AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2


Standard Kandungan
2.5       Membaca dan memahami, menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul

Standard Pembelajaran
1.1.  Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul
1.2.  Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul
1.3.  Membaca, memahami dan menaaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul


Tajuk :                       Pemuliharaan Alam Sekitar
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Membaca Poster

1.         Murid diminta untuk membaca perkataan pada poster mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar’ yang diberi.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiERc08XJOQZ2bSqiLjy7Y6kRGmCei2OWquyhnmGqOl5rRMG_v896iTi85ESkwjLqYrHD-ZENjXLLPdbQrrADk-eNWTVZ3v20EqvCSYdW637EPvqYlycZNiMdbE3Jx2Clqw67soAfF1nvI/s1600/pemuliharaan-alam-sekitar+%25281%2529.jpg

   
2.            Murid membaca perkataan yang terdapat di dalam poster dengan sebutan yang betul



Membaca teks

1.         Murid membaca teks “Pemuliharaan Alam Sekitar” pada poster yang ditayangkan oleh guru secara beramai-ramai.
2.         Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.         Beberapa orang murid diminta membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4.         Murid dibimbing membaca dan memahami berkaitan dengan
‘Pemuliharaan Alam Sekitar’

Membaca catatan perbincangan


1.         Murid diagihkan dalam beberapa kumpulan. Guru memberikan tugasan di dalam kumpulan untuk murid membezakan kain songket dahulu dan sekarang berdasarkan teks.

2.         Murid mencatat hasil perbincangan pada lembaran kerja yang diberi.

3.         Murid membaca hasil perbincangan kumpulan tentang perbezaan kain songket dahulu dan sekarang.

4.         Murid diminta menyenaraikan  2 barangan yang boleh dihasilkan menggunakan kain songket.



Membaca maklumat daripada iklan

1.         Secara kumpulan, murid berbincang dan menulis pengumuman berbentuk iklan.


2.         Murid mempamerkan dan membacakan maklumat yang tercatat pada iklan yang telah dihasilkan
Terbaru Lebih lama