INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
ILMU KHAS
Jalan Yaakob Latiff, 56000, Bandar Tun Razak, Kuala
Lumpur
03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks)
JABATAN
ILMU PENDIDIKAN
PROGRAM PERSEDIAAN SARJANA MUDA
PERGURUAN
PPISMP SEMESTER 3
PENGHANTAR PENDIDIKAN
1
PENGHARGAAN
Salam
sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan kerja kursus Penghantar Pendidikan bagi tahun 2012 dalam semester
ketiga saya. Dalam kerja kursus penghantar Pendidikan kali ini, saya telah
ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan komunikasi
khalayak/lisan dalam bentuk pengurusan grafik.
Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk menerangkan Falsafah
Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di
samping itu, saya juga diminta membuat penulisan tentang implikasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada terhadap pendidikan
di negara kita. Saya juga menyiapkan
hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke
perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan
saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing
saya dalammelaksanakan tugasan ini.
Saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk
melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih
kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Khususnya kepada ibu bapa yang telah
banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa
tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku
programnya. Semoga tuan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat
cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.
Melalui
tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
konsep falsah dengan lebih mendalam.
Segala tunjuk ajar tuan tidak
akan saya lupakan.
Sekian
terima kasih.
2 PENGENALAN
Istilah falsafah berasal daripada dua
perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala
Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna
kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan.
Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah
diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains.
Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap
perkara yang belum tepat dibukti.
E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh
ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap
perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah
untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai
pendidikan.
Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff
dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan
asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya
juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya
juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk
mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau
pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara
saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti
kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan.
3 TUGASAN
1
3.1 KONSEP
FALSAFAH
3.1.1 FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
“Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.”
Dalam konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988, menerangkan mengenai tentang aktiviti
pendidikan di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Negara (FPN). FPK menerangkan matlamat pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan individu yang berilmu.
FPK berfungsi untuk mentukan arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan. Matlamat FPK adalah melahirkan individu yang baik dan sempurna
supaya menjadi warganegara yang baik dan berguna. Justeru ia berperanan untuk
melahirkan rakyat malaysia yang sempurna.
Selain daripada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan seimbang, adalah melalui proses pendidikan, malaysia
dapat mencapai matlamat pendidikannya. Ia juga satu usaha untuk memperkembangkann
potensi individu yang harmonis dan seimbang berdasasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bukan sahaja mengejar pangkat atau taraf pendidikan, tetapi bertujuan untuk
pembangunan diri yang seimbang dan menyeluruh untuk melahirkan insan yang
bertanggungjawab, berilmu, berakhalak mulia dan berbakti kepada negara
terutamanya.
3.1.1.1 IMPLIKASI
FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
banyak memeri implikasi terhadap kepada sistem pendidikan
negara. Kini terbukti, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah berjaya
merevolusikan sistem pendidikan dalam tiga cabang utama iatu Kurikulum, Pendidik dan Institusi Pendidikan itu sendiri.
Pertama, dari segi kukurikulum nilai-nilai
positif telah diselitkan dalam semua mata pelajaran agar melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dengan berpaksikan kepada tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Negara maka perubahan sukatan pelajaran telah dilaraskan untuk
berorientasikan kepada program bersepadu. Bahkan,sistem pendidikan juga telah
dilaraskan untuk berorientasikan kepada pendidikan umum di mana bidang
vokasional dan teknologi telah diserap masuk dalam sukatan pelajaran.
Seterusnya,
pendidik memainkan peranan penting dalam menjayakan FPK. Professioalisme
pendidik dan sikap turut berubah untuk fokus kepada tugas sejajar dengan elemen
dan dasar Falsafah Pendidikan Negara. Ini meliputi perubahan sikap peribadi
pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk
merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan
professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai terutamanya
dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Telekomunikasi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan
serta berakhlak mulia dengan bersedia menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru.
Malahan berani untuk melaksanakan inovasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah.
Akhir, Institut Pendidikan. Perubahan
organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang mengkut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Negara. Ini
meliputi perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan
jasmani, (JERIS) secara menyeluruh dan
seimbang. Budaya dan iklim yang kondusif turut dipupuk untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan menyimbangi dengan nilai-nilai yang
positif dalam diri mereka. Bahkan pembentukan modal insan diberikan penekanan
supaya dapat melahirkan generasi muda yang yang menjadi individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu,
kemahiran, masa dan tenaga mereka untuk kelurga, masyarakat dan negara.
Sebagai konklusinya, jelas bahawa seorang
setiap pendidik perlu berpegang kepada
Falsafah Pendidikan Guru (FPK) dalam melaksankan sebarang tugasan mahupun
tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara
akan menjadi satu kenyataan bukannya tangan kosong semata-mata.
3.1.2 FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU (FPG)
“Guru yang beperkerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjujung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”
FPG pula berperanan menghasilkan guru yang
berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku
apabila menguasai kemahiran dan amalan keguruan, serta berupaya mencapai
kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
3.1.2.1 IMPLIKASI
FALSFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
Peranan guru sebagai pendidik ialah guru
hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata
pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR
dan KSSR serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Khususnya, melahirkan guru yang
cemerlang dari segi JERI; jasmani, emosi. Rohani dan intelek .bertanggungjawab
dan sentiasa menyempurnakan tugas dan berdisiplin tinggi.
Bahkan seorang guru perlu mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru,
khasnya mengembangkan individu dan setiap profession mematuhi sesuatu kod etika
yang ditentukan oleh organisasi profession
itu. Malahan, setiap ahli akan bertanggungjawab
terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya serta
mempunyai daya kepimpinan supaya boleh berpengaruh ke atas orang lain. Selain
itu, guru peka kepada aspirasi bangsa,masyarakat dan Negara. Malahan, guru akan mempunyai paras tenaga yang tinggi
dan mempunyai stamina.oleh yang demikian daripada itu juga mempunyai tenaga
mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan
pertambahan tugas.
4 TUGASAN
2 : AKTIVITI
4.1 KEJOHANAN
OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)
Kejohanan Olaharaga Tahunan (KOT) turut
dilaksanakan di IPG. Aktiviti memberikan pengalaman tentang ilmu, kemahiran,
bimbingan serta latihan yang merupakan salah satu nilai untuk meningkatkan
kecemerlangan diri.
Dalam akitiviti ini, kemahiran kepimpinan
dapat dilahirkan melalui bimbingan serta tunjuk ajar dari orang yang lebih
berpengalaman. Ini dapat dilihat apabila
guru pelatih diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majlis besar seperti ini
dengan perancangan dari segi masa dan jadual pelaksanaan secara bekerjasama.
Ini merupakan asas ke arah pembentukan semagat berpasukan yang menjadi teras
kejayaan sesebuah organisasi.
KOT bertujuan melahirkan individu yang
seimbang, cergas dan sihat serta menjamin perkembangan individu berdasarkan
aspek JERIS; jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini akan melahirkan
seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik apabila membuat urusan dengan
orang lain. Tidak kira di sekolah sahaja malahan di luar.Di samping itu
aktiviti ini juga justeru melahirkan atlit yang berbakat serta mengharumkan
nama IPG seterusnya negara.
Amalan
berbudi bahasa, bersopan, berdisplin bermoral dan sebagainya turut dapat
diselitkan selaras dengan elemen FPG yang beperkerti mulia. Selain itu,
melahirkan guru berstamina dan bertanggungjawab dan sering melaksanakan tugasan
yang diberi dengan sebaiknya sejajar dengan hasrat negara..
4.2 IPG
LESTARI
IPG Lestari juga merupakan salah satu
aktiviti yang dijalankan di Kampus Ilmu Khas ini adalah sebuah langkah yang
proaktif untuk memberi pendidikan kepada para warga kampus untuk melatih dan
menyedar kepada warga kampus untuk menyangi tumbuh-tumbuhan dengan menanam
pokok di dalam kawasan kampus mengikut kelas secara beramai-ramai.
Program ini berkait rapat dengan Falasafah
Pendidikan Guru (FPG) apabila memelihara masyarakat yang bersatu padu,
berdemokratik, progresif dan berdisplin. Ini akan menjamin perkembangan
individu apabila guru berperanan sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan
yang dinamik yang berkait rapat dengan falsafah metafizik.
Selain itu, dalam program ini juga diselitkan
dengan hari tanpa polistren serta program kitar semula yang diadakan di setiap
blok pendidikan. Asrama juga tidak terkecuali dalam program ini. Matlamat
program seperti ini diadakan adala untuk mengelakkan pembaziran dalam kalangan
warga yang selalu menggunakan plastik dan polistren apabila membeli makanan di
cafe.
Justeru, FPG ini mampu mengubah setiap warga
kampus supaya berpandangan progesif dan saintifik mengenai keburukan dan
kebaikan program yang dijalankan berkaitan dengan IPG Lestari dengan berkembang
mengikut peredaran zaman yang kini memeberi penekanan kepada sains dan
teknologi untuk menjaga alam sekitar.
Rasionalnya, IPG Lestari ini lebih
menitikberatkan kepada displin, pengetahuan dan keperihatinan mengenai isu
semasa yang amat dirisaukan di seluruh dunia tentang bumi yang kian merosot
akibat perbuatan manusia yang kurang perihatin terhadap kepentingan menjaga
alam sekitar dengan sebaiknya. Ini dapat melahirkan guru pelatih yang perihatin
dan menitikberatkan kepetingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar di
sekolah dengan lebih menarik dengan aktiviti yang dapat diselitkan dalam
pembelajaran dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
4.3 PAMERAN
GURIS
Pameran G.U.R.I.S merupakan suatu program
yang mantap dalam melahirkan guru yang berkualiti sebagai seorang insan yang
aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum, tetapi juga kokurikulum. Ini juga
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) yang ingin menghasilkan bakal pendidik yang sihat dari segi intelek
dan juga rohani.
Malahan, pameran ini juga bertujuan
melahirkan seorang guru pelatih yang berpengalaman serta kreatif dalam mengadakan
sesebuah aktiviti seperti pameran ini untuk menarik perhatian para pelajar
serta berkemahiran dalam melaksanakan penyuntingan bahan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). Program ini juga
melibatkan semua warga kampus termasuk kakitangan.
Matlamat program ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran terutamanya dalam
mengendalikan sesebuah program besar yang melibatkan ramai orang. Ini akan
memberikan pendidikan dan latihan berhadapan dengan orang ramai supaya kelak
apabila di sekolah mereka tidak kaku untuk berhdapan dalam situasi sebegini.
Rasionalnya, Pameran G.U.R.I.S ini lebih
menekankan kepada kemahiran, latihan dan pengetahuan menegenai bidang seni yang
berhubung dengan kehidupan seharian kita lebih mendalam secara seimbang dan
menyeluruh dengan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
di dalam setiap warga IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Di
samping itu, program ini merupakan suatu langkah bagi menaiktaraf kefahaman
pelajar terhadap betapa pentingnya pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ini juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang
guru dan juga bakal guru. Dalam kalangan guru pelatih, ia adalah satu kelebihan
agar dapat disemai dalam diri dan juga dicurahkan ilmu ini kepada generasi akan
datang.
4.4 SAMBUTAN
HARI GURU
Seterusnya, Sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei
dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis
Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan
Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Hubungkait sambutan hari guru ialah
melahirkan guru yang progresif dan bersedia menyanjung aspirasi negara. Dalam
program ini diterapkan dengan nilai-nilai murni dengan menghargai tokoh-tokoh
yang banyak memeberi sumbangan kepada negara dalam dunia pendidikan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk
menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan
integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat dengan
menghargai jasa-jasa mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat demi melahirkan
generasi bijak pandai.
Melalui sambutan ini , guru akan lebih
bersifat patrotisme terhadap negara dan menyumbang bakti kepada negara tercinta
untuk melahirkan generai muda yang berilmu. kesimpulannya, Ini akan menunjukkan
ciri-ciri guru yang berdedikasi dan pemangkin kepada warisan budaya.
4.5
SEMINAR KESIHATAN
Seminar kesihatan merupakan program yang
selalu diadakan institut yang diadakan banyak
memberikan manfaat kepada warga institut. Antaranya memberikan ilmu pengetahuan yang
mendalam, khasnya mengenai kesihatan yang jarang kita dengar yang disampaikan
oleh golongan yang bertauliah. Selain itu kita boleh membuat pmeriksaan
kesihatan secara percuma sewaktu berlangsungnya seminar kesihatan.
Pekerti yang mulia merujuk kepada sahsiah
seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu
terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi
keperibadian guru. Antara sahsiah yang
boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan
bermoral. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap
misalnya membuang sampah dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi
teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang baru
meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Elemen ini berkait rapat dengan Elemen FPK:
Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia.
5
REFLEKSI
Dengan berakhirnya tugasan ini, saya
mendapati telah mengetahui dan mendalami tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Jujur saya katakan sebelum ini saya
kurang memahami apa itu FPK dan FPG mungkin disebabkan kurang didedahkan
mengenai falsafah ini di sekolah. Kini, setelah dibantu dan diberi taklimat
serta penerangan yang mendalam daripada pensyarah pembimbing saya dapat jayakan
tugasan ini seperti tarikh yang telah ditetapkan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya
telah mengkaji elemen yang terkandung dalam FPK dan FPG yang saling berkait
rapat dalam pembentukan pendidikan negara kita. Saya juga telah mengetahui
sejarah FPK ditubuhkan. Sepanjang menjalankan tugasan ini saya banyak bertanya
kepada para guru pelatih terutamanya kepada yang arif tentang FPK dan FPG ini.
Dengan bantuan mereka sedikit sebanyak dapat menyelesaikan permasalahan saya di
dalam kerja kursus pada kali ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sanggup menemani dan sudi berkongsi serta bertukar-tukar
maklumat dalam melaksanakan tugasan ini.
Oleh yang demikian, saya telah mengenali
serta memahami setiap aktiviti yang dijalankan di IPG adalah berkait rapat
dengan FPK dan FPG untuk memupuk setiap matlamat yang terkandung dalam falsafah
ini dalam setiap individu guru pelatih. Dengan izin Allah S.W.T saya dapat
membawa dan melaksanakan aktiviti ini dengan menerapkan unsur-unsur FPK dan FPG
di sekolah kelak. Justeru, tugasan ini membantu saya memupuk minat untuk
mendalami subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Sebagai seorang guru pelatih, saya berbangga
kerana dapat mengetahui FPK dan FPG secara mendalam yang cuba diselitkan oleh
pihak kampus untuk melahirkan para guru yang mempunyai nilai yang tinggi dalam
dunia pendidikan khususnya. Di sini saya memahami seorang guru mempunyai daya
keterampilan yang tinggi kerana para murid-murid menjadikan kita sebagi idola
mereka.
Pada pendapat saya dalam dunia yang serba
berkembang maju pesat ini, sejajar dengan hasrat falsafah yang ingin melahirkan
guru yang progresif kita hendaklah mendalami kemajuan teknologi dan sains
kerana pada era kini, masyarakat lebih banyak menggunakan teknolgi dalam
kehidupan mereka di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Justeru, berdasarkan kepada semua huraian
diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan
FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah,
ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal
insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan
sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan
membina modal insan yang berkualiti.
Konklusinya, kita perlu mampu untuk berfikir
secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah
amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
6 RUJUKAN
Keow, C. l. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Makaysia.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiaman Sdn Bhd.
Malaysia, P. N. (2001). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Sang, M. S. (2004). Penghantar
Pendidikan Subang Jaya. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ting Len Siong, D. H. (2007). Ingin
Menjadi Guru. Puchong: Print Seope Sdn. Bhd.