SURAT MEMOHON UNTUK TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN

 Noor Afifah binti Azizan, 

Guru Pelatih G 8.7 

IPG Kampus Ilmu Khas, 

Jalan Yaacob Latif, 

Shape56000 Kuala Lumpur. 

Kolej Kediaman,                                                                                                    12 Julai 2016 

IPG Kampus Ilmu Khas, 

Jalan Yaacob Latif, 

56000 Kuala Lumpur. 

 

Tuan, 

 

MEMOHON UNTUK TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN 

 

Perkara di atas adalah dirujuk. 

 

  1. Saya, Noor Afifah binti Azizan, guru pelatih tahun akhir semester 8 daripada pengkhususan Pendidikan Seni Visual (SK).  

 

  1. Antara sebab utama saya ingin masuk ke asrama semula ialah rumah yang telah di sewa telah di pecah masuk semasa cuti perayaan Aidilfitri yang lalu. Laporan polis telah dibuat dan dilampirkan sekali. Saya ingin keluar dari kawasan tersebut kerana khuatir akan keselamatan diri. Selain itu, rakan serumah saya juga turut akan berpindah keluar daripada rumah sewa ini untuk tinggal bersama keluarganya. Memandangkan agak sukar mencari rumah sewa untuk tinggal dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja.  

 

  1. Saya memohon agar pihak kolej kediaman IPG Kampus Ilmu Khas boleh mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah sangat dihargai. 

 

 

Sekian, terima kasih. 

 

 

Yang benar, 

 

 

....................................... 

(Noor Afifah binti Azizan) 

Terbaru Lebih lama