Tiada tajuk

Definisi Ikatan dan Celupan  ( Tie and Dye)
Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.
Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.

Sejarah corak ikatan dan celupan
Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.
Tokoh 
Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.

Teknik corak ikatan dan celupan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0512/Kosmo/Stailo/st_05.1.jpg
Contoh Corak ikatan dan Celupan

Jenis ikatan                                                                      
1.    Jahitan
2.    Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek
3.    Lipatan dan ikatan
4.    Simpulan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0512/Kosmo/Stailo/st_05.2.jpg
Jenis Ikatan yang digunakan
Bahan dan alatan
Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan ialah:
1.    Kain sebaiknya kain kapas
2.    Tali, benang, gelang getah
3.    Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya
4.    Warna, dye
5.    Garam,
6.    Sudu, kayu pengacau
7.    Apron
8.    Sarung tangan
9.    Lain lap
10. Bekas untuk pewarnaan
11. Sodium silikat
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :
tie-dye t-shirt https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhpZAFLymOpC42tfN1wZIe_vUxPS1fflF5crQg0hrwAOLrGaxHeNZNH2yzursxY-3OnEk_Bou-M0pi4GS7zEDa7Q5DVeOhmSpIXQ9MRfBi0sUIMNcaDBJvXOiwXDBcJvivFGv5qyEAm87v/s320-r/koleksi.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0512/Kosmo/Stailo/st_05.3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXrG8M5I8f_fao4AP9SIkWlsPpNUzNtYG_YC0lXKShYnrie2vVLWAQkt1k8EuR5G2mldDGyd6kilgM2sgMlF2pDPS0tGljDvXmdrplOS5akr5hF531-MoqOqAhT-qjNtP77Z7Hi0DK9yPh/s320-r/whatshype_IIVC09365097_i.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3gnQ4SLKv9VB-8IHr8BLtfua7hAr5dPQIUH7jrGA8jt_v2QmXHl2F0E3mD8w4Cq0UBBuDUMyfROZbOcgphxJ8xEPY-U0xNc_QY8tWaG7J6KtM5WBkAH2f7o2E0ZCQZRYtIgCAsrBwkVuV/s320-r/whatshype_IIVC09125176_i.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl-hdyLCimIOGtPF4uO3W4U9IUKHh8yVxfdVTPaaWszBZ5h46bEfjsntOZwNyLqDUkREv7JtlXEaD_W6UVbE6NGTTLDbb72soCbN-hbiaA7MmlnJusKrBO13mrOf1oK03uf5E55Z262oFN/s320-r/whatshype_IIVC09117201_i.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV2OUACYi9hHBQCdlvN3JS8sGvFd2nqZcmVWhkLbE1fXQnceifdoohFj4IUb1aR03M7IHc1bmJEV72XA1BzHmp-w7q0KRDJfD5J8hkyQe4f-ltgmttSW0i2LjhuNbWByNBQmp0674eK1dc/s320-r/whatshype_IIVC09382271_i.jpg
Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan
Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi, kreativiti dam artistik
Untuk menghasilkan sebuah “lampu tidur” bukanlah semudah yang disangkakan. Penerapan teknik ikatan dan celupan juga boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya.
Tema bagi tugasan yang perlu disiapkan adalah ‘Hiasan Dalaman. Pada mulanya, saya agak kurang jelas mengenai tema tersebut. Tetapi setelah berbincang dalam kelas bersama pensyarah, saya telah dapat gambaran mengenai tugasan ini. Saya juga memilih “Lampu Tidur” sebagai tema hiasan dalaman untuk dihasilkan melalui teknik ikatan dan celupan.


Terbaru Lebih lama