Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Anda suka menjelajah?
Izinkan saya membawa anda semua ke seantero dunia menjelajahi budaya unik pelbagai etnik.
Sebelum itu moleklah kiranya saya memperkenalkan diri,
Nama diberi ………………………………………
Berumur ….. tahun, murid Tahun lima dan
Menuntut ilmu di SK Tanjung Sepat
Amat gemar membaca tentang kepelbagaian sosiobudaya
Siri Karya Agung Warisan Budaya Bukan Benda
Resensi buku pilihan saya,
Zulkeply Kamaruddin adalah pengkaryanya.
Buku ini adalah buku cetakan ketiga. Cetakan ketiga ini berlaku pada tahun 2016. Hasil terbitan Brainmax Enterprise yang bertempat di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Buku ini mempunya 56 halaman bercetak, berkulit tebal dan berilustrasi menarik dan berwarna warni.
Saya berasa amat teruja untuk berkongsi serba sedikit kandungan karya agung berjudul Warisan Budaya Bukan Benda yang telah saya baca. Buku menarik ini mengandungi 11 bab yang berkisarkan tentang kebudayaan dan sejarahnya tersendirinya.
Tema utama yang terkandung dalam siri karya agung ini ialah tentang kesenian dan kebudayaan manusia di seantero dunia.
Pelbagai cerita yang menarik minat saya antaranya ialah Opera Kunqu. Opera ini adalah salah satu bentuk opera China yang paling tua iaitu pada abad ke-16 hingga ke-18. Apa yang menariknya kawan-kawan, opera kunqu, tidak menggunakan dialog melainkan nyanyian dengan suara asli.
Kunqu didaftarkan sebagai salah satu karya agung warisan budaya lisan dan bukan benda manusia oleh UNESCO pada tahun 2001. Melodi atau nadanya termasuk dalam satu daripada empat melodi khas besar dalam opera china.
Sehingga kini Opera kunqu masih dipentaskan secara profesional di 7 buah bandar di China dan setanding dengan opera moden yang lain.
Pelakon opera kunqu ini dihiasi dengan pakaian yang tradisional dan dihiasi dengan pakaian yang menarik dan cantik.
Pengajaran yang dapat diambil daripada siri karya agung ini ialah kita perlu mempertahankan dan memartabatkan seni budaya warisan kita di persada dunia supaya warisan ini tidak ditelan zaman. Selain itu juga para pembaca dapat memahami betapa pentinya budaya warisan dipelihara dan dipulihara demi tatapan generasi akan datang.Hal ini demikian kerana budaya warisan silam mengandungi nilai dan signifikan yang tidak ternilai harganya untuk diwarisi oleh manusia sejagat yang pelbagai latar belakang sosiobudayanya.
Banyak kelebihan yang terdapat dalam siri karya agung ini seperti penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh saya sendiri sebagai murid sekolah rendah. Grafik yang berwarna-warni dapat menarik minat golongan kanak-kanak untuk membaca. Selain itu, buku ini juga menerapkan unsur nilai-nilai murni yang dapat memupuk keperibadian pembaca untuk seluruh dunia.
Pendek kata karya agung ini amat menarik dan memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya untuk mempelajari kepelbagaian budaya, etnik dalam masyarakat di seantero dunia. Ia memberi pengalaman baru dalam penjelajahan gaya hidup dan warisan budaya asing melalui pembacaan.