
  Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa
  melakukan aktiviti. | 
Strategi 
Penerangan, penyoalan 
Unsur KBKK 
Membuat kesimpulan 
Tahap kognitif 
Pengetahuan, kefahaman 
Nilai 
Berani mencuba sesuatu yang baru |