TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK (INDIVIDU) WAJ 3104 : LITERASI BAHASA MELAYU

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR


 TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
(INDIVIDU)
WAJ 3104 :
LITERASI BAHASA MELAYU
TAHUN: 2013
SEMESTER: 2





LAMPIRAN


PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur kami ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja krursus literasi bahasa Melayu dalam semester ini dengan lancar. Dalam tugasan pada kali ini, saya telah ditugaskan untuk melengkapkan portfolio Literasi Bahasa Melayu dengan memberikan penekanan perancangan dan pelaksanaan bengkel/ amali yang berkaitan.

Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin merujuk kepada guru-guru di sekolah untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Cik Yoew Chai Lai pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu kami dan yang sanggup bersama kami dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sepanjang melaksanakan projek ini kami berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya.  Semoga  tuan dan puan dapat memaafkan saya  jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan kami

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui  dengan lebih mendalam.  Segala tunjuk ajar  tidak akan kami lupakan.



Sekian terima kasih.

PENGENALAN


LITERASI bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai "kenal huruf" atau "celik huruf" bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam suatu bahasa. Penulis tidak menggunakan istilah kenal huruf dalam makalah ini kerana maksud kenal huruf akan terpesong apabila perbincangan tentang konsep literasi dikupas secara terperinci, dan merangkum bukan sahaja mengenal huruf dan dapat menulis semula huruf tersebut secara mekanis.

Konsep literasi bahasa lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan, serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan analitis dalam pembacaan dan penulisan.Pada suatu ketika dahulu seseorang yang tahu membaca dan menulis namanya sendiri dianggap telah mempunyai keupayaan literasi bahasa.

Namun demikian, kita harus sedar bahawa banyak orang yang dapat membaca sesuatu pernyataan yang ditulis di tempat-tempat awam dengan lancar seperti papan tanda di hadapan gedung membeli belah, tanda jalan, peraturan jalan raya dan sebagainya, baik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi mereka masih tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis tersebut dalam kehidupan harian mereka sepenuhnya kerana kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran bahasa tersebut. Bidang kemampuan literasi pun semakin hari semakin bertambah apabila sesuatu masyarakat menempuh arus kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan.

 Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin banyak bidang kehidupan yang perlu diketahui oleh anggotanya. Bagi menjadikan tahap literasi bahasa berfungsi dalam kehidupan hariannya, seseorang itu haruslah dapat memanfaatkan kebolehan membaca dan menulis sepenuhnya dan berterusan bagi tujuan pembentukan dirinya dan penglibatan diri dengan masyarakatnya.

LANGKAH PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 1 : LATIHAN 1 (Kemahiran Latihan Membaca)


Persekitaran Saya

Matapelajaran           : Bahasa Melayu
Modul Literasi           : Asas 2 Unit 1 Latihan 1
Tema/Tajuk               : Persekitaran Saya
Kemahiran Literasi : Kemahiran Membaca
Nama Guru               : Noor Afifah Azizan
Kelas                          : 1 Anggerik
BBM (Bahan Media): Permainan Bahasa ( Buku)
SET INDUKSI
5 minit
              Persembahan slide ppt.- bunyi-bunyi huruf
              Murid melihat suku kata yang dipaparkan dengan tayangan slide
              Guru memilih beberapa orang murid untuk  membaca suku kata di hadapan (wujud interaksi antara guru -murid)

Teknik : Hibur, Soal jawab, dan Didik.
#Contoh BBM : Buku Suku Kata Bunyi-Bunyi Huruf
Langkah 1
10 minit
              Menunjukkan dan memperkenalkan suku kata beserta gambar kepada murid-murid  dengan kad
              Membimbing murid menyebut suku kata dengan tayangan gambar ekspresi mimik mulut
              Membimbing murid menyebut secara berulang-ulang
Teknik : Bimbingan dan penyerapan Bahasa Melayu.
#Contoh ABM : Buku Suku Kata dan kad
Langkah 2

10 minit
·         Menunjukan dan memperkenalkan bukuu suku kata kepada murid-murid.
·         Membimbing murid membaca perkataan satu suku kata kepada murid-murid
·         Membimbing murid menyebut secara berulang-ulang.

Teknik : Bimbingan dan penyerapan Bahasa Melayu.
#Contoh ABM : Buku suku kata (rujuk lampiran).
Perkataan : buku, gigi, daun, bola
Langkah 3
10minit
·         Guru mengedarkan - lembaran kerja secara individu dalam kedudukan kelas akan menerima lembaran kerja.
·         Secara berpasangan murid perlu melengkapkan tempat kosong dengan huruf vokal yang betul pada lembaran kerja
·         Secara berpasangan murid perlu melengkapkan tempat kosong dengan huruf vokal yang betul berdasarkan bahan ransangan (gambar) yang disedia dalam lembaran kerja.

Nota : Kelestarian sumber (kertas)
Teknik : Bimbingan dan perbincangan berdasarkan bahan ransangan.
#Contoh ABM : Lembaran kerja (rujuk lampiran)

Langkah 4
15 minit

Secara individu murid perlu membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan gambar yang ditunjukan di dalam slide
·         Murid perlu membina lima ayat tunggal yang dibina daripada perkataan yang telah dipelajari
·         Murid

Teknik : Ansur maju dan bimbingan
#Contoh ABM : slide ppt.
Perkataan : bola, buku, gigi, susu, dan jari
Langkah 5
5 minit
·         Berdasarkan lima ayat yang telah dibina, guru meminta beberapa murid untuk mewakili kelas untuk membacakan ayat tunggal yang telah dibina
·         Guru membimbing dan membetulkan kesalahan ayat tunggal yang telah  dibina/ dibaca oleh murid

Teknik : Pengukuhan, bimbingan, dan didik
#Contoh ABM : -
PENUTUP
5 minit
·         Guru menanyakan soalan kepada murid-murid apa yang telah dipelajari pada sesi pengajaran kali ini.
·         Soalan : Senaraikan perkataan yang telah kita pelajari pada hari ini.

Teknik : Pengukuhan
#Contoh ABM : -


ANALISIS TEKNIK PENGAJARAN (PERMAINAN BAHASA)


Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru. Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini. Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

MENYEBUT HURUF VOKAL DENGAN GERAKAN MUZIK

Murid mendengar rakaman lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ menggunakan komputer riba dan liriknya dipaparkan di papan tulis. Murid menyanyi beramai-ramai berpandukan lirik yang dipaparkan  dengan iringan muzik dari komputer riba.

Contoh: Pak Mamat ada kebun, a, e, i, o, u 
                                Di kebunnya banyak haiwan  a, e, i, o, u,

Murid-murid diminta menyebut dan mengulang berkali-kali vokal a, e, i, o, u yang terdapat  dalam lagu. Setiap kumpulan murid diberikan tugasan untuk mencatat nama haiwan yang bermula dengan vokal a, e, i, o, u. Wakil murid menyebut nama haiwan tersebut. Contohnya a- ayam, arnab, angsa. 

PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL


                  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (satu kumpulan 6 hingga 8 orang). Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6. Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah diberi. Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan tersebut.

                  Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 3, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil kad perkataan itu. Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan   menyebut perkataan yang diperolehnya.  Misalnya murid nombor 3 dari kumpulan A yang telah berjaya, dia akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya, ‘rumah’ Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan ‘rumah’. 

                  Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempuh yang tertentu, satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja.  Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan.

MENYUSUN AYAT MUDAH MENGIKUT URUTAN YANG BETUL


                  Murid mendengar penerangan guru mengenai cara bermain dam ular yang ditayangkan melalui komputer riba.  Mereka bermain secara kumpulan (tiga atau empat orang sekumpulan).   Apabila dadu yang dilontar itu menunjukkan angka  dua atau empat, kumpulan murid itu perlu menyusun ayat yang diletakkan oleh guru di dalam sebuah bakul.

                   Wakil kumpulan akan melontar dadu mengikut giliran kumpulan.  Kumpulan yang  melontar dadu selain dari angka dua dan empat boleh menggerakkan buah damnya pada slaid dam ular.  Mereka tidak perlu menyusun ayat. Wakil kumpulan yang melontar dadu terkena pada angka dua atau empat perlu menyusun ayat.  Misalnya kumpulan A melontar dadu dan mendapat nombor dua.  Mereka akan menyusun semula ayat seperti;


Permainan bahasa akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti ini akan dapat meninggalkan kesan terhadap murid sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid  bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini.  Aktiviti permainan bahasa ini hendaklah dijalankan sama ada pada peringkat awal (induksi), pertengahan atau akhir pengajaran (penutup).  Pilihlah masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini kerana kita tidak mahu  guru membuat aktiviti permainan sepanjang waktu pelajaran berlangsung.

Guru-guru perlu memikirkan beberapa perkara semasa merancang untuk melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Ini penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar serta dapat mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang. Permainan bahasa ini boleh dijalankan secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.  Guru boleh menjalankan permainan ini sama ada di dalam kelas atau pun di luar kelas.  Ini bergantung kepada jenis permainan yang telah dipilih. Perkara yang perlu difikirkan semasa menjalankan aktiviti kelas atau kumpulan adalah disiplin murid, keselamatan murid, cara mengawasi kelas dan arahan permainan yang betul. 

JUSTIFIKASI TEKNIK PENGAJARAN MELALUI PERMAINAN BAHASA


Teknik pengajaran dengan mengunakan permainan bahasa  dapat memberi rangsangan semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sedang berlangsung. Hal ini kerana permainan bahasa  yang dibawa oleh guru sudah pasti menjadi perhatian murid-murid.

            Proses pengajaran seperti membaca atau berinteraksi dengan murid akan menjadi lebih menarik dengan adanya wajah mimik muka untuk menunjukan perlakuan secara betul. Justeru, permainan bahasa dengan menggunakan buku suka kata ini boleh membantu para murid untuk belajar sebutan yang betul.

Permainan bahasa dengan menggunakan buku suku kata memaparkan pegerakan mulut dapat memberikan gambaran awal kepada murid-murid. Buku suku kata yang digunakan dapat memberi dua kesan pada proses pembelajaran dan pengajaran iaitu kefahaman kepada murid-murid dan tumpuan meraka.

KEPENTINGAN PERMAINAN BAHASA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

·         Melahirkan rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar.
·         Murid-murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata.
·         Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan.
·         Memperkukuhkan kemahiran bertutur berdasarkan pengalaman sebenar yang menyeronokkan.
·         Memupuk semangat kerjasama dan minat untuk belajar.
·         Meredakan tekanan dalam diri murid-murid.
·         Memberikan keberanian untuk tampil ke hadapan

REFLEKSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek  subjek Literasi Bahasa Melayu serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013 yang lalu. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Saya juga telah belajar cara mencipta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di samping mempelajari bagaimana untuk menguruskan pameran.

Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini amat penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk mendedahkan kepada para guru pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang lebih menarik dan pelbagai. Saya telah berusaha mencari sumber di laman sesawang serta bertanya kepada senior dan para pensyarah bagi memperoleh bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat dijadikan asas panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah bergelar sebagai seorang guru.
Walaupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut. Pertama sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menjalankan pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa. Sebelum melaksanakan pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui. Mensyuarat sering dilaksanakan untuk mendapat kata putus dari semua pihak. Saya akui bahawa saya kagum dengan para rakan yang terlibat dalam seminar ini kerana mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir  sewaktu beliau meminta tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau, menyatakan bahawa program  seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru pelatih supaya dapat dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah. Bahkan,  saya mendapati bahawa kesemua bahan bantu mengajar yang dihasilkan begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas mempunyai idea yang menarik dan berbeza antara satu sama lain. Namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain.  Unsur kecindan turut diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan menggunakan boneka turut berjaya menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua peserta yang terlibat amat berbakat sekali dalam menyampaikan isu masing-masing.

Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini memberi tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila mendapat kertas tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana tugasan kumpulan dan individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila ditanya kepada pensyarah yang mengajar di dalam kelas juga bercanggah. Sehinggakan kami telah membeli barang untuk membuat aktiviti kumpulan. Namun, pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja individu. Akhirnya kami membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang jelas.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat dlihat bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat ketika pertukaran aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan dan gagal memberi tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin yang datang kurang memberi perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih tertumpu kepada gerai kumpulan kelas masing-masing.

 Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJK atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui  laman sosial ‘facebook’. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini.  Sesunguhnya kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya.

Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman dalam mengendalikan pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut serta dalam program ini. Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh pensyarah dan juga para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK yang berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.
Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata. Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN

Permainan Bahasa (Set induksi, Langkah 1, Langkah 2, dan Penutup)
kulit hadapan buku suku kata
kandungan dalam buku suku kata

RUJUKAN


Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, KualaLumpur:Freemind Horizons.
Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum
Permainan bahasa dalam pengajaran. (2007). Didapatkan September 2013, 2013, daripada Knowledge Park: http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html
Emeir, E. (t.t). PERMAINAN BAHASA. Didapatkan September 1, 2013, daripada Wordpress: http://afiqekie.wordpress.com/download-permainan-bahasa/
Esse, S. (2013, Januari 9). Perkataan KVK. Didapatkan September 1, 2013, daripada i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar: http://i-cikgu.blogspot.com/
Halim, H. (2013, November 4). Bahan Bantu Mengajar. Didapatkan September 1, 2013, daripada Slideshare: http://www.slideshare.net/HananieHalim/bahan-bantu-mengajar-15024683
 Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi Asas Pendidikan.Selangor: KayazanoEnterprise.
Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor:Oxford
Izan, C. (t.t). Blog Cikgu Izan. Didapatkan September 1, 2013, daripada CONTOH BAHAN BANTU BELAJAR: http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/p/bahan-bantu-belajar.html



Terbaru Lebih lama