Analisis

Analisis (Noor Afifah Azizan)

 Berdasarkan portfolio yang telah disediakan, apa yang saya dapati ialah penekanan terhadap penulisan dalam bahasa Melayu perlu diberi tumpuan terutama kepada murid-murid pada peringkat awal. Hal ini kerana tahap literasi bahasa Melayu merupakan langkah awal untuk mengembangkan perkembangan awal kanak-kanak. Sesungguhnya, mereka perlu didedahkan kepada kepentingan penulisan bukan hanya untuk peperiksaan tetapi untuk meluahkan perasaan dan penulisan merupakan satu cara untuk berkomunikasi.

Malahan, pendedahan terhadap penulisan perlu ditanam dan dipupuk daripada usia yang muda lagi. Penulisan juga harus dilihat sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan dan bukannya sebagai satu bentuk peperiksaan. Selain itu, guru perlu memperkenalkan aktiviti-aktiviti penulisan yang berbentuk kooperatif dan koloboratif di mana aktiviti penulisan dijalankan dalam kumpulan. Dengan melibatkan diri dengan aktiviti sebegini, pelajar akan berasa keseronokanberkongsi maklumat dalam kumpulan dan bukannya membuat tugasan sendirian. Hasil penulisan berkumpulan ini adalah dalam bentuk projek atau folio.

Pendekatan yang digunakan oleh guru juga memerlukan satu anjakan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan berbentuk proses. Dalam pendekatan ini, proses penulisan dibahagikan kepada tiga: pra-penulisan, penulisan dan pasca penulisan. Di peringkat pra penulisan, pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti untuk menjana maklumat sebelum mereka mula menulis. Dengan adanya aktiviti pra penulisan, pelajar tidak perlu risau akan ketiadaan idea untuk menulis kerana dengan bantuan guru dan rakan mereka mengumpulkan maklumat yang bersesuaian dengan topik penulisan. Di peringkat pra penulisan ini wujud pembelajaran berdaya fikir kerana berlaku interaksi antara pelajar untuk berkongsi dan mengembangkan maklumat. Di peringkat pasca penulisan pula, pelajar akan diberi masa untuk memperbaiki penulisan mereka dengan bantuan guru dan rakan.

Untuk memupuk minat terhadap penggunaan bahasa Inggeris, pelajar perlu didedahkan kepada aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kelas yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah Kem Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Melayu dan sebagainya. Untuk murid pelajar supaya lebih berfikiran kritikal, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu berganjak daripada berpusatkan kepada guru kepada berpusatkan pelajar.

Pendekatan ini akan melatih pelajar supaya tidak bergantung kepada guru sebagai sumber maklumat. Pemikiran kritikal adalah sangat penting dalam penulisan sesuatu topik. Pelajar perlu berupaya melontarkan pendapat mereka agar penulisan mereka lebih menarik dan bernas. Dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan, tajuk penulisan adalah sangat penting. Untuk memastikan pelajar dapat menulis dengan baik dan penuh minat, tajuk-tajuk penulisan yang diberikan kepada pelajar perlu dipelbagaikan dan juga perlu bersesuaian dengan minat dan tahap pelajar. Di samping itu, pelabagai genre penulisan perlu didedahkan kepada pelajar. Genre penulisan seperti naratif, deskriptif, kreatif dan sebagainya perlu diberikan kepada pelajar bersesuaian dengan tahap pencapaian Bahasa Melayu mereka.

Malahan, pengajaran dalam seni visual dan seni muzik juga penting untuk menarik dan merangsang tindak balas murid untuk lebih memahami dan mempupuk minat untuk mengetahui benda-benda yang baharu. Justeru, sebagai guru perlu bijak untuk mencari alternatif lain supaya aktivti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas lebih menarik.

Terbaru Lebih lama