- PENDAHULUAN
Istilah kreatif
adalah bermaksud jenis pemikiran yang spontan, bersifat baru,berimiginasi,
berani dan penemuan sainstifik yang kadang-kadang berlawan dengan
logik.MenurutKamus DEWAN(2002), kreatif didefinisikan sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru.Seseorang
yang kraetif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tersebut : bersifat
fleksibel,sensitif dan peka,gagasan idea yang tuelen, bersifat
terbuka,berfikran bebas serta logik. Seiring dengan sains dan teknologi, Bidang
Seni Lukis dapat menyumbang terhadap membina keupayaan bagi menangani
perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini dari segi kraetiviti reka
cipta. Semua benda yang terdapat di sekeliling kita adalah dipengaruhi oleh
seni dan ianya juga mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi rupa
bentuk kenderaan seperti kereta reka cipta bentuknya sangat moden dan
canggih.Secara tidak langsung ia juga akan menjadi komersial dan akan
menyumbang kepada ekonomi.Warna juga sangat berpengaruh, contohnya pengaruh
warna terhadap pakaian dan juga kediaman.Warna juga dapat mempengaruhi mood dan
emosi seseorang warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang
lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita
terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna
yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita.
Setiap individu
yang dilahirkan mempunyai kreativiti secara semulajadi.Kreativiti setiap orang
adalah berbeza mengikut idea masing-masing.Usaha dan minat dapat membuka ruang
untuk meningkatkan kemahiran dan kreativitinya.Kreativiti semulajadi akan
meransang proses pembelajaran dan ia juga dapat meneroka segenap ilmu yang
berkaitan dengan kesenian. Bidang ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang
kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial,
ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa
kini. Seni lukis juga dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni
yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
2.
DEFINISI
DAN SEJARAH SENI LUKIS
Seni lukis
adalah satu cabang dari seni rupa. Menurut dasar pengertian yang sama,seni
lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih kekal dari menggambar.Melukis
merupakan kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga
dimensi untuk mendapat kesan tertentu.Medium lukisan boleh berbentuk apa saja
seperti kanvas, kertas, papan juga bahkan filem di dalam fotografi boleh
dianggap sebagai media lukisan.Alatan yang digunakan juga terdapat dalam
pelbagai jenis,dengan syarat ianya dapat digunakan dan diberi unsure seni
kepada media tersebut.
Seni
bermaksud halus, unik, kecekapan dan kepandaian menghasilkan sesuatu manakala perkataan
lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan
‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to
drag’ iaitu aktiviti yang berhubung dengan tubuh badan. Beberapa buku
menyatakan seni lukis adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering
atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Seni
lukis juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk
dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan
bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945
menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.
Secara
langsung seni lukis adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi sejarah dan artistik.Pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka
dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika. Pada
hakikatnya seni lukis bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik
semua manusia.Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding
merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk
visualisasi.Lukisan-lukisan purba yang pernah dijumpai di gua-gua, lukisan itu menjadi
faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan dan ianya juga merupakan
simbolik. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan
tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan
dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu
penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang
gemilang. Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di
mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada
lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada
seniman dan amatur.
Seni Lukis
juga menawarkan saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan
pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan antara peribadi
dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh mempunyai pandangan sepintas
lalu ke dalam pengalaman itu. Ole itu juga ianya boleh membangkitkan memori silam. Seni lukis
berbentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau
mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan ini tidak sahaja
untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan
potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya
dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai
medium dalam pandangannya yang tersendiri.
Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya
empat kepentingan seni lukis, antaranya ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk
melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari
idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis
untuk menghasilkan satu karya yang terbaik.
Rentetan sejarah
seni lukis ialah :
a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni
Romantik, Seni Medievel
b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di
Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme
c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch
Painting
d. Abad ke-18. Aliran Romantisme
e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme,
Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveau
f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme,
Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surelesme, Abstrak Ekspresionisme
g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni
Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni
Konseptual, Seni Land.
- JENIS - JENIS SENI LUKIS
JENIS - JENIS SENI LUKIS ATAU LUKISAN :
1)
Lukisan Figuratif :
Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia
atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis.
Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah
perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
2)
Lukisan Kajian :
Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya
kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu
dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu
kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
3)
Lukisan Informasi :
Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada
pelanggan, kebiasaannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan
kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.
4)
Lukisan Teknikal :
Merupakan cabang seni lukis yang dikatakan
berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik
kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis
kenderaan dan alatan pengguna.
5)
Lukisan Konseptual :
Jarang sekali kedengaran. pelukis memerlukan
imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah
filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam
cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk
fantasi.
6)
Lukisan Artistik :
Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam
pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai
sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk
mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan
sebagainya.
7)
Lukisan Ilustrasi :
Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan
tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan,
kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis
ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.
- ELEMEN ASAS SENI LUKIS
1)
Kualiti Garisan:
Garisan merupakan elemen sangat penting dalam
sesebuah hasil karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil
lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja
dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu
Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi dapat
menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan. Contoh karya ahli teori
kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi
kepada kita.
2)
Perspektif dan proposi:
Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya
yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada
pelukis. Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan
perspektif yang betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap,
tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap.
3)
Kesan Pencahayaan:
Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik
sekiranya pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan
kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan
suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan
pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap,
pantulan cahaya dan bebayang objek.
4)
Jalinan dan Gesture:
Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna.
Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan
mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang
hendak disampaikan. Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit,
garisan bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman
intensiti ton.
5)
Corak dan reka bentuk :
Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya
lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai
contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau
menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka
bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang
menarik.
6)
Ruang:
Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan
sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya.
Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka.
Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan
iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung
kepada susun atur objek yang akan dilukis.
7)
Struktur:
Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan
menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk
struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik.
Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.
8)
Bentuk:
Kajian
bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan
struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti
bulat, empat segi, kun dan sebagainya.
- MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN
1)
Media:
Media kering yang sering digunakan ialah pensil,
arang/charcoal, berus, pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna.
Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik,
cat minyak, cat poster dan cat tempera.
2)
Teknik:
Penekanan
kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan.
Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti
dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan
mutu karya yang baik.
- TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS
6.1
Teori-teori yang melibatkan aspek
kognitif
- Teori
Gestalt
Prinsip asas teori ini meniktikberatkan keseluruhan
daripada sebahagian.Dalam ertikata lain,melihat objek secara keseluruhan
(contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat
komponen-komponen individu( tiang,lantai,dinding,pintu,tangga).Proses melihat
secara keseluruhan melibatkan proses kognitif-minda membuat anjakan daripada
memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang
menyeluruh.
- Hukum
Pragnanz
menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan
pengalaman yang baru persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
- Hukum
Persamaan(Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk
difahami.Individu ini akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan
yang mempunyai hubungkait di dalam kumpulan yang sama.
- Hukum
Keintiman (Proximity)
Menurut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap
rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan.Rangsangan-rangsangan
yang mempunyai hubungkait di anatara satu sama lain akan diletakkkan dalam
kumpulan yang sama.
- Hukum
Lengkap(Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung
untuk melatakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
- Hukum
Kesinambungan Positif( Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan
tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan
dikekalkan.Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada
masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
- Hukum
Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu
berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut
dan bukannya melihat setiap bahagian keseluran daripada objek tersebut.
- Teori
Gestalt
Mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan
konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.Di
dalam konteks pembelajaran seni visual,teori Gestalt bukan sahaja melihat
kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas
proses penghasilan produk itu sendiri.
6.2 Teori-teori yang berkaitan dengan seni lukis
seperti :
1) Teori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan,
keabadian dan kebenaran dalam kehidupan.
2) Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus
berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau menyatakan bahawa
kecantikkan hanya sementara.
3) Aristotle menolak teori ini
dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia.
4) Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seni yang berkonsepkan
keseluruhan dan kesatuan.
5) Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena
dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan
manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan
kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.
6) Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan
makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang
memperkatakan tentang objek dan makna. Seni kontemporari mula membentuk
identiti, stail dan teknik tersendiri.
7) Teori seni kontemporari Susanne K. Langer memperkenalkan tujuh konsep
seni yang meliputi bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan
imej.
8) Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam teori pendekatan
konstruktivisme. Pertama, pengajaran perlu berdasarkan
kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan
kanak-kanak untuk belajar. Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut
struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga,
pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk
memudah cara penghasilan ilmu.
9) Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori
sosial-interaksi Piaget meliputi pergerakkan, olahan,
konkrit dan formal.
10) Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman,
lengkap, kesinambungan positif dan meliputi alam
nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam alam.
7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS
Hasrat
kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,oleh itu dalam hasrat
tersebut melibatkan aspek kreatif dan inovatif.Bagi membangunkan insan yang
kreatif dan inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan matapelajaran
Pendidikan Seni Visual (KBSR) ataupun Dunia Seni Visual ( KSSR ) untuk
memperkembangkan bakat dan potensi yang ada pada setiap murid. Masa
pembelajaran diperuntukkan 1 jam bagi 1 minggu.Walaupun mata pelajaran tersebut
merupakan mata pelajaran elektif tetapi jangan dipandang remeh ataupun
mudah.Mata pelajaran ini sangat penting kerana ia juga akan menyumbang terhadap
keperluan masa depan Negara. Menurut Leonardo da
Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan
bahawa penghayatan seni yang betul adalah penting, ia akan memotivasikan kita
untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional.
Dalam bidang ini
guru perlu kreatif dan inovatif bagi merangsang minda murid-murid dalam proses
pembelajarannya.Contohnya apa yang dilihat murid di depan mata perlulah kreatif
supaya murid mempunyai daya cipta atau rekaan yang lebih maju daripada
itu.Dengan itu juga melalui aktiviti seni lukis dapat membantu murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan
ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
Integrasi seni
visual yang melibatkan aspek kinestetik, muzik dan pergerakan dengan pelajaran
yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Menurut
Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak
kiri dan kanan, seni juga membantu
pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang.Guru merupakan agen yang paling
utama untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Isi pelajaran yang disampaikan dalam
bidang seni lukis mestilah berbentuk kreativiti agar murid dapat meneroka idea
tersendiri. Matlamat dan objektif utama pembelajaran seni visual adalah murid
dapat mengenal,mereka cipta,memanipulasi bahan serta menghargai hasil kerja.Justeru
itu, guru perlu mensasarkan objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran yang perlu dicapai.
Dalam Teori
Kecergasan Manusia, menurut Gardner (1983)
mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan pelbagai, namun kebanyakkan
sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Teori
tersebut perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum supaya dapat
diserapkan dalam pendidikan seni. Menurut beliau juga manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik
pengajaran.
8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
8.1 KANAK-KANAK DAN BIDANG SENI LUKIS
Perkembangan seni kanak-kanak dapat
dilihat dari aspek perkembangan kemahiran dan kebolehan dalam bahasa tampaknya.Kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni lukis atau visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Lazimnya kanak-kanak melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka.
mereka. Hasil kerja seni lukis atau visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Lazimnya kanak-kanak melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka.
8.2 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
Teori perkembangan artistik menurut Hurwiltz dan Day
a)
Peringkat
Manipulatif atau zaman kanak-kanak (2-4 tahun)
Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan
pada pergerakan tangan..Lukisan yang selalu dihasilkan juga tidak terkawal dan
banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.
Ia juga tidak bersifat realistic dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi
menggambarkan sesuatu imej.Terdapat empat peringkat contengan garisan tidak
terkawal,contengan garisan terkawal,contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
b)
Peringkat
Membuat Simbol(6-9 Tahun)
Kanak-kanak mula beralih ke peringkat
menghasilkan symbol.Pada peringkat ini,kanak-kanak sangat terpengaruh dengan
keadaan sekelilingnya.
c)
Pra-Remaja(10-13
Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis
figura dengan saiz yang betul.Lukisan figura pula mula dilukis dengan
menitikberatkan daya saiz sebenar objek.
8.3 KEPENTINGAN
BIDANG SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(a) Melukis
sebagai Medium Komunikasi
Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis
merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui
lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatanotot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.
kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej
yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis,
kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
8.4 BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU
PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga
dapat megembangkan bakat.Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat
menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni
lukis jike diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti
kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung
jalinkan emosi,sosial dan nilai estetika.Lukisan merupakan simboli grafik awal
bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling mereka.Proses
estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat,iaitu
proses penajaman daya intuisi,persepsi,imiginasi dan konsepsi.Jika
matapelajaran ini diajar dengan baik, ia
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu
persekitaran yang memberi kesan kepada mereka.
Dengan itu ia membolehkan
kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui
interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.Kanak-kanak mesti diberi peluang
untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan
kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa
pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai
proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Hasrat pendidikan seni visual dilaksanakan di sekolah rendah bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka
melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat
yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka.Kita
juga mengerti bahawa tahap perkembangan
kanak-kanak adalah berbeza.Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni lukis
berupaya memberikan ransangan dan pembangunan serta perkembangan dari pelbagai
aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai
dan dilihat daripada aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek
sosial dan emosi.
Perkembangan
kanak-kanak dari aspek :
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan
bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan
alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan
projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan
proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek
Persepsi
Murid
boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh
berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di
dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Lukis
Menurut Victor Lowenfeld dan Brittain (1986)
telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan
subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan
kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau
juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui
cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah
menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada
kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif
diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semulajadi.
Aktiviti seni yang
memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi,
intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan
pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran
kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.
Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni
Sejak
lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi.Kanak-kanak akan
menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya.Dengan ini kanak-kanak akan
meneroka ilmu melalui perkembangan psikomotor dan kognitifnya.Seni visual,
muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti
seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman
serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.
9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA
Pengajaran seni lukis dapat mendidik kanak-kanak terhadap kepelbagaian
budaya di Malaysia.Penerapan nilai-nilai seni dan nilai-nilai murni oleh guru
dapat murid dapat menghargai hasil kesenian.
Pendekatan konstruktivisme
membimbing kanak-kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Menurut
Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalam pendekatan ini. Prinsip yang pertama,
pengajaran perlu mengikut urutan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Prinsip
kedua, pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk membantu kanak-kanak
mendapat ilmu. Prinsip yang ketiga,berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman murid, guru boleh meminta murid menggambar mana-mana budaya yang
mereka tahu. Contohnya,murid diminta untuk menghasilkan gambar suasana perayaan.
Oleh itu mereka akan membayangkan
pelbagai budaya di Malaysia dan ini akan meningkatkan kesedaran tentang
kepelbagaian budaya di Malaysia.
Penerapan nilai kebudayaan kalangan murid yang terdapat di Malaysia
dapat melahirkan generasi yang
menghargai tentang nilai seni,kebudayaan dan warisan yang unik. Dengan
menggunakan teknik seni lukis juga, guru boleh mendedahkan tentang perihal
kepelbagaian budaya di Malaysia secara langsung dan tidak langsung dalam bentuk
yang mudah difahami. Contohnya guru meminta murid mewarna lukisan yang
mempamerkan kebudayaan di Malaysia seperti gambar beberapa orang pelbagai
bangsa yang memakai baju tradisional masing-masing. Oleh yang demikian,ia akan
menambah pengetahuan dan kesedaran mereka juga berkaitan kebudayaan, malah
menjana pemikiran kreatif mereka.
Menurut teori sosial-interaksi Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu pengetahuan kanak-kanak perlu dibina
melalui pengalaman.Guru harus menjadi pembimbing semasa proses pembelajaran untuk meningkatkan
daya kreativiti kanak-kanak tersebut. Pengetahuan sedia ada mereka masih tidak
mencukupi, kreativiti mereka perlu ditingkatkan agar hasil kerja yang dihasilkan
lebih canggih.Oleh tu,kanak-kanak perlu dibimbing untuk membina pengetahuan
secara aktif melalui pengalaman masing-masing. Secara tidak langsung juga dalam
bidang seni lukis guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang
ada di Malaysia. Di samping itu juga kanak-kanak mendapat pengetahuan dengan
bantuan interaksi sosial bersama rakan-rakan dan gurunya mengenai kepelbagaian
budaya.
Menurut teori Multiple Creative Talent diperkenalkan
oleh Calvin W Taylor. Beliau menyatakan bukan semua individu dikurnia dengan bakat
yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru
merangsang pemikiran mereka. Oleh itu melnerusi bidang seni lukis, guru secara
tidak langsung boleh merangsang pemikiran dan kesedaran kanak-kanak mengenai
budaya yang ada di Malaysia.Melalui aktiviti seni lukis yang dilaksanakan juga
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera secara
menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Dengan ini mereka dapat menzahirkan
pengetahuan mengenai kebudayaan melalui lukisan.
Melalui bidang seni lukis
warisan, seni budaya negara dapat juga dipupuk,
dipulihara dan dikekalkan supaya tidak ditelan zaman.Di samping itu juga dapat memupuk
semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan
selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Bidang seni lukis
bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, malah ia juga perlu dianggap
sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Seni lukis juga boleh dianggap sebagai sistem yang membolehkan kanak-kanak
berkongsi pengalaman di samping mengenali seni kebudayaan di Malaysia yang
perlu diwarisi.
Kurikulum pendidikan seni
visual yang mempunyai unsur nilai dalam melalui aspresiasi seni yang memupuk
dan meningkatkan kepelbagaian budaya Malaysia contohnya dalam bidang seni kraf
dan tradisional ia merupakan bidang yang perlu menjadi warisan masyarakat
Malaysia. Seni kraf yang perlu diperkenalkan dan diwarisi seperti
anyaman,ukiran,wau,batik dan lain-lain lagi.Dalam bidang seni dalam kehidupan,
objektifnya jelas mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai
dalam hasil seni. Dalam bidang Reka Bentuk Rumah Tradisional, objektifnya adalah
memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah
di negara ini.
Pengajaran dan pembelajaran
bidang seni lukis juga menyokong hasrat kerajaan Malaysia :
i. Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang
berbudaya, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan
tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara serta Gagasan 1Malaysia.
ii. Sebagai langkah penerusan dan pengembangan seni dan
budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
yang merupakan warisan bersama.
iii. Membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia
untuk mencerminkan semangat 1Malaysia.
iv. Memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai
jati diri melalui aktiviti seni lukis yang dijalankan.
v. Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat.
vi. Memperluaskan kegiatan seni dan budaya serta
merangkumi kegiatan seni sebagai sebuah
kerjaya pilihan untuk masyarakat dalam bidang seni dan budaya sebagai
sektor yang menyumbangkepada ekonomi dan kesejahteraan negara.
Secara
keseluruhannya bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapat meningkatkan
kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangku sekolah
lagi.Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanak
kerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan
inovatif pada masa akan datang.Di samping itu juga ia dapat menyumbang kepada
masa depan Negara khususnya dalam bidang ekonomi ataupun pelancongan.
10 RUMUSAN
Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai ciri
keistimewaan yang tersendiri.Malah manusia mempunyai kebolehan yang
berbeza-beza tidak sama dengan orang lain.Dengan bakat yang dimiliki
kanak-kanak perlu meneroka dan mengembangkan bakatnya secara menyeluruh.Bidang
seni kreatif dapat membantu kanak-kanak mengembangkan bakatnya.Secara tidak
lansung bakat yang dikembangkannya itu suatu hari nanti menjadi keperluan
kepada Negara dan ia menjadi bidang yang komersial.Selain itu juga bidang seni
lukis dapat mengembangkan pemikran kanak-kanak.
Seni lukis juga meningkatkan tahap kesedaran kanak-kanak terhadap
kepelbagaian budaya di Malaysia,di samping dapat menghargai segenap warisan dan
kebudayaan. Oleh yang demikian juga,mereka dapat mengenali asal usul diri
mereka juga dapat ketahui tentang sejarah yang terdapat di Malaysia.
Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat
kanak-kanak.Guru perlu merangsang minda kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai
teknik,kaedah dan juga strategi.Dengan itu,kanak-kanak dapat meningkatkan bakat
dan kemahirannya menjurus kepada bidang seni.Guru perlu menitik beratkan hal
ini kerana ia melibatkan masa depan negara juga.Oleh itu guru tidak seharusnya
memandang remeh terhadap bidang ini.
11. BIBLIOGRAFI
1.
Dokumen
Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 dan Tahun 2, Kementerian Pelajaran
Malaysia ( 2011 ).
2.
Ee
Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ), Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
3.
Modul
KAE 3013, Kreativiti Kanak-kanak ( 2011 ), Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.
4.
Mok
Soon Sang, Perkembangan Kanak-Kanak ( 2009 ), Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd,
Selangor.
5.
Mohd.Azhar
Abd.Hamid, Mohd.Nasir Markom, Othman A.Kassim, Permainan Kreatif Untuk Guru
& Jurulatih ( 2004 ), PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd
6. Kementerian Pendidikan Malaysia,
Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K. L., 1979