Bahasa Melayu Kontekstual



Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual bagi tahun 2012 dalam semester ketiga saya. Dalam kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan komunikasi khalayak/lisan dalam bentuk pengurusan grafik.  Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk menjelaskan konsep, ciri-ciri dan bentuk-bentuk komunikasi khalayak dalam bentuk grafik.
Di samping itu, saya juga diminta membuat penulisan teks komunikasi khalayak yang bertemakan perpaduan  sama ada berbentuk pidato,ucapan, syarahan, taklimat atau ceramah. Seterusnya, saya diminta menyampaikan penulisan teks tersebut berdasarkan topik yang dipilih dengan gaya penyampaian yang baik.
Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalammelaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya  kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya.  Semoga  puan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.
Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui pengucapan awam dengan lebih mendalam.  Segala tunjuk ajar  tidak akan saya lupakan.
Sekian terima kasih.

2       Pengenalan


Pengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

2.1      Jenis –Jenis Pengucapan Awam

2.2      Proses Komunikasi dalam Pengucapan Awam

 






2.3      Teknik Pengucapan Awam yang Berkesan

2.4      Sifat Pengucap yang Berkesan

2.5      Prinsip Asas Pengucapan Awam

 

2.6      Pengucapan Awam dan Kerjaya Perguruan

2.6.1     Ucapan

2.6.1.1    Konsep

2.6.1.2    Jenis- Jenis Ucapan      

2.6.1.3    Ciri-ciri ucapan

2.6.1.4    Format ucapan

2.6.2     Syarahan

2.6.2.1    Konsep


2.6.2.2    Tujuan syarahan

2.6.2.3    Format syarahan

2.6.3    
Taklimat

2.6.3.1    Konsep Taklimat

2.6.3.2    Penyedian taklimat         

2.6.3.3    Format taklimat

2.6.4     Ceramah

2.6.4.1    Bentuk dan ciri-ciri ceramah


2.6.4.2    Format ceramah

 

2.6.5     Pidato

2.6.5.1    Konsep

2.6.5.2    Tujuan Pidato

2.6.5.3    Format Pidato








3       Teks  Ucapan


Perpaduan dalam Kalangan Warga Felda
Oleh Noor Afifah Azizan

Bersyukur kita pada hari yang mulia ini kerana dapat berhimpun dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Syarikat Felda bagi tahun 2012 ini. Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan. Majlis ini amat bermakna kerana ianya membuktikan bahawa bukan sahaja wujud perpaduan di kalangan para majikan dan kakitangan malahan penduduk setempat. Perpaduan dan kerjasama inilah yang telah memberi kejayaan bagi negara kita. Selamat pagi dan salam perpaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang.  Dalam keadaan pembangunan negara kini, perpaduan iamat diperlukan untuk menyemai nilai murni membantu di antara kaum yang tinggal di negara ini terutamanya di kawasan felda yang diduduki oleh masyarakat berbilang kaum yang kebanyakannya bekerja sebagai kakitangan dan penduduk setempat . Perpaduan erat yang dibina sejak sekian lamanya di antara kita, di mana kita mengamalkan sikap saling menghormati adat-resam dan budaya serta agama pelbagai kaum di kawasan FELDA ini telah membantu kita dalam memelihara keamanan negara seterusnya mencapai kestabilan dan kemajuan ekonomi dan politik.

Sebagai sebuah komuniti yang berbilang kaum, komuniti kita dianggap sebagai sebuah komuniti yang paling unik kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan politik. Kita dipandang sebagai komuiti yang berpotensi dalam menjana kemajuan ekonomi dan pendidikan. Sebagai contoh, kita mampu menjana perkembangan ekonomi dari usaha masyarakat setempat yang membuat produk kecil-kecilan seperti membuat makanan tradisional masyarakat malaysia yang unik ke arah memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Selain daripada itu, negara kita mampu menghasilkan generasi muda yang inovatif  melalui penyelidikan berterusan terutama dalam bidang pertanian dan Bioteknologi yang mampu bersaing ke peringkat Antarabangsa dalam bidang pendidikan dan kemahiran tanpa mengira bangsa dan kaum.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Peristiwa 13 Mei 1969, adalah satu titik hitam dalam sejarah negara. Keadaan ekonomi yang merundum dan pertelagahan kaum menjadi pengajaran dan titik tolak kepada negara untuk bangun semula. Dengan itu, berbagai-bagai Program Perpaduan telah dilaksanakan dalam mendidik generasi yang cintakan perpaduan dan keamanan. Anak-anak dipupuk dalam semua aspek kehidupan yang melibatkan pergaulan dan komunikasi, aktiviti serta kegiatan sukan serta aktiviti luar dan sebagainya. Masyarakat setempat akan sentiasa memastikan keamanan dan perpaduan yang dinikmati pada hari ini akan berkekalan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Program-program Integrasi kaum di peringkat komuniti dirancang dengan begitu bersungguh. FELDA sanggup berbelanja dan mengeluarkan sejumlah besar peruntukan untuk menjayakan program ini. Ianya bertujuan memastikan matlamat keamanan sejagat dan perpaduan dapat dikekalkan bagi menjamin kemajuan ekonomi dan kestabilan politik dicapai. Lantaran itu, menjadi tanggungjawab semua pihak memainkan peranan dalam memelihara keamanan ini. Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik . Oleh itu program yang dilaksana FELDA ini diharap dapat menjadi peneraju ke arah hasrat dan cita-cita kita bersama memacu negara Malaysia tercinta ke era lebih gemilang .
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak syarikat kerana mengadakan majlis ini. Untuk akhirnya, dengan sukacita saya menamatkan ucapan saya pada kali ini dengan serangkap pantun.
 Cantik bergugus buah papaya,
                   Masak dipetik satu per satu;
         Walaupun berlainan bangsa budaya,
                   Kerana muhibah hidup bersatu.
Sekian, terima kasih.













4       Refleksi


Dalam dunia yang semakin berkembang pesat ini, ucapan selalu dipraktikan dalam kehidupan kita yang berurusan dengan ramai orang. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak pecahan didalam pengucapan awam. Antara pecahan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah pidato, ucapan, syarahan, taklimat dan ceramah. Apa yang saya dapat daripada tugasan ini ialah pengucapan awam juga amat penting dalam dalam memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Saya dapat mengetahu bahawa  berucap di hadapan umum merupkan suatu pengalaman yang menarik. Malahan saya juga dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya akan dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan seharian. Hal ini kerana setelah mengkaji secara mendalam pengucapan awam maka pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian lantas membolehkans seseorang itu bersosial dalam komuniti. Selain itu juga saya telah ditugaskan untuk membuat satu teks komunikasi berdasarkan pengucapan awam yang dikaji dengan memilih tajuk berkaitan dengan perpaduan. Oleh itu, saya dapat belajar cara untuk membuat  teks pengucapan awam secara bertulis dengan lebih berkesan lagi.
Malahan,  penggunaaan penggucapan awam yang berkesan dapat mengekalkan disiplin dan perhubungan  yang baik apabila sering menngunakan bahasa yang formal .  Ini kerana dalam aspek pembelajaran terdapatnya penambah baikan dari segi percakapan, tingkah laku serta tindakan yang diambil. Justeru ini mengajar saya untuk memperbaiki kelemahan diri dan membuat penambah baikan dalam cara pengucapan awam itu disampaikan. Bahkan, pengucapan awam  yang berkesan juga perlu disampaikan dengan akhlak yang baik. Ini kerana dengan adanya nilai – nilai murni dalam penyapaian yang baik mengajar kita untuk lebih berdisplin dan menjaga tatatertib sewaktu berhujah dan berkomunikasi antara satu sama lain.Penggucapan awam juga perlu dipandang berat oleh masyarakat dan bukannya hanya memandang rendah kerana ia menunjukkan tahap pemikiran tinggi rendah sesorang individu. Oleh itu, kita harus menggunakan cara yang betul dalam pengucapan awam dalam sebarang majlis supaya segala hasrat yang ingin dicapai dapat dilaksana dengan sebaik mungkin.

5       Rujukan


Azhar Jaludin, S. H. (2003). Kecemerlangan dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.
Iman. (2011, Oktober 23). Isi Kandungan Pengucapan Awam. Retrieved Julai 29, 2012, from Sebutir Mutiara: http://imann9969.blogspot.com/2011/10/isi-kandungan-pengucapan-awam.html
Nawawi, A. (2011). Tips-tips pengucapan awam. Retrieved Ogos 3, 2012, from amirnawawi.com: http://amirnawawi.com/tip-tips-pengucapan-awam/
Sulaiman Masri, A. Y. (2006). Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Takwa, M. (2009, April 21). Teknik Pengucapan Awam. Retrieved 1 2012, 2012, from Potensi Minda: http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html
Wahab, S. (2004). Belajar Berucap. Taman Melawati, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd .


Terbaru Lebih lama