Definisi catan
• Proses
melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu
permukaan.
• Komponen
alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat
arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan
sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.
Sejarah Seni Catan
• Sejarah
catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya
menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek
dan fresko.
• Zaman
Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah
sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air,
tempera dan fresko.
• Pada kurun
ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.
Aliran-aliran seni catan di barat
• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
•
Impressionisme
•
Post-Impressionisme
•
Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop
Aliran Klasik
• Aliran ini
lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura
sebagai pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan
kepada kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan
perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya
mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda
yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
Aliran Romanticism
•
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad
ke-18.
•
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu
keadaan yang berlaku pada zaman itu.
•
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
•
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan
aktiviti figura
•
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu
gaya zaman klasik.
•
Penggunaan garisan luar yang terang.
•
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan
gereja dan pemerintahan beraja.
•
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam
kelam.
•
Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang
berlaku pada zaman itu.
Aliran Barroque
• Zaman ini
dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque
membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya
menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar
belakang karya berwarna gelap
• Karya
tertumpu kepada objek
Aliran Impressionism
•
Aliran muncul pada abad ke-19.
•
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang
dilihat.
•
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus
dipalit pada kanvas.
•
Warna bertindih-tindih.
•
Tidak melukid secara detail.
•
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak
alam.
•
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi,
petang ,malam.
•
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
•
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
Aliran Post-Impressionisme
• Realiti itu
sentiasa baru dan tegas
• bukan meniru
bentuk tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru
kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis
imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi
yang berkait rapat.
• melukis
sebagai pernyataan dan simbol diri.
• perspektif,
bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang
dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
Aliran Kubisme
• Menolak
tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap
seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba
menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan
bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti
pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang
bertenaga
Aliran Ekpresionisme
•
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
•
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi
pelukis.
•
Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
•
Penggunaan warna yang dramatik
•
Tidak ada imej yang jelas.
•
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan
berus.
Aliran Surelisme
•
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada
ekspresi bawah sedar minda pelukis.
•
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
•
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
•
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
•
Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan
misteri.
•
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan
dicantum-cantum.
Aliran Seni Pop
•
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang
mempengaruhi kotaraya New York dan London.
•
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
•
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
•
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
•
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg
besar.
•
Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains
dan teknologi.
LOGO
DEFINASI
-
Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.
-
Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna
dan mesej tertentu.
FUNGSI LOGO
Logo berfungsi
sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:
-
Pertubuhan
-
Persatuan
-
Kelab
-
Barangan komersial
-
Syarikat
-
Perkhidmatan
-
Kempen
-
Pameran
1.
Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan,
iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat,
kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi
sesuatu syarikat atau pertubuhan.
2.
Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja
wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian
kakitangan serta pekerjanya.
SUMBER ILHAM
CIPTAAN LOGO
Logo punca
fauna
•
Flora
•
Fauna
•
Manusia
•
Ciptaan Manusia
•
Huruf
•
Angka
•
Bentuk Geometri
JENIS-JENIS
LOGO
Terdapat 3
kumpulan jenis logo iaitu:
1.
Logo Huruf
2.
Logo Representasi
3.
Logo Simbol
LOGO HURUF
•
Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’
dalam bahasa Inggeris
•
Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka
sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu
perkataan.
•
Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan
dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.
LOGO REPRESENTASI
•
Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.
•
Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam
sekeliling.
•
Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk
menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal
objek itu.
•
Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.
LOGO SIMBOL
•
Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat
menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.
•
Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk
mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.
CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU
•
Corak logo asli, unik dan bermakna.
•
Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.
•
Mempunyai mesej yang mudah diingati
•
Pilihan warna yang sesuai dan berkesan
•
Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.
•
Jika huruf digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.
PELUKIS-PELUKIS SELEPAS MERDEKA
Syed Ahmad
Jamal. Dilahirkan pada tahun 1929 di Johor.Beliau menerima pendidikan seni
secara fomal di Landon dan Amerika.Beliau melukis , mengajar , mengolah ,
menilai , dan menulis serta dapat menjalankan tanggungjawab yang beraneka
dengan baik.Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam pelbagai
pergerakan seni lukis.Antaranya ialah Pengerusi APS , Presidens Persatuan
Pelukis Malaysia , Ketua jabatan Seni Lukis MPIK dan pengarah balai Seni Lukis
Negara
-
Nama pelukis : Syed Ahmad Jamal.
-
Tahun karya dihasilkan : 1959
-
Media : Cat minyak
-
Teknik : Sapuan berus tegas , ruang latar tidak mengandungi cat , bentuk-
bentuk organik berpusar dan berlingkar menimbulkan pergerakan .penggunaan warna
panas yang menunjukkan penegasan , bentuk-bentuk lengkungan
-
Gaya atau aliran : Utas-utas logam yang berbeza tebalnya
seakan-akan mencantumkan dua bentuk besar di kiri dan kanan.
-
Nilai: Idea dua demensi dapat diekpres dalam bentuk tiga
demensi , simbolik yang amat berkesan.
Apresiasi: Karya ini mempunyai
asas seni reka seperti garisan , warna yang garang dan menunjukkan penegasan ,
irama dan pergerakan , jalinan , rupa dan bentuk.Karya ini menunjukkan keadaan
yang tegang.
Dzulkifli
Buyong menerima pendidikan seni di Victoria Institutiondari 1961 hingga 1965,
belajar di bawah artis VI terkenal dan guru seni, Patrick Ng, dan merupakan
ahli biasa Kumpulan Seni Rabu .Ketika berusia 19 tahun , beliau telah pun
membuat pameran awam dan telah memenangi banyak hadiah.
Dzulkifli suka melukis kanak-kanak, permainan
berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya Kecantikan tidak
penting yang lebih baikperkara biasa bahawa orang lain tidak melihat Setiap
hari kejadian, kanak-kanak khususnya, keriangan mereka dan kegembiraan.Jiran
dan kanak-kanak menikmati ketika dia
melukis."
-
Nama Pelukis : Dzulkifli Buyong
-
Tahun karya dihasilkan : 1966
-
Media :Pastel
-
Teknik : Secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala
figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naïf.
-
Gaya atau aliran : Impresionis
-
Tema : Kapal kertas.Budaya tempatan di desa yang memperlihatkan
kehidupan kanak-kanak melayu .
-
Apresiasi: Karya ini menunjukkan keriangan , kenakalan ,
keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain
dan bergurau dalam persekitaran alam tempatan.
-
amat jelas tergambar
bahawa makna dan mesej yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan
budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai
contoh situasi kanak-kanak sedang bermain kapal kertas, namun penekanan yang
amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan
adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah
persahabatan.Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut
memaparkan nilai persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak tersebut yang
mengisi waktu lapang mereka dengan bermain kapal kertas bersama-sama. Didalam
karya tersebut, dilihat, permainan kapal yang diperbuat daripada kertas, yang
menggambarkan permainan kanak-kanak pada masa dahulu, yang hidup dalam serba
kekurangan dan menggunakan alat permainan yang mudah dan objek yang boleh
mereka cipta sendri untuk dijadikan permainan.
-
gaya impressionis.
pelukis menggambarkan kanak2 bermain lipatan kertas utk dijadikan kapal kertas.
digambarkan gaya brsahaj menunujukkn pelukis peka dgn peniruan alam sebenar.
peristiwa bleyh citer lagi pelukis memggambrkan suasana budaya tempatan di
kmpung iaitu melambangkn kanak2 melayu di kmpung dibuktikan dgn pkaian bju
kurung & krtas akhbar tulisan jawi.
PELUKIS-PELUKIS
SEBELUM MERDEKA
Mohamed
Hoessein Enas (1924-1995) datang ke Malaya dari Bogor, Jawa pada tahun 1947.
Enas, yang sebahagian besarnya tidak, menguasai gaya Eropah dalam potret
realis, dan lukisan potret beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja
Malaysia. Pada tahun 1956, beliau menerajui Majlis Kesenian Melayu (kemudian,
Angkatan Pelukis Semenanjung), sebuah kumpulan yang termasuk Mazeli Mat Som,
dan Zakaria Noor. Kumpulan ini telah didedikasikan untuk menggambarkan idea kecantikan gadis Melayu dan budaya melayu.
Beliau adalah
ahli Persatuan Felo Diraja Sastera, London; ahli Lembaga Pemegang Amanah; bekas
Ketua Rekabentuk dan Pemeringkatan Perkhidmatan, Radio dan Televisyen Malaysia;
dan pengasas dan Presiden pertama Angkatan Pelukis Semenanjung.Pada tahun 1990,
lima tahun sebelum kematiannya, Mohammed Hoessein Enas telah dilantik Kesakitan
Potret Diraja kepada DYMM Sultan Selangor.
-
Nama pelukis
:Mohamed Hoessein Enas
-
Tahun katya di hasilkan: 1950 an
-
Media atau bahan yang digunakan: cat minyak (49 x 39 cm )
-
Teknik : Garisan , sapuan berus kasar
-
Gaya atau aliran :Realistik dan naturalistik
-
Tema: Gadis Melayu
-
Peristiwa :Beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan
kehidupan manusia merujuk keindahan wajah dan budaya tempatan
Apresiasi : Karya ini terkandung
unsur seni seperti garisan , rupa , bentuk, jalinan dan warna.Warna yang
digunakan dalam karya ini ialah warna harmoni.Jalinan pada rambut menampakkan
ketelitian pelukis dalam menghasilkan karya ini.Karya ini menampakkan stail
pelukis dalam menghasilkan figura manusia dan menggunakan teknik sapuan berus
yang spontan.Karya ini menunjukkan bahawa pelukis mahu menyampaikan tentang
budaya melayu dan adat resam orang melayu.
Abdullah Ariff lahir di Pulau
Pinang pada tahun 1904. Dia adalah seorang seniman yang mempelajari dengan
sendiri dan merupakan guru seni di Sekolah Anglo-China, Penang (sekarang
dikenali sebagai Sekolah Methodist Boy). Pada tahun 1920-an, tidak ada kumpulan
seni tempatan dan kumpulan seni hanya diadakan pada waktu itu terdiri daripada
ekspatriat Eropah (ibu rumah tangga sebahagian besar bahasa Inggeris) yang
menyebut diri mereka sebagai "Penang Impresionis". Asia tidak
dibenarkan untuk menyertai dengan kumpulan eksklusif yang merupakan refleksi
dari imperialisme kolonialistik yang berlaku kemudian. Namun Abdullah Ariff
diterima ke dalam kumpulan pada pertengahan usia 30 tahun kerana jasa-jasanya
sebagai pengajar seni diperlukan. "Penang Impresionis" dibubarkan
sebelum awal Perang Dunia 2, dan tidak pernah disatukan kembali
-
-
Nama dan biodata
pelukis : Abdullah Arif
-
Tahun karya di hasilkan : 1948
-
Media : Cat air
-
Teknik :sapuan berus kasar yang menunjukkan kesan
pencahayaan
-
Gaya : Pengolahan ruang yang berkesan , menggunakan ton
warna yang mewujudkan kesan-kesan yang mewujudkan kesan-kesan kekabusan itu
yang dikenal sebagai perspektif atmosfera
-
Aliran : Impresionis
-
Tema : Mengambarkan suasana waktu fajar di sebuah ladang
pokok kelapa.
-
Nilai : Suasana tempatan yang indah dan damai digambarkan
menerusi perubahan cahaya dalam ruang yang diolah melalui imej-imej pokok
kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak.
Apresiasi :
Unsur seni yang terdapat dalam karya seni ini ialah garisan sepertimana garisan
pokok kelapa yang terdapat pada batang pokok kelapa tersebut.Ruang yang
memperlihat keadaan depan dan belakang serta jarak diantara satu pokok ke pokok
yang lain.Warna yang digunakan dalam karya ini menunjukkan keadaan yang harmoni
daripada kesibukkan kota.Selain itu , karya ini dapat menimbulkan perasaan yang
tenang dan aman apabila kita melihatnya.Karya ini menunjukkan bahawa kehidupan
di luar kota seperti di perkampungan yang jauh dari kesibukan dan pencemaran.
Peter Haris merupakan seorang ekspatriat lepasan sekolah seni lukis di
United Kingdom yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Pelajaran
Kuala Lumpur pada tahun 1951.
pengasas “Wednesday Art Group” pada tahun 1952 untuk guru-guru seni
lukis yang berminat
memperkenalkan estetika dan tenik seni lukis kepada pelukis muda
tempatan yang berminat.
memperkenalkan penggunaan berus besar dan keras, dan guac sebagai media
catan yang baru di Malaysia.
beliau juga mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap pendidikan seni
lukis di sekolah-sekolah pada tahun 1950-an.
Peter Harris
1956
Cat Guac
sapuan berus spontan
Catan gaya impresionis,
Pemandangan landskap tempatan
Merakamkan keindahan dan kepermaian permandangan alam tempatan
Karya di atas memaparkan sebuah rumah yang berada di tebing sungai,
iaitu rumah rakit di Sungai Pahang. Pengkarya mengaplikasikan penggunaan warna
sejuk serta monokromatik untuk menimbulkan kesan ruang depan, tengah dan
belakang. Penggunaan warna kehijauan
lembut dan mendamaikan iaitu warna sejuk untuk menimbulkan kesan ruang Ini
menonjolkan keindahan dan ketenangan alam semula jadi. Karya ini juga bersifat
impresionis kerana pengkarya melakukan teknik berus secara spontan. Karya juga
tidak seimbang di mana sebelah kiri lebih berat daripada sebelah kanan. Bentuk
pada rumah bersifat dua dimensi membuatkan karya kelihatan lebih asli. Manakala
jalinan pada daun dan rekahan pada pokok menimbulkan bentuk daripada kesan-
kesan sapuan berus. Jalinan yang terdapat dalam karya ini nampak bersahaja dan
spontan. Seterusnya, permukaan pada permukaan air menunjukkan pergerakan yang
harmoni.
1. Pengenalan
- Lukisan
ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan
ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,
krayon,pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan
dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan
- Antara
pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo daVinci yang
menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figuramereka.
2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik
garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan
berombak,garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik
lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik
campuran
3. Proses melukis
- Pilih
objek yang hendak dilukis
- Tentukan
sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya- Bahagikan ruang kepada ruang
latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat
lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut- Gunakan teknik di atas
untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang
4. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan
1. Lakaran
± merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta
perkembangannya.
2. Lukisan
± merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan
jalinan, ton,cahaya, ruang dan komposisi.
3. Catan
± merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama
seperti cat yangmemerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan
dan bahan lukisan ± pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat
5. Teknik Melukis
1. teknik
garisan,
2. garisan
pangkah,
3. titik,
4. lorekan
dan
5. campuran.
6. Media Lukisan
Pensel:
Dibuat
daripada arang dan tanah liat.Jenis keras (H) digunakan untuk
melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.Kegelapan
pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan penselsemasa melukis dan tekanan
pada pensel.lukisan media pensellukisan media arang
Arang:
Asalnya
merupakan arang batang kayu yang terbakar.Media yang tertua sekali.Kelebihan
arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan
tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada
masa yang singkat.Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan,
basah dan memadam.lukisan media penlukisan media pastel
7. Asas Sebelum Melukis
1. Memilih
teknik melukis.
2. Memahami
perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi.
Gunakan tetingkap fokusuntuk lukisan pemandangan.
3. Memilih
objek atau terra.
4. Menentukan
cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat
Lakaran objek.
6. Jenis
jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik
lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap
FokusMerupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.Tujuannya untuk
memfokus sesuatu objek atau benda.Memilih sudut yang menarik
dan indah.Digunakan untuk melukis di luar studio.
8. Kemahiran
menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum
melukis:Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk
memberi kesan ton gelap dan legap.
9. Mengetahui
asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang balk.
10.
Memahami kesan dan pengaruh cahaya
serta bayang terhadap sesuatu bentuk.
(a)
Cetakan
Timbulan (Relief)
•
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat
atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok
kayu atau lino.
•
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di
permukaan kertas.
•
Contoh cetakan jenis ini ialah:
Cetakan
Kayu
Cetakan
Lino
Cetakan
Kolograf
Cetakan
Kolaj
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
•
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang
direnggangkan di atas pemidang kayu.
•
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
•
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis
cetakan ini iaitu:
Kaedah
Potongan Kertas Pendua
Kaedah
Filem Leker
Kaedah
Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan
datar
•
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
•
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
•
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak
dengan air.
•
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan
cetakan seakanakan
•
lukisan pensil.
•
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
•
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan
timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan
benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi
imej.
•
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir
pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil
turisan.
•
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a)
Kaedah Turisan (engraving)
(b)
Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c)
Kaedah Akuantin (aquantint)
(d)
Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan Gurisan Asid
•
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16
selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan
logam.
•
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso
adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan
sebahagian daripada karya utama mereka.
•
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang
telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.
•
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan
logam.
•
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
•
Kaedah yang paling awal digunakan.
•
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
•
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan
digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk
kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
•
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi.
Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu
bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan
Eropah.
•
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
•
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang
didapati.
•
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya
hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala
cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
•
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang
tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard
Munch amat suka menggunakan teknik ini.
(g)
Cetakan Lino
•
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah
cetakan timbul.
•
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan
pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas
blok kayu.
(h) Cetakan Lithografi
•
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
•
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya
yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de
Toulouse-Leutrec.
•
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
•
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
•
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak
dengan air.
•
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan
cetakan seakan akan lukisan pensil.
•
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
•
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika
Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
•
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
•
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang
diregangkan pada pemidang.
•
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem
leker atau skrin foto.
•
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk
menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.
•
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a)
Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b)
Kaedah Filem leker
(c)
Kaedah Lilin
(d)
Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas
Pendua
Kaedah
ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin.
Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang
telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang
skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan
sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan
pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang
pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana
kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna
terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
1.
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej
pada muka belakang filem leker.
2.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang
hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini
mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa.
Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
3.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang
ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah
pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan
seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang
berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa
PENANG IMPRESSIONISTS (IMPRESIONiS PULAU
PINANG)
Tahun
Penubuhan
|
1928
|
Pengasas
|
-
|
Ahli-ahli
|
Semua
ahli terbahagi daripada pegawai dagang
Eropah terutamanya suri rumah berbangsa Inggeris. Antaranya:-
-Puan
Lim Cheng Kung, isteri jutawan yang member sumbangan kewangan kepada
petubuhan.
-Abdullah
Arif, guru lukis ahli persatuan.
|
Karya
|
1928,
Abdullah Arif, Malayan Rural Scence (water colour)
|
Pameran
|
Mengadakan
pameran tahunan dan pameran berkala.permainan terakhir ialah pada tahun 1936.
|
Aliran
|
Realisme
dan Impressionisme.
|
Tamat
|
Terkubur
sekitar tahun 1937.
|
MAJLIS SENI LUKIS PULAU PINANG (THE PENANG ARTS
COUNCIL)
Tahun
Penubuhan
|
1953
|
Tempat
|
Pulau
Pinang
|
Pengasas
|
Souter,
Tay Hooi Keat dan A. Sabapaty
|
Objektif
|
Menganjurkan
pelbagai pameran seni bagi pelukis tempatan dan luar negara di Pulau Pinang.
|
Aliran
|
Realisme,
impressionism, post-impressionism, kiubisme dan abstract expressionism.
|
KUMPULAN PELUKIS HARI RABU (THE WEDNESDAY ART
GROUP)
Pengasas Peter Haris.
Penubuhan diwujudkan kerana Peter Haris
merasakan perlunya para pelukis-pelukis berkumpul.
1952 telah ditubukan di Kuala Lumpur.
Tujuan memperkenalkan estetika dan cara seni
lukis moden kepada guru dan pelukis muda tempatan.
Tema kumpulan seni sebagai wardah ekspresi diri
yang bermaksud seni dilihat sebagai alat melauhkan ekpresi atau bermaksud
menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya.
Ojektif :-
Memperkenalkan estetika
Memperkenalkan cara seni lukis
Memperkenalkan alat dan catan media baru kepada
ahli-ahli.
Aktiviti dijalankan pada hari rabu dan sabtu.
Antara ahli :-
Jolly Koh
Antony Lau
Dzulkifli Buyong
Ismail Mustam
Mustapha Mahmud
Zakaria Noor
Abd Halim Mat
Antara contoh hasil karya
Peter Haris : Rumah Rakit - Kuala Lipis 1956
Peter Haris : Bumi Air dan Udara - 1958
Dzulkifli Buyong : Murid Sekolah - 1992
Dzulkifli Buyong : Kapal Kertas - 1996
Aliran Realism, memperkenalkan aspek figura dan
alam semulajadi
Lukisan lebih kepada kehidupan masyarakat.
MAJLIS
KESENIAN MELAYU
Tahun
ditubuhkan
|
Pada
tahun 1956
|
Pengasas
|
Mohamed
Hoessen Anas
|
Ahli
dan Ajk
|
-Setiausaha
ialah Idris salam
-Ajk
ialah Zakariah Noor, Sabtu Yusof, Habibah Baharuddin
|
Penukaran
nama
|
Ditukar
nama dari Majlis Kesenian Melayu kepada Angkatan Pelukis Semenanjung pada
1964 hasil daripada kesedaran guru-guru yang telah menubuhkan Majlis Kesenian
Melayu.
|
Penaung
|
-Majlis
Kesenian Melayu : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
-Ankatan
Pelukis Semenanjung : Tan Sri Yaacob Latif dan Mohd Hoessen Anas
|
Ahli-ahli
yang terkenal
|
Idris
Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahamad Hassa, Yusof
Abdullah dan Zakariah Noor
|
Objektif
|
Memperjuangkan
nasib semua pelukis dan menjadi penghubung antara pelukis dengan kerajaan
negara.
|
Aliran/Hasil
Karya
|
-Realisme
yang menampilkan identiti Melayu dan pengaruhi seni tampak barat.
-Naturalism
-selepas
tahun 1970-an pelbagai gaya telah bercampur
|
Pameran
|
Pada
1998, Balai Seni Lukis member penghormatan mengadakan pemeran khas semperna
mengenag jasa Angkatan Pelukis Semananjung
|
KUMPULAN SENI LUKIS THURSDAY (THE THURSDAY ART GROUP)
Tahun
Penubuhan
|
1957
|
Tempat
|
Pulau
Pinang
|
Pengasas
|
Tay
Hooi Keat
|
Objektif
|
Memperkenalkan
konsep seni lukis yang baru
|
Aktiviti
|
Kelas
lukisan diadakan pada setiap hari Khamis dan Rabu
Mengelolakan
seni perbincangan dan pameran
|
Ahli-ahli
yang aktif
|
Tay
Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William
K.K. Lau dan tokoh lain.
|
Gaya
Karya
|
Beraneka-
banyak di pengaruhi oleh aliran impresionis, ekspresionis dan abstrak
ekpresionis
|
KUMPULAN
ANAK ALAM
Tahun
ditubuhkan
|
1
Mei 1974
|
Pengasas
|
Abdul
Latif Mohiddin
-anak
kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan
-20
Ogos 1941
-Penyajak
dan pelukis
-Pameran
pertama 23-29 Disember 1951 di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura
|
Ahli
|
Mustapa
Hj. Ibrahim
Zulkifli
Dahlan
Ali
Rahmad
Ismail
Abdullah
Abdul
Ghafar Ibrahim
Khalil
Ibrahim
|
Aliran
|
Dipengaruhi
oleh gaya ekspressionisme abstrak
|
Contoh
karya
|
Abdul
Latiff Mohidin (arca dinding)
Mustapha
Hj. Ibrahim (meneroka alam fantasi)
-The
British Council : imej manusia dan studio adak alam 1979
Ali
Rahamad dan Zulkifli Dahalan (catan surelistik)
|
Aktiviti
|
-Meliputi
bidang seni, kesusasteraan dan teater
-pameran
: Hotel Equational 1983
-mempersembahkan
teater spontan dan jalanan
|
ANGKATAN PELUKIS SEMENANJUNG (APS)
Tahun
Penubuhan
|
1956
|
Tempat
|
Kuala
Lumpur
|
Pengasas
|
Mohd
Hossein Enas
|
objektif
|
Untuk memaju dan memperkembangkan seni dan
budaya tanah air, banyak kegiatan kesenian telah dirangka dan dilaksanakan
sejak awal penubuhannya.
|
Aktiviti
|
menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan
misalnya memungut derma Pelarian Afghanistan sebanyak RM54,000 pada tahun
1980 dan menganjurkan Pameran Terbuka dan Hari Terbuka Artis di perkarangan
“Rumah Hidayat”, kediaman rasmi Tun Daim Zainuddin pad tahun 1990, di samping
mengadakan pameran seni lukis yang lain.
|
Ahli-ahli
yang aktif
|
Idris Salam, Mohd
Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah
dan Zakariah Noor.
|
Gaya
karya
|
Realistik, visual abstrak dan semiabstrak,
|
PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA (PPM)
Tahun
ditubuhkan
|
Pada
26 mei 1979 sehingga sekarang
|
Pengasas
|
Syed
Ahmad Jamal
|
Naib
Presiden
|
Yeoh
Jin Jamal
|
Setiausaha
|
Ham
Rabeah
|
Ahli
jawatankuasa
|
Mazli
Mat Salam
Ahmad
Khalid
Ruzaika
Omar Basree
Hasim
Hassan
Redza
Piyadasa
Lee
Kian Seng
Syed
Hood Alhabhi
|
Karya
|
Syed
Ahmad Jamal
Tajuk
: Gunung Ledang
Media
: cat minyak
Tema
: gambaran mitos
Yeoh
Jin Leng
Tajuk
: Sawah, Dusun, Bukit, Langit
Medaia
: cat minyak
Tema
: Pemandangan di sawah padi
Mazli
Mat Som
Tajuk
: Yati
Media
: Pastel
Tema
: portrait seorang anak gadis melayu
|
Aktiviti
|
Mengadakan
pameran perdana
Sesi
bantuan
Nasihat
kepada pelukis yang ingin mengadakan pameran
Mengadakan
ceramah tentang seni lukis
Bengkel
Menerbitkan
majalah seni
|
1. SEJARAH SENI
SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA.
3. CATAN AIR.(TEKNIK
MENGHASILKAN)
-senaraikan pelukis2
slpas merdeka
-wednesday art group
-teknik hasilkan
lukisan
-teknik hasilkan catan
-teknik hasilkan cat
air
-objektif utama karya
slpas merdeka
-proses anyaman
-cat minyak