TEKS MAJLIS PERSARAAN

 TEKS MAJLIS PERSARAAN 

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan ENCIK SARJANI BIN HAJI SHARIF diiringi dif-dif kehormat  masuk ke dalam dewan. 

Semua hadirin diminta berdiri. Memulakan atur langkah majlis, marilah bersama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.  

Dipersilakan hadirin untuk berdiri.  

……………..Nyanyian lagu Negaraku……………….. 

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu tadi. 

Pagi yang indah penuh ceria, 

Hari yang berbahagia penuh bermakna, 

Pagi yang indah penuh ceria,  hari yang berbahagia penuh bermakna mari kita raikan Majlis “Sulaman Kasih Junjungan Budi Dan Bakti” Sempena Persaraan Encik Sarjani Bin Haji Sharif Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN Sekolah Kebangsaan Sepat,. 

Mencari timba si anak dara, 

Di bawah sarang burung tempua,  

Salam sembah pembuka bicara,  

Selamat datang untuk semua 

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. 

Yang berbahagia, 

Encik Razali bin Zainal  

Wakil Pengarah Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

Penyelia Kanan Sektor Kualiti. 

Yang Dihormati, 

Pn. Maimunah Bt Mustaffa, 

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat. 

Yang Dihormati, 

Tn. Hj. Zulkifli B Mohamed, 

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat. 

 

Yang Dikasihi dan Diraikan, 

Encik Sarjani bin Haji Sharif 

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sepat, 

Yang Berusaha, 

Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sepat 

Yang Berbahagia, 

En. Faizul B Mohd Jais, 

Yang Di-Pertua PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN Tanjung Sepat. 

Yang Dihormati, 

 

Pegawai-pegawai Pendidikan Negeri dan Daerah, Barisan Guru-guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan Daerah Kuala Langat. 

Yang Dihormati, 

Dif-dif kehormat 

Seterusnya guru-guru, barisan AJK PIBG, kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. 

 

Selamat datang ke Majlis “Sulaman Kasih, Junjungan Budi dan Bakti” sempena persaraan Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat.  

Ke Pekan Kuala membeli bingka, 

Sayang pesanan terlupa sudah, 

Majlis bermula tirai dibuka, 

Dengan alunan madah yang indah. 

Kalau pergi Sekolah Kebangsaan Keramat, 

Anak manis jangan diangkat, 

Bersama kita memohon rahmat,  

Moga majlis mendapat berkat. 

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al fadhil Ustaz Masron bin Tapah 

 

 

…………………bacaan doa…………………. 

 

Amin, amin ya rabbalalamin 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al fadhil Ust. Mohd Masron  atas bacaan doa itu tadi.   

 

................Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran..................... 

 

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, 

 

Bukan rumput sebarang rumput,  

Rumput penghias tepi halaman,  

Bukan jemput sebarang jemput,  

Jemput memohon beri ucapan. 

 

Majlis diteruskan  dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Muhadzir bin Esmahil, Dipersilakan. 

 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhadzir bin Esmahil  atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. 

................Pengerusi PIBG..................... 

 

Emas tempawan buatmu puteri 

Busana indah buat rupawan  

Sudilah tuan tampilkan diri 

Bersama mada kata aluan , 

 

Majlis seterusnya ingin menjemput pengerusi PIBG Encik Faizul Bin Mohd Jais untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan 

 

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.. 

…………………ucapan pegawai PPD………………….. 

Duduk sekawan gadis jelita, 

Buat santapan untuk pahlawan, 

Tampillah tuan kami meminta, 

Madah ucapan kata aluan. 

 

Majlis diteruskan  dengan menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Puan Maimunah Binti Mustafa, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. 

 

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Maimunah Binti Mustafa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 

 

Kain berlipat dalam istana, 

Pakaian puteri raja kayangan,  

Sepatah nasihat kami terima,  

Secubit budi jadi kenangan. 

 

Gunung daik bercabang tiga, 

Pohon bidara di simpang empat, 

Budi baik dikenang juga, 

Selaut bicara pembakar semangat. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 

Jasamu dikenang, 

Budimu tak terbilang 

Semangatmu dijulang 

Kepimpinanmu gemilang 

 

Begitulah yang boleh diperkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu dipersilakan Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. 

 

 

 

…………………ucapan Guru Besar…………… 

Demikian, satu penyampaian dan pengucapan yang telus membawa mesej dan makna yang kudus buat kita semua. Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi tinggi terima kasih kepada Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif atas ucapan yang telah disampaikan. 

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Encik Sarjani bin Haji Sharif turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan. 

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif sepanjang beliau berada di dalam dunia pendidikan. Marilah kita sama-sama saksikan dan hayati persembahan multimedia ini. 

 

..........................penyampaian sijil penghargaan daripada JPNS.............................. 

 

..........................penyerahan watikah serah tugas................................ 

 

Majlis diteruskan dengan acara penyerahan watikah serah tugas daripada Encik Sarjani bin Haji Shariff kepada ............................................................... 

 

………………………persembahan multimedia…………………….. 

Begitulah tadi persembahan multimedia hasil kreativiti oleh Tn. Hj. Taufik B Pangilun, Encik Zainal bin Paiman dan En. Ahmad Syafie B Musa. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Terima kasih diucapkan. 

 

Sidang hadirin sekalian, 

 

Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Lahir Encik Sarjani bin Haji Sharif, dipersilakan Encik Muhadzir selaku GPK Kurikulum untuk menjemput dan mempersilakan Encik Sarjani bin Haji Sharif bagi upacara pemotongan pulut kuning. Dijemput Tuan Penolong Pegawai Pendidikan Negeri serta Daerah, YDP PIBG dan semua Guru Penolong Kanan untuk naik ke pentas. Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan. 

…………………potong pulut kuning………………. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. 

Pulau Pandan jauh ke tengah, 

Gunung Daik bercabang tiga, 

Doa sudah ucapan pun sudah,  

Tiba masa menjamu selera. 

 

Sorong papan tarik papan, 

Buah keranji dalam perahu,  

Suruh makan kita makan, 

Janganlah segan janganlah malu. 

Majlis berehat sebentar. Dipersilakan Yang Diraikan, dif-dif kehormat, dan para hadirin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. 

……………………….jamuan vs persembahan………………. 

Dari Sarawak ke negeri Perlis, 

Singgah bersantai di tepi jeti, 

Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. 

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kami tampilkan satu persembahan daripada murid-murid tahun enam. Sama-sama kita menyaksikan persembahan rekoder yang membawakan lagu bertajuk Anak Dara Rindu dan Anak Rantau  oleh murid tahun 6 Maju. 

 

Dipersilakan. 

 

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan En. Nor Asri B Sulaiman dan  Puan Arliliza binti Kadir. Sekalung penghargaan diucapkan. 

Sidang hadirin sekalian, 

 

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. 

 

Pohon delima di tepi perigi, 

Pokok berangan jauh di huma,  

Budi diterima disanjung tinggi,  

Jadi kenangan selama-lama. 

 

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Sarjani bin Haji Sharif untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

.....................RUJUK AJK HADIAH................. 

 

Dipersilakan………………………………………wakil daripada JPNS 

Dipersilakan………………………………………wakil daripada PPD Kuala Langat 

***Dipersilakan………………………………………(rujuk lampiran) 

Dipersilakan En. Faizul B Mohd Jais YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN Tanjung Sepat  

Dipersilakan En. Sarjani B Sharif, Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN Tanjung Sepat  

Dipersilakan En. Mohd Fais B Ahmad Sharawardi  pengerusi BKGK SEKOLAH KEBANGSAAN Tanjung Sepat 

Dipersilakan En. Nor Asri B Sulaiman 

Dipersilakan Pn. Siti Nor Aishah Bt Aziz 

Dipersilakan Cik Rafeah Bt Subari 

Dipersilakan Pn. Nurul Atikah Bt Muhd Hasbullah 

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk yang diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. 

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. 

Maka dengan itu, 

 

umpama belayar telah sampai di pelabuhan 
Umpama berkayuh telah sampai di muara 
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi 

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. 

 

Hadirin sekalian, 

 

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai, 

Terima kasih sekalung budi, 

Kenangan nan indah simpanlah di hati, 

 Semoga kita berjumpa lagi. 

 

Merdu bertingkah alunan suara, 

Kadang tak sedar tersilap kata,  

Andai terlanjur patah bicara,  

Serendah hati kemaafan dipinta 

itu berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Encik Sarjani bin Haji Sharif kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar yang diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan  Majlis “Sulaman Kasih Junjungan Budi dan Bakti” ini. 

Ampun dan maaf kami pinta 

Andai pernah mengusik rasa 

Jenguklah kami  sekali sekala 

Andai rindu datang menjelma 

 

       Semoga Cikgu Sarjani sihat sejahtera 

        Menyusuri hari-hari yang ceria 

       Di samping beribadat pada yang Esa 

       Moga dilindungi Allah sentiasa 

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. 

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. 

Diminta semua memberi kerjasama untuk sesi fotografi. Diminta semua hadirin untuk bangun untuk mengiringi Encik Sarjani Haji Shariff untuk perarakan keluar. 

 

 
 

 

. 

 
 

 

Terbaru Lebih lama