Matematik Statistik

1       PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur kami ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus Matematik  bagi tahun 2012 dalam semester ketiga kami. Dalam kerja kursus Matematik kali ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan menganalisi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. 

Kami menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Encik Alias, pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing kami dalammelaksanakan tugasan ini.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu kami dan yang sanggup bersama kami dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya  kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini kami berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya.  Semoga  tuan dapat memaafkan kami  jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan kami

Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui pengumpulan data  dengan lebih mendalam.  Segala tunjuk ajar  tidak akan kami lupakan.

Sekian terima kasih.


2       PENDAHULUAN


Tugasan ini berkaitan dengan statistik yang melibatkan pengumpulan data-data atau maklumat. Data tersebut akan disusun kemudiannya mengkehendaki pelajar membuat visual bagi mewakili data tersebut. Seterusnya, dalam tugasan ini juga terdapat analisis-analisis setiap statistik data yang telah dikumpul.

            Tugasan ini membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran mengumpul, mengurus dan mempersembahkan data visual yang sesuai serta menarik seterusnya mendokumentasikan dapatan kajian. Dalam kata lain, tugasan ini dilaksanakan agar pelajar dapat mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian terutamanya yang melibatkan statistik.

            Tugasan yang telah kami hasilkan ini adalah berkaitan dengan statistik aktiviti yang gemar dilakukan oleh pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Tugasan ini mengandungi latar belakang kajian, kaedah pengumpulan data yang kami gunakan persembahan data dalam tiga bentuk visual yang berbeza dan penganalisian data. Selain itu, tugasan ini juga mengandungi kesimpulan daripada data-data yang telah kami laksanakan, rujukan serta refleksi setiap ahli kumpulan.

3       PENGENALAN

Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.  Webster’s Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik”.  Dari sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus ini.  Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya.  Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.  Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya.

Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data.  Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka.  Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka.  Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian.Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. 

Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.  Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian.  Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data.  Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik di dalam menganalisis data.

Berikut merupakan beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik:
·                     Sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data.
·                     Cabang metematik
·                     Kursus pengajian
·                     Kenyataan dan angka
·                     Pengukuran yang diambil dari sampel
·                     Jenis taburan yang digunakan untuk menganalisis data.

4       LATAR BELAKANG KAJIAN


Kajian ini dilakukan melalui soal selidik dengan mengedarkan satu borang kepada pelajar IPG kampus Ilmu Khas untuk memilih aktiviti yang gemar dilakukan pada waktu lapang terutamanya di masa petang. Selain daripada itu, membolehkan kami untuk membuat analisis tentang aktiviti-aktiviti yang digemari oleh para pelajar. Borang soal selidik telah diedarkan oleh kami sekumpulan di semua jabatan.
Tindak balas mengisi borang adalah sangat positif untuk menyatakan aktiviti yang gemar mereka lakukan pada waktu petang. Dengan itu, borang soal selidik yang diedarkan memudahkan kami untuk membuat kajian dan jadual mengenai aktiviti-aktiviti yang berkenaan.
Tujuan borang soal selidik ini dilakukan adalah untuk membuat analisis mengenai aktiviti-aktiviti pelajar IPG kampus Ilmu Khas pada waktu petang. Selain itu juga, dengan adanya jadual dan analisis mengenai aktiviti-aktiviti tersebut, sesetengah pihak dapat mengambil langkah dan inisiatif dalam menambah baik ataupun membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

a.     Kaedah pengumpulan maklumat


Dalam tugasan matematik statistik ini, kami dikehendaki untuk membuat analisis dengan menggunakan kaedah borang kaji selidik. Apa yang dikatakan dengan penyelidikan adalah tugasan dalam menyediakan satu soal slidik untuk tujuan pengumpulan data. Borang soal selidik yang dibuat dinilai oleh beberapa responden bagi mengenal pasti kesilapan pada soalan dan bahasa yang digunakan. Setelah kesalahan pada soalan dan bahasa dikenal pasti, maka pembetulan akan dibuat.
Secara umumnya, borang soal selidik yang telah kami lakukan merangkumi bebarapa bahagian yang merangkumi perkara-perkara berikut :
Bahagian A : Tajuk borang soal selidikBahaian B : pengenalan terhadap borang kaji selidikBahgian C  : ArahanBahagian D : Pilihan aktivitiBahagian E : Cadangan ataupun komen

Pihak responden dikehendaki untuk memilih satu daripada aktiviti yang disenaraikan dengan menandakannya mengikut arahan yang diberikan. Secara amnya, data yang akan dikumpulkan dalam penyelidikan ini boleh diklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu sumber skunder dan sumber primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian yang dibuat. Walaubagaimanapun, penelitian dan pemilihan ke atas data yang dikumpulkan perlu dilakukan secara terperinci disebabkan tidak semua data-data tersebut digunakan.

Borang soal selidik yang telah disediakan diedarkan kepada responden yang berkaitan melalui pos dan serahan tangan. Tempoh masa yang diambil bagi penghantaran dan pengumpulan balik borang soal selidik adalah lingkungan dua bulan, tetapi kumpulan kami hanya mengambil masa selama seminggu sahaja untuk membuat borang kaji selidik kerana ingin membuat anilisis secepat mungkin dan akan dihantar pada pensyarah. Sebanyak 60 responden dapat dikumpul berdasarkan borang soal selidik yang berjaya kami selidiki. Responden adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berada didalam IPG Kampus Ilmu Khas sahaja.

Setelah itu, data-data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dikumpulkan serta disusun untuk tujuan analisis. Data-data tersebut dibahagikan mengikut kategori atau jenis yang sesuai.Selepas itu, komputer akan digunakan untuk proses analisis data bagi tujuan mendapatkan kekerapan, purata dan peratusan sepertimana yang diarahkan untuk tugasan yang diberikan.

Penganalisisan data bertujuan untuk memperolehi maklumat yang berguna bagi mencapai objektif penyelidikan. Biasanya, data-data akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik seperti kekerapan, purata dan peratusan yang terdapat dalam perisian komputer tertentu. Antara perisian komputer yang digunakan untuk tujuan penganalisisan ini ialah statistical package for social science (SPSS).

Secara amnya, analisis bagi data yang dikumpulkan dibahagi kepada dua bahagian iaitu analisis awalan dan analisis terperinci. Analisis   awalan meliputi analisis terhadap latar belakang responden, manakala analisis terperinci pula akan dibuat terhadap masalah-masala yang akan dihadapi oleh pihak responden untuk tujuan penyelidikan yang dijalankan.

Pada umumnya, terdapat pelbagai kaedah statistik dan matematik yang boleh diaplikasikan untuk tujuan penganalisisan data, misalnya kaedah kolerasi, penetuan min atau purata, penentuan sisihan piawaian dan sebagainya. Akhir sekali, perisian komputer digunakan dalam proses penganalisisan. Antara perisian komputer yang digunakan bagi proses analisis data-data yang dikumpulkan. Hasilnya, lihat pada analisis data dan juga perbincangan yang telah dibuat.


6       PERSEMBAHAN DATA


Kami telah membuat jadual untuk menunjukkan aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar IPGM Kampus Ilmu Khas,iaitu minat guru pelatih untuk melakukan aktiviti-aktiviti pada hujung minggu.
Minat Guru Pelatih Melakukan Aktiviti Pada Hujung Minggu
Ujikaji
Lelaki
Wanita
Jumlah
Peratus
Tidak
1
5
6
10%
Jarang
26
22
48
80%
Kerap
3
3
6
10%
Aktiviti yang kerap dilakukan oleh guru pelatih IPGM Kampus Ilmu Khas
Aktiviti
Lelaki
Perempuan
Bermain Games
6
1
Bersukan
7
3
Tidur
4
5
MembacaBuku
2
7
Melayari Internet
8
12
Lain-lain
3
2

Kekerapan Melakukan aktiviti pada hujung minggu mengikut jam
Tahap penggunaan dalam sejam
Kekerapan
1 hingga 8
0
8 hingga 16
2
16 hingga 24
3
24 hingga 32
9
32 hingga 40
1
40 hinnga 48
0

7       ANALISIS DATA


Kami telah memlih 3 jenis bentuk persembahan data kami. Antaranya graf garis, graf bar dan carta pai. Kami memilih ketiga-tiga bentuk grafik ini keran lebih mudah dan jelas untuk difahami serta sesuai untuk mempersembahkan data kami yang terkumpul.

7.1      JADUAL GARIS


Rajah 1 Mennunjukkan minat pelajar melakukan aktiviti pada hujung minggu



7.2      JADUAL BAR



Rajah 2 Aktitviti yang kerapa dilakukan oleh pelajar IPGM Kampus Ilmu Khas







7.3      CARTA PAI


Rajah 3 Menunjukkan masa yang dilakukan untukmelakukan aktiviti

Sesungguhnya, para pelajar IPGM Kampus Ilmu Khas adalah kadang-kadang melakukan aktiviti pada hujung minggu mendominasi dalam kesemua perbandingan. Ini mungkin disebabkan para pelajar sibuk dan tiada masa untuk melaksanakan aktiviti tersebut dengan melakukan tugasan yang diberi.

Untuk memulakan tinjauan terhadap minat para pelajar meluangkan masa untuk mengkaji perkara yang selalu dilakukan pada hujung minggu, terlebih dahulu kami mengetahui apa aktiviti yang selalu dilakukan oleh mereka. Tinjauan ini dibuat kerana kami mendapat faktor bahawa ini amat berkaitan terhadap soalan ujikaji yang kami laksanakan. Sebagai contoh, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar IPG untuk memenuhi masa mereka yang terluang.

Dalam analisis kajian yang dilakukan oleh kami, kami mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih IPGM Kampus Ilmu Khas jarang melakukan aktiviti pada hujung minggu dengan peratus sebanyak 80% daripda 60 orang jumlah responden pada keseluruhanya iaitu 22 orang perempuan dan 26 orang lelaki. Kemudian, diikuti oleh responden yang tidak dan kerap melakukan aktiviti pada hujung minggu pada jumlah peratus yang sama iaitu sebanyak 10% setiap satu. Bagi yang tidak minat melakukan aktiviti iaitu sebanyak 6 orang iaitu 5 orang perempuan dan seorang lelaki. Mankala 6 orang bagi kerap iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Jika ditinjau dari sudut jantina, majoriti golongan lelaki IPGM Kampus Ilmu Khas mempunyai minat untuk melakukan aktiviti pada hujung minggu pada tahap sederhana dengan jumlah bilangan sebanyak 26 orang daripada 30 responden lelaki yang diambil. Hal ini menunjukkan bahawa tahap minat melakukan aktiviti jarang dilakukan. Namun terdapat juga kaum lelaki yang tidak minat untuk melakukan aktiviti pada hujung  dengan jumlahnya sangat sedikit iaitu sebanyak 10 peratus sahaja. Terdapat juga kaum lelaki yang mempunyai tahap kerap melakukan aktiviti pada hujung minggu pada tahap kerap iaitu sebanyak 3 orang sahaja.

Manakala dalam kalangan guru pelatih wanita pula menunjukan corak yang hampir sama dengan dengan corak graf lelaki. Dimana majoriti kaum wanita dalam kalangan guru pelatih IPGM Kampus Ilmu Khas mempunyai tahap minat melakukan aktiviti pada hujung minggu pada  tahap jarang dengan bilangan sebanyak 21 orang dan dikuti oleh kaum wanita yang mempunyai minat tidak dan kerap melakukan aktiviti dengan jumlah bilangan yang masing-masing sama.

Pada keseluruhanya, daripada hasil 60 responden yang diambil rata-ratamasyarakat IPGM Kampus Ilmu Khas memiliki tahap minat yang kurang. Sebagai kesimpulanya,soalan ujikaji tentang kecenderungan boleh dijalankan kerana kebanyakan masyarakat IPGM Kampus Ilmu Khas mempunyai minat untuk meluangkan masa pada hujung minggu sekurang-kurangnya pada tahap jarang.

Berdasarkan hasil kajian yang dikumpul, aktiviti yang kerap dilakukan oleh kalangan responden IPGM Kampus Ilmu khas seramai 20 orang iaitu 12 orang perempuan dan 8 orang lelaki yang kerap melayari internet pada hujung minggu.  Diikuti pula bersukan sebanyak sepuluh orang iaitu sebanyak 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Diikuti pula bagi tidur dan membaca buku yang mendapat 9 minat responden yang sama. Bagi aktiviti tidur, sebanyak 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Manakala bagi membaca buku pula,2 orang lelaki dan diikuti 7 orang perempuan. Selain itu, aktiviti bermain games pada hujung minggu pula mendapat 7 orang responden,iaitu 6 orang lelaki dan 1 orang perempuan.  Oleh yang demikian, aktiviti yang paling kurang diminati ialah lain-lain iaitu sebanyak 5 orang iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.


Carta pai (Graf 1.3) menunjukkan kekerapan melakukan aktiviti pada hujung minggu di kalangan responden mengikut jam. Secara majoritinya, ramai responden meluangkan masa dalamkalangan 24 jam hingga 32 jam  paling tinggi bagi kesemua kesemua jam ialah kerana masa. Bagi 24 hingga 32 jam ini ialahsejumlah 60% secara keseluruhan bagi semua kekerapan.

Ramai yang meluangkan masa antara 24 jam sehingga 32 jam apabila melakukan aktiviti disebabkan faktor masa yang kerap digunakan untuk melayari internet untuk mencari maklumat untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Manakala masa yang diluangkan dari 16 jam sehingga 24 jam menjadi peratus kedua tertinggi  iaitu sebanyak 20%.  Diikuti  8 jam sehingga 16 jam mewakili 13 % dan 1 jam hingga 8 jam merupakan peratus terendah. Iaitu sebanyak 7 %.

9       KESIMPULAN


Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kebanyakkan para pelajar IPG Kampus Ilmu Khas lebih gemar melayari internet tidak kira perempuan ataupun lelaki sebagai aktiviti yang gemar dilakukan pada waktu petang.

Menurut analisis yang telah kami laksanakan, aktiviti yang paling mendapat tempat bagi pelajar perempuan ialah aktiviti melayari internet iaitu sebanyak 12 orang, aktiviti kedua pula ialah membaca buku iaitu sebanyak 7 orang, aktiviti ketiga pula ialah aktiviti tidur sebanyak 5 orang,aktiviti yang keempat ialah aktiviti bersukan sebanyak 3 orang, aktiviti yang kelima ialah hal lain-lain sebanyak 2 orang manakala yang terakhir adalah aktiviti bermain games iaitu sebanyak 1 orang.

Seterusnya mengenai analisis untuk pelajar lelaki IPG Kampus Ilmu Khas. Bagi pelajar lelaki pula, aktiviti yang menjadi kegemaran mereka di waktu petang adalah sama dengan pelajar perempuan iaitu melayari internet, namun demikian bilangan yang mengemari aktiviti tersebut adalah tidak sama dengan pelajar perempuan, iaitu sebanyak 8 orang. Pilihan kedua ialah aktiviti bersukan iaitu sebanyak 7 orang, pilihan yang ketiga pula ialah aktiviti bermain games iaitu sebanyak 6 orang, pilihan keempat pula ialah aktiviti tidur iaitu sebanyak 4 orang, yang kelima ialah aktiviti lain-lain iaitu sebanyak 3 orang dan seterusnya ialah aktiviti membaca buku iaitu sebanyak 2 orang.

Hasil daripada pemerhatian ini, pelajar lelaki juga begitu gemar melayari internet pada waktu petang tetapi kurang sedikit daripada pelajar perempuan. Perbezaan yang ketara juga dapat dilihat melalui penglibatan pelajar dan aktiviti bersukan dimana lelaki lebih gemar bersukan berbanding dengan perempuan. Selain itu juga, perempuan lebih gemar membaca buku berbanding dengan bermain games manakala lelaki lebih gemar bermain games berbanding dengan membaca buku. Seterusnya aktiviti yang lain juga turut menjadi pilihan para pelajar IPG Kampus Ilmu Khas iaitu aktiviti Tidur.

10    REFLEKSI

10.1   Noor Afifah Azizan


        Terlebih dahulu bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Alias kerana  memberi peluang kepada saya dan rakan sekumpulan saya untuk menyiapkan tugasan  iaitu ‘bertajuk satistik“ .tugasan kali ini kami diberikan secara berkumpulan di mana dalam setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Mohamad Firdaus Ishak, Erma Jalil dan saya sendiri Noor Afifah Azizan.

          Di sini refleksi yang saya dapat utarakan ialah,melalui tugasan yang di berikan. Tidak di nafikan saya sememangnya kurang pengetahuan mengenai statistik ini dan melaksanakan kajian ringkas mengenai isu-isu semasa atau citarasa mengenai isu-isu semasa ini. Kami sekumpulan telahpun memilih aktiviti yang dilakukan oleh pelajar IPGM pada setiap petang dalam kajian kami. Oleh itu saya dan rakan sekumpulan bekerjasama dalam mengkaji mengenai tugasan ini.

       Selain itu dengan pembahagian tugasan ini secara berkumpulan saya lebih mengetahui dan mendekati diri serba sedikit diri pelajar IPG Kampus Ilmu Khas mengenai akitiviti yang sering dilakuakan oleh mereka. Terdapat banyak cabaran yang di hadapi . Antaranya, perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ini kekurangan maklumat dalam usaha mencari maklumat yang berlainan. Untuk membuat tugasan ini memang agak payah untuk di lakukan kerana tugasan ini mengkehendaki setiap kumpulan untuk membuat analisa data terhadap subtopik yang dipilih.  Dengan masa yang amat padat  dengan akitiviti-aktiviti luar. Tapi dengan usaha yang tekun saya dan rakan sekumpulan berjaya mencari maklumat tersebut.

            Seterusnya saya dan rakan sekumpulan menyediakan borang soal selidik untuk di berikan kepada warga IPG K Ilmu Khas bagi membantu melaksananakan tugas ini. Ternyata amat payah juga, mengumpul data dengan menggunakan liabiti manusia.Tetapi dengan kerjasama rakan-rakan sekumpulan, akhirnya dapat juga kami meyiapkan kerja kursus ini dengan usaha yang komitmen.

        Selain itu apa yang saya dapat ialah saya boleh memahami dengan jelas dan secara mandalam mengenai tugasan ini Berdasarkan dari segi objektif , dan matlamat tugasan ini. Oleh itu saya berharap agar tugasan ini memberi saya manfaat yang banyak kepada diri saya serta kepada orang lain juga.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan sepanjang mengumpul data tersebut. Sepanjang kerja kursus dijalankan kami telah belajar erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, dengan ada nya kertas kerja ini kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk menjalankan kajian statistik iaitu melalui kaedah mengumpul, mengelas, meringkas, menyusun, menganalisis dan mentakrif data kuantitatif supaya kebolehpercayaan keputusan analisis dapat dinilai secara objektif.  Saya juga semakin memahami secara mendalam tentang konsep statistik dan data terkumpul dalam matematik.

         Konklusinya, kertas kerja ini telah membantu sedikit sebanyak kemahiran kami dalam mengumpul pelbagai jenis data serta menghasilkan pelbagai bentuk persembahan data bagi menunjukkan sebuah statistik. Sekaligus , melengkap kan diri kami dengan kemahiran statistik data terkumpul dalam matematik untuk kegunaan dimasa akan datang.


Pertama sekali saya ingin bersyukur pada Tuhan yang maha Esa kerana dengan izinnya saya dapat melaksanakan tugasan saya bersama dengan rakan sekumpulan dalam menjalankan tugasan ini  walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang saya tempuhi tetapi atas dasar semangat dan ketekunan saya cuba sedaya upaya untuk menghadapinya.

Saya dan kumpulan saya diberikan tugasan yang bertemakan statistik matematik. Kami telah memilih tajuk aktiviti yang gemar dilakukan oleh pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Dalam mengedarkan  borang soal selidik saya berpuas hati terhadap tindak balas yang diberikan oleh semua responden yang dipilih secara rawak walaupun terdapat beberapa responden yang kurang memberi kerjasama tetapi masalah tersebut dapat diatasi dan meneruskan lagi kajian kami.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya iaitu Firdaus dan juga Afifah kerana memberikan komitmen yang begitu memberangsangkan terhadap tugasan yang diberikan walaupun sibuk dengan kerja masing-masing.

Kelemahan saya dalam melaksanakan tugasan ini adalah saya kurang berpengetahuan menggunakan ataupun menghasilkan carta-carta seperti yang telah kami laksanakan, hasil daripada tunjuk ajar rakan sekumpulan saya, maka kini saya telah pun mengetahui sedikit sebanyak tentang carta-carta yang boleh diaplikasikan dalam matematik malahan dalam mata pelajaran yang lain juga.

Kelebihan dalam melaksanakan tugasan ini pula adalah apabila saya dan rakan sekumpulan dapat bersatu dan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugasan ini. Selain itu juga, saya amat gembira melaksanakan tugasan ini bersama-sama dengan rakan sekumpulan saya. Harapan saya pada kali ini adalah agar kementerian pelajaran mempelbagaikan lagi tugasan seperti ini dan pihak yang berkaitan dapat menambah baik apa yang sepatutnya.

10.3   MOHAMAD FIRDAUS

Melalui kerja kursus ini, banyak pekara yang mengajar saya untuk mendalami ilmu matematik mengenai statistic atas kajian yang telah dijalankan. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu pengetahuan semasa kaji dijalan kan. Melalui kerja kursus ini, sedikit sebanyak dapat saya menilai dan merefleksikan setiap individu yang telah menerima boring kaji selidik yang telah kami edarkan.

Selain itu, saya mempelajari banyak pengalaman semasa melakukan kerja kursus ini seperti semangat kerjasama antara rakan-rakan untuk mencari maklumat rencana yang dikehendaki dan berkongsi maklumat yang dicari. Saya amat terharu kerana tugasan ini memberi saya peluang menimba ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dan ilmu pengetahuan luar daripada bidang pembelajaran serta mengeratkan hubungan antara rakan-rakan kerana menemani saya melaksanakan tugasan hingga lewat pagi sepanjang minggu kerja kursus di IPG Kampus Ilmi Khas.

Meskipun ilmu matematik ini sudah lama saya tinggalkan sejak dibangku sekolah, tetapi melalui kerja kursus ini memberi saya peluang kedua untuk mempelajari bidang matematik buat sekian kalinya. Pensyarah bimbingan juga banyak membantu kami untuk memahami, mengira dan membuat kerja kursus ini dengan betul.

Kerja kursus ini juga mengajar saya untuk mengaplikasikan kemahiran pengurusan graf dengan betul. Tugasan ini juga mendorong saya untuk menggunakan daya fikir yang kritis dalam memberikan pendapat atau hujah bedasarkan analisis.  Akhirnya saya amat bersyukur kepada kehadrat Ilahi kerana telah selesai  melaksanakan tugasan ini. Alhamdulillah.


Baba, A. (1997). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. kuala lumpur.
Jaya, A. (n.d.). Statistik Asas. Retrieved Ogos 21, 2012, from http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf
Sabri Ahmad, T. Z. (2002). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Sciences, I. o. (2010, jun 22). university of malaya. Retrieved Ogos 20, 2012, from http://math.um.edu.my/BIBM/Istilah.mat?abj=p
Tap, A. O. (1997). Menyelami ufuk matematik. kuala lumpur: UKM.
Zain, S. M. (1978). The Role of Mathematics in Industry. kuala lumpur: UKM.
Zain, S. M. (2002). Fungsi Matematik . Kuala Lumpur: UKM.
Zam, C. (2011, April 21). CheguZam. Retrieved Ogos 20, 2012, from http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html





Terbaru Lebih lama